Pengumuman/Seruan {MatKOMANdo HoMe}
----------------------------------------------------
Alternatif untuk melawat laman web Malaysiatoday di SINIatau gi ke IP Address nya http://202.75.62.114/2008/
----------------------------------------------------
Mariii....!!!!! Hargai Pengorbanan Raja Petra...!!!!!!!!!
----------------------------------------------------
Mariii Kita Bocorkan Tembok ISA dengan 16 Septemberr..!!!!
----------------------------------------------------
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yg Suci sertaSalam Merdekakan Malaysia. - Mat KOMANdo
----------------------------------------------------

Showing posts with label Penarik Beca. Show all posts
Showing posts with label Penarik Beca. Show all posts

Thursday, August 7, 2008

Seruan dan luahan

From:- Republik kata
By:- Mat Saman Kati

Pagi-pagi lagi aku dapat tahu dari Perisik Rakyat, brader Bakaq kita kena tangkap. Dari apa yang aku tahu, dia kena tangkap pasai menghasut. Hasut apa? Hasut suruh orang merusuh? Berdemo? Kalau hasut orang suruh tolak Umno..ada la... Yang tu, aku pun buat.

Memang patut pun kalau suruh orang tolak Umno sebab perangai depa makin lama dah jadi macam binatang. Tak dak akai.

Ramai member-member bagi tau kat aku suruh slow sikit... hati-hati. Come on , brader! ini masa untuk kita terus melawan. Dan kali ini, jangan harap blogger kutu berahak saja yang lawan, manakala kerajaan PR buat tak tau pulak!

Baru dua tiga hari sudah, aku dok bersembang dengan kepimpinan PR Perak. Sebelum pilihanraya ke12 dulu, blogger kutu berahak ni la yang banyak membantu PR menumbangkan Umno. Blogger kutu berahak ni la yang peghabih duit simpanan, gadai gelang bini, untuk membantu PR. Tapi bila dah menang, sapa pun tak pandang blogger kutu berahak macam kami!

Pada 29/6 lalu, PKR menganjurkan Ceramah Ketuanan Rakyat kat Stadium Perak. Anwar sepatutnya hadir diceramah tersebut tapi dah kena tuduh pulak. Nasib baik Nik Aziz dapat cover.

Dulu, kalau ada mesej yang nak disampaikan, blogger la yang tolong sampaikan, tapi bila menang, ada panggil blogger bila buat sidang media? Sebaliknya depa panggil NST, Star, semua akhbar MSM. Suratkhabar ni ada buat promosi ka? haram tak dak.. Yang dok tolong promosi ialah blogger yang tak diundang.

Bila tiba malam ceramah, ada pemberita Harakah yang aku kenal datang jumpa aku mengadu sebab tak dibenarkan masuk, pasai tak ada kad media. Aku sendiri tak dibenarkan masuk kegrandstand untuk tangkap gambar! Sedangkan reporter dari akhbar-akhbar BN seronok duduk ambil gambar kat grandstand. Aku yang duduk dalam jawatankuasa sambutan pun tak boleh masuk!

Esoknya, ada cerita yang keluar dalam NST? Star? Berita Harian? Yang keluar hanyalah cerita-cerita dari blogger yang terpaksa merempat.

Tak cukup dengan itu, ada pemimpin PR yang menuduh blogger sebagai tukang fitnah, tukang hasut. Apa salah Bakaq? Pasai dia tentang muzakarah Pas -Umno? Yang tu aku pun buat. Apakah pasai dia kritik kepimpinan dia, maka dia dikatakan menghasut?Pemimpin PR mesti buat sesuatu. Aku nak tengok sama ada kepimpinan PR akan bantu Bakaq atau nak jadikan Bakaq seteru depa. Kalau kepimpinan PR buat tak tau saja kat Bakaq, aku pun akan buat tak tau kat hangpa.

Pada bloggers yang lain, ini masa kita untuk bantu brader kita. Sapa yang ada maklumat, tolong sebarkan. Kita kena buat sesuatu untuk bantu brader Bakaq.

Penangkapan Penarikbeca membuatku terfikir……….

Aku ambik kat politik celupar............ dan aku rase...... tok sah pikir.... pasal mmg otak kita tak boleh pikir pasal ni....... bende ni hanya boleh dipikir oleh akal dewa-dewa umumnokuno jee.
tranungkite ...Penangkapan abg bakaq dan yang lain membuatku terfikir beberapa perkara. Apa yang berlaku pada mereka adalah suatu cubaan dari pihak Kerajaan untuk menakut-nakutkan blogger lain. Dalam beberapa taklimat dan pertemuan dengan beberapa anggota Polis termasuk SB sebelum ini, mereka mengakui bahawa laman-laman blog kini menjadi bahan siasatan mereka dan setiap blog yang terkenal sentiasa dipantau oleh Bukit Aman.
Saya ceritakan hal ini bukan untuk menakutkan para blogger, tetapi kita perlu terima hakikat bahawa inilah sebahagian dari bentuk cabaran yang kita perlu lalui dalam menyampaikan apa yang kita fikirkan betul.
Para blogger menulis atas maklumat dan juga pandangan masing-masing. Itu adalah hak setiap blogger untuk mentafsir atau mengambarkan pemikiran mereka di alam maya. Ketakutan pihak Kerajaan terhadap ‘kenakalan’ sesetengah blogger yang sering membongkarkan kisah-kisah ‘misteri’ politik dan isu semasa dalam negara sering menjadi igauan mereka.
Anggota Polis diminta untuk memantau dan menahan jika perlu untuk siasatan.
Abg Bakaq yang menjadi mangsa terbaru pastinya meninggalkan sedikit kesan pada kita. Saya kenali beliau sejak setahun lalu, iaitu ketika sama-sama mengadakan diskusi dengan beberapa blogger lain untuk membantu menyampaikan mesej perjuang Pas dalam nada yang benar dan bukannya provokasi....selanjutnya.
Mat KOMANdo:-
Yang tak kono tangkap..... kalau hang buat blog lucah...... tak pon buat klip rempit lucah..... kompom takdok siasatan....... kompom kne tangkap...... pasal depa anggap itu lagi mulia dari bakaq.

Bakaq kono cekop

Bakaq a.k.a.Penarik beca ditahan dibawah Akta Hasutan pagi semalam ....... kita doakan beliau selamat. Mahukan undang undang yang adil? Sokong Pakatan Rakyat.

TERKINI Penarik Beca dilanjutkan tahanan satu malam lagi Harakah

Baca tentang JENAYAH SIBER ...
untuk tambah ilmu.juga tentang AKTA HASUTAN 1948

Ini berita aku copy kat politikcelupar.
Berita ini agak kepelikkan dan kebangangan...... Jadi...... siapakah kita sebagai manusia...?????


apa kebebasan kita...???? kita sebagai manusia mempunyai hati...... akal fikiran...... dan pendapat yang hebat hasil dari gabungan hati dan akal fikiran yg dikurniakan tuhan keatas hambanya yang berspisis manusia. Adakah disini membawa maksud........ kita hanya perlu ikut dan matikan akal butakan hati baru boleh hidup bebas tanpa ditahan...?????

Gila..... semua gila.... Bercakap kena tangkap........ menulis kena tangkap....... merompak masih berkeliaran....... menabur cat dirumah org masih berkeliaran...... menculik masih berkeliaran dan jangan lupa...... meletupkan org pon masih berkeliaran.........

Kesimpulannya disisni...... nak buat salah apa pon....... buat...... pasti tak kena tangkap...... tapi jangan bertindak menongkah arus....... pasti kena tangkap... Bagero...!!!!!

Kalau tak nak kono tangkap...... jawabnya buat blog tajuk ker tonyok...... madet nyok, muno karat, tok kolah,

Sunday, August 3, 2008

Sedekah maklumat kepada Umno

Sedekah maklumat kepada Umno

From: Penarik beca

Katakan anda seorang pemimpin tertinggi PAS. Hobi anda pula ialah berjumpa dengan pemimpin tertinggi Umno, tak kisahlah dalam terang atau dalam gelap. Anda juga rajin bersidai dengan pak-pak menteri dari Umno.

Tak kisahlah kalau anda rajin sangat bersidai dengan pak-pak menteri Umno. Bersidai dalam terang. Barangkali, apa salahnya. Barangkali.

Persoalannya, adakah anda akan bercerita begitu banyak perkara kepada para pemimpin Umno yang anda temui? Adakah ramah sangat mulut anda berbicara sehingga tak sedar terlalu banyak cerita dan maklumat yang anda tuangkan ke dalam telinga dan peti muslihat mereka?

Tidakkah anda terfikir betapa terkejutnya kawan-kawan lain, apabila kebetulan terserempak dengan pemimpin-pemimpin Umno berkenaan, mereka mendengar pula pemimpin-pemimpin Umno itu dengan bangganya bercerita tentang pelbagai cerita yang tak sepatutnya mereka ketahui mengenai PAS?

Mereka hanya mampu tersenyum sumbing...

(Hoi bakaq! Hang pun cerita macam-macam maklumat parti!!! Memang, saya bocorkan kerja dalam gelap. Kalau tak dalam gelap pun, kerja yang belum duduk sudah nak bersila. Belum ada keputusan mesyuarat PAS Pusat, sudah bertindak dahulu. Saya bocorkan perangai melawan keputusan parti. Saya bocorkan apa yang saya lihat membelakangkan parti. Atau pembohong).

Monday, June 2, 2008

Kerjasama dengan Umno

Oleh Penarik Beca



Apa reaksi anda jika ulama-ulama tersohor seperti Ustaz Dr Harun Din dan Ustaz Harun Taib yang berkempen supaya PAS berkerjasama dengan Umno atas alasan akhafu al-darurain?

Akhafu al-darurain kalau tak silap saya ialah memilih yang lebih ringan mudaratnya ketika berhadapan dengan dua pilihan yang tidak menguntungkan.

Adakah anda akan terpesona dan menelannya bulat-bulat atas alasan wala' dan thiqah kepada pimpinan? Adakah anda tidak akan bertanya apakah alasan mereka menyatakan bahawa itu adalah akhafu al-darurain? Adakah mereka membuat kajian yang melampaui keraguan yang munasabah bahawa itu adalah akhafu al-darurain?.............

Sambil itu saya memohon maaf kepada Ahli Parlimen Kota Bharu, Haji Wan Abdul Rahim Wan Abdullah kerana menggunakan istilah kera dalam posting bertajuk "Bila kera berbicara".

Dalam akhbar Siasah baru-baru ini, Cik Gu Rohim telah mengaku "Sayalah orangnya" (teringat Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang juga mengaku beliaulah lelaki dalam video lucah yang sebelum ini sengaja disebarluaskan). Saya juga tidak mahu masuk campur dalam kemarahan begitu banyak pihak kepadanya............

Versi Penoh..Klik......

MatKOMANdo: Jangan Buat kejee......mak sakit kepala klo makan kambingg.....

Recent Posts


Vindicated - Dashboard Confessional