Bulan lepas, aku pun ada cerita. Tapi masa tu tak ada penafian dari pemimpin Pas. Jeff Ooi juga minta penjelasan, tapi pemimpin Pas buat donno saja. Bakaq yang tarik lanca pun tulis, tapi pemimpin Pas buat tak reti saja.
Tup-tup, Mahfuz buat kenyataan.
PAS menafikan sekeras-kerasnya parti itu pernah mengadakan rundingan sulit dengan Umno dan menyifatkan laporan laman web dan mesej SMS tentang pertemuan itu sebagai "fitnah".
Whoah!! Maknanya, aku, Bakaq, Jeff Ooi dan Malaysiakini semua kaki fitnah!
Hello Brader! Gua kenai sama lu bukan semalam, brader. Kali pertama gua tengok lu punya ceramah, tahun 92, kat Permatang Pasir bersama arwah Fadhil Noor. Dari dulu, lu punya cakap, banyak kosong. Cakap lebih-lebih, dapat AP, diam. Lu tarik sama Ezam, buat roadshow menentang rasuah, bila Ezam kena tangkap, lu lari.
Masa tengah bincang, masa semua orang cakap, Mahfuz menghilangkan diri. Sehari selepas Mahathir keluar dari Umno, Azizan Razak dan pemimpim-pemimpin Pas dijemput makan tengahari bersama Mahathir. Mahfuz ada sekali ka? Aku cuma tanya, bukan nak buat fitnah.
Bila aku tulis, ada 9 orang Pas akan keluar kalau Anwar bawak masuk 30 MP dari Sabah, hangpa ingat aku auta? Memang la, aku tulis dalam polifiksyen, sebab aku tak dak bukti. Zulkifli Sulong pun tak berani sebut sapa dia.
Lama sebelum Pengerusi DAP Karpal Singh berkata beliau tidak yakin Anwar boleh menarik sekurang-kurangnya 30 ahli Parlimen keluar dari BN, para pemimpin kanan PAS juga mempunyai sentimen yang sama.
Tapi dia tau sapa yang tak suka kalau PR ambil alih pusat dan Anwar jadi PM.
Kalau tak ada angin, pasai apa Husam bagi warning untuk mengambil tindakan kepada mereka yang berunding dengan Umno? Pasai apa Mat Sabu bagi warning? Awat, Husam dengan Mat Sabu kena sawan ka?
La ni, baru Mahfuz berani cakap. Sebab dah tengok BN akan tumbang dan Anwar begitu yakin. Memang betul la, tiada rundingan dengan Umno lagi. Aku pun dah tau sebelum hang cakap.
So, pasai MP BN nak join kita not a problem anymore. 9 orang member Pas yang ugut nak keluar tu pun, dah OK dah. Hari ni depa ada meeting khas dan semua setuju.
So, Mahfuz hanya bercakap setelah semua rundingan dengan Umno dihentikan. Tak pa la. Diam-diam saja sudah la. Tapi yang tuduh orang buat fitnah pasai apa?
Kemudian Mahfuz kata lagi,
"Tentunya PAS tidak sama sekali terfikir untuk mengkhianati mandat dan menghakiskan kepercayaan yang telah diberikan oleh rakyat," katanya.
Yang ni pun, kalau hang diam, aku boleh diam. Tapi bila hang cakap lebih, aku kena tunjuk jugak. Sebab aku tak mau tergolong didalam orang-orang macam hang kata.
Beliau mendakwa, penyebaran berita seumpama itu sebagai "mainan politik politik dan perang saraf jahat"
Memang betul perkara mengkhianati Pakatan Rakyat itu tidak berlaku tetapi tidak bermakna usaha tidak dilakukan. Mengapa bila aku tulis, Memang aku tak sangka, Dato Hasan Ali sanggup berunding dengan Khir Toyo untuk bergabung membentuk kerajaan dengan menikam rakan yang selama ini membantu PAS, hanya untuk menjadi Menteri Besar., hang tak kata apa-apa?
Mungkin hang tak baca blog aku, tapi kalau hang tak baca Malaysia Today, aku tak tau nak kata apa la. Ni yang Raja Petra tulis: In Selangor, Hassan Ali engaged in secret negotiations with Khir Toyo to explore the possibility of PAS forming an alliance with Umno to jointly rule the state. This alliance would of course exclude PKR and DAP who were going to be Menteri Besar and Deputy Menteri Besar respectively.
Hang pi mana masa tu? Sebagai Ketua Penerangan Pas, hang kena bagi kenyataan. Tapi pasai apa hang diam? Mungkin sebab masa tu, hang sendiri pun tak tau, nak masuk belah sana atau belah sini.?
Kat Perak pun macam tu. Pas buat secret deal dengan DAP dengan mengenepikan PKR. Dalam-diam-diam, dia buat agreement dengan DAP. Jawatan EXCO, dia bagi DAP 8, PKR 1, PAS 1. Bila aku tulis, orang kata fitnah. Bakaq yang kuat Pas pun kena maki pasai Perjanjian Pangkor. La ni macam mana? Baca yang ini.
Kalau dah tak ada rundingan dengan Umno, dah setuju nak kuatkan PR, kira OK la. Aku pun seronok tapi jangan pulak dok maki orang lain fitnah, orang lain berniat jahat.
Dicatat oleh Mat Saman Kati
sekiranya betol pe yg mat saman kati ni ghoyakkk......
harap-harap org berkenaan perbetolkan lah diri tuu....
jgn le buat halll... buat pakatan bentuk yg baru dulu..
yg hang menggelabah chocho tu pahall..???
hang nama besar dlm PAS... jgn le buat malu cm nii....
org hormat nama hang tp hang bikin pelik pekejadah nii..???!!!
dh la bikin pelik......pakatan ngan org yg dh takboleh diterima pakai oleh rakyat pulak tuu...
si det ngan dukun kaki tipu tu yg korang join ni pahalll..????
rakyat tak nak yg tuuuu...!!!!!!
sepatutnya hang dlm PAS..... hang lebih tegas pasal agama....
bukan dok gelenyah sana gelenyah sini....
ni hang dok sekongkol ngan mamat yg cm takder agama tu pa sebab..????
pelik betil aku ngan hang niii....
rasional la skittttttt bro..
kukuh bersama PR yg terbaik buat masa nii.
No comments:
Post a Comment