Pengumuman/Seruan {MatKOMANdo HoMe}
----------------------------------------------------
Alternatif untuk melawat laman web Malaysiatoday di SINIatau gi ke IP Address nya http://202.75.62.114/2008/
----------------------------------------------------
Mariii....!!!!! Hargai Pengorbanan Raja Petra...!!!!!!!!!
----------------------------------------------------
Mariii Kita Bocorkan Tembok ISA dengan 16 Septemberr..!!!!
----------------------------------------------------
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yg Suci sertaSalam Merdekakan Malaysia. - Mat KOMANdo
----------------------------------------------------

Showing posts with label PerakExpress. Show all posts
Showing posts with label PerakExpress. Show all posts

Wednesday, September 3, 2008

Congak lah sendiri!

Tajuk: Congak lah sendiri!
Dari: PerakExpress
Alih Bahasa: Mat Saman Kati

Tidak lama selepas Pilihanraya Umum pada 8 March 2008, Malaysia Today mewar-warkan kemungkinan bahawa Pakatan rakyat mampu menubuhkan kerajaan pusat sekiranya sekurang-kurangnya 30 Ahl;I Parlimen BN menyeberang. Satu lagi idea yang diwar-warkan ialah penubuhan ‘Kerajaan Bersama’ dan melahirkan sistem dua-parti diMalaysia.

Sistem dua parti dapat diterima dengan mudah tetapi cadangan ‘melompat’ dan ‘Kerajaan Bersama’ditolak mentah-mentah. Setengahnya memberi komen mengatakan saya sudah ‘berubah’ sejak pilihanraya dan tidak lagi bercakap seperti kebiasaannya. Mereka mula membayangkan apa yang telah berlaku terhadap saya dan sama ada saya mengalami ‘penyakit keletihan’ dan sepatutnya berehat panjang sebelum menulis kembali.

‘Penyakit’ yang saya alami hanyalah kerana cuba memahami realpolitik dan bersikap pragmatik. Kita perlu berdepan : apakah yang boleh dilakukan oleh Pakatan Rakyat dengan 82 kerusi Parlimen? Malah tidak cukup untuk menghalang BN daripada mensabotaj lima negeri dibawah Pakatan rakyat. Dan ini boleh dilakukan dengan mudah, dengan menahan wang peruntukan pembangunan kepada lima negeri ini (seperti yang dilakukan diTrengganu pada tahun 1999) dimana, bila tiba pilihanraya akan datang, negeri-negeri ini akan kembali jatuh ketangan BN (seperti yang berlaku diTrengganu pada tahun 2004)

Semunya berkaitan dengan wang. Sekiranya negeri-negeri dibawah PR ketiadaan wang, rakyat akan menilai kembali apakah logiknya menyokong PR. Cuba lihat apakah yang dibentangkan dalam belanjawan 2009? Wang dicurahkan kepada Sabah dan Sarawak, yang dikatakan akan berlakunya ‘lompat’. Umno mengetahui hal ini dan mereka menjanjikian berbillion ringgit kepada dua negeri ini hanya untuk memastikan mereka kekal didalam BN.

BN mempunyai 140 kerusi diParlimen manakala Pakatan Rakyat, 82 – (PKR-31, DAP-28, dan Pas-23). Tetapi ini senario seluruh negara. DiSemenanjung, PR mempunyai 80 kerusi manakala BN mempunyai 86. Jelas, diSemenanjung, BN mempunyai hanya 6 kerusi lebih berbanding PR. Sekiranya hanya 3 Ahli Parlimen dari semenanjung ‘melompat’ kedalam PR, PR akan mempunyai 83 kerusi dan BN juga 83 kerusi.

“Pemain utama’ didalam BN ialah Umno (79 kerusi), MCA (15), MIC (3), dan Gerakan (2). Tetapi 13 daripada kerusi Umno adalah diSabah. Oleh itu, diSemenanjung, umno hanya mempunyai 66 kerusi berbanding jumlah keseluruhan MCA, MIC dan Gerakan iaitu 20.

Sabah dan Sarawak sudah semestinya menjadi kuasa penentu. Dan kalau berdasarkan undang-undang, 25% daripada kerusi Parlimen mesti datang dari sabah dan Sarawak bermakna mereka akan selamanya menjadi kuasa penentu. Dan ini amat jelas sekarang, dimana diSemenanjung, kerusi yang diperolehi BN dan PR hampir sama banyak, 50:50. Sebenarnya, jumlah undi yang diperolehi oleh PR melebihi apa yang diperolehi oleh BN (51% berbanding BN 49%). Hanya apabila dicampur undi dari Sabah dan Sarawak, nisbahnya bertukar.

Raja segala Raja ialah PBB, parti yang diterajui oleh Taib Mahmud diSarawak yang mempunyai 14 kerusi. Ini diikuti dengan Umno diSabah yang memiliki 13 kerusi. SUPP dan PRS, kedua-duanya diSarawak masing-masing mempunyai 6 kerusi. UPKO di Sabah dan SPDP di Sarawak masing-masing mempunyai 4 kerusi, diikuti oleh PBS diSabah (3 kerusi), SAPP di Sabah (2 kerusi) dan PBRS dan LDP, kedua-duanya di Sabah dengan 1 kerusi.

Pada asasnya, terdapat 56 kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak. Umno menguasai 13 dan pembangkang (DAP) 2. Bakinya sebanyak 41 kerusi dikuasai oleh ahli komponen BN Malaysia Timur. Sekiranya 13 kerusi Umno itu dianggap sebagai ‘kerusi komponen’, maka jumlah kerusi yang ‘panas’ ialah 54. Campur dengan 20 daripada MCA, MIC dan Gerakan, maka PR mempunyai peluang untuk memancing daripada 74 kerusi ini.

Apa yang diperlukan oleh PR ialah 30 kerusi. 74 terlalu banyak. Dan inipun jika dianggap 66 kerusi Umno itu akan terus kekal didalam BN dan tiada siapa yang melompat.

Tetapi terdapat masalah sekiranya tiada seorang pun daripada MP Umno yang melompat. PR mempunyai 43 Ahli Parlimen berbangsa Melayu berbanding dengan 39 bukan-Melayu. Ini masih boleh diterima kerana Umno tidak boleh menuduh pembangkang dikuasai oleh bukan-Melayu. Tetapi sekiranya 30 bukan-Melayu ‘melompat’ kedalam PR, dan seterusnya menubuhkan kerajaan baru, ini bermakna terdapat 69 bukan-Melayu berbanding 43 Melayu.

Disini letaknya masalah dan itulah sebabnya mengapa terdapat kelewatan mengapa PR terlewat menubuhkan kerajaan baru. Anwar Ibrahim sudah pun mempunyai 30. Sebenarnya lebih dari 30. Tetapi Anwar terpaksa berhati-hati untuk mengimbangi isu ini. Dia tidak boleh menubuhkan kerajaan baru dengan 69 ataupun lebih ahli Parlimen bukan-Melayu dan hanya 43 yang berbangsa Melayu. Umno akan berarak keseluruh negara dan ‘membuktikan’ apa yang dikatakan oleh Umno selama ini : bahawa bukan-Melayu telah mengambilalih kuasa dan orang melayu telah kehilangan kuasa politik mereka.

Ini lah lagu yang dimainkan oleh Umno sejak 8 march 2008. “Kuasa politik Melayu telah terhakis”, itu hujah Umno. “Dan apabila 30 ataupun lebih Ahli Parliman bukan-Melayu menyeberang kedalam PR dan menubuhkan kerajaan baru, maka Kuasa politik Melayu akan hilang.”

Didalam Konvensyen Umno Johor beberapa bulan lalu, mereka bercakap tentang kekesalan kerana memberikan kewarganegaraan kepada pendatang pada 31 Ogos 1957. Sekarang, pendatang-pendatang yang diberikan kewarganegaraan ini telah menunjukkan sikap biadap mereka dengan mengundi pembangkang. Pendatang-pendatang ini sepatutnya tidak diberi kewarganegaraan, itulah yang diucapkan oleh semua yang bercakap. Dan Dr. Mahathir dan Tengku Razaleigh merupakan tetamu kehormat dalam Konvensyen ini.

Kita dapat melihat bagaimana Tengku Razaleigh merasa tertekan apabila mendengar semua ini. Dia tahu, BN mengalami kekalahan yang memalukan dalam pilihanraya 8 March 2008 disebabkan isu ini. Kenyataan ini tidak banyak membantu, sebaliknya membuatkan keadaan bertambah teruk.

Umno memainkan isu perkauman sepenuhnya menjelang pilihanraya yang lalu. Dan masih lagi melakukannya sekarang, seperti yang diucapkan oleh Ketua Bahagian Bukit Bendera. Mereka masih lagi merujuk orang-orang Cina dan india sebagai pendatang. Mereka masih lagi memanggil orang-orang Cina dan India sebagai setinggan yang tidak mengenang budi. Mereka masih lagi meminta orang-orang Cina dan India balik ke negeri China dan India walaupun mereka ini dilahirkan ddiMalaysia dan bukan dinegara lain.

Didalam Konvensyen PPP diMelaka, yang diadakan sebelum 8 March 2008, Naib Presiden umno dan Ketua Menteri Melaka memberitahu lebih 1,000 orang-orang India bahawa Umno tidak memerlukan orang-orang bukan-Melayu. Malah mereka tidak memerlukan Sabah dan Sarawak, kata Ali Rustam. Umno telah memerintah lebih 50 tahun dan akan terus memerintah 50 tahun lagi.

Ali Rustam tidak diminta untuk memohon maaf. Begitu juga Ketua bahagian bukit bendera, dimana Abdullah Badawi mengatakan dia tidak bermaksud begitu. Tetapi sekiranya saya berkata begitu, sudah pasti polis akan berada dihadapan rumah saya pada hari berikutnya dan saya akan dibawa kemahkamah dan didakwa kerana menghasut dalam masa 24 jam. Begitulah cekapnya polis bertindak walaupun saya hanya berkata 10% daripada apa yang dikatakan oleh pemimpin Umno.

Dan inilah yang akan menjadi penyebab ‘penyeberangan’ ini. Ahli Parlimen BN akan menyertai PR dan menubuhkan kerajaan baru keran cakap-cakap ini. Umno tidak menghormati bukan-Melayu. Umno merasakan bahawa mereka hanya perlu merasuah Sabah dan Sarawak dengan menambah peruntukan pembangunan dan mereka akan terus setia bersama BN. Umno mengetahui bahawa kerusi Parlimen diSemenanjung terbahagi dua, 50:50. Dan apa yang perlu dilakukan ialah dengan merasuah Sabah dan Sarawak dan memastikan 54 kerusi Parlimen kekal didalam BN dan seterusnya, Umno akan terus berkuasa.

Umno juga tahu, bahawa dengan memperolehi sekurang-kurangnya 30 kerusi parlimen dari Sabah dan Sarawak, malah walaupun 20 dari MCA, MIC dan Gerakan masih belum mencukupi. Ini akan memberikan kerajaan baru PR dengan 43 Melayu berbanding 69 bukan-Melayu. Sebenarnya, inilah yang dimahukan oleh Umno. Mereka kemudiannya boleh memainkan isu ‘Melayu sudah hilang kuasa’ dan 13 Mei Edisi Kedua akan menjadi kenyataan.

Ramai orang tak sabar. Mereka mahukan Anwar mengambil alih dan menubuh kerajaan baru hari ini. Mereka mahukan sekurang-kurangnya 30 Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak menyeberang hari ini juga. Mereka mahukan Anwar memberitahu Umno,’ pergi jahanam’. Tapi Anwar tidak boleh melakukan itu semua. Dia memerlukan Umno… sekurang-kurangnya Ahli-ahli Parlimen dari Umno. Di memerlukan sekurang-kurangnya 15 hingga 20 ahli Parlimen Umno untuk bersama-sama 15-20 ahli Parlimen bukan-Melayu untuk menyeberang supaya dia dapat menubuhkan kerajaan baru dengan nisbah bangsa yang seimbang. Dengan itu, umno tidak boleh mengatakan bahawa Melayu telah kehilangan kuasa. Dan Umno tidak akan dapat menggunakan sentiment ini terhadap orang-orang Melayu dan seterusnya mencetuskan satu lagi pergaduhan kaum seperti yang berlaku pada 13 Mei 1969.

Ini bukan hanya tentang bagaimana hendak menendang keluar BN. Ini juga bukan tentang bagaimana untuk menubuhkan kerajaan Pakatan Rakyat. Tetapi bagaimana untuk mengekalkan keamanan, kestabilan dan harmoni diantara banyak bangsa diMalaysia dan menafikan peluang untuk Umno menggunakan isu ini sebagai isu perkauman.

Dan Anwar mengetahui hal ini. Dan itulah sebabnya mengapa beliau memerlukan masa untuk menguasai asas-asas ini sebelum bertindak. Kita mahukan Malaysia yang bergerak menuju 2009. Apakah kita mahu kembali kepdada 1999? Ini yang perlu difikirkan.

(artikel ini adalah terjemahan bebas oleh Matsamankati, berdasarkan artikel asal Raja Petra Kamarudin It’s in the arithmetic, stupid“)

Monday, September 1, 2008

Buka Puasa diHotel - Mat Saman Kati

Dari: Perak Express
oleh:Matsamankati

Pagi tadi, awai-awai buta Bos dah bagi SMS. “Jumpa diIpoh kul 2. kita gi KL buka puasa”

fuh!! belum pernah aku buat kerja macam ni, jadi aku call Bos balik. “Nak buat apa?” aku tanya.

“Tolong bawa beg!” kata dia.

“Sejak bila aku jadi tukang bawak beg? ”

“Hang nak pi ka tak mau?” dia tanya aku.

“Pasai apa?” aku tanya.

“Hang berlagak saja sudah la… kalau tidak hang tak boleh masuk. Ada cerita best!”

Aku tak boleh nak cerita panjang sebab laptop pun aku pinjam. Aku baru lepas buka puasa dengan orang yang tak puasa.. Melayu bukan, Cina bukan, India pun bukan. … Dalam semua yang ada, aku cuma kenai sorang , Sng, selalu tengok muka dia masa kes Anwar tahun 98 dulu. Yang simpan tape Ummi Hafilda kat London.

Yang lain tu, aku tak kenai…semua dari Sarawak. Yang dari semenanjung tu, biasa la. Bila aku bisik-bisik sapa dia… member sebelah bagi tau. Tu pun tak boleh nak ingat semua. Yang aku ingat… Aron, Tiki, Jo, Sidi.

OK…nak pergi terawikh.. esok Anwar cerita. Pukul 11 pagi.

Sunday, August 31, 2008

Anwar: “Jadual padat minggu depan, temui MP nak lompat”

PerakExpress.com

Oleh G. MANIMARAN (MStar Online)

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengulangi sasaran 16 September masih kekal sambil menegaskan, beliau mempunyai agenda ketat mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dalam tempoh beberapa hari akan datang bagi membincangkan soal menyertai Pakatan Rakyat.

Wakil-wakil rakyat berkenaan termasuk mereka dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak - antara lain laluan bagi membentuk kerajaan baru persekutuan.

mStar Online difahamkan kelmarin beliau telah mengadakan pertemuan dengan enam wakil rakyat BN dari Sarawak di ibu negara - beberapa jam selepas mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat.

Malah mStar Online, Anwar juga telah dijemput untuk menghadiri pertemuan khas dengan ahli-ahli Parlimen Sarawak di Kuching esok.

Bagaimanapun Anwar masih meneliti perkara itu kerana mempunyai jadual menemui pengundinya di Permatang Pauh.

Selepas mengangkat sumpah, desas-desus timbul mengatakan 40 hingga 50 wakil rakyat sudah menyatakan kesediaan untuk melompat parti.

Ketika ditemui wartawan di Permatang Pauh sempena majlis perhimpunan bersama rakyat dan terima kasih selepas kembali sebagai Ahli Parlimen bahagian itu hari ini, Anwar berkata, beliau akan memberi tumpuan sepenuhnya sepanjang beberapa hari akan datang untuk membuktikan sasaran 16 September akan dicapai.

Kata Anwar, tidak menjadi masalah bagi beliau jika ada pihak yang mempersendakannya dan sasaran 16 September untuk membentuk kerajaan.

“Pada awalnya mereka mendakwa jika saya menang di Permatang Pauh, saya hanya akan memperoleh majoriti lebih 1,000 undi sahaja.

“Mereka juga mengatakan bahawa tiada negeri yang akan jatuh kepada pembangkang dalam pilihan raya umum Mac lalu. Tetapi satu pun daripada tanggapan sedemikian menjadi,” katanya.

Pembangkang kini menguasai lima negeri - Kelantan, Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Selangor.

Mengulas lanjut mengenai soal melompat ke Pakatan Rakyat, Anwar berkata, pihaknya tidak akan menggunakan wang, tekanan ataupun ugutan bagi menarik wakil rakyat BN menyertai barisan pembangkang.

Kata beliau, tiada mana-mana wakil rakyat BN yang ditawarkan jawatan menteri setakat ini.

“Mengapa saya harus menjanjikan mereka ketika saya sendiri pun tidak pasti di mana kedudukan saya (dalam kerajaan Pakatan Rakyat),” kata beliau yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, pihaknya hanya menjanjikan keadilan dan kesaksamaan perwakilan kepada ahli-ahli Parlimen yang menyatakan kesediaan untuk melompat ke dalam Pakatan Rakyat.

Sumber-sumber terdekat PKR tidak menolak penyertaan ahli-ahli Parlimen BN ke dalam Pakatan Rakyat akan berlaku dalam waktu terdekat.

Kelmarin, beberapa ahli-ahli Parlimen BN Sabah dan Sarawak mengisytiharkan taat setia mereka akan bersama BN pada sidang media bangunan Parlimen.

Anwar mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat selepas memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh Selasa lalu.

Kemenangan itu dikatakan menambah spekulais bahawa beliau akan mempercepatkan strategi melompat parti.

Saturday, August 30, 2008

Post Mortem

Dari: PerakExpress.com
Oleh: Matsamankati
Tajuk: Post Mortem

Semalam, hari Jumaat, ada member nak buat kenduri sikit pasai nak sambut puasa. Tambahan pulak, sebagai tanda puas, kerja dia kat Permatang Pauh berbaloi. Oleh kerana dia jiran dekat rumah, dia minta aku tolong belikan ayam.

Nak mintak tolong, tak jadi masalah. Tapi bila dia mintak sponsor…..teruk sikit. Tapi bila aku pikir balik, hari tu banyakorang sponsor aku kat Matang Pauh. Malaysiabiz sponsor duit minyak. Topeng Perak sponsor nasi kandaq. Matcomot sponsor McDonald. Ummi sponsor cucoq. Kalau keluar duit sendiri, dah tentu habis tujuh lapan puluh. Tapi dah takdir, kalau Tuhan kata kena keluaq…keluaq la.

Aku pun pergi kat market Kuala. Pergi market pukul 11.00… apa yang tinggal? Dari jauh Ah Hee jual ayam dah jerit. “Ah Mat aaaa! Matang Pau apa macam? Atak lawan ka?”

“Whoa!! lugi la lu. Manyak syiok lo. Ciak beh liao!”

“Talak bikin makan busat ka?” Ah Hee tanya aku.

“Tu pasai la aku datang cari ayam. Nak buat kenduri”

“Ayam atak bulu ka…..tatak bulu punya?”

“Yang tak dak bulu la…yang dah proses. Yang ada bulu nak kena potong…kena buang bulu…sapa nak buat?”

“Mau ayam PKR ka…mau ayam BN?” Ah Hee tanya lagi.

“Cilaka hang..aku nak yang murah..Tak kira la…ayam BN ka…ayam PKR ka…ayam Pas ka…”

“Mau mulah punya…lu angkat ayam BN.” kata Ah Hee.

“Ayam hang ni…hang potong ka…hang katuk?” aku tanya kat Ah Hee.

“Haiya!..Gua mana atak potong punya. Itu Haji kasi potong punya. Gelenti olang Melayu boleh makan punya.”

“Aku tau la hang tak potong. OK..bagi aku lima ekor.” Yang tu saja aku mampu.

“Thieu na seng….lima ekoq mau kasi sapa makan? kita olang semayang hantu pun talak cukup punya. Angkat sepuluh ekoq la..”

“Aku ada tujuh puluh ringgit saja…cukup atau tidak.. itu saja bajet aku”

“Cincai la…lebih gua sponsor.” kata Ah Hee. Selamaaat!

“Mau post mortem ka?” Ah Hee tanya kat aku.

“Potong saja la..”

“Gua manyak syiok post mortem ini BN punya ayam.” kata Ah Hee.”Mula-mula buang dia punya kepala.” Cut! sekali tetak putus kepala ayam. ” Ini kepala tak boleh pakai punya…sudah rosak. ini ayam aaa….tatak akai punya. Lu kasi lepas sama dia aaa…dia tak tau cali makan punya. Hali-hali, dia tunggu olang kasi makan. Satu hali olang tatak kasi makan aaa… gelenti mati punya. Itu PKR punya ayam aaa… tiga hali talak kasi makan pun boleh hidup punya.

Ini ayam BN punya mulut aaa.. lagi tak boleh pakai. Itu ayam PKR aaa..pagi-pagi sudah bunyi…koo…koo.koo..koooooo! Tapi ini ayam BN, kali-kali cakap busuk punya. Lu talak caya…lu dengar apa dia cakap..cock…cock…cock…cock….cock.

“Kaki… lu mau ka tak mau?” tanya Ah Hee

“Aku nak buat apa dengan kaki? ” aku bagi tau Ah Hee.

“Lu manyak pandai!!! Ini kaki aaaa.. Cina pun tak mau ooo. OK…Sikalang kita belah dua.. lu tengok dia punya hati…manyak hitam. Ini tali perut aaa…juai pun talak laku pasai dia punya bau manyak busuk. Hali-hali makan pellet. Ini pedai aaa…lu kasi potong.
Ayam BN punya pedai….itu bulu ayam pun ada. Tapi itu PKR punya ayam…dalam itu pedai ada pasir. Itu pasai Cina punya olang manyak suka itu PKR punya ayam!”

“Hei! Ayam PKR ni ayam apa?” aku tanya Ah Hee.

“Niamah ka hai! itu kampong punya ayam la…. “

Anwar temui MP BN Sarawak bincang sertai Pakatan Rakyat

dari.... PerakExpress.com

Anwar temui MP BN Sarawak bincang sertai Pakatan Rakyat

PETALING JAYA: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan pertemuan dengan sekumpulan Ahli Parlimen dari Sarawak dipercayai antara lain membincangkan strategi mereka menyertai Pakatan Rakyat.

mStar Online difahamkan pertemuan itu diadakan di ibu negara lewat petang semalam.

Sumber memberitahu, dalam pertemuan tersebut memfokus beberapa langkah yang perlu diambil untuk menyertai Pakatan Rakyat.

“Ada sekumpulan wakil rakyat (BN) telah menemui beliau (Anwar), dalam lingkungan 10 orang… beberapa perkara dibincangkan,” kata beliau hari ini.

Sumber itu tidak menolak penyertaan ahli-ahli Parlimen BN ke dalam Pakatan Rakyat akan berlaku dalam waktu terdekat.

Pertemuan itu diadakan beberapa jam selepas ahli-ahli Parlimen BN Sabah dan Sarawak mengisytiharkan taat setia mereka akan bersama BN pada sidang media bangunan Parlimen.

Semalam Anwar, bekas Menteri Kewangan dan bekas Timbalan Presiden Umno mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat selepas memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh Selasa lalu.

Sumber: Mstar

Perakexpress.com

Monday, August 18, 2008

Perjumpaan bloggers

Dari: Perak Express
Tajuk: Perjumpaan bloggers


Selepas Penamaan Calon, kami semua lepak kat Warung Ehsan. Perjumpaan yang sepatutnya berlangsung pukul 3 petang, terlewat sikit pasai masing-masing basah lenjun. Ada yang balik tukar baju, ada yang pi cari kedai bundle cari baju second hand.

Sementara menunggu member-member sampai, aku pekena teh tarik dan call Brader Bakaq. Dia kata dia demam dah tiga hari. Kawan dah la sakit kaki, hari tu pi beli bihun sup kat Restoran Taqwa. Ingat nak bungkus la..nak bawak balik bagi kat anak-anak, tengah jalan kena hambat anjing..ha..ha..ha . Sorry brader, aku bukan nak gelak kat hang. Tapi lain kali, kalau nak bungkus bihun sup, bagi tau kat Restoran tu…jangan bubuh tulang. Apa pun, member-member lain kirim salam kat hang.

Terima kasih pada malaysiabiz yang dok susah payah organise perjumpaan ni. Mana hang dapat duit, aku pun tak tanya. Hang pi claim kat Cikgu Bard, tu pun kalau dia duit la.

Sapa yang tak mai hari tu, memang rugi. Dulu perempuan aku mengidam mee udang galah Juru, pusing sampai Pulau Aman pun tak jumpa, hari tu matcomot sponsor. Ummi Anni sampai sesat larat, last-last jumpa juga. Bila duduk semeja, mula la cakap merapu. Ummi dengaq cerita Perisik Rakyat sampai ternganga.

Zorro pun mai jugak, tapi bila dia tak pakai topeng, baru nampak mata sepet. Haris Ibrahim mai dengan kain pelikat. Seluaq dah basah lenjun. Kalau bukan kerana tocang dia, mati-mati aku ingat adik Ariff Shah nak mai kempen.

Sembang punya sembang, masing-masing ada tugas khas. Jangan lupa jengok blog depa sebab ada saja cerita panas yang akan keluaq nanti.


Lain-Lain menarik di Perak Express:-

Najib kena boo
Revolusi Buluh Runcing?
Berita Bohong
Lagi foto-foto suasana hari penamaan calon P 44 Permatang Pauh
Penamaan Calon

Saturday, August 16, 2008

Hj. Hadi: Saiful bodoh bersumpah!

Hj. Hadi: Saiful bodoh bersumpah!

IPOH, 16 Ogos (Hrkh) - Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menganggap tindakan bersumpah yang dilakukan oleh Saiful Bukhari Azlan bagi mempertahankan kebenaran dirinya terhadap kes liwat membabitkan Ketua Umum KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah suatu kebodohan. Iklan

Menurutnya, lebih malang lagi ia melibatkan mereka yang terdiri daripada kalangan cerdik pandai agama.
“Ianya suatu kebodohan dan lebih malang lagi melibatkan golongan yang memakai jenama Islam,” katanya pada sidang media di Muktamar Tahunan PAS ke-54 hari ini.


Jelasnya, kes tersebut adalah dikategorikan sebagai kes yang menyamai kes zina.
Menurut beliau, merujuk kepada artikel 121 (1)(a) Perlembagaan Persekutuan, kes liwat yang dikiaskan kepada hukuman zina perlu diadili di mahkamah syariah.
Sumpah yang diucapkan oleh Saiful juga, ujar beliau hanya boleh dilakukan oleh isteri atau suami yang menuduh pasangan mereka melakukan zina.


Hukum yang disebut sebagai li’an dalam perundangan Islam ini, jelasnya tidak boleh dilakukan oleh orang yang tidak mempunyai hubungan perkahwinan seperti dalam kes liwat Saiful.

Ustaz Abdul Hadi turut menyifatkan kes liwat ini sebagai berunsur politik.

“Kita lihat, bagaimana Saiful Bukhari mengangkat sumpah sehari sebelum Anwar dinamakan sebagai calon.

“Maka tidak syak lagi ia sememangnya bermotifkan politik kotor dan tidak bermoral,” tegasnya.
Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa Anwar tidak bersalah.
“Bahkan, badan kehakiman membenarkan beliau bertanding di Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh.
“Kita masih tetap menyokong Anwar dan menyatakan bahawa (beliau) tidak bersalah,” katanya lagi.


Ditanya mengenai keperluan Anwar untuk bersumpah sepertimana yang dilakukan Saiful, beliau berpandangan ianya tidak wajar.

Ketika ditanya kemungkinan kes ini akan memberi kesan negatif kepada pengundi, Ustaz Hadi menegaskan ianya tidak mungkin.

“Saya tidak merasakan begitu, bahkan kemungkinan sokongan terhadap beliau bertambah itu ada,” ujarnya lagi.

Mengulas isu yang sama, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato’ Mohd Daud Iraqi berkata pertuduhan liwat memerlukan empat orang saksi yang adil.

“Sekiranya terbukti berlaku pembohongan maka kesaksian individu tersebut sudah tidak dapat digunakan sampai bila-bila,” katanya.

Jelas beliau, bukan sebarang kenyataan dapat dibuat oleh saksi yang mahu membuktikan kes liwat ini.

Sumpah menggunakan kitab suci ini juga menurutnya menyerupai amalan golongan kristian.-

Recent Posts


Vindicated - Dashboard Confessional