MatSamanKati
Hari ini hari minggu dan dimusim cuti sekolah ini, banyaklah orang nak kahwin. Aku ingat nak relax hari ni, pergi rumah orang kahwin. Banyak jemputan yang aku dapat, tapi aku pilih tiga saja. Nak bayar tol khemah jemputan satu hal, nak bayar petrol lagi satu hal. Last-last aku pilih yang dekat-dekat. ...........
Habis makan aku terus belah. Pi rumah kedua, rumah orang Pas jugak tapi ramai tak kenai aku. Walau pun tak kenal, tapi aku tau, orang Pas ni, depa boleh kenai sama ada orang tu orang Umno atau Pas. Cara berpakaian dan cara bercakap, dah boleh tau dah. Jadi bila masuk geng Pas, aku kena pakai 'ana' dan 'anta'. Lepas tu kena pakai ketayap, kalau pakai songkok nampak macam orang Umno..............
Dia bagi tau, "Pas sekarang berada dipersimpangan dan Pas perlu membuat keputusan demi mencapai cita-citanya untuk menegakkan Islam." Whoa! bersemangat sungguh!. "Bagaimana caranya? Adakah kita berpeluang untuk mencapai cita-cita itu melalui Pakatan Rakyat? Anwar kata Negara Islam bukan isu. Wan Azizah kata dia tolak Negara Islam. Habih nak tunggu apa? Nak jadi macam PPP dalam BN? " ................
"Hangpa tau dari mana PKR dapat duit pilihanraya dulu? Nak harap ceramah, dapatlah dua tiga ratus, duit khemah pun tak cukup. Kita, bendera pun cawangan kena beli. Depa, tu, mai berlori-lori, dapat duit dari mana? Tok sah kata dari ahli, cawangan pun tak dak!"...........
Aku tak larat nak makan dah, jadi member pun bawak air sirap. Lepas tu dia bagi kat aku satu risalah. Teringat aku masa zaman reformasi dulu, sebar risalah. Sekarang Umno pun buat macam tu jugak. Bila aku baca, ianya tentang Anwar dengan Yahudi. Anwar dapat duit dari Yahudi. Anwar ejen Yahudi.
Satu perkara yang menarik perhatian aku ialah, persamaan pemikiran yang terdapat dikalangan ahli Pas dan ahli Umno sekarang ini. Seolah-olah, selepas pilihanraya, musuh Pas bukan lagi Umno dan musuh Umno bukan lagi Pas. Kalau pemikiran ini sudah menjalar keakar umbi, sudah pasti ianya telah dimulakan jauh lebih awal diperingkat kepimpinan.
Versi Penoh Klik Sini..
MatKOMANdo:
Biasa la tuu... dh takder angel lain dh nak ketok tok sheikh....
nak ketok tang rasuah.....tak dak isu.....klo tak....dri dlu lg dh ketok tang tuu.....
nak ketok tang sodomi......cm dh tak laku....
tang nii.... mmg org mlayu ngan org islam pantang skittt.....
jd ketok tang ni je bleh laku skitt.......
org kita nii... klo usik tang agama @ bangsa ni mmg cepat melenting......
itu yg depa nak tuu.......suroh org kita melenting.....
No comments:
Post a Comment