Pengumuman/Seruan {MatKOMANdo HoMe}
----------------------------------------------------
Alternatif untuk melawat laman web Malaysiatoday di SINIatau gi ke IP Address nya http://202.75.62.114/2008/
----------------------------------------------------
Mariii....!!!!! Hargai Pengorbanan Raja Petra...!!!!!!!!!
----------------------------------------------------
Mariii Kita Bocorkan Tembok ISA dengan 16 Septemberr..!!!!
----------------------------------------------------
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yg Suci sertaSalam Merdekakan Malaysia. - Mat KOMANdo
----------------------------------------------------

Showing posts with label Harakahdaily. Show all posts
Showing posts with label Harakahdaily. Show all posts

Saturday, August 16, 2008

Hj. Hadi: Saiful bodoh bersumpah!

Hj. Hadi: Saiful bodoh bersumpah!

IPOH, 16 Ogos (Hrkh) - Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menganggap tindakan bersumpah yang dilakukan oleh Saiful Bukhari Azlan bagi mempertahankan kebenaran dirinya terhadap kes liwat membabitkan Ketua Umum KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah suatu kebodohan. Iklan

Menurutnya, lebih malang lagi ia melibatkan mereka yang terdiri daripada kalangan cerdik pandai agama.
“Ianya suatu kebodohan dan lebih malang lagi melibatkan golongan yang memakai jenama Islam,” katanya pada sidang media di Muktamar Tahunan PAS ke-54 hari ini.


Jelasnya, kes tersebut adalah dikategorikan sebagai kes yang menyamai kes zina.
Menurut beliau, merujuk kepada artikel 121 (1)(a) Perlembagaan Persekutuan, kes liwat yang dikiaskan kepada hukuman zina perlu diadili di mahkamah syariah.
Sumpah yang diucapkan oleh Saiful juga, ujar beliau hanya boleh dilakukan oleh isteri atau suami yang menuduh pasangan mereka melakukan zina.


Hukum yang disebut sebagai li’an dalam perundangan Islam ini, jelasnya tidak boleh dilakukan oleh orang yang tidak mempunyai hubungan perkahwinan seperti dalam kes liwat Saiful.

Ustaz Abdul Hadi turut menyifatkan kes liwat ini sebagai berunsur politik.

“Kita lihat, bagaimana Saiful Bukhari mengangkat sumpah sehari sebelum Anwar dinamakan sebagai calon.

“Maka tidak syak lagi ia sememangnya bermotifkan politik kotor dan tidak bermoral,” tegasnya.
Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa Anwar tidak bersalah.
“Bahkan, badan kehakiman membenarkan beliau bertanding di Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh.
“Kita masih tetap menyokong Anwar dan menyatakan bahawa (beliau) tidak bersalah,” katanya lagi.


Ditanya mengenai keperluan Anwar untuk bersumpah sepertimana yang dilakukan Saiful, beliau berpandangan ianya tidak wajar.

Ketika ditanya kemungkinan kes ini akan memberi kesan negatif kepada pengundi, Ustaz Hadi menegaskan ianya tidak mungkin.

“Saya tidak merasakan begitu, bahkan kemungkinan sokongan terhadap beliau bertambah itu ada,” ujarnya lagi.

Mengulas isu yang sama, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato’ Mohd Daud Iraqi berkata pertuduhan liwat memerlukan empat orang saksi yang adil.

“Sekiranya terbukti berlaku pembohongan maka kesaksian individu tersebut sudah tidak dapat digunakan sampai bila-bila,” katanya.

Jelas beliau, bukan sebarang kenyataan dapat dibuat oleh saksi yang mahu membuktikan kes liwat ini.

Sumpah menggunakan kitab suci ini juga menurutnya menyerupai amalan golongan kristian.-

Thursday, May 29, 2008

Kemasukan Ezam dalam Umno tidak beri kesan - Wan Azizah

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Hrkh) - Meskipun Ezam Mohd Nor yang merupakan bekas Ketua Pemuda KeADILan kini telahpun diterima sebagai ahli Umno, ia tidak sedikitpun memberi kesan kepada politik tanah air. -->-->

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Presiden KeADILan, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang ditemui di perkarangan lobi parlimen hari ini.

"Beliau telah dua tahun meninggalkan parti ini dan apa yang dilakukannya merupakan pilihannya sendiri," ujarnya kepada Harakahdaily.

Ezam yang sebelum ini pernah bergiat aktif dengan KeADILan secara rasminya mengumumkan menyertai Umno yang sebelum ini pernah disertai ketika beliau bersama-sama bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Sementara itu, Ketua Angkatan Muda KeADILan, Samsul Iskandar Mat Akin pula berpendapat Ezam sudah tidak relevan lagi dalam persada politik tanah air serta Parti Keadilan Rakyat.

"Beliau sudah tiada kaitan dengan KeADILan dan apa yang dilakukannya langsung tidak memberi sebarang kesan kepada kita apatah lagi beliau bukan sebahagian daripada KeADILan sejak sebelum pilihan raya umum ke-12 lalu," katanya dalam satu sidang akhbar hari ini di parlimen.

Jelasnya, kepimpinan AMK kini telah mengorak langkah dengan lapan orang kepimpinannya berjaya menjadi ahli Dewan Rakyat.

"Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Umno kerana sudi mengambil Ezam, kita tiada masalah dengan hal tersebut," katanya.

Ezam dengan rasminya diterima menjadi ahli Umno semalam selepas upacara penyerahan borang keahliannya dibuat secara terbuka kepada Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. - mns

Peruntukan RM17 juta untuk CYC dipertikai di Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Hrkh) - Dewan Rakyat hari ini menyaksikan kritikan dan pertikaian ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat terhadap tindakan kerajaan memberi peruntukan kepada penganjur Kejohanan Piala Juara Juara Belia (CYC) Ogos ini sejumlah RM17 juta. -->-->

Katanya ini membuktikan bahawa Kemneterian Belia dan Sukan tidak membuat perancangan rapi sedangkan jumlah yang diperuntukkan dianggap membebankan negara.

"Mungkin perjanjian telah dibuat oleh Menteri Belia dan Sukan dahulu tetapi kita nak tahu bagimana Menteri sekarang menangani isu kontroversi ini?" katanya

........"Saya tak tahulah sama ada yang menjadikan koordinasi FAM dan CYC tidak baik adakah disebabkan oleh kehadiran Timbalan Presiden FAM yang baru (Khairy)," katanya. ........

......."Permainan hanya 90 minit, 16 pasukan terlibat dan berusia 19 tahun ke bawah tetapi peruntukan sejumlah RM17 juta. ......

......."Ada laporan akhbar yang menyatakan bahawa Malaysia memang hebat daripada segi penganjuran kejohanan sukan tetapi gagal dalam melahirkan 'produk' sukan yang baik, dengan kata lain suka dengan menang sorak semata-mata," katanya.

Sebelum ini dilaporkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) juga tidak mengiktiraf penganjur Kejohanan Piala Juara Juara Belia (CYC) Ogos ini dan menyifatkan peruntukan RM17 juta untuk penganjur kejohanan itu sebagai merugikan. ....... lagi lanjutt.......

Mat KOMANdo: Rm17 JUTAAA tuuuu...... tah sape le yg rase duit tuu yerkk..... hape le diorang ni buat kerje....... dh mcm kes grend saga dh.....hehe...

Recent Posts


Vindicated - Dashboard Confessional