Pengumuman/Seruan {MatKOMANdo HoMe}
----------------------------------------------------
Alternatif untuk melawat laman web Malaysiatoday di SINIatau gi ke IP Address nya http://202.75.62.114/2008/
----------------------------------------------------
Mariii....!!!!! Hargai Pengorbanan Raja Petra...!!!!!!!!!
----------------------------------------------------
Mariii Kita Bocorkan Tembok ISA dengan 16 Septemberr..!!!!
----------------------------------------------------
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yg Suci sertaSalam Merdekakan Malaysia. - Mat KOMANdo
----------------------------------------------------

Showing posts with label 16 September. Show all posts
Showing posts with label 16 September. Show all posts

Saturday, September 13, 2008

UMNO Bergolak: SAPP putuskan status dalam BN Rabu ini

UMNO Bergolak: SAPP putuskan status dalam BN Rabu ini
Dari:- Perisik Rakyat

KOTA KINABALU: Parti Maju Sabah, yang mencetuskan kontroversi dengan mengisytiharkan ia sudah tidak yakin dengan kepimpinan Perdana Menteri lebih tiga bulan yang lalu, akan memutuskan Rabu ini tentang statusnya dalam Barisan Nasional (BN).

Ia dinyatakan oleh Presidennya, Datuk Yong Teck Lee di sini hari ini.

BN yang sepatutnya memutuskan kedudukan Sapp dalam mesyuaratnya awal Ogos lalu tetapi ditangguhkan.

Parti itu mempunyai dua anggota di Dewan Rakyat dan empat wakil di Dewan Undangan Negeri Sabah termasuk kedudukan Timbalan Ketua Menteri yang dipegang oleh Datuk Raymond Tan, yang menentang undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Pada 6 Ogos lalu, Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) memutuskan bahawa ia akan mengkaji dan memperhalusi perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Sapp dalam surat tunjuk sebabnya sebelum membuat keputusan seterusnya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ketetapan akan dibuat selepas proses kajian dijalankan dan sama ada wajar atau tidak untuk memberikan respons kepada Sapp.

"Jawatankuasa telah mengesyorkan kepada Majlis Tertinggi (BN) perkara-perkara yang dibangkitkan akan dikaji dan dihalusi secara mendalam," kata beliau.

Pada akhir Jun lalu, BN mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada SAPP bagi mendapatkan penjelasan berhubung pendirian parti itu menyokong usul tidak percaya terhadap Abdullah.

Dalam jawapan bertarikh 30 Julai, Sapp juga menggesa kepimpinan BN untuk meneliti sebab-sebab kenapa parti itu akan menyokong usul seperti itu.

Di antara permintaan yang dibuat oleh parti itu dalam deklarasi lapan perkara itu yang diputuskan Majlis Tertingginya ialah Sabah memiliki autonomi politik, peningkatan 20 peratus bagi royalti petroleum, Wilayah Persekutuan Labuan dipulangkan kepada Sabah dan ditadbir sebagai wilayah khas.

SAPP menyertai BN pada 1994.

-mSTAR Online

BN terdesak dan takut dengan Pakatan - Fuziah Salleh

Dari: PerakExpress
Oleh: Sam Ahmad

From Taiwan the heartbeats faster and stronger… begitulah tajuk posting Fuziah Salleh di dalam blognya The Face of New Politics. Menurut beliau mereka sudah keluar dari hotel penginapan mereka sejurus rombongan seramai 5 orang termasuk beliau sampai. Ahli-ahli parlimen BN itu menurutnya lagi telah melencong ke Hong Kong.

“Kesemua Ahli Parlimen BN telah tergesa-gesa meninggalkan Sheraton Hotel pada jam 3.30am tadi dengan menaiki 20 buah kereta. Mereka detour ke Hong Kong bagi mengelak kami,” tulis Fuziah dalam blognya.

Empat lagi yang mengikuti rombongan PKR ke Taiwan itu termasuklah Pengarah Strategi PKR, Saifuddin Nasution, Ketua Penerangannya, Tian Chua serta Ahli Majlis Tertinggi. Low Chee Chong dan Ketua Penerangan Wanita PKR, Elizabeth Wong. Mereka ke Taiwan dalam misi mereka ’memburu’ bagi membincangkan plan terakhir ahli-ahli Parlimen BN yang dikatakan akan ‘melompat’.

“Walauapapun perancangan BN, kami menegaskan bahawa WE HAVE MANAGED TO MAKE CONTACT,with those that we needed to… Misi kami telah tercapai.” katanya.

Menurutnya kerajaan BN jelas terdesak dan takut dengan Pakatan Rakyat. Ini jelas kelihatan pada program untuk Ahli-Ahli Parlimen BN tersebut di Hong Kong belumpun diatur lagi.

Wednesday, September 3, 2008

Pakatan Rakyat

Dari: PerakExpress
Tajuk: Pakatan Rakyat

Terkini dari Kota Kinabalu.(10.00 malam)

Member blogger, Budak Sayong Reformasi melaporkan bahawa Pak Lah sudah berada di Kota Kinabalu sejak petang tadi untuk membuat perbincangan dengan komponen-komponen BN disana. Peserta lompat sudah memulakan warm-up, hanya menunggu wisel dibunyikan.

--------------------------------------------------------------------------------------------

Sorry Bos!! Bukan gua pecah lubang.

Sorry Brader! Gua tarak cerita sama sapa-sapa itu rahsia. Tapi sekarang orang sudah banyak tau. Ini hari, gua terima SMS, betui-betui serupa sama itu rahsia you suruh simpan. So, sekarang….rahsia terbuka.

5 September: Semua komponen parti BN dari Sabah dan Sarawak isytihar keluar dari BN.
6 September: Semua komponen BN diSemenanjung keluar dari BN kecuali MCA dan MIC.
7 September: 10 Ahli Parlimen BN umum pindah kerusi Parlimen ke Pakatan Rakyat.
8 September: 5 Menteri dan Timbalan Menteri umum letak jawatan.
9 September: Sidang tergempar Parlimen.
10 September: Perdana Menteri mengumumkan perletakan jawatan.
12 september: Sidang tergempar mengusulkan DSAI membentuk ‘Caretaker Government’.
15 September: DSAI mengisytiharkan Pakatan Rakyat sebagai Kerajaan baru.
15 September: 9.20 malam: DSAI mengadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.
16 September: DSAI mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.

Musa Hasan lumpuh???

Musa Hasan lumpuh???
Dari:- Perisik Rakyat


Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hasan yang menjalani pembedahan pintasan jantung baru-baru ini dipercayai lumpuh tangan kiri beliau dan tidak mampu lagi bertutur secara normal.


Tan Sri Musa Hasan diberitakan akan mengambil masa yang lama untuk sembuh melalui rawatan fisioterapi dan kemungkinan besar kesihatan beliau tidak akan pulih seperti sebelumnya sepenuhnya.


Sekiranya beliau tidak lagi boleh menjalankan tugas beliau sebagai Ketua Polis Negara disebabkan masalah kesihatan, timbalan beliau mungkin akan memangku jawatan Ketua Polis Negara sehingga pengganti Tan Sri Musa Hasan dikenal pasti.


Mat KOMANdo:-
Ohkkk owww........... is it surprise....????? toing....toing....toingggg........
Lopah ni..... ado yg berebot carik sejadah pulak.....hakhakhak...

Congak lah sendiri!

Tajuk: Congak lah sendiri!
Dari: PerakExpress
Alih Bahasa: Mat Saman Kati

Tidak lama selepas Pilihanraya Umum pada 8 March 2008, Malaysia Today mewar-warkan kemungkinan bahawa Pakatan rakyat mampu menubuhkan kerajaan pusat sekiranya sekurang-kurangnya 30 Ahl;I Parlimen BN menyeberang. Satu lagi idea yang diwar-warkan ialah penubuhan ‘Kerajaan Bersama’ dan melahirkan sistem dua-parti diMalaysia.

Sistem dua parti dapat diterima dengan mudah tetapi cadangan ‘melompat’ dan ‘Kerajaan Bersama’ditolak mentah-mentah. Setengahnya memberi komen mengatakan saya sudah ‘berubah’ sejak pilihanraya dan tidak lagi bercakap seperti kebiasaannya. Mereka mula membayangkan apa yang telah berlaku terhadap saya dan sama ada saya mengalami ‘penyakit keletihan’ dan sepatutnya berehat panjang sebelum menulis kembali.

‘Penyakit’ yang saya alami hanyalah kerana cuba memahami realpolitik dan bersikap pragmatik. Kita perlu berdepan : apakah yang boleh dilakukan oleh Pakatan Rakyat dengan 82 kerusi Parlimen? Malah tidak cukup untuk menghalang BN daripada mensabotaj lima negeri dibawah Pakatan rakyat. Dan ini boleh dilakukan dengan mudah, dengan menahan wang peruntukan pembangunan kepada lima negeri ini (seperti yang dilakukan diTrengganu pada tahun 1999) dimana, bila tiba pilihanraya akan datang, negeri-negeri ini akan kembali jatuh ketangan BN (seperti yang berlaku diTrengganu pada tahun 2004)

Semunya berkaitan dengan wang. Sekiranya negeri-negeri dibawah PR ketiadaan wang, rakyat akan menilai kembali apakah logiknya menyokong PR. Cuba lihat apakah yang dibentangkan dalam belanjawan 2009? Wang dicurahkan kepada Sabah dan Sarawak, yang dikatakan akan berlakunya ‘lompat’. Umno mengetahui hal ini dan mereka menjanjikian berbillion ringgit kepada dua negeri ini hanya untuk memastikan mereka kekal didalam BN.

BN mempunyai 140 kerusi diParlimen manakala Pakatan Rakyat, 82 – (PKR-31, DAP-28, dan Pas-23). Tetapi ini senario seluruh negara. DiSemenanjung, PR mempunyai 80 kerusi manakala BN mempunyai 86. Jelas, diSemenanjung, BN mempunyai hanya 6 kerusi lebih berbanding PR. Sekiranya hanya 3 Ahli Parlimen dari semenanjung ‘melompat’ kedalam PR, PR akan mempunyai 83 kerusi dan BN juga 83 kerusi.

“Pemain utama’ didalam BN ialah Umno (79 kerusi), MCA (15), MIC (3), dan Gerakan (2). Tetapi 13 daripada kerusi Umno adalah diSabah. Oleh itu, diSemenanjung, umno hanya mempunyai 66 kerusi berbanding jumlah keseluruhan MCA, MIC dan Gerakan iaitu 20.

Sabah dan Sarawak sudah semestinya menjadi kuasa penentu. Dan kalau berdasarkan undang-undang, 25% daripada kerusi Parlimen mesti datang dari sabah dan Sarawak bermakna mereka akan selamanya menjadi kuasa penentu. Dan ini amat jelas sekarang, dimana diSemenanjung, kerusi yang diperolehi BN dan PR hampir sama banyak, 50:50. Sebenarnya, jumlah undi yang diperolehi oleh PR melebihi apa yang diperolehi oleh BN (51% berbanding BN 49%). Hanya apabila dicampur undi dari Sabah dan Sarawak, nisbahnya bertukar.

Raja segala Raja ialah PBB, parti yang diterajui oleh Taib Mahmud diSarawak yang mempunyai 14 kerusi. Ini diikuti dengan Umno diSabah yang memiliki 13 kerusi. SUPP dan PRS, kedua-duanya diSarawak masing-masing mempunyai 6 kerusi. UPKO di Sabah dan SPDP di Sarawak masing-masing mempunyai 4 kerusi, diikuti oleh PBS diSabah (3 kerusi), SAPP di Sabah (2 kerusi) dan PBRS dan LDP, kedua-duanya di Sabah dengan 1 kerusi.

Pada asasnya, terdapat 56 kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak. Umno menguasai 13 dan pembangkang (DAP) 2. Bakinya sebanyak 41 kerusi dikuasai oleh ahli komponen BN Malaysia Timur. Sekiranya 13 kerusi Umno itu dianggap sebagai ‘kerusi komponen’, maka jumlah kerusi yang ‘panas’ ialah 54. Campur dengan 20 daripada MCA, MIC dan Gerakan, maka PR mempunyai peluang untuk memancing daripada 74 kerusi ini.

Apa yang diperlukan oleh PR ialah 30 kerusi. 74 terlalu banyak. Dan inipun jika dianggap 66 kerusi Umno itu akan terus kekal didalam BN dan tiada siapa yang melompat.

Tetapi terdapat masalah sekiranya tiada seorang pun daripada MP Umno yang melompat. PR mempunyai 43 Ahli Parlimen berbangsa Melayu berbanding dengan 39 bukan-Melayu. Ini masih boleh diterima kerana Umno tidak boleh menuduh pembangkang dikuasai oleh bukan-Melayu. Tetapi sekiranya 30 bukan-Melayu ‘melompat’ kedalam PR, dan seterusnya menubuhkan kerajaan baru, ini bermakna terdapat 69 bukan-Melayu berbanding 43 Melayu.

Disini letaknya masalah dan itulah sebabnya mengapa terdapat kelewatan mengapa PR terlewat menubuhkan kerajaan baru. Anwar Ibrahim sudah pun mempunyai 30. Sebenarnya lebih dari 30. Tetapi Anwar terpaksa berhati-hati untuk mengimbangi isu ini. Dia tidak boleh menubuhkan kerajaan baru dengan 69 ataupun lebih ahli Parlimen bukan-Melayu dan hanya 43 yang berbangsa Melayu. Umno akan berarak keseluruh negara dan ‘membuktikan’ apa yang dikatakan oleh Umno selama ini : bahawa bukan-Melayu telah mengambilalih kuasa dan orang melayu telah kehilangan kuasa politik mereka.

Ini lah lagu yang dimainkan oleh Umno sejak 8 march 2008. “Kuasa politik Melayu telah terhakis”, itu hujah Umno. “Dan apabila 30 ataupun lebih Ahli Parliman bukan-Melayu menyeberang kedalam PR dan menubuhkan kerajaan baru, maka Kuasa politik Melayu akan hilang.”

Didalam Konvensyen Umno Johor beberapa bulan lalu, mereka bercakap tentang kekesalan kerana memberikan kewarganegaraan kepada pendatang pada 31 Ogos 1957. Sekarang, pendatang-pendatang yang diberikan kewarganegaraan ini telah menunjukkan sikap biadap mereka dengan mengundi pembangkang. Pendatang-pendatang ini sepatutnya tidak diberi kewarganegaraan, itulah yang diucapkan oleh semua yang bercakap. Dan Dr. Mahathir dan Tengku Razaleigh merupakan tetamu kehormat dalam Konvensyen ini.

Kita dapat melihat bagaimana Tengku Razaleigh merasa tertekan apabila mendengar semua ini. Dia tahu, BN mengalami kekalahan yang memalukan dalam pilihanraya 8 March 2008 disebabkan isu ini. Kenyataan ini tidak banyak membantu, sebaliknya membuatkan keadaan bertambah teruk.

Umno memainkan isu perkauman sepenuhnya menjelang pilihanraya yang lalu. Dan masih lagi melakukannya sekarang, seperti yang diucapkan oleh Ketua Bahagian Bukit Bendera. Mereka masih lagi merujuk orang-orang Cina dan india sebagai pendatang. Mereka masih lagi memanggil orang-orang Cina dan India sebagai setinggan yang tidak mengenang budi. Mereka masih lagi meminta orang-orang Cina dan India balik ke negeri China dan India walaupun mereka ini dilahirkan ddiMalaysia dan bukan dinegara lain.

Didalam Konvensyen PPP diMelaka, yang diadakan sebelum 8 March 2008, Naib Presiden umno dan Ketua Menteri Melaka memberitahu lebih 1,000 orang-orang India bahawa Umno tidak memerlukan orang-orang bukan-Melayu. Malah mereka tidak memerlukan Sabah dan Sarawak, kata Ali Rustam. Umno telah memerintah lebih 50 tahun dan akan terus memerintah 50 tahun lagi.

Ali Rustam tidak diminta untuk memohon maaf. Begitu juga Ketua bahagian bukit bendera, dimana Abdullah Badawi mengatakan dia tidak bermaksud begitu. Tetapi sekiranya saya berkata begitu, sudah pasti polis akan berada dihadapan rumah saya pada hari berikutnya dan saya akan dibawa kemahkamah dan didakwa kerana menghasut dalam masa 24 jam. Begitulah cekapnya polis bertindak walaupun saya hanya berkata 10% daripada apa yang dikatakan oleh pemimpin Umno.

Dan inilah yang akan menjadi penyebab ‘penyeberangan’ ini. Ahli Parlimen BN akan menyertai PR dan menubuhkan kerajaan baru keran cakap-cakap ini. Umno tidak menghormati bukan-Melayu. Umno merasakan bahawa mereka hanya perlu merasuah Sabah dan Sarawak dengan menambah peruntukan pembangunan dan mereka akan terus setia bersama BN. Umno mengetahui bahawa kerusi Parlimen diSemenanjung terbahagi dua, 50:50. Dan apa yang perlu dilakukan ialah dengan merasuah Sabah dan Sarawak dan memastikan 54 kerusi Parlimen kekal didalam BN dan seterusnya, Umno akan terus berkuasa.

Umno juga tahu, bahawa dengan memperolehi sekurang-kurangnya 30 kerusi parlimen dari Sabah dan Sarawak, malah walaupun 20 dari MCA, MIC dan Gerakan masih belum mencukupi. Ini akan memberikan kerajaan baru PR dengan 43 Melayu berbanding 69 bukan-Melayu. Sebenarnya, inilah yang dimahukan oleh Umno. Mereka kemudiannya boleh memainkan isu ‘Melayu sudah hilang kuasa’ dan 13 Mei Edisi Kedua akan menjadi kenyataan.

Ramai orang tak sabar. Mereka mahukan Anwar mengambil alih dan menubuh kerajaan baru hari ini. Mereka mahukan sekurang-kurangnya 30 Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak menyeberang hari ini juga. Mereka mahukan Anwar memberitahu Umno,’ pergi jahanam’. Tapi Anwar tidak boleh melakukan itu semua. Dia memerlukan Umno… sekurang-kurangnya Ahli-ahli Parlimen dari Umno. Di memerlukan sekurang-kurangnya 15 hingga 20 ahli Parlimen Umno untuk bersama-sama 15-20 ahli Parlimen bukan-Melayu untuk menyeberang supaya dia dapat menubuhkan kerajaan baru dengan nisbah bangsa yang seimbang. Dengan itu, umno tidak boleh mengatakan bahawa Melayu telah kehilangan kuasa. Dan Umno tidak akan dapat menggunakan sentiment ini terhadap orang-orang Melayu dan seterusnya mencetuskan satu lagi pergaduhan kaum seperti yang berlaku pada 13 Mei 1969.

Ini bukan hanya tentang bagaimana hendak menendang keluar BN. Ini juga bukan tentang bagaimana untuk menubuhkan kerajaan Pakatan Rakyat. Tetapi bagaimana untuk mengekalkan keamanan, kestabilan dan harmoni diantara banyak bangsa diMalaysia dan menafikan peluang untuk Umno menggunakan isu ini sebagai isu perkauman.

Dan Anwar mengetahui hal ini. Dan itulah sebabnya mengapa beliau memerlukan masa untuk menguasai asas-asas ini sebelum bertindak. Kita mahukan Malaysia yang bergerak menuju 2009. Apakah kita mahu kembali kepdada 1999? Ini yang perlu difikirkan.

(artikel ini adalah terjemahan bebas oleh Matsamankati, berdasarkan artikel asal Raja Petra Kamarudin It’s in the arithmetic, stupid“)

Monday, September 1, 2008

Anwar hadir siri pertemuan lompat Pakatan di KL esok

Anwar hadir siri pertemuan lompat Pakatan di KL esok
Dari:- PerakExpress

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan siri pertemuan informal dengan wakil-wakil rakyat dari Barisan Nasional (BN) di ibu negara esok, dipercayai bagi membincangkan soal menyertai Pakatan Rakyat.

Sumber mengesahkan bahawa pertemuan itu akan diadakan selepas pertemuan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dengan ahli-ahli Parlimen parti itu berhubung Bajet 2009 dan disusuli dengan sidang media pukul 11 pagi.

“Memang ada siri pertemuan Datuk Seri dengan wakil-wakil rakyat (BN),” kata sumber ketika dihubungi hari ini.

Kata sumber itu, wakil-wakil rakyat berkenaan termasuk mereka dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak - antara lain laluan bagi membentuk kerajaan baru persekutuan.

Kelmarin Anwar mengulangi sasaran 16 September masih kekal dan menegaskan, beliau mempunyai agenda ketat mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil rakyat BN dalam tempoh beberapa hari akan datang bagi membincangkan soal menyertai Pakatan Rakyat.

Laporan media menyebut, Anwar sekali lagi menekankan perkara itu di pada majlis makan malam Permatang Pauh semalam.

mStar Online difahamkan pada Khamis lalu beliau telah mengadakan pertemuan dengan enam wakil rakyat BN dari Sarawak di ibu negara - beberapa jam selepas mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat.

Malah mStar Online, Anwar juga telah dijemput untuk menghadiri pertemuan khas dengan ahli-ahli Parlimen Sarawak di Kuching semalam.

Selepas mengangkat sumpah, desas-desus timbul mengatakan 40 hingga 50 wakil rakyat sudah menyatakan kesediaan untuk melompat parti.

Buka Puasa diHotel - Mat Saman Kati

Dari: Perak Express
oleh:Matsamankati

Pagi tadi, awai-awai buta Bos dah bagi SMS. “Jumpa diIpoh kul 2. kita gi KL buka puasa”

fuh!! belum pernah aku buat kerja macam ni, jadi aku call Bos balik. “Nak buat apa?” aku tanya.

“Tolong bawa beg!” kata dia.

“Sejak bila aku jadi tukang bawak beg? ”

“Hang nak pi ka tak mau?” dia tanya aku.

“Pasai apa?” aku tanya.

“Hang berlagak saja sudah la… kalau tidak hang tak boleh masuk. Ada cerita best!”

Aku tak boleh nak cerita panjang sebab laptop pun aku pinjam. Aku baru lepas buka puasa dengan orang yang tak puasa.. Melayu bukan, Cina bukan, India pun bukan. … Dalam semua yang ada, aku cuma kenai sorang , Sng, selalu tengok muka dia masa kes Anwar tahun 98 dulu. Yang simpan tape Ummi Hafilda kat London.

Yang lain tu, aku tak kenai…semua dari Sarawak. Yang dari semenanjung tu, biasa la. Bila aku bisik-bisik sapa dia… member sebelah bagi tau. Tu pun tak boleh nak ingat semua. Yang aku ingat… Aron, Tiki, Jo, Sidi.

OK…nak pergi terawikh.. esok Anwar cerita. Pukul 11 pagi.

Lim Sokong Cuti Umum 16 Sept Untuk Lima Negeri Ditadbir Pakatan Rakyat

Lim Sokong Cuti Umum 16 Sept Untuk Lima Negeri Ditadbir Pakatan Rakyat

PULAU PINANG, 1 Sept (Bernama) -- Kerajaan Pulau Pinang akan menimbang cadangan penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya 16 Sept setiap tahun dijadikan cuti umum untuk lima negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat sebagai memperingati hari pembentukan Malaysia.

"Perkara ini akan dibincangkan dulu dengan exco kerajaan negeri kerana ia akan melibatkan operasi pihak industri di negeri ini," kata Ketua Menteri Lim Guan Eng kepada selepas pada ceramah umum mengenai 'Enzim Sisa Makanan Menyelamatkan Dunia Kita' di Pasar Awam Tanjung Bungah di sini hari ini.

Cadangan cuti umum untuk lima negeri Pakatan Rakyat iaitu Pulau Pinang, Perak, Kedah, Selangor dan Kelantan itu dibuat oleh Anwar pada majlis kesyukuran sempena kemenangan beliau pada pilihan raya kecil Permatang Pauh 26 Ogos lepas.

Kerajaan negeri Pulau Pinang telah memberikan cuti umum pada 26 Ogos lepas sempena pilihan raya kecil berkenaan.

"Kalau kita hendak ambil 16 Sept sebagai cuti umum mungkin pada tahun depan," kata Lim.

Beliau berkata kerajaan pusat sepatutnya menjadikan 16 Sept sebagai cuti umum.

Lim juga bersetuju dengan cadangan badan bukan kerajaan untuk melakukan eksperimen enzim sisa makanan di tapak pelupusan sampah di Pulau Burung.

Beliau berkata enzim sisa makanan itu berupaya membersihkan kawasan dan sungai tercemar akibat pembuangan sampah isi rumah, kilang dan premis perniagaan.

Enzim yang dihasilkan dari bahan terbuang seperti kulit buah-buahan mampu menyahtoksin kotoran yang terkandung dalam air.

"Ia mampu menjaga ekosistem dan sekaligus memelihara alam sekitar kerana enzim ini diperbuat dari sisa bahan organik," katanya.

Mat KOMANdo:-
Expired date dah announce........ quantity dah terpacul.......... Cuti dah arrenge.......... So,..... ready..

Sunday, August 31, 2008

Anwar: “Jadual padat minggu depan, temui MP nak lompat”

PerakExpress.com

Oleh G. MANIMARAN (MStar Online)

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengulangi sasaran 16 September masih kekal sambil menegaskan, beliau mempunyai agenda ketat mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dalam tempoh beberapa hari akan datang bagi membincangkan soal menyertai Pakatan Rakyat.

Wakil-wakil rakyat berkenaan termasuk mereka dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak - antara lain laluan bagi membentuk kerajaan baru persekutuan.

mStar Online difahamkan kelmarin beliau telah mengadakan pertemuan dengan enam wakil rakyat BN dari Sarawak di ibu negara - beberapa jam selepas mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat.

Malah mStar Online, Anwar juga telah dijemput untuk menghadiri pertemuan khas dengan ahli-ahli Parlimen Sarawak di Kuching esok.

Bagaimanapun Anwar masih meneliti perkara itu kerana mempunyai jadual menemui pengundinya di Permatang Pauh.

Selepas mengangkat sumpah, desas-desus timbul mengatakan 40 hingga 50 wakil rakyat sudah menyatakan kesediaan untuk melompat parti.

Ketika ditemui wartawan di Permatang Pauh sempena majlis perhimpunan bersama rakyat dan terima kasih selepas kembali sebagai Ahli Parlimen bahagian itu hari ini, Anwar berkata, beliau akan memberi tumpuan sepenuhnya sepanjang beberapa hari akan datang untuk membuktikan sasaran 16 September akan dicapai.

Kata Anwar, tidak menjadi masalah bagi beliau jika ada pihak yang mempersendakannya dan sasaran 16 September untuk membentuk kerajaan.

“Pada awalnya mereka mendakwa jika saya menang di Permatang Pauh, saya hanya akan memperoleh majoriti lebih 1,000 undi sahaja.

“Mereka juga mengatakan bahawa tiada negeri yang akan jatuh kepada pembangkang dalam pilihan raya umum Mac lalu. Tetapi satu pun daripada tanggapan sedemikian menjadi,” katanya.

Pembangkang kini menguasai lima negeri - Kelantan, Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Selangor.

Mengulas lanjut mengenai soal melompat ke Pakatan Rakyat, Anwar berkata, pihaknya tidak akan menggunakan wang, tekanan ataupun ugutan bagi menarik wakil rakyat BN menyertai barisan pembangkang.

Kata beliau, tiada mana-mana wakil rakyat BN yang ditawarkan jawatan menteri setakat ini.

“Mengapa saya harus menjanjikan mereka ketika saya sendiri pun tidak pasti di mana kedudukan saya (dalam kerajaan Pakatan Rakyat),” kata beliau yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, pihaknya hanya menjanjikan keadilan dan kesaksamaan perwakilan kepada ahli-ahli Parlimen yang menyatakan kesediaan untuk melompat ke dalam Pakatan Rakyat.

Sumber-sumber terdekat PKR tidak menolak penyertaan ahli-ahli Parlimen BN ke dalam Pakatan Rakyat akan berlaku dalam waktu terdekat.

Kelmarin, beberapa ahli-ahli Parlimen BN Sabah dan Sarawak mengisytiharkan taat setia mereka akan bersama BN pada sidang media bangunan Parlimen.

Anwar mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat selepas memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh Selasa lalu.

Kemenangan itu dikatakan menambah spekulais bahawa beliau akan mempercepatkan strategi melompat parti.

Saturday, August 30, 2008

KABINET PAK LAH LETAK JAWATAN

KABINET PAK LAH LETAK JAWATAN
Blog: Marhaen
Kiriman: Teori

Perdana Menteri Dato Sri Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia dan melepaskan semua jawatan dalam Kerajaan. Ini susulan daripada penghijrahan 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional ke Pakatan Rakyat.

Berita Gempar yang amat ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia, Peralihan Kuasa Kerajaan BeeEnd kepada Pakatan Rakyat yang amat digeruni oleh BeEnd.

Cawangan Khas adalah pasukan terakhir digunakan untuk memerhatikan gerak-geri 30 Ahli Parlimen yang dijangka berpindah kapal yang semakin karam. Senario ‘kejutan’ Parti SAPP dan ‘kekebalan’ Speaker Pandikar Amin adalah langkah ‘terencat’ di Parlimen yang digunakan oleh BeEnd untuk berkuasa di penghujung sisa-sisa hayat yang tinggal.

16 September menjadi igauan ngeri ahli-ahli BeEnd setelah ‘RM’ tidak lagi dapat menjamin tembolok perut masing-masing untuk lebih pelahap. Percaturan PRU-12 dan PRK Permatang Pauh meneruskan niat hati Tun Mahathir untuk berhijrah mungkin ke Zimbabwe bertemu sahabat Mugabe yang masih berkuasa. Sedangkan DSAI masih menegaskan bahawa beliau tidak mahu ‘usik’ TDM yang telah pencen dan semakin senja. Apa yang TDM menggelupur sangat nak berhijrah? Semua orang tau.

Mengapa Ku Li masih dihormati walaupun ahli umNO adalah kerana beliau menerima hakikat bahawa Parti umNO ini sudah semakin tidak releven di dunia ini, begitu jua Amaran ke-2 pesanan Mukriz yang ‘mengerti’ dibandingkan ahli-ahli umNO lain yang masih dilamun Sesumpah apatah lagi Muhyidin Yassin mengakui ‘taktik’ BeEnd sudah lapuk ditelan zaman

Pak Lah seperti biasa masih nyenyak tidur kerana beliau tidak merasa ‘tergugat’ dengan situasi Permatang Pauh. Cuma menantunya yang hantu sedang ke hulu ke hilir untuk mencipta episode baru bersama Ezam Raja Sesumpah of the Year.

Tak mungkin kesemua Ahli Parlimen BeEnd tidak ‘berperikemanusiaan’ untuk melihat negara semakin tidak releven di bawah naungan umNO melainkan mereka mengalami ‘kekotoran’ seperti sebahagian ahli-ahli BeEnd yang lain. Tergamakkan mereka melihat Negara diperintah oleh PM yang lemah? Tergamakkah mereka melihat RM300 billion lagi harta negara dipelahap rakan mereka?

Rakyat merayu Ahli-Ahli Parlimen meninggalkan dengan kadar segera Barisan Nasional sebelum lebih parah. Rakyat sudah meluat dengan ajaran songsang kerajaan BeEnd yang memerintah lebih 50 tahun. Rakyat Malaysia telah membuktikan bahawa ‘suara’ mereka lebih berkuasa.

Laman Web Malaysia-Today telah di ‘bekukan’ oleh MCMC dan Laman Tranungkite.net sudah mula di ‘block’ untuk menyekat minda rakyat Malaysia dari mendapat info. Kepanasan Kerajaan BeEnd terserlah. Jika Belanjawan 2009 tidak mampu menarik ‘gerak hati’ rakyat untuk digula-gulakan. Betapa ngerinya mimpi Ahli-ahli Parlimen BeEnd dalam menghitung hari-hari penghujungnya. Sama ada Beraya di Sg Buluh atau merempat seperti pelarian seperti Thaksin.

Tunggu 16 Sept tarikh keramat....!!!!!

Masa Untuk Berubah!

Teori

29.08.2008

Mat KOMANdo:-
Hakhakhak...... jaga-jaga cik salmah..... 16 sept tak lamo dah...... masa terdekat kompom mai punya. hahaha......

Post Mortem

Dari: PerakExpress.com
Oleh: Matsamankati
Tajuk: Post Mortem

Semalam, hari Jumaat, ada member nak buat kenduri sikit pasai nak sambut puasa. Tambahan pulak, sebagai tanda puas, kerja dia kat Permatang Pauh berbaloi. Oleh kerana dia jiran dekat rumah, dia minta aku tolong belikan ayam.

Nak mintak tolong, tak jadi masalah. Tapi bila dia mintak sponsor…..teruk sikit. Tapi bila aku pikir balik, hari tu banyakorang sponsor aku kat Matang Pauh. Malaysiabiz sponsor duit minyak. Topeng Perak sponsor nasi kandaq. Matcomot sponsor McDonald. Ummi sponsor cucoq. Kalau keluar duit sendiri, dah tentu habis tujuh lapan puluh. Tapi dah takdir, kalau Tuhan kata kena keluaq…keluaq la.

Aku pun pergi kat market Kuala. Pergi market pukul 11.00… apa yang tinggal? Dari jauh Ah Hee jual ayam dah jerit. “Ah Mat aaaa! Matang Pau apa macam? Atak lawan ka?”

“Whoa!! lugi la lu. Manyak syiok lo. Ciak beh liao!”

“Talak bikin makan busat ka?” Ah Hee tanya aku.

“Tu pasai la aku datang cari ayam. Nak buat kenduri”

“Ayam atak bulu ka…..tatak bulu punya?”

“Yang tak dak bulu la…yang dah proses. Yang ada bulu nak kena potong…kena buang bulu…sapa nak buat?”

“Mau ayam PKR ka…mau ayam BN?” Ah Hee tanya lagi.

“Cilaka hang..aku nak yang murah..Tak kira la…ayam BN ka…ayam PKR ka…ayam Pas ka…”

“Mau mulah punya…lu angkat ayam BN.” kata Ah Hee.

“Ayam hang ni…hang potong ka…hang katuk?” aku tanya kat Ah Hee.

“Haiya!..Gua mana atak potong punya. Itu Haji kasi potong punya. Gelenti olang Melayu boleh makan punya.”

“Aku tau la hang tak potong. OK..bagi aku lima ekor.” Yang tu saja aku mampu.

“Thieu na seng….lima ekoq mau kasi sapa makan? kita olang semayang hantu pun talak cukup punya. Angkat sepuluh ekoq la..”

“Aku ada tujuh puluh ringgit saja…cukup atau tidak.. itu saja bajet aku”

“Cincai la…lebih gua sponsor.” kata Ah Hee. Selamaaat!

“Mau post mortem ka?” Ah Hee tanya kat aku.

“Potong saja la..”

“Gua manyak syiok post mortem ini BN punya ayam.” kata Ah Hee.”Mula-mula buang dia punya kepala.” Cut! sekali tetak putus kepala ayam. ” Ini kepala tak boleh pakai punya…sudah rosak. ini ayam aaa….tatak akai punya. Lu kasi lepas sama dia aaa…dia tak tau cali makan punya. Hali-hali, dia tunggu olang kasi makan. Satu hali olang tatak kasi makan aaa… gelenti mati punya. Itu PKR punya ayam aaa… tiga hali talak kasi makan pun boleh hidup punya.

Ini ayam BN punya mulut aaa.. lagi tak boleh pakai. Itu ayam PKR aaa..pagi-pagi sudah bunyi…koo…koo.koo..koooooo! Tapi ini ayam BN, kali-kali cakap busuk punya. Lu talak caya…lu dengar apa dia cakap..cock…cock…cock…cock….cock.

“Kaki… lu mau ka tak mau?” tanya Ah Hee

“Aku nak buat apa dengan kaki? ” aku bagi tau Ah Hee.

“Lu manyak pandai!!! Ini kaki aaaa.. Cina pun tak mau ooo. OK…Sikalang kita belah dua.. lu tengok dia punya hati…manyak hitam. Ini tali perut aaa…juai pun talak laku pasai dia punya bau manyak busuk. Hali-hali makan pellet. Ini pedai aaa…lu kasi potong.
Ayam BN punya pedai….itu bulu ayam pun ada. Tapi itu PKR punya ayam…dalam itu pedai ada pasir. Itu pasai Cina punya olang manyak suka itu PKR punya ayam!”

“Hei! Ayam PKR ni ayam apa?” aku tanya Ah Hee.

“Niamah ka hai! itu kampong punya ayam la…. “

Anwar temui MP BN Sarawak bincang sertai Pakatan Rakyat

dari.... PerakExpress.com

Anwar temui MP BN Sarawak bincang sertai Pakatan Rakyat

PETALING JAYA: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan pertemuan dengan sekumpulan Ahli Parlimen dari Sarawak dipercayai antara lain membincangkan strategi mereka menyertai Pakatan Rakyat.

mStar Online difahamkan pertemuan itu diadakan di ibu negara lewat petang semalam.

Sumber memberitahu, dalam pertemuan tersebut memfokus beberapa langkah yang perlu diambil untuk menyertai Pakatan Rakyat.

“Ada sekumpulan wakil rakyat (BN) telah menemui beliau (Anwar), dalam lingkungan 10 orang… beberapa perkara dibincangkan,” kata beliau hari ini.

Sumber itu tidak menolak penyertaan ahli-ahli Parlimen BN ke dalam Pakatan Rakyat akan berlaku dalam waktu terdekat.

Pertemuan itu diadakan beberapa jam selepas ahli-ahli Parlimen BN Sabah dan Sarawak mengisytiharkan taat setia mereka akan bersama BN pada sidang media bangunan Parlimen.

Semalam Anwar, bekas Menteri Kewangan dan bekas Timbalan Presiden Umno mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat selepas memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh Selasa lalu.

Sumber: Mstar

Perakexpress.com

Confirm !!!! Sah !!!! Betul !!! Benar !!!! 34 MP Sabah & Sarawak Lompat

dari.. No2umnO

Confirm !!!! Sah !!!! Betul !!! Benar !!!! 34 MP Sabah & Sarawak Lompat

tranungkite Hanya seramai 20 Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak SAHAJA , yang hadhir dan mengadakan sidang akhbar bersama menyatakan pendirian mereka yang setia dengan Barisan Nasional di lobi Parlimen, semalam.

Kalau dikira betul – betul , jumlah Ahli Parlimen di Sabah ialah seramai 25 orang, 24 daripada BN dan 1 DAP , manakala di Sarawak seramai 31, iaitu 30 BN dan 1 DAP.

Yang mampu hadhir dalam sidang akhbar di Parlimen hanya lah 20 orang SAHAJA, jadi dimana lagi 34 orang Ahli Parlimen dari BN , tidak termasuk 2 dari DAP ?

Adakah benar 34 orang yang tidak hadhir itu adalah jumlah yang akan berhijrah ?

Sukar untuk BN menafikannya , kerana gambar atau foto boleh memberikan seribu makna.Jadi agak – agaknya betul lah seperti kata YB Sdr Azmin Ali , kita , maksudnya Pakatan Rakyat sudah mempunyai jumlah yang selesa , untuk membentuk kerajaan persekutuan yang baru.

Mat KOMANdo:-
hak ahhh..... kompom...!!!! 16 Sept kompom..!!!! haha... no more budi bicara lagi.
Malam tadi..... dalam berita bernama astro jam 2 pagi......
aku nengok MP sabah nak buat pengumuman tapi suara tak keluar...........
macam kena terkezut tak tapis. Hakhakhak......
itu alamat baik namanya tuuu..... huhu......

Monday, August 18, 2008

Perjumpaan bloggers

Dari: Perak Express
Tajuk: Perjumpaan bloggers


Selepas Penamaan Calon, kami semua lepak kat Warung Ehsan. Perjumpaan yang sepatutnya berlangsung pukul 3 petang, terlewat sikit pasai masing-masing basah lenjun. Ada yang balik tukar baju, ada yang pi cari kedai bundle cari baju second hand.

Sementara menunggu member-member sampai, aku pekena teh tarik dan call Brader Bakaq. Dia kata dia demam dah tiga hari. Kawan dah la sakit kaki, hari tu pi beli bihun sup kat Restoran Taqwa. Ingat nak bungkus la..nak bawak balik bagi kat anak-anak, tengah jalan kena hambat anjing..ha..ha..ha . Sorry brader, aku bukan nak gelak kat hang. Tapi lain kali, kalau nak bungkus bihun sup, bagi tau kat Restoran tu…jangan bubuh tulang. Apa pun, member-member lain kirim salam kat hang.

Terima kasih pada malaysiabiz yang dok susah payah organise perjumpaan ni. Mana hang dapat duit, aku pun tak tanya. Hang pi claim kat Cikgu Bard, tu pun kalau dia duit la.

Sapa yang tak mai hari tu, memang rugi. Dulu perempuan aku mengidam mee udang galah Juru, pusing sampai Pulau Aman pun tak jumpa, hari tu matcomot sponsor. Ummi Anni sampai sesat larat, last-last jumpa juga. Bila duduk semeja, mula la cakap merapu. Ummi dengaq cerita Perisik Rakyat sampai ternganga.

Zorro pun mai jugak, tapi bila dia tak pakai topeng, baru nampak mata sepet. Haris Ibrahim mai dengan kain pelikat. Seluaq dah basah lenjun. Kalau bukan kerana tocang dia, mati-mati aku ingat adik Ariff Shah nak mai kempen.

Sembang punya sembang, masing-masing ada tugas khas. Jangan lupa jengok blog depa sebab ada saja cerita panas yang akan keluaq nanti.


Lain-Lain menarik di Perak Express:-

Najib kena boo
Revolusi Buluh Runcing?
Berita Bohong
Lagi foto-foto suasana hari penamaan calon P 44 Permatang Pauh
Penamaan Calon

Sunday, August 17, 2008

Kompom..... Joint Venture Cancel

Presiden tegaskan PAS tidak akan sertai BN

IPOH, 16 Ogos (Hrkh) - Buat sekian kalinya Dato' Seri Abdul Hadi Awang menegaskan PAS tidak sekali-kali akan menyertai Barisan Nasional (BN) atau mengadakan kerjasama dengan Umno.

Presiden PAS berkata, muqabalah yang diadakan sebelum ini kerana kita dijemput dan bukan kita yang menghulurkan tangan kepada mereka.

"Kita ada prinsip. Sudah dibuat keputusan, PAS sekali-kali tidak akan menyertai BN. Kalau hendak bincang perkara lainlah termasuk Akta ISA, OSA, sekat royalti Terengganu.

penyakit," katanya ketika menggulung ucapan dasar presiden menjelang penangguhan muktamar pada hari kedua, petang ini.

Menurutnya Islam mengajar kalau orang ajak bincang, kita perlu berbincang dengan mereka.

"Ini kerana hasil perbincangan (muqabalah) itu Harakah sudah dibenarkan terbit dua kali seminggu. Ini baru mukadimah, sedangkan kita sudah hantar surat dan menyebutnya di parlimen.

"Sedangkan perkara itu (muzakarah) tidak berlaku sebelum ini biar pun diajak berlaki-kali melalui surat yang dihantar kepada Presiden Umno, namun tidak dijawab.

Menurutnya PAS meletak perjuangan parti mengikut tahalul siasi di mana kita menyertai Pakatan Rakyat selain berjaya mengekalkan kerajaaan di Kelantan pada pilihan raya umum lalu.

"Saya sebagai nelayan, saya tahu cara hendak tolong orang yang lemas. kita beri jaminan semua perkara mesti dirujuk kepada parti manakala Majlis Syura Ulamak memberi panduan," katanya.

Tekan sini kalau nak baca penuh.

Amin Shah sudah mengganas sejak zaman DAIM - Do u Believe Amin Can be Pencacai Rakyat..????

Amin Shah sudah mengganas sejak zaman DAIM ...... menarik tajuk ni. Aku kupas habis kat No2Umno.... yg kini boleh bergiat semula. Dan kita mmg tak asing lagi kalau dikenalkan dengan nama Daim.... tycoon. Dan kalau si amin ni mula bergiat dan mengganas sejak zaman daim lagi...... gamaknya...... zaman madet masih belum berakhir lagi dalam kencah politik tanah air. Dan aku yakin benar.... tak ada yg mahukan zaman kotor ini berulang lagi. Bongkar....... bongkar...... bongkar...!!!!!!! Bongkar lagi dan dedahkan..... siapa dia yg katanya sanggup jadi pencacai kepada rakyat ini........ benarkah dia sanggup jadi pencacai kepada rakyat....????? ini pen dedahan sebenar kepada rakyat............

Rakyat........ jangan buta lagi. Lihat pendedahan demi pendedahan ini.

Amin Shah sudah mengganas sejak zaman DAIM

Bila kita google search 'Amin Shah' ... mai ai !!!! banyak nya cerita yang menarik tentang dirinya. Bukan perkara baik, tapi semua hebat hebat ... rugi juta juta bilion bilion. Kalau Arif tidak bertanding, mungkin kita akan lupa tentang rekod KECEMERLANGAN abangnya.

Terima kaseh kepada Arif kerana berjaya mengembalikan kenangan dan ingatan rakyat tentang bagaimana hebatnya Amin. Ikut kata Saiful .... 'laknat keturunan'.

Kalau nak tau lanjut .... KLIK EDGEDAILY
  • Amin Shah, 53, was once a high-profile tycoon known for his close ties to Daim during the era of former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad. He is also well known for his ability to speak in Mandarin, Cantonese and Hokkien.

  • Under the privatisation programme advocated by Dr Mahathir in the 1990s, Amin Shah emerged as one of the few bumiputera entrepreneurs able to secure government concessions and contracts.

  • In 1995, the government privatised Naval Dockyard in Lumut, Perak, to the then PSC Industries Bhd (PSCI), in which Amin Shah had a substantial stake, for RM300 million. The dockyard was then renamed PSC-Naval Dockyard Sdn Bhd.

Tapi....... why najib angkat mamat ni...????? Kenapa Najib calunkan Arif Shah?

seterusnya ....DISINI dan lebih menarik dan terperinci di SINI

dan baca sini untuk kaitan AMIN SHAH DAN TEMASIK [SPORE]Tahukah anda AMIN SHAH pernah di tarik gelaran DATUKnya oleh Sultan Selangor? SINI

sedikit keratan cerita tersebut,

  • “Keputusan itu dibuat kerana ketidakjujuran dan salah laku yang bertentangan dengan status Darjah Kebesaran berkenaan,” katanya.

Sementara itu lihat juga ini...... kegemilangan projek dia pada zaman Tun disini


Pembongkaran akan menyusul lagi .... tunggu.

Saturday, August 16, 2008

Seminggu menyelam

Haha.......

Lamo dh aku menyepi. Kat seminggu gak la. Tapi tak sesia aku menyepi..... pasal dalam seminggu yg dijangka memang terhasil mcm-mcm isu yg hangat bangat sehh...


Kalo nak di kira...... bersepah isu...... dari modal fitnah...... sampai modal nak ngundi..


Usha-usha Mat Saman Kati pon........ skang kne usha kat umah baru dia..... makin gamat, makin menyengat. Tahniah Mat Saman Kati ngan Web baru nya. "PerakExpress".


Tiap-tiap malam aku dok nengok brite kat Tv 3 Suku.... yg mmg pasti ini chennel mmg chennel tarak akal...... tarak etika..... lain yg dia dapat...... lain yg dia sampai, lain true story....... lain putak story yg dia bagi.


Dah aku katakan...... Joint Venture Cancel......... Joint Venture Cancel laaa.....!!!!!!. Kalo 3 suku buat perangai...... maksudnya, PeMBohonG..!!!!! Putaq belit. Manipulation.!!!!!! Kesian...... tak abis-abis...... TG Hj Hadi depa guna...... habis bersih disental buat modal putar belit berita 3 suku ni.

Aku ulang Skali lagi.... Joint Venture Cancel kalau chennel 3 suku main keji lagi....... dak paham-paham bahasa lagi.......... kira hang la chennel 3 yg dok main liwat.


La ni...... si Sahfool dah bikin gimik. Aku rasa 10 hari kempen..... mau 10 hari dia kasik keluar sumpah Sahfool. Ini Chennel mmg dok tolong kempen dacing karat.


Tapi tak pa. Sblm ni.... mmg ramai yg buat perangai....... dan macam-macam pon dah kena.... org bukan buta. Tapi kalau masih ada yg buta...... tak tau...... tak pa...... meh rujok sini. Baru-baru ni.... kat umah baru mat saman kati pon dh keluar tentang sorang mamat tua kerepot....... pasai dah mai masok IJN........ tarak kepoh pon........ yela..... cm na nak kepoh....... sebelom ni........ aku ado gak dengor pasal dia dh ilang akal......... tak gilo ko nak kasik kepoh crita org yg belah dacing karat.


Tapi tak pa...... walaupon sumpah dah bikin....... ramai dah ragu...... ramai jugak yg dah biol berpikir........ itu masih tak dapat menggugat kemaraan rakyat. Pasal pa..... pasal aku caya, otak org skang bukan semua buta tuli, bukan semua buta kayu.......... tak caya tengok sini...... WRLR..... PR still pilihan dan masih gempak kat depan.


Ini sumpah mmg ada sesetengah org yg rasa worry..... tapi aku kata don't worry. Yela..... masa sidang akhbarnya....... dia kata tarikh sumpah takda kena mengena dgn anwar bertanding. Cehhh...!!!!! tak dak kena ngena pa.......??? bohong tu. Kena paksa ka........ rela.......????? Kena paksa. Cehhhh......!!!!!!! bercanggah lagi. Buat sidang akhbar..... tapi apa wartawan tanya...... answer in court. Cehhhh...!!!!!! gimik ja tu..... So, for all of u guys........ don't worry....... mamat ni bukan masalah rakyat. So, kick him.

Petra dah tolong rungkai...... kita tinggal pikir..... sampai ado yg marah sampai hempas fail, kira Go To Hell lah. Chennel 3 suku dh bukak pekong lamo..... kita pon boleh menilai. TG Haji Hadi pon ada cara penilaian. Doktor Osman dh declare sumpah awal dah. Yg penting....... Hasan Marican dh letak jawatan...... hakhakhak..... macam-macam betol lahhh.

Penamaan Calon today...... So....... kerja kita....... Kompom kan........ sapa pilhan kita(Spesel utk org P44 je..hehe). Masih belum lengkap rasanya sekiranya DSAI tak kita bawa bersama kedalam Parlimen. Rasa masih belum lengkap juga sekiranya pakatan rakyat berkuasa tapi DSAI masih diluar. Jadi apa kita perlu buat...?????? Hang pikiaq sendri.



Harapan Baru Untuk Malaysia. Harapan Baru Untuk Rakyat.

"Make it Happen and Let it Be....!!!!"

Sunday, August 10, 2008

Joint Venture Cancel..!!!!!

Ahakkksss......
.
Dua hari dak jengok blog aku. Sibuk sangat.
.
Joint Venture Cancel.....!!!!!! Apa bondo nyo nihh......
Muzakarah, mubaqalah, munggalabah, mung blah blah blah.......... cancelll...????
Kompom ke cancel...????? Kompom tak kompom..... aku tak tau...... aku pon tak brani jamin. Pasal bukan itu aku punya kerja. Tapi yang mewakili "Pertemuan" dah pon bukak mulut sejak kebelakangan ini..... menafikan..... dan memperbetulkan keadaan lagi menjelaskan keadaan sebenar.
.
Smalam, aku pi usha Hj Mat Sabu punya ceramah..... bersama Khalid Samad. Dan aku nampak jelajahan dah bermula untuk menjelaskan keadaan sebenar dan meyakinkan semula org ramai tentang kesetiaan wakil-wakil "Pertemuan" bersama bakal goment baru.
.
YB Khalid Samad dh bagi explen yg boleh dikatakan memuaskan hati. Cuma nak bagi ingat.... no more disebalik tabir. Kerap kali ceramah....... berkemungkinan nama Tuan guru Nik Aziz pasti kita dengar...... tak kira dia nya yg hadir kaa........ jualan tulisan dia kaa........ atau perkembangan dia kaa..... tapi harap jangan gunakan nama beliau sekadar penarik saja..... dengan kata lain jgn membelakangi dia. Dgn kata lain lagi...... no more disebalik tabir.
.
Mat Sabu start bagi semburan kira-kira jam 11 malam. Kali ni semburan dia tak menyengat cam selalu....... mcm kne slow skit gamaknya. Walaubagaimana pon org still tunggu sampai abis. Syabas..!!!! penjelasan memang diperlukan, ceramah mmg diminta...... bukan semua org tau cerita kalau asyik dok nengok brita 3 suku. Cuma kureng skit kat sound sistem semalam. Sound sistem penting..... kne bagi gamat...... baru menyengat.
.
Yg penting kat sini.... untuk sesi P44..... kita dah ada satu declaration "Joint Venture Cancel..!!!!".
Itu yg penting. Brita kalo dok senget lagi cerita...... itu manipulation namanya.
.
Kalau reffer pada kata-kata Mat Sabu...... Sakit kat tangan potong tangan...... sakit kat kaki..... potong kaki...... kalau sakit dah naik kat dada........ kasik potong ja kepala...... tukar kepala...... senang. Goment baru matlamat kita.
.
Yg lusuh, lupus,
yg baru, gilap,
Yg rasuah, hapus...!!!,
yg jitu, take-up...!!!

Saturday, August 9, 2008

Kempen Kearah Pembentukan

Esok ari minggu...... maksudnya... hari nak dudok rerehat... tapi ari esok pon ade kerja besttt......
So........ tak leh nak rerehat panjang. Bakaq kono cekop...... dah keluar....... Pak Anwar kne cekop.... pon dah keluar........... si sahfool nyer citer pon boleh kire kautim selesai laa........cuma...... P44 nyer citer je yg blom sampai masa. Arap...... dok le banyok isu lai.

Angkat tangan........ tengok kat jari......... haaa...... kire berape hari je tinggal untuk kita....


TuuKKKaRRRRR InNiiii KeraJaaNNN....!!!!!!!!!

Tapi terpulang lah kat org P44 Permatang Pauh....... haha.... org negori lain tengah dok nanti je result....... hangpa yg tentukan pakai tangan hangpa.

Nah........ kalo bosan...... mai la tengok klip nihhh..... dari dok dengor abang botak merapu........ ini klip kompom mengancam......... menusuk jiwa.......... mengguris dolah.

Saudara Azmin Ali menjelaskan Isu Yg Sedang Meretak..!!!!


Nak tengok yg komplet hang tekan sini......
Anwar di Taman Medan

Tekan sini untuk selebihnya..... versi kerek, korek, korek
Haha....... arap-arap..... tak dok la org yg tersinggung melihat parti yg ada calon mulo berkempen......
Kalo ada yg tersinggung............... Hang jangan la tersinggong.... jgn lah marahh.... hang kono sedar diri........ hang tu tak dok calon noooo......
Kalo hang nak cepat kempen...... hang pi la amek si berok kaa....... si ungka kaa....... si monyet kaa.... depa tak dak takot kalah..... depa tak reti malu........ kompom depa nak. Nanti hang pon boleh cecepat kempen........
Permatang Pauhhhhh......!!!!!!!!!!
Tunggguuuuuu.......!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Aku Datang niiiiiiiiIIII.....!!!!!!!!!!

Saturday, August 2, 2008

Lu org Ready....... Mamat taik ni dok mai kembali

Kalau jadik buat pilihan rayo kocik........... ini dengan kata lain...... mamat ni akan berakting lagi....Kalau mamat ni berakting lagii.......... maka bullshitt lah gamak nya...... kalau mamat ni..... maka.......... tak hairan kalau yg ni pon ada jugak. Kalau yg ni wujud...... bermaksud......... mamat keparat ni mesti involve skali. Kalau mamat yg dok mai hendle......... maka bas sekali lagi declear bas balik kampong, bas pelajar, bas PLKN, dan apa segala macam bas laa...... asalkan bukan gost bus-terd.

Mamat mana kau tanya aku....????? mamat ni la........ mamat mana lagi.......

Nak buat lagu mana........???? dah depa yg pegang lagi.......... kalau hangpa tak mau depa cam tu lagi............ pikir dulu sebelum buang undi......

Haha........ Pesanan dan saranan lagi seruan dariku.

"Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna"

"Pikir Dulu sebelom buang"

Belom pepehal aku dh kempen........hakhakhak....... jangan marah.

Recent Posts


Vindicated - Dashboard Confessional