Pengumuman/Seruan {MatKOMANdo HoMe}
----------------------------------------------------
Alternatif untuk melawat laman web Malaysiatoday di SINIatau gi ke IP Address nya http://202.75.62.114/2008/
----------------------------------------------------
Mariii....!!!!! Hargai Pengorbanan Raja Petra...!!!!!!!!!
----------------------------------------------------
Mariii Kita Bocorkan Tembok ISA dengan 16 Septemberr..!!!!
----------------------------------------------------
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yg Suci sertaSalam Merdekakan Malaysia. - Mat KOMANdo
----------------------------------------------------

Saturday, September 13, 2008

Operasi Lalang 2: Wartawan Sin Chew bebas

Operasi Lalang 2: Wartawan Sin Chew bebas
Dari:- Perisik Rakyat

(Dikemas kini, 5.00 petang) PETALING JAYA: Wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng (gambar) telah dibebaskan selepas ditahan hampir 18 jam.

Dia dibebaskan di IPK Pulau Pinang kira-kira pukul 2 petang.

Pembebasan beliau turut disahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar pada sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

Tan yang dibawa keluar dari IPK Pulau Pinang pada pukul 8.30 pagi tidak dibawa ke Bukit Aman sebagaimana dilaporkan sebelum ini.

Sebaliknya beliau disiasat di IPK Perak dan dibebaskan di IPK Pulau Pinang petang tadi.

Ketika ditemui di rumahnya di Bukit Mertajam sebentar tadi, Tan berkata, dia berpuas hati dengan layanan pihak polis sepanjang tahanan.

Menurut Tan, dia telah disoal siasat berhubung laporannya yang berkaitan dengan ucapan Ketua Umno Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail ketika pilihan raya kecil Permatang Pauh.

-mSTAR Online

No comments:

Recent Posts


Vindicated - Dashboard Confessional