Pengumuman/Seruan {MatKOMANdo HoMe}
----------------------------------------------------
Alternatif untuk melawat laman web Malaysiatoday di SINIatau gi ke IP Address nya http://202.75.62.114/2008/
----------------------------------------------------
Mariii....!!!!! Hargai Pengorbanan Raja Petra...!!!!!!!!!
----------------------------------------------------
Mariii Kita Bocorkan Tembok ISA dengan 16 Septemberr..!!!!
----------------------------------------------------
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yg Suci sertaSalam Merdekakan Malaysia. - Mat KOMANdo
----------------------------------------------------

Showing posts with label Bloggers. Show all posts
Showing posts with label Bloggers. Show all posts

Monday, August 18, 2008

Perjumpaan bloggers

Dari: Perak Express
Tajuk: Perjumpaan bloggers


Selepas Penamaan Calon, kami semua lepak kat Warung Ehsan. Perjumpaan yang sepatutnya berlangsung pukul 3 petang, terlewat sikit pasai masing-masing basah lenjun. Ada yang balik tukar baju, ada yang pi cari kedai bundle cari baju second hand.

Sementara menunggu member-member sampai, aku pekena teh tarik dan call Brader Bakaq. Dia kata dia demam dah tiga hari. Kawan dah la sakit kaki, hari tu pi beli bihun sup kat Restoran Taqwa. Ingat nak bungkus la..nak bawak balik bagi kat anak-anak, tengah jalan kena hambat anjing..ha..ha..ha . Sorry brader, aku bukan nak gelak kat hang. Tapi lain kali, kalau nak bungkus bihun sup, bagi tau kat Restoran tu…jangan bubuh tulang. Apa pun, member-member lain kirim salam kat hang.

Terima kasih pada malaysiabiz yang dok susah payah organise perjumpaan ni. Mana hang dapat duit, aku pun tak tanya. Hang pi claim kat Cikgu Bard, tu pun kalau dia duit la.

Sapa yang tak mai hari tu, memang rugi. Dulu perempuan aku mengidam mee udang galah Juru, pusing sampai Pulau Aman pun tak jumpa, hari tu matcomot sponsor. Ummi Anni sampai sesat larat, last-last jumpa juga. Bila duduk semeja, mula la cakap merapu. Ummi dengaq cerita Perisik Rakyat sampai ternganga.

Zorro pun mai jugak, tapi bila dia tak pakai topeng, baru nampak mata sepet. Haris Ibrahim mai dengan kain pelikat. Seluaq dah basah lenjun. Kalau bukan kerana tocang dia, mati-mati aku ingat adik Ariff Shah nak mai kempen.

Sembang punya sembang, masing-masing ada tugas khas. Jangan lupa jengok blog depa sebab ada saja cerita panas yang akan keluaq nanti.


Lain-Lain menarik di Perak Express:-

Najib kena boo
Revolusi Buluh Runcing?
Berita Bohong
Lagi foto-foto suasana hari penamaan calon P 44 Permatang Pauh
Penamaan Calon

Thursday, August 7, 2008

Seruan dan luahan

From:- Republik kata
By:- Mat Saman Kati

Pagi-pagi lagi aku dapat tahu dari Perisik Rakyat, brader Bakaq kita kena tangkap. Dari apa yang aku tahu, dia kena tangkap pasai menghasut. Hasut apa? Hasut suruh orang merusuh? Berdemo? Kalau hasut orang suruh tolak Umno..ada la... Yang tu, aku pun buat.

Memang patut pun kalau suruh orang tolak Umno sebab perangai depa makin lama dah jadi macam binatang. Tak dak akai.

Ramai member-member bagi tau kat aku suruh slow sikit... hati-hati. Come on , brader! ini masa untuk kita terus melawan. Dan kali ini, jangan harap blogger kutu berahak saja yang lawan, manakala kerajaan PR buat tak tau pulak!

Baru dua tiga hari sudah, aku dok bersembang dengan kepimpinan PR Perak. Sebelum pilihanraya ke12 dulu, blogger kutu berahak ni la yang banyak membantu PR menumbangkan Umno. Blogger kutu berahak ni la yang peghabih duit simpanan, gadai gelang bini, untuk membantu PR. Tapi bila dah menang, sapa pun tak pandang blogger kutu berahak macam kami!

Pada 29/6 lalu, PKR menganjurkan Ceramah Ketuanan Rakyat kat Stadium Perak. Anwar sepatutnya hadir diceramah tersebut tapi dah kena tuduh pulak. Nasib baik Nik Aziz dapat cover.

Dulu, kalau ada mesej yang nak disampaikan, blogger la yang tolong sampaikan, tapi bila menang, ada panggil blogger bila buat sidang media? Sebaliknya depa panggil NST, Star, semua akhbar MSM. Suratkhabar ni ada buat promosi ka? haram tak dak.. Yang dok tolong promosi ialah blogger yang tak diundang.

Bila tiba malam ceramah, ada pemberita Harakah yang aku kenal datang jumpa aku mengadu sebab tak dibenarkan masuk, pasai tak ada kad media. Aku sendiri tak dibenarkan masuk kegrandstand untuk tangkap gambar! Sedangkan reporter dari akhbar-akhbar BN seronok duduk ambil gambar kat grandstand. Aku yang duduk dalam jawatankuasa sambutan pun tak boleh masuk!

Esoknya, ada cerita yang keluar dalam NST? Star? Berita Harian? Yang keluar hanyalah cerita-cerita dari blogger yang terpaksa merempat.

Tak cukup dengan itu, ada pemimpin PR yang menuduh blogger sebagai tukang fitnah, tukang hasut. Apa salah Bakaq? Pasai dia tentang muzakarah Pas -Umno? Yang tu aku pun buat. Apakah pasai dia kritik kepimpinan dia, maka dia dikatakan menghasut?Pemimpin PR mesti buat sesuatu. Aku nak tengok sama ada kepimpinan PR akan bantu Bakaq atau nak jadikan Bakaq seteru depa. Kalau kepimpinan PR buat tak tau saja kat Bakaq, aku pun akan buat tak tau kat hangpa.

Pada bloggers yang lain, ini masa kita untuk bantu brader kita. Sapa yang ada maklumat, tolong sebarkan. Kita kena buat sesuatu untuk bantu brader Bakaq.

Tuesday, May 27, 2008

Tubuh Badan Khas Tangani Isu Blog

Hakhakhak.........Mat saje je bikin panas........tajok dia sebenor nye tidak bercadang tuboh bada khas tangani isu blog. hehehe......jgn marah.......sesekali gurau...

  • By - Bernama
  • ..........bercadang untuk menubuhkan sebuah badan khas bagi memantau laman-laman blog di internet dan penulis blog yang tidak bertanggungjawab, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Joseph Salang Gandum berkata ini kerana kementerian melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mempunyai peruntukan mencukupi untuk mengambil tindakan ke atas mereka yang tidak bertanggungjawab."SKMM akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik, pengendali atau penulis blog yang menyalahgunakan internet sebagai platform untuk menabur fitnah sekiranya hasil siasatan menunjukkan mereka melanggar undang-undang negara," katanya ketika menjawab soalan lagiiii..........

Mat KOMANdo: Agak-agak lepas ni ader berlaku lagi ke kes.......Petra/RPK under arrest...?????......klo tak dertubohkan unit khas utk blog..........rasenye lepas ni RPK lega laaa.......

tp asal tetiba lembut plak tindakkan depa nii......agaknye dripada tubuh unit khas dok peghati blog......baik dia tuboh unit tindakkan khas UTK.......ade gak fungsi nyer errkkk...???

Recent Posts


Vindicated - Dashboard Confessional