Pengumuman/Seruan {MatKOMANdo HoMe}
----------------------------------------------------
Alternatif untuk melawat laman web Malaysiatoday di SINIatau gi ke IP Address nya http://202.75.62.114/2008/
----------------------------------------------------
Mariii....!!!!! Hargai Pengorbanan Raja Petra...!!!!!!!!!
----------------------------------------------------
Mariii Kita Bocorkan Tembok ISA dengan 16 Septemberr..!!!!
----------------------------------------------------
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yg Suci sertaSalam Merdekakan Malaysia. - Mat KOMANdo
----------------------------------------------------

Wednesday, September 3, 2008

Congak lah sendiri!

Tajuk: Congak lah sendiri!
Dari: PerakExpress
Alih Bahasa: Mat Saman Kati

Tidak lama selepas Pilihanraya Umum pada 8 March 2008, Malaysia Today mewar-warkan kemungkinan bahawa Pakatan rakyat mampu menubuhkan kerajaan pusat sekiranya sekurang-kurangnya 30 Ahl;I Parlimen BN menyeberang. Satu lagi idea yang diwar-warkan ialah penubuhan ‘Kerajaan Bersama’ dan melahirkan sistem dua-parti diMalaysia.

Sistem dua parti dapat diterima dengan mudah tetapi cadangan ‘melompat’ dan ‘Kerajaan Bersama’ditolak mentah-mentah. Setengahnya memberi komen mengatakan saya sudah ‘berubah’ sejak pilihanraya dan tidak lagi bercakap seperti kebiasaannya. Mereka mula membayangkan apa yang telah berlaku terhadap saya dan sama ada saya mengalami ‘penyakit keletihan’ dan sepatutnya berehat panjang sebelum menulis kembali.

‘Penyakit’ yang saya alami hanyalah kerana cuba memahami realpolitik dan bersikap pragmatik. Kita perlu berdepan : apakah yang boleh dilakukan oleh Pakatan Rakyat dengan 82 kerusi Parlimen? Malah tidak cukup untuk menghalang BN daripada mensabotaj lima negeri dibawah Pakatan rakyat. Dan ini boleh dilakukan dengan mudah, dengan menahan wang peruntukan pembangunan kepada lima negeri ini (seperti yang dilakukan diTrengganu pada tahun 1999) dimana, bila tiba pilihanraya akan datang, negeri-negeri ini akan kembali jatuh ketangan BN (seperti yang berlaku diTrengganu pada tahun 2004)

Semunya berkaitan dengan wang. Sekiranya negeri-negeri dibawah PR ketiadaan wang, rakyat akan menilai kembali apakah logiknya menyokong PR. Cuba lihat apakah yang dibentangkan dalam belanjawan 2009? Wang dicurahkan kepada Sabah dan Sarawak, yang dikatakan akan berlakunya ‘lompat’. Umno mengetahui hal ini dan mereka menjanjikian berbillion ringgit kepada dua negeri ini hanya untuk memastikan mereka kekal didalam BN.

BN mempunyai 140 kerusi diParlimen manakala Pakatan Rakyat, 82 – (PKR-31, DAP-28, dan Pas-23). Tetapi ini senario seluruh negara. DiSemenanjung, PR mempunyai 80 kerusi manakala BN mempunyai 86. Jelas, diSemenanjung, BN mempunyai hanya 6 kerusi lebih berbanding PR. Sekiranya hanya 3 Ahli Parlimen dari semenanjung ‘melompat’ kedalam PR, PR akan mempunyai 83 kerusi dan BN juga 83 kerusi.

“Pemain utama’ didalam BN ialah Umno (79 kerusi), MCA (15), MIC (3), dan Gerakan (2). Tetapi 13 daripada kerusi Umno adalah diSabah. Oleh itu, diSemenanjung, umno hanya mempunyai 66 kerusi berbanding jumlah keseluruhan MCA, MIC dan Gerakan iaitu 20.

Sabah dan Sarawak sudah semestinya menjadi kuasa penentu. Dan kalau berdasarkan undang-undang, 25% daripada kerusi Parlimen mesti datang dari sabah dan Sarawak bermakna mereka akan selamanya menjadi kuasa penentu. Dan ini amat jelas sekarang, dimana diSemenanjung, kerusi yang diperolehi BN dan PR hampir sama banyak, 50:50. Sebenarnya, jumlah undi yang diperolehi oleh PR melebihi apa yang diperolehi oleh BN (51% berbanding BN 49%). Hanya apabila dicampur undi dari Sabah dan Sarawak, nisbahnya bertukar.

Raja segala Raja ialah PBB, parti yang diterajui oleh Taib Mahmud diSarawak yang mempunyai 14 kerusi. Ini diikuti dengan Umno diSabah yang memiliki 13 kerusi. SUPP dan PRS, kedua-duanya diSarawak masing-masing mempunyai 6 kerusi. UPKO di Sabah dan SPDP di Sarawak masing-masing mempunyai 4 kerusi, diikuti oleh PBS diSabah (3 kerusi), SAPP di Sabah (2 kerusi) dan PBRS dan LDP, kedua-duanya di Sabah dengan 1 kerusi.

Pada asasnya, terdapat 56 kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak. Umno menguasai 13 dan pembangkang (DAP) 2. Bakinya sebanyak 41 kerusi dikuasai oleh ahli komponen BN Malaysia Timur. Sekiranya 13 kerusi Umno itu dianggap sebagai ‘kerusi komponen’, maka jumlah kerusi yang ‘panas’ ialah 54. Campur dengan 20 daripada MCA, MIC dan Gerakan, maka PR mempunyai peluang untuk memancing daripada 74 kerusi ini.

Apa yang diperlukan oleh PR ialah 30 kerusi. 74 terlalu banyak. Dan inipun jika dianggap 66 kerusi Umno itu akan terus kekal didalam BN dan tiada siapa yang melompat.

Tetapi terdapat masalah sekiranya tiada seorang pun daripada MP Umno yang melompat. PR mempunyai 43 Ahli Parlimen berbangsa Melayu berbanding dengan 39 bukan-Melayu. Ini masih boleh diterima kerana Umno tidak boleh menuduh pembangkang dikuasai oleh bukan-Melayu. Tetapi sekiranya 30 bukan-Melayu ‘melompat’ kedalam PR, dan seterusnya menubuhkan kerajaan baru, ini bermakna terdapat 69 bukan-Melayu berbanding 43 Melayu.

Disini letaknya masalah dan itulah sebabnya mengapa terdapat kelewatan mengapa PR terlewat menubuhkan kerajaan baru. Anwar Ibrahim sudah pun mempunyai 30. Sebenarnya lebih dari 30. Tetapi Anwar terpaksa berhati-hati untuk mengimbangi isu ini. Dia tidak boleh menubuhkan kerajaan baru dengan 69 ataupun lebih ahli Parlimen bukan-Melayu dan hanya 43 yang berbangsa Melayu. Umno akan berarak keseluruh negara dan ‘membuktikan’ apa yang dikatakan oleh Umno selama ini : bahawa bukan-Melayu telah mengambilalih kuasa dan orang melayu telah kehilangan kuasa politik mereka.

Ini lah lagu yang dimainkan oleh Umno sejak 8 march 2008. “Kuasa politik Melayu telah terhakis”, itu hujah Umno. “Dan apabila 30 ataupun lebih Ahli Parliman bukan-Melayu menyeberang kedalam PR dan menubuhkan kerajaan baru, maka Kuasa politik Melayu akan hilang.”

Didalam Konvensyen Umno Johor beberapa bulan lalu, mereka bercakap tentang kekesalan kerana memberikan kewarganegaraan kepada pendatang pada 31 Ogos 1957. Sekarang, pendatang-pendatang yang diberikan kewarganegaraan ini telah menunjukkan sikap biadap mereka dengan mengundi pembangkang. Pendatang-pendatang ini sepatutnya tidak diberi kewarganegaraan, itulah yang diucapkan oleh semua yang bercakap. Dan Dr. Mahathir dan Tengku Razaleigh merupakan tetamu kehormat dalam Konvensyen ini.

Kita dapat melihat bagaimana Tengku Razaleigh merasa tertekan apabila mendengar semua ini. Dia tahu, BN mengalami kekalahan yang memalukan dalam pilihanraya 8 March 2008 disebabkan isu ini. Kenyataan ini tidak banyak membantu, sebaliknya membuatkan keadaan bertambah teruk.

Umno memainkan isu perkauman sepenuhnya menjelang pilihanraya yang lalu. Dan masih lagi melakukannya sekarang, seperti yang diucapkan oleh Ketua Bahagian Bukit Bendera. Mereka masih lagi merujuk orang-orang Cina dan india sebagai pendatang. Mereka masih lagi memanggil orang-orang Cina dan India sebagai setinggan yang tidak mengenang budi. Mereka masih lagi meminta orang-orang Cina dan India balik ke negeri China dan India walaupun mereka ini dilahirkan ddiMalaysia dan bukan dinegara lain.

Didalam Konvensyen PPP diMelaka, yang diadakan sebelum 8 March 2008, Naib Presiden umno dan Ketua Menteri Melaka memberitahu lebih 1,000 orang-orang India bahawa Umno tidak memerlukan orang-orang bukan-Melayu. Malah mereka tidak memerlukan Sabah dan Sarawak, kata Ali Rustam. Umno telah memerintah lebih 50 tahun dan akan terus memerintah 50 tahun lagi.

Ali Rustam tidak diminta untuk memohon maaf. Begitu juga Ketua bahagian bukit bendera, dimana Abdullah Badawi mengatakan dia tidak bermaksud begitu. Tetapi sekiranya saya berkata begitu, sudah pasti polis akan berada dihadapan rumah saya pada hari berikutnya dan saya akan dibawa kemahkamah dan didakwa kerana menghasut dalam masa 24 jam. Begitulah cekapnya polis bertindak walaupun saya hanya berkata 10% daripada apa yang dikatakan oleh pemimpin Umno.

Dan inilah yang akan menjadi penyebab ‘penyeberangan’ ini. Ahli Parlimen BN akan menyertai PR dan menubuhkan kerajaan baru keran cakap-cakap ini. Umno tidak menghormati bukan-Melayu. Umno merasakan bahawa mereka hanya perlu merasuah Sabah dan Sarawak dengan menambah peruntukan pembangunan dan mereka akan terus setia bersama BN. Umno mengetahui bahawa kerusi Parlimen diSemenanjung terbahagi dua, 50:50. Dan apa yang perlu dilakukan ialah dengan merasuah Sabah dan Sarawak dan memastikan 54 kerusi Parlimen kekal didalam BN dan seterusnya, Umno akan terus berkuasa.

Umno juga tahu, bahawa dengan memperolehi sekurang-kurangnya 30 kerusi parlimen dari Sabah dan Sarawak, malah walaupun 20 dari MCA, MIC dan Gerakan masih belum mencukupi. Ini akan memberikan kerajaan baru PR dengan 43 Melayu berbanding 69 bukan-Melayu. Sebenarnya, inilah yang dimahukan oleh Umno. Mereka kemudiannya boleh memainkan isu ‘Melayu sudah hilang kuasa’ dan 13 Mei Edisi Kedua akan menjadi kenyataan.

Ramai orang tak sabar. Mereka mahukan Anwar mengambil alih dan menubuh kerajaan baru hari ini. Mereka mahukan sekurang-kurangnya 30 Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak menyeberang hari ini juga. Mereka mahukan Anwar memberitahu Umno,’ pergi jahanam’. Tapi Anwar tidak boleh melakukan itu semua. Dia memerlukan Umno… sekurang-kurangnya Ahli-ahli Parlimen dari Umno. Di memerlukan sekurang-kurangnya 15 hingga 20 ahli Parlimen Umno untuk bersama-sama 15-20 ahli Parlimen bukan-Melayu untuk menyeberang supaya dia dapat menubuhkan kerajaan baru dengan nisbah bangsa yang seimbang. Dengan itu, umno tidak boleh mengatakan bahawa Melayu telah kehilangan kuasa. Dan Umno tidak akan dapat menggunakan sentiment ini terhadap orang-orang Melayu dan seterusnya mencetuskan satu lagi pergaduhan kaum seperti yang berlaku pada 13 Mei 1969.

Ini bukan hanya tentang bagaimana hendak menendang keluar BN. Ini juga bukan tentang bagaimana untuk menubuhkan kerajaan Pakatan Rakyat. Tetapi bagaimana untuk mengekalkan keamanan, kestabilan dan harmoni diantara banyak bangsa diMalaysia dan menafikan peluang untuk Umno menggunakan isu ini sebagai isu perkauman.

Dan Anwar mengetahui hal ini. Dan itulah sebabnya mengapa beliau memerlukan masa untuk menguasai asas-asas ini sebelum bertindak. Kita mahukan Malaysia yang bergerak menuju 2009. Apakah kita mahu kembali kepdada 1999? Ini yang perlu difikirkan.

(artikel ini adalah terjemahan bebas oleh Matsamankati, berdasarkan artikel asal Raja Petra Kamarudin It’s in the arithmetic, stupid“)

No comments:

Recent Posts


Vindicated - Dashboard Confessional