Pengumuman/Seruan {MatKOMANdo HoMe}
----------------------------------------------------
Alternatif untuk melawat laman web Malaysiatoday di SINIatau gi ke IP Address nya http://202.75.62.114/2008/
----------------------------------------------------
Mariii....!!!!! Hargai Pengorbanan Raja Petra...!!!!!!!!!
----------------------------------------------------
Mariii Kita Bocorkan Tembok ISA dengan 16 Septemberr..!!!!
----------------------------------------------------
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yg Suci sertaSalam Merdekakan Malaysia. - Mat KOMANdo
----------------------------------------------------

Saturday, September 13, 2008

UMNO Bergolak: SAPP putuskan status dalam BN Rabu ini

UMNO Bergolak: SAPP putuskan status dalam BN Rabu ini
Dari:- Perisik Rakyat

KOTA KINABALU: Parti Maju Sabah, yang mencetuskan kontroversi dengan mengisytiharkan ia sudah tidak yakin dengan kepimpinan Perdana Menteri lebih tiga bulan yang lalu, akan memutuskan Rabu ini tentang statusnya dalam Barisan Nasional (BN).

Ia dinyatakan oleh Presidennya, Datuk Yong Teck Lee di sini hari ini.

BN yang sepatutnya memutuskan kedudukan Sapp dalam mesyuaratnya awal Ogos lalu tetapi ditangguhkan.

Parti itu mempunyai dua anggota di Dewan Rakyat dan empat wakil di Dewan Undangan Negeri Sabah termasuk kedudukan Timbalan Ketua Menteri yang dipegang oleh Datuk Raymond Tan, yang menentang undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Pada 6 Ogos lalu, Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) memutuskan bahawa ia akan mengkaji dan memperhalusi perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Sapp dalam surat tunjuk sebabnya sebelum membuat keputusan seterusnya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ketetapan akan dibuat selepas proses kajian dijalankan dan sama ada wajar atau tidak untuk memberikan respons kepada Sapp.

"Jawatankuasa telah mengesyorkan kepada Majlis Tertinggi (BN) perkara-perkara yang dibangkitkan akan dikaji dan dihalusi secara mendalam," kata beliau.

Pada akhir Jun lalu, BN mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada SAPP bagi mendapatkan penjelasan berhubung pendirian parti itu menyokong usul tidak percaya terhadap Abdullah.

Dalam jawapan bertarikh 30 Julai, Sapp juga menggesa kepimpinan BN untuk meneliti sebab-sebab kenapa parti itu akan menyokong usul seperti itu.

Di antara permintaan yang dibuat oleh parti itu dalam deklarasi lapan perkara itu yang diputuskan Majlis Tertingginya ialah Sabah memiliki autonomi politik, peningkatan 20 peratus bagi royalti petroleum, Wilayah Persekutuan Labuan dipulangkan kepada Sabah dan ditadbir sebagai wilayah khas.

SAPP menyertai BN pada 1994.

-mSTAR Online

No comments:

Recent Posts


Vindicated - Dashboard Confessional