Pengumuman/Seruan {MatKOMANdo HoMe}
----------------------------------------------------
Alternatif untuk melawat laman web Malaysiatoday di SINIatau gi ke IP Address nya http://202.75.62.114/2008/
----------------------------------------------------
Mariii....!!!!! Hargai Pengorbanan Raja Petra...!!!!!!!!!
----------------------------------------------------
Mariii Kita Bocorkan Tembok ISA dengan 16 Septemberr..!!!!
----------------------------------------------------
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yg Suci sertaSalam Merdekakan Malaysia. - Mat KOMANdo
----------------------------------------------------

Showing posts with label Ezam. Show all posts
Showing posts with label Ezam. Show all posts

Saturday, August 30, 2008

Kisah tiga Mamat - Mat Ezam, Mat Segaran dan Mat Kurapan

Serangan TB kali pertama terhadap Mat Ezam sampai pada awal March. Serangan TB ini cukup hebat. Semput Mat Ezam terutama apabila keputusan piliharaya memperlihatkan banyak kerusi telah di menangi olih PKR.

DARI JELEBU - Malaysia Today
Hishamuddin Rais

Ini kesah Tiga Mamat. Ingat atau tidak – kita ada Mat Sentul yang membuat filem Mat Bond. Kita ada Mat Toyol juga dilakonkan oleh Mat Sentul. Kita ada film Mat Lanun. Kita ada filem Mat Tiga Suku dan Mat Karong Guni yang juga dilakonkan olih Mat Sentul. Semua ini termasuk dalam genre filem lawak bodoh yang menyeramkan.
Bila saya tulis tentang filem-filem lawak bodoh ini pasti pembaca tertanya-tanya – betul ke ada filem ini. Nampak sangat saya ini ‘oltie’ mendewasa di zaman Latifah Omar dan Nordin Ahmad. Jangan risau dan jangan gundah – semua filem-filem ini wujud. Saya tidak klentong.
Tetapi disini bukan tentang filem yang hendak saya tulis tetapi satu teater lawak seram lagi bodoh yang sedang dipentaskan untuk hiburan kita semua. Teater ini bukan arahan atau lakonan Mat Sentul tetapi lebih sewel dari Mat Sentul lebih bodoh dari semua lawak-lawak bodoh dari zaman Cathy Keris dan Jalan Ampas. Lebih tiga suku dari Mat Tiga Suku. Lebih karong dari Mat Karong Guni.
Mamat Pertama dalam teater lawak seram ini ialah Mat Segaran Pillai ( bukan peguam DSAI dan tidak ada talian keluarga arwah M.G.G Pillai). Mamat ini bercita-cita besar. Lebih besar dari tayar kerusi roda Eye of Kuala Lumpur. Dia bukan berNgo untuk rakyat Malaysia. Bukan juga berNgo untuk rakyat Asia. Bukan juga untuk rakyat Asia, Afrika dan Latin Amerika tetapi berNgo untuk rakyat Dunia. Ciss… hebat lawak si Mamat ini tetapi Bantang Berjuntai pun dia belum pernah sampai untuk berjuntai-berjuntai.
Kadang-kadang saya sedih sambil ketawa apabila diberitahu bahawa Ngo yang dikepali oleh si Mamat ini yang hanya ada tiga orang ahli. Bayangkan tiga orang ahli cuba membawa Keadilan Untuk Dunia. Ngo ini kalau di terjemahkan ke dalam bahasa Jambi ialah Just World – jangan silap-silap ini bukan nama kelab judi di 43rd Street di New York – yang kelab judi itu Just World Trust.
Kak kah kah…. isteri dia, anak dia dan Dia…. kah kah kah – tiga orang ahli. Macam mana tiga orang ini hendak membawa Keadilan Dunia saya pun bingong lagi malap.
Lalu soalan Chepu Emas muncul – mungkinkah Ngo Keadilan Untuk Dunia ini ditubuh sebagai cara untuk mendapat dana dari luar negara kot? Ha ha ha. Trick ini semua kaki-kaki Ngo tahu. Jadi saya tidak perlu cerita panjang. Atau Ngo yang tidak ada sesiapa pun pernah dengar namanya di Malaysia ini hanyalah sebagai cara agar Mat Segaran ini dapat ditemu ramah oleh Mama Juwie dari Mingguan Malaysia.Kah kah kah.
Biar saya bersurah sikit agar anak-anak muda tahu siapa Segaran ini. Mamat Segaran ini pada satu ketika dahulu pernah bertanding untuk menjadi MP. Hebat angan-angan si Mamat ini. Tetapi sayangnya warga Bandar Tun Razak tidak kenal dia ini siapa. Pengundi Melayu ingat dia warga India. Pengundi India ingat dia Benggali Roti. Pengundi Cina ingat dia Ghurkha dari Nepal. Hasilnya si Mamat ini di gudam oleh warga Bandar Tun Razak.
Kerana ini saya menyokong kuat cadangan Sultan Johor agar sesiapa yang beralih-alih tuhan ini tidak patut nama mereka beralih-alih sama. Lihat apa sudah jadi kepada warga Bandar Tun Razak, kacau bilau, mereka hampir tertipu kerana tidak tahu asal usul Segaran Pillai.
Keadaan ini bertambah celaru kerana satu ketika dulu si Segaran ini bercakap tentang keadilan tetapi apabila Parti Keadilan Rakyat hendak mengambil kuasa dia terbalik kot. Dia terkentut di mulut menyokong gerombolan United Malays National Organisation. Kah kah kah.
Ini tidak menghairankan beb… nama pun dia ditukar-tukar untuk mengabui mata Orang Melayu. Tuhan pun dia tukar-tukar apa lagi dasar perjuaangan. Si Mamat ini lebih hodoh dari si Tenggang. Dia lupa terus asal usulnya. Dia melupakan meruku dan thosainya. Ini bukan fitnah saya. Kalau tidak percaya tanya Hindraf dan Aliran. Kah kah kah.
Mamat Kedua dalam teater ini bernama Mamat Kurapan. Mamat ini tidak ada sangkut paut dengan satu jenis penyakit kulit, harap maklum. Kendati pun kita masih tidak mengetahui asal usulnya. Justeru, kita jangan tersalah orang. Mamat Kurapan ini tidak ada juga kena mengena dengan Pemimpn Agung MIC. Perbezaan si Mamat Kurapan ini dengan Pemimpin Agung MIC cukup jelas. Mamat Kurapan ini ada rambut dan tidak memakai tupee seperti Pemimpin Agung MIC.
Mamat ini cukup sangap. Sama seperti Mamat Segaran dia memiliki cita-cita politik yang amat besar. Tetapi Mamat ini masih setia dengan merukunya. Cita-citanya tidaklah sebesar Segaran Pillai yang ingin menjaga Keadilan Dunia. Si Kurapan hanya bercita-cita untuk menjadi Pemimpin Agung masyarakat India di seluruh Malaysia. Rasa saya cita-cita Mamat ini cukup murni.
Si Kurapan telah menubuhkan Malaysian Indian United Party (MIUP). Macam mana parti ini dapat lesen pertubuhan dalam masa 3 hari saya pun tidak tahu. Walhal ada parti politik yang telah menunggu sampai sepuluh tahun untuk mendapat lesen. Tetapi ini cerita lain.
Tidak menjadi satu kesalahan untuk menubuhkan parti politik. Malah ini adalah cara yang paling senang untuk menjadi Presiden sesebuah parti politik. Tanpa pertandingan di cawangan atau di bahagian si Kurapan ini terus menjadi Presiden MIUP. Ini samalah macam Mahathir Muhamad menubuhkan gerombolan United Malays Nastional Organisation dahulu. Mahathir terus melantik dirinya sebagai presiden. Khalas.
Si Kurapan ini betul-betul sangap politik. Dia menjemput Najib Razak untuk merasmikan penubuhan MIUP. Si Kurapan pasti membuat perhitungan bahawa satu kurun lagi Najib Razak akan menjadi PM Malaysia. Kalau sekarang dia sudah ‘parking’ di sebelah Najib pasti dia dapat menyikat rambut Najib untuk mendapatkan lesen kasino. Hebat. Antara Rosmah dengan Kurapan siapa agaknya yang akan dipilih oleh Najib? Jawabnya pastilah Saiful Bukhari. Bijak Mamat Kurapan ini.
Tetapi sebenarnya Mamat Kurapan ini cukup bebal. MIUP telah dilancarkan oleh Najib pada hari HINDRAF mengadakan demo di Kuala Lumpur. Dia langsung tidak tahu sentimen masyarakat India. Kurang arif saya bagaimana si Kurapan ini mahu menjadi pemimpin semua orang India kalau program penting masyarakat India pun dia tidak tahu. Akhirnya dewan pesidangan kosong. Habuk orang India pun tidak ada dalam dewan. Nasi dan lauk pauh tinggal bersepah untuk dimakan kucing. Hasilnya yang mendengar ucapan Najib hanya si Kurapan. Majlis akhirnya menjadi pesta kucing kurap.
Pelawak Ketiga dalam teater lawak bodoh ini tidak lain dan tidak bukan ialah Mat Ezam. Seperti tulisan saya minggu lalu Mat Ezam ini telah dihinggapi oleh penyakit KKS – kurang kaseh sayang. Akhir-akhir ini dari apa yang saya difahamkan penyakit Mat Ezam ini kini telah bertambah teruk. Dia sekarang bukan sahaja diserang olih KKS tetapi telah dijangkiti pula oleh TB.
Tanda-tanda awal KKS ini telah dapat kita lihat agak lama dahulu. Riak-riak penyakit TB ini baru muncul dalam bulan Ferbuari/March yang lalu. Kita jangan lupa Mat Ezam ini telah ke hulu ke hilir awal tahun ini. Dia menziarah Kelantan, dia melawat opis Pas di Jalan Raja Laut ( jangan ketawa Mat Ezam masuk ikut pintu depan bukan pintu belakang ). Semua ini adalah riak-riak, tanda-tanda dan simptom penyakit TB.
Serangan TB kali pertama terhadap Mat Ezam sampai pada awal March. Serangan TB ini cukup hebat. Semput Mat Ezam terutama apabila keputusan piliharaya memperlihatkan banyak kerusi telah di menangi olih PKR.
Kerana serangan TB ini bagitu hebat Mat Ezam menjadi jaki apabila melihat PKR kini menjadi parti yang kukuh lagi berpengaruh. Mat Ezam tidak boleh tahan lagi lalu memasuki gerombolan United Malays National Organistaion.
Satu minggu sesudah memasuki gerombolan itu Mat Ezam telah diserang sekali lagi oleh TB. Kali ini serangan datang bertalu-talu. Semput sekali lagi Mat Ezam kerana serangan TB ini. Penyakit jenis TB ini amat merbahaya terutama kepada sesiapa sahaja yang suka bersumpah, suka mencabar dan cakap bergegar-gegar.
Lawak penyakit Mat Ezam ini menjadi bodoh lagi menyeramkan. Berita paling terakhir yang saya terima cukup sedih lagi pilu. Mat Ezam telah cukup bodek agar dia tidak lagi diserang oleh penyakit TB. Sayang, Mat Ezam di serang lagi. Kali ini dia hampir hilang nafas. Mat Ezam sedih lagi kecewa. Malah dia hampir tidak percaya kenapa penyakit TB – Tidak Bertanding - ini terus menerus menyerang walhal dia telah cukup bodek.
Banyangkan bulan March lalu Mat Ezam Tidak Bertanding kerana tidak ada parti politik yang hendak beri laluan untuk Gerak. Kemudian Mat Ezam berangan-angan hendak mejadi Ketua Pemuda gerombolan United Malays National Organisation tetapi dilarang lalu Tidak Bertanding. Akhirnya Mat Ezam berharap sangat dia akan di pilih di Permatang Pauh. Tetapi sekali lagi dia diketepikan lalu Tidak Bertanding.
Penyakit TB ini telah menyebabkan Mat Ezam menjadi Gila Talak ke hulu ke hilir membebel untuk memburuk-burukkan Pakatan Rakyat. Sedih cerita lawak bodoh ini. Nampaknya Gila Talak ini juga telah menjangkiti Mat Segaran Pillai dan Mat Kurapan.
Demikianlah kesah lawak bodoh Tiga Mamat yang sedang di hinggapi oleh penyakit Gila Talak. Ubat gila talak ini hanyalah suntikan 3P – Permatang Pauh, Parlimen dan Putrajaya.

Saturday, August 16, 2008

Poyoo betul Cheruk Tok Kun

Poyoo betul Cheruk Tok Kun


Ini bukan tentang rashia Enam Kotak Mat Ezam. Ini bukan Sumpah Keramat Mat Ezam. Ini bukan saya Mencabar Mat Ezam. Kita semua tahu Mat Ezam ini amat suka bersumpah dan amat suka mencabar.

DARI JELEBU
Hishamuddin Rais

''SELAMA 10 tahun saya berjuang untuk manusia bernama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sepanjang tempoh itu juga saya keluar masuk lokap demi mempertahankan perjuangan beliau.

''Namun setelah beliau dibebaskan, tidak sekalipun beliau menghubungi saya dan bertanya sama ada saya makan atau tidak, bagaimana keadaan keluarga saya dan bagaimana nasib saya akibat bisness yang telah lingkup," demikian luahan kecewa Abdul Ghani Haroon, bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Di Petik dari Utusan Malaysia 3.Ogos 2008-08-06

Mamat dari Cheruk Tok Kon ini memang cukup poyo. Ini bukan bukan fitnah dari Saiful atau dari Uncle Pet. Ini telah terbukti saheh. Ini dari mulut Abdul Ghani Haroon. Siapa yang tak faham makna poyo sila tanya Mat Rempit. Kalau masih ada yang tidak tahu apakah bendanya Mat Rempit ini maka saya cadangkan mereka berhijrah ke Dacca atau ke Nepal dan jangan pulang ke Malaysia sehingga faham makna poyo.

Bila saya terbaca berita tentang Abdul Ghani Haroon ini, hati saya berasa pedih lagi pilu. Jiwa saya mendayu-dayu. Air mata saya berderai-derai keluar macam biji-biji mutiara di leher Datin Rosmah. Nasib baik saya tidak pernah memakai seluar dalam kalau tidak ehem saya pun akan menangis sama.

Bayangkan si Poyo Cheruk Tok Kun ini langsung tidak ambil pot terhadap kawan baik saya si Ghani Haroon ini. Nah! Ada sesiapa yang tidak faham apa dia pot? Jangan tanya Dewan Bahasa, buang masa sahaja; kalau tanya Minah Kelisa atau Minah Kancil mereka pasti arif. Pot ialah satu perkataan kool yang tidak berani di pakai olih Nik Safiah atau Segerawan Negara. (Segerawan Negara ialah mereka yang mengaku diri sebagai sasterawan dan menulis ayat-ayat kontot yang mereka namakan sanjak).

Sebenarnya saya kenal baik dengan si Ghani ini. Setiap kali saya jumpa dia, baju dan seluarnya selalu berseterika. Saya tidak pernah nampak dia memakai jean atau jauh sekali pakai jean koyak macam Madonna. Mamat ini kalau di University Malaya di zaman saya dulu dia ini akan di anggap Mat Belia atau Apiah. Hari ini tahun 2008 kalau di universiti Mamat macam si Ghani Haroon ini termasuk dalam gulungan Mat Skema atau Mat Rakan Muda. Kalau dia di dalam gerombolan United Malays National Organistaion dia akan di panggil Mat Baju Batik a.k.a Mat Kontrektor Kelas F a.k.a Kontrek Jungkies.

Memang betul si Ghani ini di tahan di bawah ISA. Saya juga sama sedih tetapi saya tidak dapat berbuat apa-apa. Sel tempat Ghani di tahan ini sebenarnya tidak jauh dari sel saya. Sel-sel kami ini di tempat rashia – bukan cafĂ© – jadi kita tidak boleh bersembang – kami di kurung 24 jam. Kesian dan sedih kita pada si Ghani ini.

Tetapi bukan ISA yang memilukan dan merobek hati. Hati saya berderai-derai kerana bisness kawan saya ini telah lingkup. Bayangkan betapa besarnya pengorbanan kawan saya ini terhadap Poyo Cheruk Tok Kun ini. Poyo betul si Poyo ini. Sesudah dibebaskan si Poyo ini TIDAK pula angkat talipon dan menalipon si Ghani ini. Bertanya khabar pun tidak. Bukan mahal sangat satu panggilan. Kedekut rupanya Poyo ini.

Cerita ini bertambah sedih lagi menyedihkan apabila si Poyo Ceruk Tok Kun ini TIDAK pula bertanya sama ada kawan saya si Ghani ini makan atau tidak. Ciss… betul-betul tidak bolih pakai si Poyo ini. Entah-entah si Ghani hampir mati kebulur tidak dapat makan. Dijauhkan Bidadari 44 - janganlah satu hari nanti saya terbaca berita kawan saya ini mati kebulurun.

Saya juga merasa kesal lagi bersalah kerana saya juga tidak pernah bertanya kepada si Ghani ini sama ada dia ada soru atau tidak. Ini kerana saya selalu nampak dia ‘steady’ macam Pegawai Level Four. Lain kali kalau saya jumpa si Ghani ini saya akan tanya – Woit! Ghani…hang udah makan atau belum?

Memang sahih hujah si Ghani ini. Bagaimana agaknya si Poyo Ceruk Tok Kun ini hendak membantu nelayan dan petani kalau Ghani seorang pun dia tidak boleh ulur-ulur. Sekarang ini si Ghani ini telah merajuk dan membebel ke hulu ke hilir bersama Mat Ezam mengatakan yang dia tidak dipedulikan olih Poyo Cheruk Kun. Padan muka.

Apa yang terjadi pada si Ghani ini memang sedih lagi pilu. Berderai-derai air mata apabila kita semua membaca berita ini dari akhbar Zainuddin Maidin dan Johan Jaafar. Saya mendengar cerita pada hari berita si Ghani disiarkan, akhbar ini telah tiga kali di ulang cetak. Hebat.

Tetapi kita perlu bersabar. Kesah si Ghani ini belum cukup sedih lagi hingga membawa kita ketawa terbahak-bahak. Kerana itu saya cadangkan kita semua wajib berbilion-bilon bersedih dan berpilu terhadap apa yang telah berlaku kepada Mat Ezam. Air mata kita semua tidak lagi menitis berbantal-bantal tetapi mencurah-curah keluar macam air kencing lembu jantan.

Ini bukan tentang rashia Enam Kotak Mat Ezam. Ini bukan Sumpah Keramat Mat Ezam. Ini bukan saya Mencabar Mat Ezam. Kita semua tahu Mat Ezam ini amat suka bersumpah dan amat suka mencabar. Yang hendak saya tulis ini ialah cerita sedih lagi menyayat hati. Ini cerita sedih lagi pilu, lebih sedih dari cerita seorang Kontrektor Kelas F yang perniagaannya lingkup.

Saya terbaca bagaimana Mat Ezam berkata bahawa si Poyo Cheruk Tok Kun ini bukan sahaja tidak menalipon dia tetapi jeling mata pun tidak mahu. Aduh! Sedihnya hati saya. Bayangkan muka Mat Ezam yang tidak ada jerawat itu tidak hendak di pandang lagi olih si Poyo ini. Apa sudah jadi?

Mengikut Mat Ezam si Poyo Cheruk Tok Kun semenjak bebas dari penjara selalu duduk jauh darinya. Mat Ezam komplain kerana tidak di ajak datang minum-minum kopi. Ajak soru jauh sekali. Kenapa si Poyo Cheruk Tok Kun ini berbuat demikian? Apa susahnya kenyit-kenyit mata kepada Mat Ezam. Tidak bolihkah jeling-jeling dan pandang muka Mat Ezam?

Akhinya bubur menjadi kerak. Mat Ezam pun merajuk patah hati berulam tulang. Dia selalu ke hulu ke hilir mundar mandir membebel ke seluruh kampung Felda bercerita bagaimana dia kurang mendapat pandangan mata dari si Poyo Cheruk Tok Kun.

Saya yakin Mat Ezam telah dihinggapi oleh satu penyakit. Lalu saya meminta nasihat pakar perubatan. Dari seorang Doktor di Pusrawi (bukan doktor yang itu) saya difahamkan nama penyakit Ezam ini ialah KKS. Penyakit in tidak bervirus dan amat mudah berjangkit. KKS ini senang berjangkit terutama kepada orang yang bisnesnya lingkup. KKS lagi senang menjangkiti para Kontrek Jungkies. Penyakit ini juga akan menghinggapi sesiapa sahaja yang gian nak memakai baju putih lengan pendek dan berseluar gelap.

Mengikut kajian Doktor Pusrawi ini penyakit KKS ini sering menghinggapi orang-orang muda yang selalu di lamun olih angan-angan. Lebih tinggi angan-angan maka akan lebih cepat KKS ini menular.

KKS ialah penyakit Kurang Kasih Sayang. Penyakit ini lah yang telah menimpa kawan saya si Ghani Haroon dan Mat Ezam. Mereka kurang mendapat kasih sayang. Sepuluh tahun mereka membuang masa, kalau mereka tanam durian pasti pokok durian telah berbuah. Kalau mereka tanam sawit sudah berbuah tujuh kali. Kalau mereka berjalan kaki mereka telah ngeliling dunia dua kali. Kalau mereka memelihara katak pasti mereka telah wajib dinobatkan sebagai Raja Katak Katak untuk menggantikan Ibrahim Ali.

Ada juga berita baik. Mengikut nasihat Doktor Pusrawi ini KKS cukup senang diubati. Tidak perlu menongeng untuk di periksa bontot. Tidak perlu suntikan atau makan pil. Pertama – si Pesakit hendak lah kurang bersumpah dan kurang mencabar. Kedua – si Pesakit wajib mula belajar berkata benar dan jujur. Ketiga – kalau ada saka atau janji-janji yang telah di lafaz dahulu ianya wajib ditunaikan. Janji seperti kotak-kotak yang tersuruk. Laporan-laporan rasuah 620 muka surat yang di janji kepada orang ramai wajib diumumkan.

Ada satu lagi nasihat Doktor Puswari ini - kalau hendak cepat sembuh si Pesakit perlu mula melihat cermin muka setiap pagi terutama sebelum bercakap bergantang-gantang. Bila melihat muka di cermin sila kurangkan angan-angan terutama jika ada angan-angan hendak menjadi Menteri atau hendak menjadi Kontrektor Kelas A.

Sedih, pilu dan hati mendayu-dayu hingga kita semua ketawa terbahak-bahak. KKS oh KKS. Kesian bila kita membaca kesah-kesah Mamat-Mamat ini. Inilah pengajaran untuk kita semua. Bila kita bangun pagi mari lah kita cermin muka kita sebelum kita bercakap bergantang-gantang. Mana berat mata memadang berat lagi tangan saya yang meraba-raba.

Sunday, August 3, 2008

Aku kembali lagi dengan Kooootaaaakkkkk....!!!!!!!!

from Politikcelupar

Kata Ezam ....

  • ‘‘Justeru kita tidak harus melihat ini politik kalah menang sebaliknya satu pertarungan moral, satu pertempuran untuk mempertahan dan menegakkan kebenaran,’’ katanya kepada Mingguan Malaysia, di sini. - UM

Berapa ramai orang Permatang Pauh yang percaya kata kata Ezam. Tanyakan .... di mana gi kotak kotak hang janji dulu?

Mat KOMANdo:-
Hah...... sape-sape yg masih ada kotak kasut burok kat umah...... pi kasik pos kit mamat ni..... takut nanti dia kehabisan kotak pulak.

Saturday, July 12, 2008

Asam, Garam, Gula, Ajinomoto - Brend Barulahhh..

WoWww..!!!!

Malam tadi aku pegi nengok budak 3 beruang beraksi..... bersama himpunan pengikutnyo, katanyo untuk menyedorkan org...... tp aku tak tau sapo yg sedor. Mat e(ME) and gengnyo berakting dilokasi 19 tuah Sang Anggun(lokasi rahsia kott haha..). Aku dtg kire lewat la skit, atas dasar nak tau criter, apo yg dicanang apo reaksi dan usha panel yg agak gempak bunyi dia. Panel dia si dukun, ME, Ham To, sambutan oleh si Salman Safe khan. Yg buat menarik aku nak dtg pasal semua atas stage org kuat abang perang duluk kecuali si licin dukun.

First panal naik Si dukun...., Ham To and finally penutup si ME magee. Apo pon komen aku, tahniah kepada depa smua pasal depa dh action ibarat opposition, dh mulo sedarkan diri dan dh ready.

Mase aku sampai si dukun sedang berkokok, aku puji si dukun ni skit pasal si dukun ni turun dengan membawa mesej umpamo opposit forever haha...... dia banyak sebut isu semasa yg menjadi masalah, kononnyo dialah yg memahami segala-gala, dialah penentang mungkar dan kalo diberi izin aku raso berebut dia nak katakan da yg terbaik dan bersih sungguh (tergelak aku).

Seperti yg aku ckp aku dtg lewat skit, so aku duduk dan ask org kat sebelah "bru satu panel ke..??". Org tu sekadar mengangguk "ermm". aku lepak lagi. Dok dengor pasal si dukun criter pasal janda balkis, air free, warga tua, study subsidi, babi, selit sikit sindir member baru dia ME magee dan lelain. Bilo hangat jo skit dia bersuaro..... adoloh mamat2 pelik melaung-laung gersang agoknyo, tak pon benar sungguh agoknyo telaan dukun. Dukun jdikan point bangsa seperti biasa berdirinya warga depa dipementasan, dan yg menjadi mangsa Perak Putihhh.....kuning dan itam. Brother yg agok otai kat sebelah aku td bersoksek-soksek, aku buat tak tau..... aku agok dia bukan sebelah dukun.

Sampailoh maso si dukun ckp dia nak berangkat ke ked-dah utk menughun dan bersuaro mcm nak diambik alih pentas oleh si ME..... aku pon diri tak sabor nak tengok lagak si ME. ruponyo si Ham To yg naik tocang dahhhhhh. Si Ham To ni org hebat-hebat gak dulu dengan bang perang. So, aku nak tengok jugak apo yg nak dihujahkan. Aku duduk balik pasal dia bukanlah ME yg berkokok. Si Ham To ni berkokok pasal bangso...... pasal Pru-sak...... dio dok berceloteh dri tahun 60-an punyo sejaroh sampai la ni. Fuhh...... dio dh macam pakar sejarah dah.. seolah-olah melintang patah dia mmg benar-benar utk agama, bangsa dan negaro. Tang mana....???? aku tak tau. brother kat sebelah aku makin soksek-soksek. Lagi kuat aku charge dia bukan belah Ham To. Masa Ham To berkokok Perak putihh..... kuning dan itam sekali lagi jadi mangsa.

Kini, sampailah giliran Mamat Ehmm Ehmm(ME).... Dia panjat mic slambo jo..... muko dio teberk. Mako, wayang pon bermulo, pelakon membawo watak bang perang..... soksek-soksek kat sebelah aku cakap...... "sebutik bang perang", hati aku cakap "sebutik celah mana..?? dio cuba berubah skit-skit tuuu....". Dio naik kenal kan diri yg dh sedia kenall... Me megee. Cerito knapo dia dok patah-patah bukan sebab personal, tp sebab base yg dh ado kaki berubah hala(dakwa dio lah)....... dia pon dok ghoyak yg dia mat setia, cam biasa la berkorban lebih and still yes bos.........lepastu dio crito skit pasal dia bru balik dri klate dan maso dio kat klate dan budi dio konon hormat Pahhhhs dan kononnyo skit kecewo ngan TG sebab mcm dh berpehak kat bang perang..... Pasal si sah-fool(skit jo dio sentuh) dio kato tak tau apo, tp cam biasa dia tunjuk lah lagak sebagai saudagar peti.......... Dlm dok kusyuk dngor org berkokok tetibo brother sebelah aku tadi turut samo berdiri ruponyo dan hempet kat aku..... dio kato "klo sah-fool kno..... ko(ME) mesti kno dlu ye tak...??", aku sambut ngan gelak...... aku maloh nak crito lebih.... org 'baru' dpn mato lom knal lagi....... tapi mmg tepat telaan aku...... pasal brother tu mmg betol bukan sebelah ME. Dan aku tak nampak ado yg sedar pon bilo dngok depa berkokok.

Pasal SD tolak-tarik pun dia sebut, dio kata ni mmg kerja bang perang dri duluk lagi. Yg duluk kes SD 3 billion pon dia kata tarik gak.... so..... dio kata ni mmg keroja bang perang, mcm biasa raja sumpah ni akan lagak jgn ado yg dok pandai nak jolok-jolok dia, kuit-kuit dia, cubit-cubit dia pasal hal dia patah-patah nanti kang dia SUMPAH lawan balik habis-habisan(fuhh lagak cm member dia ajib) dia kata. Sambil dia berkata, sambil dia kepilkan sekali peti...... tu dh tugas biasa.....asam garam gula dalam berkokok. Dia kata, klo SD tolak-tarik jd problem nnt dia terajang kedepan kes SD 3 billion, dia ado peti tauuuu, dia kata.....(dia asam garam gula kan sikit)..... billion tak taula.... tp klo ratuih million ado kottt..... Dio pon dh dok pandai kokok pasai bangsa.... agama. Mano blajo tak tau. Tp maybe klo dh joint umumway automatic tau la kottt. Ohh..... sebelum terlupo, dio pon ado dok kutuk mmber lamo yg ado kat luat build yg dia sifatkan si pendekar tempang......sebabpe tempang..??? sebab mmbr dia dulu tak sehebat dia berjuang gamaknyo. Ohhh..... i don't know, i don know..............

Entah la..... susah aku nak judge dio ni, tp pendapat aku tentang mlm semalam adolah sesi promoter Me Magee...... yg main patah-patah ni(sebab lokasi Rahsia Tuah Sang Anggun ni lokasi dio dluk). Dlm dok nak promot mestilah kne ado asam, garam, gulo, ajinamoto biak nampok besttttt skit. klo tak org tak dok mai beb.. Action dia still cm dluk, saudagar peti, rajo sumpah dan tolah rah-sawah(tak taulah sejauh mano). Tp sambutan mmg jelas pado dio bukan pado yg lelain panel.

Si dukun pulak.... Tahniah..... Lesen memandu pon dh renew, dh brape bulan aku nengok hang punyo action mmg opposisi tulen. Habis hang bedal rumah teres cina, Perak putih-kuning-hitam ngan kalid-talk hang dok putak buat jadik modal kokok. Mmg tugas hang as opposite. Sebab opposite lebih sangat lah dluk hang lulus temuduga.

Si Ham To punyo gayooooo....tahniah............ dh jadi ahli 3........suku yg tulen, talk all about racis. Slamo ni hang tidok sebantallah agok nyo..... tak perasan pasal tu...... skang bru perasan agoknyo. Terus jelah......jgn tukak-tukak, patah-patah lagi..... nnt kanan tak bleh terima, kiri tak boleh terima....... tinggal dalam je yg bleh terima..........dalam tong sampah.

Aku dok ikut Me Megee brend barulah ni sampai keluar dewan, sampai naik herrier ME enam Tujah.

Aku ado gak dngor org dio sendri yg berborak-borak...... "bleh cayaka terajang rah-sawah..???", yg lagi sorang jawab " bolehhhh...!!!.... mesti boleh punyo....!!!...lepas ni sapo yg makan hasil rah-sawah......kite terus tangkap...!!!!" "hahaha". Kawan aku jawab..... "mana mungkin rah-sawah boleh terajang klo label first, second kualiti dia cap siam pon stok rah-sawah......klo nak terajang kena tukar caplahhhh."

Yg aku perasan..... skang ni Kampeni Baru masih banyak bukak ruang untuk di tembak di pelbagai pelusuk...... tak kiralah.... batalion Kerdilan ka......batalion DAPur kaaa...... Batalion PASirr kaa....... semua ada masalah aksi membuka ruang dalam latihan menghadapi perang yg direkrut bang perang. So, kalau benar nak menang juang..... tutup ruang. Klo tak kne c4 le gamaknye, habis 16, 9 apatah lagi, 08?? entah lee. Yang la ni pon dah kne godak....ye tak..???

Oh.... aku ado gak snap gambor si Me Megee..... tp tak clear....ingat nak jadik modal dlm blog aku ni..... dlm dok nak clear focus aku snap yg clear terus habis bateri....... Cehhh...!!!! tak tau la hanset aku tak dak rezki kaa...... Me Megee yg tak dok rezeki....... haha.

Tak po..... kiro kat sini nak ambik kesempatan...... klo dngor criter.....jgn sebelah pihak.... meh datang jugak lokasi yg sama Tuah Sang Anggun 19 ahad day, pihak yg lagi satu punyo story pulok..... apo bidasannya. Ok... meh la dtg.....(aku tengok pado modal minyak, yg smalam dh pegi -gurau...haha...)

tp aku jangka.....yg datang komprom gamat bin padat. Pasal org yg dengor semalam mcm ada yg tak boleh tahan kunci mulot sampai terlepas-lepas tak setuju. Itu pendapat aku. Jgn marah ye.

Klo main sebut Nombor......... 19, 13/7, 8.30......... boleh cai ka..???? aku tak tau.... hang pi tanya dukun kaki tipu haha...........

Monday, June 2, 2008

Pengakuan Ezam Mohd Nor

Oleh kerana MalaysiaKini tunjok abiss.. mat pon nk tunjok habis laahhh..tp mat ada selitkan kata-kata mulot gatai mat... haha..

MalaysiaKInI

Dalam wawancara selama hampir dua jam dengan Malaysiakini semalam, antara soalan utama yang dikemukakan kepada bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd Nor ialah kisah sebenar yang membawa beliau kembali semula ke pangkuan Umno.

Untuk berkongsi sepenuhnya dengan para pembaca, di bawah ini kita siarkan jawapan Ezam penuh terhadap soalan tersebut.

Saya berterima kasih pada soalan tersebut, sebab itu soalan penting kerana ada perbezaan yang besar di antara cakap-cakap dan pertemuan-pertemuan saya dengan pemimpin Umno sebelum pilihanraya baru-baru ini, pilihanraya 2004 dan sebelum itu, dengan keputusan saya kali ini.

Saya mengakui dalam 2004 khususnya, ialah kita bermula dengan 1999 lagi, setelah saya ditahan di bawah ISA dan semasa saya di Kamunting, tidak ada usaha untuk menarik saya balik ke Umno, tiada ada usaha yang bersungguh-sungguh. Tetapi selepas itu dipisahkan dengan rakan-rakan di penjara Kajang dan sendirian, masa itu ada usaha untuk cuba mengajak saya untuk meninggalkan perjuangan PKR, memimpin Pemuda PKR untuk masuk Umno.
Saya tolak masa itu kerana prinsip saya, saya tidak akan deal (berbincang) dan bertolak ansur dalam keadaan saya dalam penjara. Bagi saya, apapun, kena keluar saya (dari penjara). Saya bebas dalam 2003, dan selepas itu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi menteri. Beliau berbeza dengan (Tun) Dr Mahathir (Mohamad). Kalau Dr Mahathir, approach (pendekatannya) adalah menekan. Lagi kuat anda lawan, lagi kuat dia tekan, masukkan dalam penjara. Tapi pendekatan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menarik. Sebab itu apabila pilihanraya 2004 ada usaha untuk menarik saya dan rakan-rakan lain untuk kembali ke Umno.

"Mahathir yg tak boleh dinafikan kejahatan dan kekejamannya, sapa lawan.....kasik sumbattt..!!!, tawar takmau ikutttttt.... kasik hantammm..!!!"

Dan usaha tersebut, saya lihat satu peluang pada masa itu, untuk deal (berbincang) untuk mendapatkan kebebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekurang-kurangnya membebaskan beliau untuk mendapatkan rawatan. Kalau tak bebas sepenuhnya pun tetapi untuk mendapatkan rawatan. Pada masa itu, keadaan Datuk Seri Anwar adalah kritial. Setelah bincang dengan beberapa teman-teman senior dan kawan-kawan lama Anwar sendiri, yang non-partisan dan sebagainya, maka mereka merasakan keutamaan harus untuk menyelamatkan Anwar Ibrahim.

Sebab itu kita melangkah untuk membuat keputusan untuk memulakan perbincangan dengan pemimpin Umno. Antara pemimpin tertinggi yang kita temui termasuk Datuk Seri Mohd Khir Toyo, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Datuk Aziz Shamsuddin - antara pemimpin besar Umno. Dan semua ini saya lakukan dalam pengetahuan Datuk Seri Anwar.

Dalam pertemuan kedua bersama Datuk Sri Dr Mohd Khir Toyo, Datuk Seri Anwar sendiri yang minta supaya saya membawa bersama dua pemimpin PKR untuk berbincang - Mereka adalah Datuk Kamarul Bahrin dan seorang lagi Hajah Rahmah Othman. Kita berempat, seorang lagi Johari Abdul. Kita berempat berjumpa dengan Datuk seri Dr Mohd Khir Toyo dan saya yang mengetuai perbincangan tersebut. Ini atas keputusan Datuk Seri Anwar. Kata OK macam mana, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo nak berbincang - 2004 sebelum pilihanraya umum - Anwar kata Ok tapi bawa tiga orang, biar ada saksi. Nanti orang kata apa-apa (pula) kat you.

Memang saya yang deal, sepatutnya, Tan Sri Khalil Yaakob, ketika itu setiausaha agung (Umno) hadir (sama) dalam pertemuan yang kedua itu tapi tak hadir, jadi Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo sahaja, di rumah Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo. Jadi, line (hujah) saya ialah sebarang deal atau usaha untuk bincang mestilah dimulakan dengan membebaskan Datuk Seri Anwar. Itu saya firm (tegas), mesti dimulakan dengan membebaskan Anwar Ibrahim, sekurang-kurangnya untuk mendapatkan rawatan. Dan saudara boleh tanya Datuk Kamarul, Johari Abdul dan Rahmah Othman. Saya sengaja sebut nama kerana semua ini saksi.

Apabila Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo tidak boleh komit yang itu, kita back out. Dia kata you masuk (Umno) dulu dan (kemudian) bincang tentang Anwar. Tapi you kena masuk dulu, you kena bertanding... saya kata no,no, kita tolak kerana tidak minat dengan apa yang kami akan dapat. Fokus kita adalah jelas.

"Laaa.....hang jumpo Dato temperrr.....mmg laa..... hakhakhak...dia tu apa mende yg baik dia buat..??? mende tak baik snang la nk jumpa dia buat..... hang bukan tak tau zamm.."

Lepas itu berjumpa dengan Datuk Aziz Samsuddin, bersama dengan sebelas atau dua belas kawan-kawan, Ruslan Kassim dan teman-teman lain. Begitu juga. Dia cakap-cakap, akhirnya dia minta kita masuk (Umno) tapi saya kata apa pun sama juga, mesti bebaskan Datuk Seri Anwar. Jadi (bila) dia tidak boleh komit, saya keluar. Saya tamatkan di situ.

"ni lg satuu... mamat pendek jahat tak nampak nii.... bukan org tak konal dia... Zamm.. hang jumpo nii smua geng org tua mantan apsallll...??? kompom lee tak dpt... klo tak der sistem burter kompom hangus.... hang bukan tak tau"

Selepas saya tamatkan, kawan-kawan teruskan dan sebab tu mereka masuk (umno) sebelum pilihanraya. Bagi saya itu keputusan masing-masing dan saya faham ketika itu mereka sudah dalam keadaan susah, tertekan dan sebagainya, masalah kewangan, peribadi dan sebagainya. Mungkin mereka perlukan wang dan saya tidak dapat halang sebab saya pun dalam keadaan yang tidak senang. Kita dah berjuang lama, ini saya faham. Sebab itu saya masih berkawan dengan mereka hingga hari ini. Bagi saya itu bukanlan an act of betrayal (berpaling tadah) walaupun saya tidak bersama (mereka) sebab saya punyai bottom line iaitu bebaskan Datuk Seri Anwar. Selain dari itu, saya tidak akan terima.

Selepas pilihanraya, keadaan Datuk Seri Anwar semakin teruk. Semakin kritikal selepas pilihanraya (di mana) Barisan Nasional (BN) menang besar. Datin Seri Wan Azizah jumpa saya minta supaya diusahakan untuk rawatan. Buka pintu balik (perbincangan), bukan untuk bertanding atau bukan untuk masuk Umno tetapi untuk Datuk Seri Anwar. Kita cuba pelbagai-bagai. Saya jumpa sendiri Datin Paduka Rahmah Othman yang baik dengan Abdullah sebab dia Team B dulu, tapi simpati dengan kita. Saya jumpa dia, kita hantar rombongan jumpa mufti-mufti, kita jumpa beberapal lagi pemimpin Umno yang lain yang dekat dengan perdana menteri.
Tetapi mesej tak sampai, hinggalah satu hari, seorang wartawan asing memberitahu saya, jika hendak (mesej) sampai kepada PM, dapatkan (bantuan) Khairy (Jamaluddin). Saya jumpa Datin Seri Wan Azizah dan tanya macam mana. Ini pandangan mereka, mungkin kita boleh cuba. Saya tidak kenal Khairy. Ini penting untuk rekod, sebab (ada) tuduhan (yang mengaitkan) saya dengan Khairy. Ini kisah benar. Saya tidak kenal Khairy tapi ada cadangan untuk saya cari Khairy sebab dia dapat sampaikan mesej dengan cepat kepada perdana menteri. Sejurus selepas pilihanraya, dekat-dekat dengan tarikh Anwar bebas, September 2004, jadi mungkin Mei atau Jun.

Saya cari Khairy melalui kontak di London, melalui kawan-kawan, akhirnya saya dapat jumpa Khairy. Di situlah bermulanya hubungan saya dengan Khairy. Masa itu dia belum (jadi) naib ketua pemuda. Dan saya bagi tahu dia kebimbangan kita tentang keadaan kesihatan Datuk Seri Anwar dan mintalah sampai kepada perdana menteri. Selepas dua pertemuan, Khairy aturkan pertemuan antara Datuk Seri Abdullah dengan Datin Seri Wan Azizah di pejabat perdana menteri.

Saya hadir tapi saya tidak masuk ke dalam. Saya biar Datin Seri Wan Azizah berjumpa dengan Datuk Seri Abdullah. Saya tidak tahu secara terperinci (apa yang dibincangkan), tapi pada asasnya ialah untuk kesihatan, perubatan dan minta Anwar dikeluarkan dari penjara duduk di hospital, sebab (masa itu) dia berulang, kerana tidak ada pihak berkuasa yang berani benarkan Anwar duduk di hospital.

Masa itu juga Pak Lah ambil telefon, hubungi menteri kesihatan dan arahkan, masa itu petang dah, keluarkan Anwar Ibrahim on the spot dan lepas tu kita minta rawatan keluar negara , PakLah tak komited, dia kata dia akan tengok. Dan ketiganya, Datin Seri Wan Azizah minta Pak Lah adil dalam penghakiman (kes rayuan Datuk Seri Anwar di Mahkamah Persekutuan), jangan campur seperti Dr Mahathir. Pak Lah beri komitmen, dia tak akan campur, Masa itu tengah (perbicaraan), dah hujung-hujung (di peringkat penghakiman dibuat).

Mengikut kata Datin Seri Wan Azizah, Pak Lah kata OK, katanya, dia seorang pemimpin Islam, itulah yang beliau (Wan Azizah) beritahu saya, Pak Lah kata: "saya komited, saya pemimpin Islam, takkan saya nak buat macam tu".

"jelas kat sini.... sebelum nii... mmg semua nya dipengaruhi pihak pemerintah..... sapa lg nak nafikan...???? mantan kaki kelentong org jaa yg brani nafikan.."

Selepas Datuk Seri Anwar ke hospital, saya masih lagi jumpa Khairy sebab target saya masih lagi nak dapatkan rawatan ke luar negara. Khairy mencuba, hingga pada suatu ketika, dah ada keputusan pun untuk mendapatkan rawatan di luar negara tapi bukan di Jerman tapi di Singapura.

Pada mulanya, Datin Seri Wan Azizah tidak setuju. (Kemudian) jumpa Anwar dan beliau kata OK ke Singapura. Jadi saya (pun) sampaikan pada Khairy. Tiba-tiba Jabatan Peguam Negara nasihatkan jangan, walaupun menurut Khairy, Pak Lah telah bersetuju. Kata peguam negara ianya bertentangan dengan peruntukan undang-undang. Perkara tu habis di situ, tak jadi, walaupun sebenarnya telah ada keputusan dari perdana menteri.

Selepas beberapa ketika, mahkamah tetapkan tarikh untuk keputusan (rayuan) di Mahkamah Persekutuan. Jadi kita tangguh dulu perbincangan untuk rawatan (Anwar) di luar negara dan kita tunggu keputusan. Kalau keputusan bebaskan (Anwar) oklah. Kalau tidak bebas, kita sambung (perbincangan). Tapi bila keputusan (Anwar) bebas, sebagai tanda hormat, saya bagi tahu Khairy (Anwar) bebas, dan Khairy bertanya apa lagi yang boleh dibantu. Saya tanya Datuk Seri Anwar dan beliau minta pasport sebab dia nak terbang cepat. Itulah yang diminta oleh Datuk Seri Anwar dan saya sampaikan kepada Khairy dan dia sampaikan kepada bapa (mentuanya). Malam tu juga Khairy datang dan esoknya saya uruskan pasport Datuk Seri Anwar. Itulah peristiwa yang berlaku bila Khairy datang ke rumah Datuk Seri Anwar pada malam itu. Ini yang sebenarnya berlaku.

Sebab itu saya hendak tekankan di sini (ialah) keseluruhan proses ini hanya membabit dan memfokuskan kepada soalan untuk menyelamatkan Datuk Seri Anwar. Tidak ada deal (masuk Umno) seperti yang dituduh terhadap saya. Saya sebenarnya expect (harap) Datuk Seri Anwar dan Datin Paduka Wan Azizah untuk menyatakan perkara ini, sekurang-kurangnya untuk membela saya bila orang (mengaitkan) saya dengan Khairy kerana mereka tahu perkara yang sebenar. Seluruh proses yang saya deal dengan Khairy, dengan Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan semua proses ini bukan untuk saya, malah saya menolak semua tawaran lain, hanya semata-mata - dan saya tidak berganjak dengan permintaan saya - untuk membebaskan Anwar Ibrahim. Jadi itu ceritanya.

Selepas itu, Datuk Seri Anwar bebas, tidak ada lagi deal, Khairy pun saya tak jumpa dah. Khairy pun takut nak jumpa saya kerana dia telah dikritik hebat kerana datang ke rumah Anwar... (setakat itulah) hubungan kami. Kadang-kadang terjumpa di lapangan terbang (tapi) tidak ada hubungan, tidak ada perjumpaan selepas itu.

Selepas setahun Anwar bebas, saya ada masalah dengan Keadilan dan sebab itu saya dah mula jauhkan diri pada 2006. Saya dan tubuhkan Gerak. Saya tidak ada deal sehinggalah sebelum pilihanraya 2008, datang lagi kawan-kawan dalam Umno dan sebagainya untuk meminta saya bertanding tapi bukan (pemimpin) peringkat senior, tapi di peringkat negeri dan bahagian, yang minta saya timbang bertanding dan balik semula ke Umno dan itupun saya tolak. Kawan-kawan (dari PAS) juga memang secara ikhlas mahu saya tanding di kerusi selamat di Kelantan.

Pada masa itu, kita tidak tahu yang (kawasan-kawasan lain) juga selamat. Itupun saya tolak kerana fokus saya sekarang ini, berbalik kepada persoalan reform. Walaupun fokus awal saya tidak pada reform kerana nak selamatkan Datuk Seri Anwar yang kritikal dan sakit. Bila dia keluar, kita tidak cerita dah bab kemanusian, kerana semua sudah bebas, jadi saya fokus kepada reform.

Pada 2008 ada usaha untuk menarik saya supaya bertanding tapi saya tidak bertanding kerana saya tidak nampak ada reform dalam Umno untuk saya kembali kepada Umno. Sebab itu saya tolak tawaran (bertanding) dalam pilihanraya umum lepas. Saya ingin meneruskan usaha dalam Geraka kerana saya merasakan usaha reform penting atau peranan lebih baik dapat saya mainkan dalam sivil society, dalam Gerak.

Selepas pilihanraya yang tsunami baru-baru ini, ada usaha yang dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang bagi saya merupakan satu langkah signifikan untuk reform, tentang badan kehakiman, tentang rasuah. Jadi, selepas itu ada beberapa pegawai beliau dan pimpinan Umno minta pandangan saya dan saya nyatakan saya amat setuju dengan reform ini dan ini bagi saya fundamental dan signifikan dan saya yakin ini sebenarnya membuka ruang kepada proses reform dalam negara.

Selepas itu, mereka aturkan saya berjumpa dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, saya rasa hampir sebulan yang lalu. Bagi saya, kalau nak dikatakan deal, itulah deal yang pertama yang masuk Umno. Saya nak katakana bezanya, deal yang dulu-dulu tu bukan masuk Umno, tetapi adalah deal untuk bebaskan Datuk Seri Anwar

"ekau nii Ezam.... tu yg buat org umno gegaq lututt tuu...mau tekangkang depa."

Dan saya mahu berbicara dan berbincang kerana saya yakin ada ruang untuk reform yang dibawa oleh Datuk Seri Abdullah dalam BPR dan badan kehakiman. Setelah berjumpa beliau selama dua jam, saya yakin bahawa beliau memang komited tentang usaha reform tersebut dan beliau mempelawa saya untuk bersama-sama dalam Umno.

"tu landasann ja tuu..... landasan hang ketengah yg dolah cipta"

Setelah saya mengambil masa seminggu untuk berbincang dengan keluarga dan kawan-kawan, akhirnya, saya membuat keputusan untuk masuk Umno. Itu keseluruhan prosesnya.
Saya sebut nama-nama di atas tadi, - Datuk Kamarul dan Johari dan Rahman - kerana mereka masih dalam PKR. Mereka tidak ikut saya (masuk) dalam Umno. Jadi mereka seharusnya tampil dan menyatakan apakah perkara i(pelbagai tuduhan terhadap Ezam) tu benar. Jika mereka benar-benar ikhlas dan jujur, seharusnya mereka memberitahu memang segala tuduhan terhadap saya, tuduhan tawaran dan imbuhan, dan sebagainya, semuanya itu adalah fitnah. Saya ada bukti, termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datin Seri Wan Azizah sendiri (bahawa) proses saya deal dengan Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan Khairy, semuanya dalam pengetahuan Datuk Seri Anwar dan semuanya fokus untuk membebaskan beliau.

MatKOMANdo:
Tak yah ezamm.. tak yah nyatakan hal sebenar
hang pnya penyokong dh paham dn tak berapa kesah pon..
org tau mmg berat apa yg hang langgak....
yg org kecewa....
org berbakat besak dh main umno...
tuu ja... dn tak tau..
what your action after that..

Walimatulurus Mat Ezam & Ummi Mariammah

Pada hari Rabu lalu, sorang saudara lama aku, Mat Ezam melangsungkan perkahwinannya dengan bekas isteri lamanya, Ummi Mariammah Nagore Omar. Panjang sangat namanya! Baik aku panggil UMNO saja lah. Cis! Lagi tak sedap!. Ok lah. Aku panggil nama timang-timangan dia, Chom Bee..............

Tapi perkahwinan tu tak lama. “Susah ,Yob! Pagi nasi lemak, tengahari tosai, malam Char Kuey Teow, perut selalu meragam!” rungut Mat Ezam...........

Aku dapat tahu, Chom Bee ni, anak penakan K.M Oli Mohamed. Bila aku Tanya K.M tu apa dia? Mat Ezam bagi tau, Kutty Mohamed. Aku kata, macam biasa dengaq saja! Mat Ezam jawab, “ Awat tak biasa, khalu dia orang kuat kat Kedah dulu!”..........

Tapi kesian kat Chom Bee, semua sedara dia tak mai. Nana-Nani, Khala-Khalu, Bu-Bai, Mamu-Mami, semua tak mai. Nasib baik ada sedara sekapal yang mai. N.M Reezal, Azeez, Kadeer Naina Mohamed, ada la sejuk hati sikit. Belah Mat Ezam pulak, aku tengok ada jugak beberapa orang tua buat tangkal. Opah Pidah pun ada. Wah! Mak Andam Hishamuddin pun ada!

Oleh kerana Mat Ezam kawin janda lamanya, majlis tak lah meriah sangat. Pulak tu mak bapak Chom Bee pun tak suka, jadi tak dak wali nak penikahkan depa. Terpaksalah cari wali hakim. Nasib baik Tok Imam Badawi setuju. Kalau tidak, naya saja.............

“Whoa! Hapai no! Maklum la, dah tiga kali lompat, dah biasa la.” perli Imam Badawi.

“Kita mula no? Tanya Imam Badawi kat saksi-saksi. Terkejut tengok saksi-saksi yang nak kawinkan Mat Ezam ni. Raja Petra, Hishamuddin Rais dan Hamdan Taha! Macam Royal Inquiry kes Lingam pulak. Isham Rais tu ada ayaq sembahyang ka tak dak?.............

“Belanja hangus tak dak ka?” Tanya Raja Petra. “Ada, dua juta!” jawab Mat Ezam.

“Mana hang dapat duit banyak tu?” Raja Petra terkejut beruk.

“Ikut adat sebelah sana, depa yang bagi. Bukan aku yang keluaq” jawab Mat Ezam .

“Habih hang bawak apa?” Tanya Isham Rais.

“Hantaran, enam kotak” balas Mat Ezam. Senyap soh satu dewan.............

Mat Ezam pun bukak kotak pertama. Tengok-tengok kasut tumit tinggi yang dah patah. Terkejut lah masing-masing, riuh rendah sampai Opah Pidah melatah...........

Kemudian dibuka satu lagi kotak. "Aaauwww!!!!" Jerit Mak Andam Hishamuddin. “Sampai hati, you. Nanti la. I cubit you sampai lebam, tauu!”..............

Hangpa nak tau, pi tanya kat Raja Petra, Isham Rais dan Hamdan Taha............

"Hang kata kat aku, janda hang baru 20 tahun. Ni aku tengok kurang-kurang pun mesti lebih 60 tahun." Aku tanya kat Mat Ezam............

"Dia lahir tahun 46, tapi dalam IC tahun 88" jawab Mat Ezam.

"Macam mana boleh jadi lagu tu?

"Dia masuk ikut Sabah!!"

Friday, May 30, 2008

Team A, Team B: Umno’s ten-year itch


"Mahathir is not too keen on seeing Rosmah Mansor become the actual Umno party President and Prime Minister of Malaysia, which will happen if Najib takes over as Number One. He feels Najib would have a better future if he divorces Rosmah and marries a new wife."
Posted by Super Admin
Friday, 30 May 2008
I have said this before and I will say it again. Married men suffer from the seven-year itch; Umno suffers the ten-year itch. And every ten years Umno breaks into Team A and Team B, which invariably results in new political parties being born and which, each time, erodes Umno’s political domination slightly more. Yes, every ten years Umno breaks into two and each break weakens Umno further.

The first was in 1988 soon after the ‘1987 Challenge’ -- which resulted in Umno getting deregistered and two new parties, Umno Baru and Semangat 46, emerging in its place. The second was in 1998 when Parti Keadilan Nasional was born out of the ‘ashes’ of Anwar Ibrahim’s sacking and jailing. Both Semangat 46 and Parti Keadilan Nasional are what the critics call an Umno splinter-party (parti serpihan Umno). And all these breaks happened with Tun Dr Mahathir Mohamad’s hands somehow in the pie.

Of course, earlier, around the Merdeka era, Umno suffered another split when those in the religious wing left the party to form the Pan-Malaysian Islamic Party or PMIP -- which, today, is known as PAS. In that sense PAS too can be considered an Umno splinter-party. And Mahathir was not the first party President to leave the party, though it is not sure yet whether he will also be amongst those who will die outside Umno, as all the early Presidents did. Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman and Hussein Onn all died outside Umno. Tun Razak Hussein died in office so it will never be known if, had he lived, he too would have left Umno and would have died outside the party.

The Tunku and Hussein Onn both tried to form Umno Malaysia and when they failed they aligned themselves to Semangat 46. Onn Jaafar formed Parti Negara though it did not really go very far and eventually died a natural death. In short, every Umno President who retires without dying in office eventually joins or forms an opposition party that will oppose Umno. And they will all die and be buried without rejoining Umno. That is the fate of the past-Presidents of Umno unless they have the good fortune of dying in office.

Looking at Umno’s track record, or rather the track record of its Presidents, Abdullah Ahmad Badawi has to die in office unless he too wants to retire and eventually leave Umno and die outside the party. And the only way this can happen would be if he were to die very soon, maybe before Christmas, or else he has to make sure he stays on as the party President for some time to come if he has no plans to die this year. That is the way of Umno and its past-Presidents.

The situation of Umno Baru and Mahathir is slightly different though. Umno Baru was formed by Mahathir in 1988 and he is Member Number One while his wife is Member Number Two. In that sense Umno is Mahathir’s party and the song, ‘It’s My Party’ by Chaka Khan, best describes it all:

Everybody's having a real good time
the man you're talking to is not yours
he's mine.

Better chill out
hear what I'm saying
before I stop the music playin'.

It's my party
I start it
I'll end it
baby
it's my party
I'm upset and offended.

While I'm all alone
and the party's goin' strong
it's a celebration
to better our relation.

It's my party
I start it
I'll end it
baby
baby
it's my party
I'm upset and offended.

Yes, they appear to have forgotten whose party Umno is. And that has upset Mahathir to no end. And his handpicked successor, Abdullah Ahmad Badawi, appears to have forgotten this as well. Any wonder that Mahathir is upset and offended? But Mahathir is going to put right the wrong decision he made in appointing Abdullah as Number One and Najib Tun Razak as Number Two. Mahathir is going to remove Abdullah as Number One and replace him with Najib. And to ensure that Najib will not suffer the syndrome of having a mind of his own, Mahathir is going to set up a Presidential Council, which will ‘guide’ the party President, and with himself as the head of this Presidential Council. No longer will the Umno President run the party like his personal domain. The Presidential Council will run Umno and it will decide what the President can and cannot do.

Will that be the end of an independent-minded party President or will this be the beginning of Mahathir getting back control of Umno and again becoming the power behind the throne? Time will tell but chances are Abdullah’s days are numbered and Umno will see ........Read More.....

Mat KOMANdo: Alah makk... tersingkap-singkap beb..!!!

Ezam nafi mahu tanding ketua Pemuda


Bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Mohamad Ezam Mohd Nor hari ini menafikan beliau berminat bertanding jawatan utama, termasuk ketua Pemuda, apabila menyertai Umno kelmarin.

Beliau tidak mempunyai sebarang perancangan untuk bertanding jawatan tersebut atau mana-mana jawatan utama parti."Saya tidak mahu terbabit dan terlibat dalam perebuatan jawatan parti.

"Fokus saya sekarang adalah semata-mata untuk membantu kepimpinan dalam agenda perubahan dan pembaharuan di dalam parti dan kerajaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Bernama melaporkan Mohamad Ezam sebagai berkata, beliau bersedia bertanding jawatan ketua Pemuda Umno jika kedudukan tersebut mampu membina dan mengangkat martabat Melayu menjadi bangsa yang dihormati.

Laporan agensi itu, yang turut disiarkan oleh akhbar-akhbar, memetik Mohamad Ezam sebagai berkata, beliau akan membincangkan soal itu dengan pemimpin Umno terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan mengenainya.

"Saya kena bincang dulu dengan pimpinan, kena bincang dengan kawan-kawan dan kalau jawatan itu untuk kepentingan negara, ia boleh membantu kepentingan negara, kepentingan parti, membina dan mengangkat martabat Melayu menjadikan Melayu satu bangsa yang dihormati oleh bangsa-bangsa lain, saya akan pertimbangkan secara serius," katanya.

Ezam menyerahkan borang keahliannya untuk menyertai semula Umno pada Rabu lalu kepada perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Link

Klo ikot utusanAmatMulia:P


  • UtuSang:-Sedia tanding jawatan ketua pemuda
  • PETALING JAYA 29 Mei - Bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd. Nor berkata, beliau sedia bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO jika ia mampu membina dan mengangkat martabat Melayu menjadi bangsa yang dihormati.

Ezam sedia tanding Ketua Pemuda jika ada sokongan

KLpos.com

Oleh Bernama
Jumaat, 30 Mei 2008

PJ: Bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamad Ezam Mohd Nor berkata beliau bersedia bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno jika kedudukannya sebagai Ketua Pemuda mampu membina dan mengangkat martabat Melayu menjadi bangsa yang dihormati.

Bagaimanapun, katanya kedudukannya yang masih terlalu baru di dalam Umno tidak membenarkan beliau untuk membuat keputusan yang besar itu.

Namun Mohamad Ezam berkata beliau akan membincangkan soal itu dengan pemimpin Umno yang lain terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan mengenainya.

"Saya kena bincang dulu dengan pimpinan, kena bincang dengan kawan-kawan dan kalau jawatan itu untuk kepentingan negara, ia boleh membantu kepentingan negara, kepentingan parti, membina dan mengangkat martabat Melayu menjadikan Melayu satu bangsa yang dihormati oleh bangsa-bangsa lain, saya akan pertimbangkan secara serius," katanya.

Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas kemungkinan kemasukan beliau ke dalam Umno ialah untuk mengisi jawatan Ketua Pemuda yang akan dikosongkan penyandangnya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Thursday, May 29, 2008

Kemasukan Ezam dalam Umno tidak beri kesan - Wan Azizah

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Hrkh) - Meskipun Ezam Mohd Nor yang merupakan bekas Ketua Pemuda KeADILan kini telahpun diterima sebagai ahli Umno, ia tidak sedikitpun memberi kesan kepada politik tanah air. -->-->

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Presiden KeADILan, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang ditemui di perkarangan lobi parlimen hari ini.

"Beliau telah dua tahun meninggalkan parti ini dan apa yang dilakukannya merupakan pilihannya sendiri," ujarnya kepada Harakahdaily.

Ezam yang sebelum ini pernah bergiat aktif dengan KeADILan secara rasminya mengumumkan menyertai Umno yang sebelum ini pernah disertai ketika beliau bersama-sama bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Sementara itu, Ketua Angkatan Muda KeADILan, Samsul Iskandar Mat Akin pula berpendapat Ezam sudah tidak relevan lagi dalam persada politik tanah air serta Parti Keadilan Rakyat.

"Beliau sudah tiada kaitan dengan KeADILan dan apa yang dilakukannya langsung tidak memberi sebarang kesan kepada kita apatah lagi beliau bukan sebahagian daripada KeADILan sejak sebelum pilihan raya umum ke-12 lalu," katanya dalam satu sidang akhbar hari ini di parlimen.

Jelasnya, kepimpinan AMK kini telah mengorak langkah dengan lapan orang kepimpinannya berjaya menjadi ahli Dewan Rakyat.

"Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Umno kerana sudi mengambil Ezam, kita tiada masalah dengan hal tersebut," katanya.

Ezam dengan rasminya diterima menjadi ahli Umno semalam selepas upacara penyerahan borang keahliannya dibuat secara terbuka kepada Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. - mns

Ezam ibarat ayam jantan yang gah berkokok tetapi ekornya dipenuhi najis

Frm - Malaysia Today
Mohd Rashidi Hassan, HARAKAH


Saya faham mereka mendakwa seolah-olahnya Ezam sudah memperolehi sesuatu dari Khairy, melalui Dato' Norza Zakaria, Ahli Majlis Tetinggi Umno, yang dikaitkan sebagai kroni rapat menantu PM itu.
Ada banyak rumours diperkatakan apabila Ezam Mohamed Nor menyerahkan borang keahlian Umno seumur hidup kepada Presiden Umno yang juga Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi di Parlimen semalam. -->-->

Ezam mengatakan beliau berhasrat masuk Umno bukan kerana mengkagumi personaliti Abdullah, sebaliknya perubahan dasar yang dijalankan khususnya dalam persoalan Badan Pencegah Rasuah dan isu kehakiman, begitu menarik minatnya.

Hakikatnya pada beliau perubahan dasar yang dibuat oleh Abdullah, Kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi Umno begitu mendorong pendiriannya untuk berubah.

BN dan Umno sudah berubah? Benarkah begitu? Apakah pendirian yang diambil Ezam sekarang ini, sinomin dengan perjuangan beliau selama ini?

Ezam sejak dua tahun lepas adalah orang yang tidak berparti. Kisah Ezam keluar KeADILan bukan lagi menjadi isu. Dua tahun lalu beliau meletakkan jawatan sebagai Ketua Angkatan Muda atas alasan hendak menumpukan kepada Gerak.

Namun, ada yang mengatakan beliau bergaduh dengan Naib Presiden KeADILan, Mohamed Azmi Ali, ada juga yang mendakwa Ezam bergaduh dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Ketika Anwar dipecat pada tahun 1998, Ezam adalah Setiausaha Politiknya, manakala Azmin sebagai Setiausaha Sulit.

Kedua-dua anak muda ini merupakan antara tonggak utama dan orang kepercayaan Anwar untuk menggerakkan gerakan reformasi semasa Anwar merengkok dalam tahanan.

Dalam parti politik, pemimpin memang ada banyak perbezaan pendapat. Soal pergaduhan dan bagaimana bentuk pendekatan masing-masing tidak perlu dihuraikan di sini.
Lagiii..........
Kunjungan Ezam ke Harakah

Kira-kira tiga minggu sebelum Parlimen dibubarkan Februari lepas, Ezam Mohd Noor berkunjung ke pejabat Harakah, menemui Ketua Pengarang Kumpulan, Ahmad Lutfi Othman.

Jika tidak silap, hari itu hari Ahad. Hari cuti. Banyak pejabat ditutup, begitu juga dengan Harakah. Hanya dua tiga orang sahaja yang bekerja.

Kami mencadangkan perjumpaan dibuat pada hari lain, namun beliau tetap mahu berjumpa katanya, atas urusan yang amat penting.

Saya dimaklumkan oleh Ketua Pemberita, Wan Nordin Wan Yaacob tentang kehadiran Ezam bertemu dengan Lutfi, tetapi tidak dapat turut serta kerana ada tugasan di Alor Setar.

Butiran mengenai pertemuan tersebut dimaklumkan oleh Lutfi dalam mesyuarat Jabatan Pengarang selepas itu.

Dalam pertemuan tersebut saya dimaklumkan Ezam begitu beriya-iya meminta dibekalkan bahan-bahan untuk membantunya berkempen membantu pembangkang, khususnya PAS dalam Pilihan Raya Umum ke 12.

Bahan utama yang diminta beliau ialah mengenai laporan Badan Pencegah Rasuah dan sebarang dokumen mengenai penyelewengan yang membabitkan Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Seri Mohd Khir Toyo.
Lagiii.........
Benarkah Ezam dibeli?
Sewaktu saya berbual-bual dengan rakan-rakan KeADILan di pejabat Anwar di seksyen 16 Petaling Jaya beberapa hari sebelum PRU, saya ada memaklumkan kepada mereka bahawa bekas sahabat baik mereka ada mengunjungi Harakah.

"Ah! Engkau pedulikan sahaja dia tu, dia dah kena beli dengan Khairy (Khairy Jamaluddin)," dakwa seorang bekas Setiausaha Anwar.

Belum pun saya bertanya lebih lanjut beliau mendakwa, "Kami dapat maklumat dari budak-budak Gerak, RM1 juta dah masuk dalam akaun dari Norza, budak Khairy." Lagiii.......
Apa yang Ezam mampu lakukan dalam Umno?

Sebelum ini, khususnya sewaktu Ezam 'bercerai' dengan KeADILan, beliau begitu rapat dengan pemimpin-pemimpin PAS, antaranya Dato' Husam Musa, Mohamad Sabu, Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub.

Ezam juga sering berjumpa dengan Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat dan Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Ada banyak janji 'tidak akan masuk Umno' yang sering Ezam ulang-ulangkan di hadapan pemimpin PAS.

Ada banyak "Sumpah Keramat" Ezam dalam ceramah-ceramahnya yang menempelak, mengecam bekas PM Tun Dr Mahathir Mohamad, Abdullah Badawi, Najib dan banyak lagi yang masih ada dalam rekod berbentuk kaset dan VCD.

Semua rekod-rekod ini menjadi bukti bahawa Ezam sebenarnya sudah menggadaikan prinsip perjuangan yang beliau sendiri bersumpah acapkali Lagiiii............
Mat KOMANdo: Mat Tak tau..... mat tak komen apa ape....

Anwar reaction

Sebelum ini banyak tekaan mengenai kemungkinan Sdr Ezam menyertai Umno. Dan ada kalangan pengunjung yang memohon reaksi saya.

Kini setelah sah penyertaan beliau bersama Umno maka ingin saya tegaskan bahawa beliau telah lama meninggalkan perjuangan KeADILan - sabelum Kongres dan jelas sebelum PRU12 lalu.

Justeru itu keputusan tersebut adalah hasrat peribadi beliau.

Mat Ezan bukan pengkhianat

MalaysiaToday

Posted by Super Admin
Thursday, 29 May 2008




Fakta politik sedang menunjukkan bahawa dalam gerombolan United Malays National Organisation Mat Dolah sedang dalam proses hendak disingkirkan. Kita semua tahu Mat Najib sedang menyusun baris mengepung Mat Dolah.

DARI JELEBU

Saya cukup hairan dan marah apabila ada yang menuduh Mat Ezam sebagai seorang pengkhianat. Ini bukan kerana saya hendak bodek Mat Ezam. Saya hanya cuba menerangkan hal duduk perkara. Malah saya cukup hairan kenapa akhbar tabloid Le Fou Total terperanjat gadang apabila Mat Ezam masuk menjadi anggota gerombolan United Malays National Organisation.

Sesiapa yang hairan atau terperanjat mereka adalah ahli-ahli politik poyo. Ngok tak tahu membaca politik macam le chef de fou Zainuddin Maidin.

Saya tahu siapa Mat Ezam ini. Dua tahun saya berkongsi satu sel dengan dia. Ezam bukan Mat Ezam poyo. Dia bukan pengkhianat garis perjuangan. Mat Ezam sampai hari kiamat pun tidak akan mengkhianati garis perjuangan yang menjadi akidah hidupnya.

Cuba ingat betul-betul dan ingatkan apa yang selalu di ceramahkan oleh Mat Ezam. Bukankah Mat Ezam selalu berkata - dia akan melawan penindasan dan berjuang untuk kumpulan yang tertindas. Dia akan tampil ke hadapan untuk membantu kumpulan minoriti yang tertindas. Malah dia pernah berceramah sampai terpancut-pancut suaranya hendak meniru-niru bunyi suara Kamarad Karl Marx dengan kata-kata – contre l’ oppresion de l'homme par l'homme.

Memasuki gerombolan United Malays National Organisation adalah garis politik Mat Ezam yang tepat. Gerombolan United Malays National Organisation sesudah PRU ke 12 adalah gerombolan yang sedang tertindas. Menyokong dan sama-sama sebaris berjuang dengan gerombolan minoriti yang tertindas dan sesak nafas adalah tugas dan garis politik Mat Ezam.

Ini bukan khianat namanya. Ini garis politik yang tepat. Kita semua wajib belajar dari Mat Ezam. Kita patut bangun untuk sama-sama menyokong gulungan minoriti yang tertindas. Berjuang sebaris dengan mereka yang tertindas adalah sebahagian dari iman. Yang sebahagian lagi iman kita ialah berdoa untuk dapat projek. Ini bukan cakap saya ini. Saya pungut hadis sahih ini dari Ibnu Iwana al- Kontoli dari kitab Al-Fikarabun yang sama-sama saya baca dengan Mat Ezam semasa di Kamunting.

Menyokong sesiapa yang hendak rebah adalah garis yang tepat yang telah diambil oleh Mat Ezam. Apakah masih ada warga yang tidak menyedari dan tidak percaya bahawa gerombolan United Malays National Organisation sedang tertindas? Ada sesiapa yang masih jurang jelas? Kalau masih ada yang tidak faham, maka mengikut kitab Al-Fikarabun, kumpulan yang tidak faham ini tergulung kepada pengikut mazhab sesat lagi menyesatkan.

Bayangkan - tidak lama lagi gerombolan United Malays National Organisation akan tegak berseorangan. MCA, MIC dan Gerakan sedang merancang hendak memasuki Pakatan Rakyat. Mereka semua ini telah sanggup murtad untuk mengikut Tuan Syeikh baru mereka. Rakyat Sabah dan Serawak sedang berduyun-duyun lari membuat IC baru dan bercadang untuk meninggalkan Malaysia.

Syabas Mat Ezam – saudara jujur dengan garis perjuangan membantu yang lemah dan melawan yang gagah. Saudara cukup sedar bahawa Mat Dolah sekarang adalah pemimpin yang paling lemah dalam sejarah politik tanah air. Saudaralah pembantu setianya. Tupang pembawa rebahnya.

Fakta politik sedang menunjukkan bahawa dalam gerombolan United Malays National Organisation Mat Dolah sedang dalam proses hendak disingkirkan. Kita semua tahu Mat Najib sedang menyusun baris mengepung Mat Dolah. Dalam masa yang sama Muhyiddin juga sedang berura-ura untuk menibai Mat Dolah dari belakang. Ini semua adalah bentuk-bentuk penindasan yang sedang dihadapi oleh Mat Dolah. Inilah tugas suci Mat Ezam dengan rela hati datang membantu Mat Dolah yang sedang ditindas.

Di luar gerombolan ini ada pula Mahafiraun yang tidak henti-henti menyalak dan menggigit punggung Mat Dolah. Maka di sini satu lagi peranan agung Mat Ezam. Membantu yang lemah dan menolong yang tersepit dan yang sedang di salak Mahafiraun

Tentang Mahafiraun ini Mat Ezam cukup cemuh. Mat Ezam pernah menerangkan kepada saya – jika jumpa Mahafiraun dan jumpa Mat Dolah ketuk kepala Mukhriz dulu. Inilah kata-kata hikmat dari Mat Ezam yang sampai kiamat akan saya ingati.

Saya cukup marah apabila menerima sms yang cuba menghina Mat Ezam. Sms ini cuba menuduh Mat Ezam ini sama seperti Raja Katak. Ini tidak betul. Mat Ezam tidak melompat. Mat Ezam melutut. Ini juah bezanya. Melompat ke atas seperti katak. Melutut ke bawah seperti Mat Ezam. Jadi tolong jangan samakan Mat Ezam dengan Ibrahim Ali. Mat Ezam ada kelas.

Baca Lebih Lanjuttt......

Badrul : Saya akan pertahan parti jika Ezam serang keADILan

  • “Kalaulah harapan untuk melihat (Ezam) menjadi ikon untuk ‘menyerang’ balik keADILan, saya rasa dia telah melakukan satu kesilapan,” demikian tegas Badrul Hisham Shaharin rakan rapat Mohamad Ezam Mohd Noor.

  • Kata Badrul secara peribadi beliau akan mempertahankan keADILan sekiranya Ezam bertindak menyerang parti yang pernah disertainya itu.“Itu tidak menjadi masalah, sebagai ahli MPT (Majlis Pimpinan Tertinggi) saya bertanggungjawab mempertahankan parti,” jelasnya kepada Malaysia Today.Badrul ditemui selepas membentangkan kertas kerja bertajuk “Kepimpinan Anak Muda Masakini,” pada Konvensyen Angkatan Muda (AMK) KeADILan Pulau Pinang, di Pulau Pinang baru-baru ini.“Kalau benar dia masuk Umno saya ucap kepada Ezam, selamat jalan dan selamat masuk Umno.”
  • Badrul mengakui beliau tidak menjangka Ezam akan bertindak sejauh itu untuk menyertai Umno.Bagaimanapun, jelasnya tindakan Ezam tidak akan menjejaskan parti.Beliau merungkai contoh tindakan bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, iaitu Datuk Seri Ibrahim Saad yang bertanding di kerusi parlimen Permatang Pauh pada pilihan raya 1999. “Sejak awal orang paling rapat dengan Anwar Ibrahim di Pulau Pinang, Ibrahim Saad digunakan untuk menawan kerusi Permatang Pauh hancur, dan hari ini orang sudah tidak menyebut nama Ibrahim Saad lagi.”
  • Begitu juga jelas Badrul kegagalan Umno menggunakan ‘Kumpulan 12’ untuk menyerang keADILan.Kumpulan 12 dikaitkan dengan sekumpulan pemimpin pemuda keADILan yang menyertai Umno sebelum pilihanraya 2004. Tambahnya, ketika itu parti dalam keadaan lemah, namun parti masih mampu meneruskan perjuangan, sehingga ia mampu membina kekuatan sehingga kini.Menurut Badrul, selain faktor kebangkitan rakyat serangan melampau terhadap Anwar akan menjadikan rakyat semakin menyampah dengan Barisan Nasional (BN).
  • Badrul turut mengakui menemui Ezam baru-baru ini, berbincang pelbagai perkara termasuk soal peralihan kepimpinan GERAK. Menjawab soalan Ezam mempunyai strategi tertentu di dalam Umno nanti, Badrul berkata, “kalau dia masuk Umno, urusan strategi beliau sudah telah tidak penting kepada keADILan.” Lagipun katanya Ezam sudah lebih setahun tidak bersama keADILan.

Recent Posts


Vindicated - Dashboard Confessional