Pengumuman/Seruan {MatKOMANdo HoMe}
----------------------------------------------------
Alternatif untuk melawat laman web Malaysiatoday di SINIatau gi ke IP Address nya http://202.75.62.114/2008/
----------------------------------------------------
Mariii....!!!!! Hargai Pengorbanan Raja Petra...!!!!!!!!!
----------------------------------------------------
Mariii Kita Bocorkan Tembok ISA dengan 16 Septemberr..!!!!
----------------------------------------------------
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yg Suci sertaSalam Merdekakan Malaysia. - Mat KOMANdo
----------------------------------------------------

Saturday, September 13, 2008

Isu Azan: Teresa Kok akan ambil tindakan terhadap Utusan

Oleh: Faisal Mustaffa

Tajuk: Isu Azan: Teresa Kok akan ambil tindakan terhadap Utusan

Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teresa Kok akan bertindak mengambil tindakan undang-undang Utusan Malaysia, penulis rencana dari akhbar Utusan Malaysia, Zaini dan pihak-pihak yang telah menyebarkan berita palsu terhadap beliau sekiranya mereka enggan menarik balik dan meminta maaf.

Teresa yang membangkitkan perkara ini dalam mesyuarat exco berpendapat, anggota exco berpendapat sudah tiba masanya untuk Pakatan Rakyat mengambil sikap yang tegas terhadap pembohongan Utusan Malaysia.

Menurut penulisnya, Zaini Hassan yang disiarkan pada 10 September 2008, beliau telah memetik kata-kata pembohongan Khir Toyo dan mendakwa Teresa membawa penduduk di Puchong membantah azan di salah sebuah surau di kawasan Dewan Undangan Negerinya.

Berikut ialah penjelasan Teresa mengenai isu azan:

i) Saya sendiri tidak pernah menerima aduan daripada penduduk di Puchong berkenaan dengan isu azan ini, jadi saya langsung tidak tahu tentang perkara ini dan saya amat hairan untuk mendengar tuduhan tersebut;

ii) Sekiranya saya terima aduan daripada penduduk di Puchong, adalah langsung tidak masuk akal bagi saya sebagai exco Kerajaan Selangor untuk mengadakan petisyen dan membentangkannya kepada YB Satim, seorang ADUN daripada parti pembangkang, kerana beliau bukannya kadi ataupun pengurus masjid, tidak ada gunanya saya menulis surat kepada beliau yang tiada kuasa tentang perkara ini?

Sekiranya saya terima aduan daripada penduduk, saya akan minta bantuan daripada YB Datuk Dr Hasan Ali, iaitu exco yang menjaga Hal Ehwal Islam di Selangor, ataupun pengarah Jabatan Hal Ehwal Islam di Selangor, dan bukannya Satim.

Pembantu Satim juga telah gagal untuk mengemukakan bukti berkaitan dengan surat yang dikatakan ditulis oleh saya kepada Satim.

iii) Selepas kenyataan saya disiarkan dalam surat khabar semalam, saya terima satu faks daripada seorang pengundi di kawasan Puchong di pejabat saya. Faks tersebut mengandungi satu surat dan juga petisyen daripada beberapa ratus penduduk di Puchong kepada Satim. Barulah saya sedar memang terdapat sekumpulan penduduk di Puchong membuat petisyen kepada Satim berkenaan dengan isu azan ini.

Selepas itu, saya diberitahu oleh bekas pembantu pejabat perkhidmatan Kinrara saya bahawa penduduk yang membantah tentang bunyi azan tersebut pernah menghantar salinan petisyen tersebut ke pejabat saya dan minta bekas pembantu saya untuk "acknowledge receipt" dengan cop pejabat saya dalam surat mereka. Tetapi adalah jelas bahawa surat petisyen mereka kepada Satim bukan dibuat atas surat kepala pejabat saya.

Teresa yang merupakan ADUN Kinrara merasakan amat kecewa apabila beliau dikaitkan dalam pertempuran dalaman Umno. Dalam satu perkembangan, beberapa ahli Umno yang berpiket memegang sepanduk menyokong Ahmad Ismail di luar bangunan Umno negerijuga didapati memegang sepanduk mengejinya.

"Golongan UMNO Selangor yang tidak bertanggungjawab ini ingin mengalihkan perhatian orang Melayu daripada kes Ahmad Ismail kepada wakil rakyat DAP di Selangor, dan mereka memilih saya sebagai mangsa dalam kes ini," kata Teresa melalui blognya.

Faisal Mustaffa

No comments:

Recent Posts


Vindicated - Dashboard Confessional