......................Senario ini tidak pernah berlaku sebelum ini dan dilihat oleh sesetengah pihak sebagai cubaan pembangkang untuk tidak meluluskan Rang Undang-undang itu di bawah tajuk Peruntukan kepada Kumpulan Wang Terkanun berjumlah RM16.810 bilion sebelum itu dibahaskan di peringkat jawatankuasa.
Implikasinya, jika BN tidak boleh mengatasi undi pembangkang pada undi belah bahagian itu, wang yang sudah dibelanjakan kerajaan tidak sah dari segi undang-undang.
Keputusan untuk menjalankan undi belah bahagian menyebabkan ramai anggota BN yang berada di luar dewan termasuk Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri serta beberapa orang Timbalan Menteri yang berada di Dewan Negara yang sedang bersidang bergegas masuk ke Dewan Rakyat untuk mengundi.
Malah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz dilihat keluar dari Dewan untuk memanggil masuk anggota dari kerajaan yang berada di luar.
Hasilnya BN mengatasi undi pembangkang dengan 92 undi berbanding 60, dengan seorang tidak mengundi...sekali lagi semua menoleh ke arah Ibrahim Ali yang sebelum ini disyaki tidak mengundi calon pembangkang untuk pemilihan timbalan speaker.
Apabila ditemui selepas undi belah bahagian, beberapa anggota pembangkang yang ditemui berkata: "Mungkin kami akan bernasib baik pada masa akan datang."
Kehadiran anggota menjadi soal penting kali ini di Parlimen, dan apabila loceng berbunyi, ia mampu mencetuskan spekulasi.
MatKOMANdo:
mali...mali....mali......
Ais krim.....Ais Krimm.....
mau meleleh terjeleh lidah depa.....
hakhakhak......loceng pon MP suke......
nasib bek pakai loceng skolah.......
No comments:
Post a Comment