Pengumuman/Seruan {MatKOMANdo HoMe}
----------------------------------------------------
Alternatif untuk melawat laman web Malaysiatoday di SINIatau gi ke IP Address nya http://202.75.62.114/2008/
----------------------------------------------------
Mariii....!!!!! Hargai Pengorbanan Raja Petra...!!!!!!!!!
----------------------------------------------------
Mariii Kita Bocorkan Tembok ISA dengan 16 Septemberr..!!!!
----------------------------------------------------
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yg Suci sertaSalam Merdekakan Malaysia. - Mat KOMANdo
----------------------------------------------------

Showing posts with label Hishamudin rais. Show all posts
Showing posts with label Hishamudin rais. Show all posts

Saturday, August 30, 2008

Jangan Bohong Hal Merdeka - Hishamuddin Rais

Dari.... Tukar Tiub
Jangan Bohong Hal Merdeka

Setiap tahun - pada bulan Ogos - rakyat negara ini telah di tipu dan di bohongi oleh United Malays National Organisation tentang MERDEKA. Melalui media yang mereka miliki mereka telah memekik melolong menjaja fakta bohong tentang apa yang mereka panggil sebagai merdeka.

Malaysia ditubuhkan BUKAN pada 31 Ogos. Jangan bohong. Pada 31 Ogos 1957 ialah hari British lari setelah di perangi oleh rakyat Persekutuan Tanah Melayu. 31 Ogos TIDAK ada sangkut paut dengan projek Malaysia.

Malaysia di tubuhkan pada 16 September 1963. Malaysia ialah projek British.

British menjajah Tanah Melayu ( termasuk Singapura ). Rakyat telah bangun melawan dengan mengangkat senjata. Adalah bohong apabila di tulis dalam buku sejarah dimana Untied Malays National Organisation telah mengatakan kita Merdeka tanpa tumpah darah.

Ini bohong besar. Ribuan nasionalis telah mati berjuang melawan British.

Rakyat Tanah Melayu telah melancarkan Perang Rakyat melawan British semenjak Jun 1948. Penjajah British memanggilnya Darurat. Ini bukan darurat. Tidak ada sesiapa pun dalam darurat. Rakyat tidak darurat sakit perut. Yang dalam darurat ialah British kerana mereka sedang di serang.

Kesatuan Melayu Muda ( KMM), Parti Komunis Malaya (PKM), Persatuan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angakatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS ), Hisbul Muslimin adalah badan-badan politik yang lebih awal bagun berjuang untuk memerdekkan Persekutuan Tanah Melayu.

Ini sejarah bukan kelentong.

Di mana United Malays National Organisation waktu itu? Taraaak lagi.

Pada tahun 1941 ketika badan dan parti-parti politik ini bangun bergerila menentang Jepun , United Malays National Organisation belum wujud. Gerakan nasionalis ini telah mula menyususn gerakan untuk menghalau British sebelum Jepun sampai. Apabila Jepun datang ke Tanah Melayu pada tahun 1941 mereka berlajar bergerila dengan bergerila. Mereka belajar perang melaui perang menentang Jepun.

Ini sejarah bukan kelentong.

Dimana United Malays National waktu itu? Taraaaaak lagi.

Badan politik yang PERTAMA menuntut merdeka ialah KESATUAN MELAYU MUDA (KMM) yang di pimpin oleh Ibrahim Yacoob. Slogan parti yang ditubuhkan pada tahun 1938 ini ialah MERDEKA!

Apa slogan United Malays National Organisation …. Ciiis nak cakap pun malu. Parti hampeh ini di wujudkan oleh British pada tahun 1946 sesudah semua parti Nasionalis lain diharamkan atau pemimpin merek di penjara atau dibunuh. Slogan nya ….Hidup Melayu !

Ini sejarah bukan kelentong.

Apabila parti nasionalis lain angkat senjata bergerila, United Malays National Organisation pergi berunding dengan British. Hampeh ! Ini lah pembelotan namanya.

British kalah teruk. Untuk memastikan harta kekayaan British - lombong bijeh dan ladang getah - di jaga dengan baik British telah mengangkat United Malays National Organisation untuk ‘ jadi budak suruhan’.

Ini sejarah bukan kelentong.

Sesudah British lari dari Tanah Melayu timbul pula gerakan nasionalis di Borneo. Rakyat Sabah, Serawak dan Berunai ingin Merdeka. Mereka memanggil negara mereka Kalimanta Utara dengan gerakan gerila bernama – PARAKU – Pasokan Rakyat Kalimantan Utara.

British melihat ini bahaya. Harta mereka di Tanah Melayu telah dapat di selamatkan kerana ada barua mereka di sini. Lalu projek Malaysia di telurkan. Malaysia ialah sebuah projek British untuk memastikan harta kekayaan mereka dapat dijaga terutama minyak di Berunai.

Dalam masa yang sama Parti Rakyat Berunai yang anti British di bawah pimpinan Al Zahari menang dalam pilihanraya. Parti Rakyat di haramkan. Al Zahari di tangkap. Anak raja yang berumur 9 tahun ketika itu di nobatkan. Tentera British dan Ghurkha menjaga Berunai. Sultan Tua yang bersimpati terhadap nasionalis di ketepikan. Berunai menjadi tanah jajahan syarikat minyak Shell/BP. Berunai tidak masuk dalam gagasan Malaysia.

Singapura yang semenjak beribu-ribu tahun ialah sebahagian dari Tanah Melayu keluar dari Malaysia pada tahun 1964. Ini juga projek British berjangka panjang. Singapura diperlukan untuk memainkan peranan seperti Isreal dalam dunia Arab. Singapura kini adalah ‘Israel’ dalam dunia Melayu.

Dunia Melayu – Indonesia/Tanah Melayu/Selatan Siam - adalah sebahagian dari konsep Melayu Raya yang di bawa oleh KMM pada tahun 1938.

Ini sejarah bukan kelentong.

Jadi apa kena mengena 31 Ogos dengan Malaysia. Taraaaaaakkkkk!!

Ini kelentong. Rakyat Sabah dan Serawak di paksa masuk Malaysia oleh British. Kerana itu hingga ke hari ini majoriti rakyat Sabah dan Serawak ingin merdeka dan berkerajaan sendiri. Mereka tidak ambil pot tentang 31 Ogos.

Apabila United Malays National Organisation bungkus nanti – kita wajib menulis kembali sejarah perjuangan kaum agama, kaum nasionalis, kaum kiri, kaum buruh, kaum tani dan kaum komunis yang telah berjuang dan berkorban mati untuk memerdeka kan Persekutuan Tanah Melayu termasuk Singapura.

Esok 31 Ogos tidurlaaaa sampai meninggi hari. Tidak ada apa-apa yang hendak di sambut. 31 Ogos BUKAN hari Malaysia. Itu pesta kelentong United Malays National Organisation.

( Cuba fikirkan sejenak kenapa nama parti ini United Malays National Organisation - Ini nama Mat Salleh kan? Period.)

Kisah tiga Mamat - Mat Ezam, Mat Segaran dan Mat Kurapan

Serangan TB kali pertama terhadap Mat Ezam sampai pada awal March. Serangan TB ini cukup hebat. Semput Mat Ezam terutama apabila keputusan piliharaya memperlihatkan banyak kerusi telah di menangi olih PKR.

DARI JELEBU - Malaysia Today
Hishamuddin Rais

Ini kesah Tiga Mamat. Ingat atau tidak – kita ada Mat Sentul yang membuat filem Mat Bond. Kita ada Mat Toyol juga dilakonkan oleh Mat Sentul. Kita ada film Mat Lanun. Kita ada filem Mat Tiga Suku dan Mat Karong Guni yang juga dilakonkan olih Mat Sentul. Semua ini termasuk dalam genre filem lawak bodoh yang menyeramkan.
Bila saya tulis tentang filem-filem lawak bodoh ini pasti pembaca tertanya-tanya – betul ke ada filem ini. Nampak sangat saya ini ‘oltie’ mendewasa di zaman Latifah Omar dan Nordin Ahmad. Jangan risau dan jangan gundah – semua filem-filem ini wujud. Saya tidak klentong.
Tetapi disini bukan tentang filem yang hendak saya tulis tetapi satu teater lawak seram lagi bodoh yang sedang dipentaskan untuk hiburan kita semua. Teater ini bukan arahan atau lakonan Mat Sentul tetapi lebih sewel dari Mat Sentul lebih bodoh dari semua lawak-lawak bodoh dari zaman Cathy Keris dan Jalan Ampas. Lebih tiga suku dari Mat Tiga Suku. Lebih karong dari Mat Karong Guni.
Mamat Pertama dalam teater lawak seram ini ialah Mat Segaran Pillai ( bukan peguam DSAI dan tidak ada talian keluarga arwah M.G.G Pillai). Mamat ini bercita-cita besar. Lebih besar dari tayar kerusi roda Eye of Kuala Lumpur. Dia bukan berNgo untuk rakyat Malaysia. Bukan juga berNgo untuk rakyat Asia. Bukan juga untuk rakyat Asia, Afrika dan Latin Amerika tetapi berNgo untuk rakyat Dunia. Ciss… hebat lawak si Mamat ini tetapi Bantang Berjuntai pun dia belum pernah sampai untuk berjuntai-berjuntai.
Kadang-kadang saya sedih sambil ketawa apabila diberitahu bahawa Ngo yang dikepali oleh si Mamat ini yang hanya ada tiga orang ahli. Bayangkan tiga orang ahli cuba membawa Keadilan Untuk Dunia. Ngo ini kalau di terjemahkan ke dalam bahasa Jambi ialah Just World – jangan silap-silap ini bukan nama kelab judi di 43rd Street di New York – yang kelab judi itu Just World Trust.
Kak kah kah…. isteri dia, anak dia dan Dia…. kah kah kah – tiga orang ahli. Macam mana tiga orang ini hendak membawa Keadilan Dunia saya pun bingong lagi malap.
Lalu soalan Chepu Emas muncul – mungkinkah Ngo Keadilan Untuk Dunia ini ditubuh sebagai cara untuk mendapat dana dari luar negara kot? Ha ha ha. Trick ini semua kaki-kaki Ngo tahu. Jadi saya tidak perlu cerita panjang. Atau Ngo yang tidak ada sesiapa pun pernah dengar namanya di Malaysia ini hanyalah sebagai cara agar Mat Segaran ini dapat ditemu ramah oleh Mama Juwie dari Mingguan Malaysia.Kah kah kah.
Biar saya bersurah sikit agar anak-anak muda tahu siapa Segaran ini. Mamat Segaran ini pada satu ketika dahulu pernah bertanding untuk menjadi MP. Hebat angan-angan si Mamat ini. Tetapi sayangnya warga Bandar Tun Razak tidak kenal dia ini siapa. Pengundi Melayu ingat dia warga India. Pengundi India ingat dia Benggali Roti. Pengundi Cina ingat dia Ghurkha dari Nepal. Hasilnya si Mamat ini di gudam oleh warga Bandar Tun Razak.
Kerana ini saya menyokong kuat cadangan Sultan Johor agar sesiapa yang beralih-alih tuhan ini tidak patut nama mereka beralih-alih sama. Lihat apa sudah jadi kepada warga Bandar Tun Razak, kacau bilau, mereka hampir tertipu kerana tidak tahu asal usul Segaran Pillai.
Keadaan ini bertambah celaru kerana satu ketika dulu si Segaran ini bercakap tentang keadilan tetapi apabila Parti Keadilan Rakyat hendak mengambil kuasa dia terbalik kot. Dia terkentut di mulut menyokong gerombolan United Malays National Organisation. Kah kah kah.
Ini tidak menghairankan beb… nama pun dia ditukar-tukar untuk mengabui mata Orang Melayu. Tuhan pun dia tukar-tukar apa lagi dasar perjuaangan. Si Mamat ini lebih hodoh dari si Tenggang. Dia lupa terus asal usulnya. Dia melupakan meruku dan thosainya. Ini bukan fitnah saya. Kalau tidak percaya tanya Hindraf dan Aliran. Kah kah kah.
Mamat Kedua dalam teater ini bernama Mamat Kurapan. Mamat ini tidak ada sangkut paut dengan satu jenis penyakit kulit, harap maklum. Kendati pun kita masih tidak mengetahui asal usulnya. Justeru, kita jangan tersalah orang. Mamat Kurapan ini tidak ada juga kena mengena dengan Pemimpn Agung MIC. Perbezaan si Mamat Kurapan ini dengan Pemimpin Agung MIC cukup jelas. Mamat Kurapan ini ada rambut dan tidak memakai tupee seperti Pemimpin Agung MIC.
Mamat ini cukup sangap. Sama seperti Mamat Segaran dia memiliki cita-cita politik yang amat besar. Tetapi Mamat ini masih setia dengan merukunya. Cita-citanya tidaklah sebesar Segaran Pillai yang ingin menjaga Keadilan Dunia. Si Kurapan hanya bercita-cita untuk menjadi Pemimpin Agung masyarakat India di seluruh Malaysia. Rasa saya cita-cita Mamat ini cukup murni.
Si Kurapan telah menubuhkan Malaysian Indian United Party (MIUP). Macam mana parti ini dapat lesen pertubuhan dalam masa 3 hari saya pun tidak tahu. Walhal ada parti politik yang telah menunggu sampai sepuluh tahun untuk mendapat lesen. Tetapi ini cerita lain.
Tidak menjadi satu kesalahan untuk menubuhkan parti politik. Malah ini adalah cara yang paling senang untuk menjadi Presiden sesebuah parti politik. Tanpa pertandingan di cawangan atau di bahagian si Kurapan ini terus menjadi Presiden MIUP. Ini samalah macam Mahathir Muhamad menubuhkan gerombolan United Malays Nastional Organisation dahulu. Mahathir terus melantik dirinya sebagai presiden. Khalas.
Si Kurapan ini betul-betul sangap politik. Dia menjemput Najib Razak untuk merasmikan penubuhan MIUP. Si Kurapan pasti membuat perhitungan bahawa satu kurun lagi Najib Razak akan menjadi PM Malaysia. Kalau sekarang dia sudah ‘parking’ di sebelah Najib pasti dia dapat menyikat rambut Najib untuk mendapatkan lesen kasino. Hebat. Antara Rosmah dengan Kurapan siapa agaknya yang akan dipilih oleh Najib? Jawabnya pastilah Saiful Bukhari. Bijak Mamat Kurapan ini.
Tetapi sebenarnya Mamat Kurapan ini cukup bebal. MIUP telah dilancarkan oleh Najib pada hari HINDRAF mengadakan demo di Kuala Lumpur. Dia langsung tidak tahu sentimen masyarakat India. Kurang arif saya bagaimana si Kurapan ini mahu menjadi pemimpin semua orang India kalau program penting masyarakat India pun dia tidak tahu. Akhirnya dewan pesidangan kosong. Habuk orang India pun tidak ada dalam dewan. Nasi dan lauk pauh tinggal bersepah untuk dimakan kucing. Hasilnya yang mendengar ucapan Najib hanya si Kurapan. Majlis akhirnya menjadi pesta kucing kurap.
Pelawak Ketiga dalam teater lawak bodoh ini tidak lain dan tidak bukan ialah Mat Ezam. Seperti tulisan saya minggu lalu Mat Ezam ini telah dihinggapi oleh penyakit KKS – kurang kaseh sayang. Akhir-akhir ini dari apa yang saya difahamkan penyakit Mat Ezam ini kini telah bertambah teruk. Dia sekarang bukan sahaja diserang olih KKS tetapi telah dijangkiti pula oleh TB.
Tanda-tanda awal KKS ini telah dapat kita lihat agak lama dahulu. Riak-riak penyakit TB ini baru muncul dalam bulan Ferbuari/March yang lalu. Kita jangan lupa Mat Ezam ini telah ke hulu ke hilir awal tahun ini. Dia menziarah Kelantan, dia melawat opis Pas di Jalan Raja Laut ( jangan ketawa Mat Ezam masuk ikut pintu depan bukan pintu belakang ). Semua ini adalah riak-riak, tanda-tanda dan simptom penyakit TB.
Serangan TB kali pertama terhadap Mat Ezam sampai pada awal March. Serangan TB ini cukup hebat. Semput Mat Ezam terutama apabila keputusan piliharaya memperlihatkan banyak kerusi telah di menangi olih PKR.
Kerana serangan TB ini bagitu hebat Mat Ezam menjadi jaki apabila melihat PKR kini menjadi parti yang kukuh lagi berpengaruh. Mat Ezam tidak boleh tahan lagi lalu memasuki gerombolan United Malays National Organistaion.
Satu minggu sesudah memasuki gerombolan itu Mat Ezam telah diserang sekali lagi oleh TB. Kali ini serangan datang bertalu-talu. Semput sekali lagi Mat Ezam kerana serangan TB ini. Penyakit jenis TB ini amat merbahaya terutama kepada sesiapa sahaja yang suka bersumpah, suka mencabar dan cakap bergegar-gegar.
Lawak penyakit Mat Ezam ini menjadi bodoh lagi menyeramkan. Berita paling terakhir yang saya terima cukup sedih lagi pilu. Mat Ezam telah cukup bodek agar dia tidak lagi diserang oleh penyakit TB. Sayang, Mat Ezam di serang lagi. Kali ini dia hampir hilang nafas. Mat Ezam sedih lagi kecewa. Malah dia hampir tidak percaya kenapa penyakit TB – Tidak Bertanding - ini terus menerus menyerang walhal dia telah cukup bodek.
Banyangkan bulan March lalu Mat Ezam Tidak Bertanding kerana tidak ada parti politik yang hendak beri laluan untuk Gerak. Kemudian Mat Ezam berangan-angan hendak mejadi Ketua Pemuda gerombolan United Malays National Organisation tetapi dilarang lalu Tidak Bertanding. Akhirnya Mat Ezam berharap sangat dia akan di pilih di Permatang Pauh. Tetapi sekali lagi dia diketepikan lalu Tidak Bertanding.
Penyakit TB ini telah menyebabkan Mat Ezam menjadi Gila Talak ke hulu ke hilir membebel untuk memburuk-burukkan Pakatan Rakyat. Sedih cerita lawak bodoh ini. Nampaknya Gila Talak ini juga telah menjangkiti Mat Segaran Pillai dan Mat Kurapan.
Demikianlah kesah lawak bodoh Tiga Mamat yang sedang di hinggapi oleh penyakit Gila Talak. Ubat gila talak ini hanyalah suntikan 3P – Permatang Pauh, Parlimen dan Putrajaya.

Tahukah Anda...?????

Gempaq..!!! Tahukah ANda...????

1 – Tahukah anda belanjawan SUKOM 1998 – masih lagi BELUM di audit. Sudah 10 tahun. Telah ada 3 Menteri Belia dan Sukan silih berganti TETAPI kenapa belanjawan SUKOM 98 masih belum di bentangkan ke Parlimen.

2 – Tahukah anda bahawa Senator Jins Shamsuddin telah 'klentong' kerajaan Perak dengan projek filem Pasir Salak?

3 – Tahukan anda hingga ke hari ini belum ada laporan polis yang lengakap tentang percubaan membunuh Sharifah Aini di hadapan Sri Pentas?

4 – Tahukah anda hingga ke hari ini masih belum di ketahui laporan tentang siapa yang membakar Dewan Tunku Chacelor Universiti Malaya pada tahun 2001. Keyvaas dan Azliana pada minggu kejadian mengakui memiliki bukti. Mana buktinya?

5 - Tahunkah anda siapa pembunuh Norita Shamsuddin ? Apa terjadi dengan kes ini?

6 – Tahukah anda apa terjadi dengan 6 BUAH KOTAK MAT EZAM?

7 – Tahukah anda syarikat mana yang membuat lebuhraya MRR2 yang runtuh rantah?

8 – Tahunkah anda apa terjadi dengan saman Edry KRU yang menuduh ‘gambar bogel’ Pemuda United Malays National Organisation ini adalah kerja ‘copy n paste’?Siapa yang 'copy n paste'?

9 – Tahukah anda dimana Samy Veloo dan Siti Hasmah membuat rambut palsu?

10- Tahukah anda siapa nama isteri Najib yang pertama?

Tukar Tiub.blogspot

Mat KOMANd0:-
Haaa...... yg tau tolong jawab... hakhakhak.

Malaysia Today Disekat Kerana Menghina Nabi...?????

Malaysia Today Disekat Kerana Menghina Nabi...?????

Jeng-jeng-jenggggg....!!!!!!!!

KUALA LUMPUR 29 Ogos �Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bertindak menyekat laman web Malaysia Today kerana artikel penulis blog itu dan tulisan-tulisan pembacanya yang didapati menghina Nabi Muhammad.

Ketua Pegawai Operasi SKMM, Mohamed Shahril Mohamed Tarmizi berkata, artikel tersebut didapati cuba membandingkan Nabi Muhammad dengan perlakuan bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein dan pemimpin Al Qaida, Osama Bin Laden.

Woit Malaysia Today bukan menghina nabilaaaa..... laman web ini buka cerita Najib, Rosmah dan Altantuya.

Bila pulak masanya Najib jadi Nabi.

Ada sesiapa pernah terbaca nabi yang bernama Nabi Rosmah...????
Kitab mana SKMM sudah baca...

Tikar Tiub.Blogspot

Mat KOMANdo:-
Hakhakhak...... dio baco kitab A B C kottttt........ tak pon kitab pokemon....

Anwar Mahu Sertai Umno Semula - Madir

Anwar Mahu Sertai Umno Semula - Madir

KLANG 29 Ogos - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yakin Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyimpan hasrat untuk menyertai semula UMNO.

Beliau berkata, Anwar berbuat demikian semata-mata mahu memenuhi impiannya untuk menjadi Perdana Menteri.

"Saya fikir dia hendak sertai UMNO semula tetapi sama ada UMNO hendak terima dia atau tidak, itu soal lain.

Gila lagi orang ni..... dah jatuh gila talak ke? Dia sendiri yang menginding nak masuk gerombolan United Malays National Organisation dia tuduh orang lain yang pula...... kalau nak masuk... masuklah.

Bagi fakta pun slah. Anwar bukan nak masuk gerembolan United Malays Organistion. Dari dulu lagi Anwar telah cerita yang dia nak musuk MIC. Kah kah kah ka........

TukarTiub.blogspot

Saturday, August 16, 2008

Poyoo betul Cheruk Tok Kun

Poyoo betul Cheruk Tok Kun


Ini bukan tentang rashia Enam Kotak Mat Ezam. Ini bukan Sumpah Keramat Mat Ezam. Ini bukan saya Mencabar Mat Ezam. Kita semua tahu Mat Ezam ini amat suka bersumpah dan amat suka mencabar.

DARI JELEBU
Hishamuddin Rais

''SELAMA 10 tahun saya berjuang untuk manusia bernama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sepanjang tempoh itu juga saya keluar masuk lokap demi mempertahankan perjuangan beliau.

''Namun setelah beliau dibebaskan, tidak sekalipun beliau menghubungi saya dan bertanya sama ada saya makan atau tidak, bagaimana keadaan keluarga saya dan bagaimana nasib saya akibat bisness yang telah lingkup," demikian luahan kecewa Abdul Ghani Haroon, bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Di Petik dari Utusan Malaysia 3.Ogos 2008-08-06

Mamat dari Cheruk Tok Kon ini memang cukup poyo. Ini bukan bukan fitnah dari Saiful atau dari Uncle Pet. Ini telah terbukti saheh. Ini dari mulut Abdul Ghani Haroon. Siapa yang tak faham makna poyo sila tanya Mat Rempit. Kalau masih ada yang tidak tahu apakah bendanya Mat Rempit ini maka saya cadangkan mereka berhijrah ke Dacca atau ke Nepal dan jangan pulang ke Malaysia sehingga faham makna poyo.

Bila saya terbaca berita tentang Abdul Ghani Haroon ini, hati saya berasa pedih lagi pilu. Jiwa saya mendayu-dayu. Air mata saya berderai-derai keluar macam biji-biji mutiara di leher Datin Rosmah. Nasib baik saya tidak pernah memakai seluar dalam kalau tidak ehem saya pun akan menangis sama.

Bayangkan si Poyo Cheruk Tok Kun ini langsung tidak ambil pot terhadap kawan baik saya si Ghani Haroon ini. Nah! Ada sesiapa yang tidak faham apa dia pot? Jangan tanya Dewan Bahasa, buang masa sahaja; kalau tanya Minah Kelisa atau Minah Kancil mereka pasti arif. Pot ialah satu perkataan kool yang tidak berani di pakai olih Nik Safiah atau Segerawan Negara. (Segerawan Negara ialah mereka yang mengaku diri sebagai sasterawan dan menulis ayat-ayat kontot yang mereka namakan sanjak).

Sebenarnya saya kenal baik dengan si Ghani ini. Setiap kali saya jumpa dia, baju dan seluarnya selalu berseterika. Saya tidak pernah nampak dia memakai jean atau jauh sekali pakai jean koyak macam Madonna. Mamat ini kalau di University Malaya di zaman saya dulu dia ini akan di anggap Mat Belia atau Apiah. Hari ini tahun 2008 kalau di universiti Mamat macam si Ghani Haroon ini termasuk dalam gulungan Mat Skema atau Mat Rakan Muda. Kalau dia di dalam gerombolan United Malays National Organistaion dia akan di panggil Mat Baju Batik a.k.a Mat Kontrektor Kelas F a.k.a Kontrek Jungkies.

Memang betul si Ghani ini di tahan di bawah ISA. Saya juga sama sedih tetapi saya tidak dapat berbuat apa-apa. Sel tempat Ghani di tahan ini sebenarnya tidak jauh dari sel saya. Sel-sel kami ini di tempat rashia – bukan café – jadi kita tidak boleh bersembang – kami di kurung 24 jam. Kesian dan sedih kita pada si Ghani ini.

Tetapi bukan ISA yang memilukan dan merobek hati. Hati saya berderai-derai kerana bisness kawan saya ini telah lingkup. Bayangkan betapa besarnya pengorbanan kawan saya ini terhadap Poyo Cheruk Tok Kun ini. Poyo betul si Poyo ini. Sesudah dibebaskan si Poyo ini TIDAK pula angkat talipon dan menalipon si Ghani ini. Bertanya khabar pun tidak. Bukan mahal sangat satu panggilan. Kedekut rupanya Poyo ini.

Cerita ini bertambah sedih lagi menyedihkan apabila si Poyo Ceruk Tok Kun ini TIDAK pula bertanya sama ada kawan saya si Ghani ini makan atau tidak. Ciss… betul-betul tidak bolih pakai si Poyo ini. Entah-entah si Ghani hampir mati kebulur tidak dapat makan. Dijauhkan Bidadari 44 - janganlah satu hari nanti saya terbaca berita kawan saya ini mati kebulurun.

Saya juga merasa kesal lagi bersalah kerana saya juga tidak pernah bertanya kepada si Ghani ini sama ada dia ada soru atau tidak. Ini kerana saya selalu nampak dia ‘steady’ macam Pegawai Level Four. Lain kali kalau saya jumpa si Ghani ini saya akan tanya – Woit! Ghani…hang udah makan atau belum?

Memang sahih hujah si Ghani ini. Bagaimana agaknya si Poyo Ceruk Tok Kun ini hendak membantu nelayan dan petani kalau Ghani seorang pun dia tidak boleh ulur-ulur. Sekarang ini si Ghani ini telah merajuk dan membebel ke hulu ke hilir bersama Mat Ezam mengatakan yang dia tidak dipedulikan olih Poyo Cheruk Kun. Padan muka.

Apa yang terjadi pada si Ghani ini memang sedih lagi pilu. Berderai-derai air mata apabila kita semua membaca berita ini dari akhbar Zainuddin Maidin dan Johan Jaafar. Saya mendengar cerita pada hari berita si Ghani disiarkan, akhbar ini telah tiga kali di ulang cetak. Hebat.

Tetapi kita perlu bersabar. Kesah si Ghani ini belum cukup sedih lagi hingga membawa kita ketawa terbahak-bahak. Kerana itu saya cadangkan kita semua wajib berbilion-bilon bersedih dan berpilu terhadap apa yang telah berlaku kepada Mat Ezam. Air mata kita semua tidak lagi menitis berbantal-bantal tetapi mencurah-curah keluar macam air kencing lembu jantan.

Ini bukan tentang rashia Enam Kotak Mat Ezam. Ini bukan Sumpah Keramat Mat Ezam. Ini bukan saya Mencabar Mat Ezam. Kita semua tahu Mat Ezam ini amat suka bersumpah dan amat suka mencabar. Yang hendak saya tulis ini ialah cerita sedih lagi menyayat hati. Ini cerita sedih lagi pilu, lebih sedih dari cerita seorang Kontrektor Kelas F yang perniagaannya lingkup.

Saya terbaca bagaimana Mat Ezam berkata bahawa si Poyo Cheruk Tok Kun ini bukan sahaja tidak menalipon dia tetapi jeling mata pun tidak mahu. Aduh! Sedihnya hati saya. Bayangkan muka Mat Ezam yang tidak ada jerawat itu tidak hendak di pandang lagi olih si Poyo ini. Apa sudah jadi?

Mengikut Mat Ezam si Poyo Cheruk Tok Kun semenjak bebas dari penjara selalu duduk jauh darinya. Mat Ezam komplain kerana tidak di ajak datang minum-minum kopi. Ajak soru jauh sekali. Kenapa si Poyo Cheruk Tok Kun ini berbuat demikian? Apa susahnya kenyit-kenyit mata kepada Mat Ezam. Tidak bolihkah jeling-jeling dan pandang muka Mat Ezam?

Akhinya bubur menjadi kerak. Mat Ezam pun merajuk patah hati berulam tulang. Dia selalu ke hulu ke hilir mundar mandir membebel ke seluruh kampung Felda bercerita bagaimana dia kurang mendapat pandangan mata dari si Poyo Cheruk Tok Kun.

Saya yakin Mat Ezam telah dihinggapi oleh satu penyakit. Lalu saya meminta nasihat pakar perubatan. Dari seorang Doktor di Pusrawi (bukan doktor yang itu) saya difahamkan nama penyakit Ezam ini ialah KKS. Penyakit in tidak bervirus dan amat mudah berjangkit. KKS ini senang berjangkit terutama kepada orang yang bisnesnya lingkup. KKS lagi senang menjangkiti para Kontrek Jungkies. Penyakit ini juga akan menghinggapi sesiapa sahaja yang gian nak memakai baju putih lengan pendek dan berseluar gelap.

Mengikut kajian Doktor Pusrawi ini penyakit KKS ini sering menghinggapi orang-orang muda yang selalu di lamun olih angan-angan. Lebih tinggi angan-angan maka akan lebih cepat KKS ini menular.

KKS ialah penyakit Kurang Kasih Sayang. Penyakit ini lah yang telah menimpa kawan saya si Ghani Haroon dan Mat Ezam. Mereka kurang mendapat kasih sayang. Sepuluh tahun mereka membuang masa, kalau mereka tanam durian pasti pokok durian telah berbuah. Kalau mereka tanam sawit sudah berbuah tujuh kali. Kalau mereka berjalan kaki mereka telah ngeliling dunia dua kali. Kalau mereka memelihara katak pasti mereka telah wajib dinobatkan sebagai Raja Katak Katak untuk menggantikan Ibrahim Ali.

Ada juga berita baik. Mengikut nasihat Doktor Pusrawi ini KKS cukup senang diubati. Tidak perlu menongeng untuk di periksa bontot. Tidak perlu suntikan atau makan pil. Pertama – si Pesakit hendak lah kurang bersumpah dan kurang mencabar. Kedua – si Pesakit wajib mula belajar berkata benar dan jujur. Ketiga – kalau ada saka atau janji-janji yang telah di lafaz dahulu ianya wajib ditunaikan. Janji seperti kotak-kotak yang tersuruk. Laporan-laporan rasuah 620 muka surat yang di janji kepada orang ramai wajib diumumkan.

Ada satu lagi nasihat Doktor Puswari ini - kalau hendak cepat sembuh si Pesakit perlu mula melihat cermin muka setiap pagi terutama sebelum bercakap bergantang-gantang. Bila melihat muka di cermin sila kurangkan angan-angan terutama jika ada angan-angan hendak menjadi Menteri atau hendak menjadi Kontrektor Kelas A.

Sedih, pilu dan hati mendayu-dayu hingga kita semua ketawa terbahak-bahak. KKS oh KKS. Kesian bila kita membaca kesah-kesah Mamat-Mamat ini. Inilah pengajaran untuk kita semua. Bila kita bangun pagi mari lah kita cermin muka kita sebelum kita bercakap bergantang-gantang. Mana berat mata memadang berat lagi tangan saya yang meraba-raba.

Monday, July 28, 2008

MENGELABAH, BERZAKAR DAN BERZAKAR -LAH - Hishamuddin Rais

MENGELABAH, BERZAKAR DAN BERZAKAR -LAH - Hishamuddin Rais
.
Hari ini telah terbukti semakin ramai rakyat menolak konsep Ketuanan Melayu tetapi tunggul-tunggulnya masih ada. Pelik tetapi benar tunggul-tunggul baru Ketuanan Melayu telah muncul kebelakangan ini. Kali ini bukan datang dari batang tubuh gerombolan United Malays National Organisation - tetapi dari gerombolan kecil – satu kumpulan yang selalu bertempik-tempik mengajukan dasar agama yang tidak memandang kaum, bangsa dan ras. Sewajibnya agama tidak betuankan Melayu tetap bertuankan Tuhan. Inilah yang menjadi pelik tetapi benar.
.
Gerombolan kecil yang selalu bertempik-tempik di atas dasar agama ini telah berkhutubah ke hulu ke hilir mengatakan agama yang mereka anuti adalah sejagat. Tup tup – apabila dicakar kulitnya maka keluarlah agama barunya yang bernama Ketuanan Melayu. Maka keluarlah retorik ajaran agama ini – untuk perpaduan bangsa dan khutubah-khutubah untuk menjaga keMelayuan dari terhakis. Inilah menjadi lebih pelik dan hampir tidak dipercayai kerana yang yang mejadi juru dongengnya ialah seorang yang amat keras pegangan agamanya.Sehinggakan sanggup pasa satu ketika dahulu ‘mengkafirunkan’ sesiapa sahaja yang tidak berpayung di bawah ketiaknya. Pelik tetapi benar.
.
Pelik ini bertambah pelik kerana pada awalnya juru dongeng gerombolan kecil ini telah menafikan yang mereka sedang berbincang untuk membuat satu ‘geng baru’ dengan gerombolan United Malays National Organisation. Manafikan sahaja tidak cukup. Juru dongeng gerombolan kecil ini ingin menyaman sesiapa yang cuba ‘menuduh’ mereka sedang bersubahat dengan gerombolan United Malays National Organisation. Hebat. Memang hebat. Malah juru dongeng ini menanggap semua cerita-cerita berzakar ini adalah ‘al-fitnah wal fitnah’.
.
Wah wah bukan main hebat kenyataan juru dongeng ini. Tup tup bila kain lunginya terbarai kelihatan seluar dalamnya koyak lagi masam lagi haprak. Ternyata apa yang dianggap ‘fitnah’ itu ialah benar – tidak lain dan tidak bukan ialah benar semata-mata. Ke mana hendak disurukkan seluar dalam yang koyak itu? Hanya mereka sahajalah yang dapat mencari sanad dan nas nya. Ini kerana dalam hal mencari-cari sanad dan nas ini mereka memiliki ketrampilan.
.
Apakah penafian awal dari juru dongeng itu satu pembohongan? Pasti ada nas dan sanad yang bolih mereka cari untuk menunjukkan ada bohong kecil, bohong besar, bohong wajib, bohong sunat dan bohong politik. Dalam kes ini, mengikut nas saya bohong ini adalah bohong yang bohong, tidak besar dan tidak kecil. Bohong adalah bohong.

Siakap senohong
Gelama ikan duri
Pandai cakap bohong
Bolih jadi menteri.
Kalau bukan bohong kenapa pada awalnya ada keinginan untuk menyaman tetapi tidak jadi? Pelik tetapi benar.
.
Terbukti tunggul-tunggul Ketuanan Mekayu ini masih bersepah-sepah lagi. Mereka datang dalam pelbagai bentuk. Penjaja utama yang menelurkan konsep Ketuanan Melayu ini ialah gerombolan United Malays National Organisation. Gerombolan ini telah lebih 50 tahun menjadi tuan. Hasil darinya, mereka hidup bersenang lenang merampok hasil negara untuk kroni dan suku sakat. Jadi kita tidak hairan jika mereka terus ingin menjadi tunggul – pergi tersepak pulang terlanggar – untuk mempertahankan Ketuanan Melayu.
.
Yang menjadi pelik tetapi benar ini ialah munculnya tunggul-tunggul baru yang hendak menumpang semangkuk ? Ini menjadi pelik.
.
Di samping ini ada juga macha-macha dan kumpulan-kumpulan kecil yang turut sama menyokong apa yang mereka tafsirkan sebagai – mu – zakar - rah. Macha-macha dan kumpulan ini mengangkat-angkat tangan dan kaki menyokong muzakar ini. Sebenarnya mereka ini telah mendapat serpihan ekonomi dari gerombolan United Malays National Organisation. Atau mereka diwujudkan sebagai anak syarikat gerombolan United Malays National Organisation. Ada juga diantara kumpulan-kumpulan kecil ini yang memakai jubah kumpulan belia hijau yang berjenamakan agama. Kumpulan dan macha-macha kumpulan belia hijau ini tidak seharusnya menghairankan kita semua. Ini perjuangan macha untuk cari makan.
.
Untuk kita semua memahami apa yang telah di muzakarkan dan apa yang telah di zakarahkan kita wajib memahami politik hari ini. Gerombolan United Malays National Organisation sedang nazak. Dari luar rakyat telah menolak mereka. Dari dalaman mereka sedang beramuk sesama sendiri untuk merebut ghanimah – harta rompakan perang. Inilah yang menjadi latar timbulnya muzakar dan zakarrah.
.
Gerombolan kecil yang muncul menjadi tunggul baru Ketuanan Melayu ini sebenarnya bukan orang jahat walau pun mereka membuat kerja-kerja jahat. Ada diantara mereka orang baik. Ada yang memiliki latar belakang agama yang baik. Tetapi baik sahaja tidak mencukupi dalam politik hari ini. Mereka ini gagal memahami apa makna politik. Mereka juga tidak memahami ekonomi sebagai asas politik. Mereka tidak memahami dinamika ekonomi kapitalis yang tidak memiliki agama dan tidak memiliki bangsa.
.
Ekonomi kapitalis bertuhankan keuntungan maksima.Cita-cita ekonomi kapitalis ialah untuk membolot semua punca-punca ekonomi. Punca ekonomi ialah bahan mentah, tanah dan tenaga buruh. Tidak wujud ketuanan Melayu atau ketuanan Cina atau ketuanan Melanau dalam sistem ekonomi kapitalis. Justeru, Pepsi Cola yang dijual di negara Arab itu adalah sama sahaja dengan yang dijual di Amerika walau pun dalam ejaan Jawi. Tujuan nya sama - untuk mencari untung.
Jika masih ada lagi tunggul-tunggul yang menjadi pengikut mazhab Ketuanan Melayu ini maka sahih yang mereka tidak memahami struktur sistem ekonomi kapitalis yang wujud dalam negara kita ini.
.
Ketuanan Melayu ini adalah satu konsep bayangan, satu ajenda politik yang digunakan olih gerombolan United Malays National Organisation untuk mencari sokongan orang Melayu. Jika ada Tuan maka pasti akan ada Hamba Abdi. Ketuanan Melayu ertinya akan ada yang menjadi hamba abdi kepada Melayu. Tidak mungkin orang Cina atau India, Kadazan atau sesiapa sahaja hendak menjadi hamba kepada Melayu. Malah orang Melayu sendiri pun tidak mahu menjadi hamba kepada sesiapa pun.
.
Justeru, lawan terhadap Ketuanan Melayu ialah Ketuanan Rakyat - politik, pemikiran, falsafah baru yang telah dicadangkan oleh Pakatan Rakyat. Ketuanan Rakyat ini bemakna kita warga di negara ini semua adalah sama tetapi tidak serupa. Kita sama sederajat walau pun kita tidak serupa agama, budaya, bahasa ibunda. Inilah falsafah yang diajukan melalui konsep Ketuanan Rakyat. Ketuanan Rakyat akan mementingkan rakyat dahulu bukan mementingkan keuntungan maksima. Rakyat itu iah kita semua – bukan orang Melayu sahaja.
.
Kenapakah bagitu susah hendak difahami konsep dan falsafah Ketuanan Rakyat ini ? Apa masalah untuk memahaminya? Ketuanan Rakyat ini selari dengan konsep semua agama; kecuali jika ada agama yang mengakui agama mereka mengatasi yang lain, atau agama mereka sahaja yang betul. Justeru Ketuanan Rakyat mengkukuhkan nilai baik sangka antara sesama manusia. Kitab-kitab suci, ajaran-ajaran nabi dan ahli-ahli falsafah semuanya mengajukan kesaksamaan antara manusia dengan manusia tanpa mengira bangsa atau agama.
.
Untuk tunggul-tunggul baru yang cuba bangun dengan Ketuanan Melayu ini rasa saya mereka harus menilai kembali asas kefahaman politik mereka. Mereka wajib melihat arus politik 2008 dimana rakyat keseluruhan telah menolak konsep dan propaganda Ketuanan Melayu dari gerombolan United Malays National Organisation.
.
Sesiapa pun bolih bebas untuk menjadi tunggul. Yang hendak bermuzakar ke arah mana pun biarkan mereka bermuzakar. Yang hendak mengelabah biarkan mengelabah. Politik baru Ketuanan Rakyat tetap akan akan muncul kerana ini hukum sejarah. Seperti kata datuk nenek moyang kita – pergi tersepak pulang terlanggar - seratus jong masuk anjing tetap bercawat ekor. END

Hishamuddin Rais

Tuesday, July 22, 2008

Al-Kesah Kerbau Jantan - Hishammudin Rais

Kesah ini telah kita dengar dari zaman berzaman. Datuk kita telah tahu cerita ini. Nenek kita juga telah mendengar cerita ini. Kemudian nenek bercerita kesah yang sama kepada emak kita. Emak kita pula bercerita kepada kita. Kemudian apabila kita masuk sekolah kita dapat pula membaca cerita yang sama.

Hishammudin Rais

CERITANYA : Ada seorang Anak Muda yang telah di pilih olih orang kampung untuk menjadi Tok Penghulu Baru. Belum pun sempat dia menjadi Tok Penghulu dia telah menghadapi satu masalah besar. Seekor kerbau jantan di kampungnya telah hilang.

Seluruh kampung menjadi heboh. Kerbau jantan yang hilang ini di miliki seorang Ibu Tunggal beranak tiga yang tinggal di hujung kampung. Kerbau jantan ini sajalah harta yang telah ditinggalkan olih arwah suami perempuan ini.

Bila berita ini tersebar luas, Anak Tok Penghulu Lama bergegas datang ke rumah Ibu Tunggal ini. Dia memberikan beras, gula, garam, kelapa, labu, ikan salai dan sayur bayam sebagai tanda belas kasihan kepada Ibu Tunggal. Dia juga bersumpah akan mencari kerbau jantan yang hilang itu.

Anak Tok Penghulu Lama yang tidak terpilih untuk menjadi Tok Penghulu Baru ini telah menunjukkan rasa kecewa kepada Anak Muda yang bakal menjadi Tok Penghulu Baru kerana gagal menjaga keselamatan kampung. Dia juga merasa kecewa dan marah kepada orang kampung kerana mereka tidak memilih dia sebagai bakal Tok Penghulu Baru.

Anak Tok Penghulu Lama merasakan orang kampung telah salah pilih. Dia berkata dialah yang paling bijak dalam kampung ini untuk menjadi Tok Penghulu Baru kerana dahulu arwah ayahnya juga seorang Tok Penghulu. Dia juga merasa layak kerana dia memiliki tanah sawah yang luas, banyak ayam, itik, lembu dan kambing. Dia juga ramai pengikut yang setia.

Kemudian di hadapan orang-orang kampung Anak Tok Penghulu Lama ini dengan bangganya telah mengarahkan Dua Budak Suruhan untuk mencari kerbau yang hilang itu. Dia mengarahkan Dua Budak Suruhan ini agar mencari kerbau jantan itu sampai dapat.

Sebenarnya orang kampung tidak memilih Anak Tok Penghulu Lama menjadi Tok Penguhulu Baru kerana orang kampung tidak suka dengan perangainya. Anak Tok Penghulu Lama ini memang betul banyak harta. Memang betul dia banyak ayam, itik, lembu dan kambing. Memang betul dia ramai pengikut yang setia. Tetapi tingkah lakunya tidak disukai.

Anak Tok Penghulu Lama ini tidak boleh melihat anak dara atau isteri orang yang berdahi licin - semua habis dikebasnya. Orang kampung juga tahu dia ada menyimpan seorang gundek. Gundek ini di simpan di sebuah pulau. Dia selalu berulang alik ke pulau itu.

Satu masa dahulu Anak Tok Penghulu Lama ini telah menceraikan isteri pertamanya. Dia telah menuduh bahawa isteri pertamanya sasau. Tetapi orang kampung tahu isteri pertamanya seorang perempuan yang baik dan tidak sasau. Orang kampung juga tahu semasa dia menceraikan isterinya, dia sedang gilakan isteri orang.

Mengikut yang empunya ceritanya Anak Tok Penghulu Lama ini telah mengarahkan Dua Budak Suruhan untuk menghalau suami perempuan itu pindah ke kampung yang lain. Bila si suami telah berpindah maka dia pun berkahwin dengan Mak Janda itu. Cerita Anak Tok Penghulu Lama kahwin Mak Janda ini telah cuba disorokkan tetapi semua orang kampung tahu.

Orang kampung sedar tentang perangai buruk Anak Tok Penghulu Lama ini. Hanya penyokong dan pengikut setia Anak Tok Penghulu Lama ini sahaja yang pura-pura buat tidak tahu. Ini kerana mereka ingin mencari makan atau bekerja di sawah milik Anak Tok Penghulu Lama. Kerana itu para pengikut setianya buat-buat pekak badak.

Al-kesah punya kesah – orang kampung pun sibuklah mencari kerbau jantan yang hilang. Anak Muda bakal Tok Penghulu Baru pun turut sama mencari kerbau jantan yang hilang ini.

Dua Budak Suruhan Anak Tok Penghulu Lama berpura-pura berjalan ke serata pelusuk kampung untuk mencari kerbau yang hilang. Sebenarnya mereka tahu di mana kerbau jantan itu di simpan. Ini kerana Dua Budak Suruhan telah mencuri kerbau jantan itu tiga hari dahulu dan menyorokkan kerbau jantan ini dalam gua batu di tepi hutan.

Cerita kerbau jantan yang hilang ini adalah perancangan Anak Tok Penghulu Lama. Dia sedang merancang untuk memalukan Anak Muda yang bakal menjadi Tok Penghulu Baru. Jika Anak Muda ini dapat dimalukan maka pastilah dia tidak akan di angkat untuk menjadi Tok Penghulu Baru.

Ketika orang kampung sibuk ke hulu ke hilir, Dua Budak Suruhan ini secara senyap-senyap telah mengambil kerbau jantan dari gua batu dan membawanya ke rumah Anak Muda bakal menjadi Tok Penghulu Baru. Kemudian Dua Budak Suruhan ini berlari-lari keliling kampung sambil menjerit-jerit yang kerbau jantan telah dijumpai.

Apabila orang kampung mendengar jeritan ini mereka kembali berkumpul. Dengan termengah-mengah Dua Budak Suruhan ini telah menerangkan yang kerbau jantan itu telah ditemui. Untuk membuktikan siapakah yang telah mencuri kerbau jantan ini, Dua Budak Suruhan mahu orang kampung datang sama melihat di mana kerbau jantan ini disorokkan.

Ketika semua ini berlaku Anak Muda bakal Tok Penghulu Baru masih lagi mencari kerbau jantan bersama beberapa orang kampung. Apabila mereka mendapat tahu yang kerbau ini telah ditemui kembali maka mereka merasa senang hati dan berundur pulang.

Apabila Anak Muda sampai ke kawasan rumahnya dia terperanjat kerana orang ramai sedang berkumpul mengelilingi Anak Tok Penghulu Lama. Anak Muda tidak tahu menahu kenapa orang ramai berkumpul di halaman rumahnya. Dia terperanjat besar apabila terlihat kerbau jantan itu sedang terikat di tangga rumahnya.

Semua orang kampung menjadi hairan dan tertanya-tanya bagaimana kerbau jantan ini terikat di tangga rumah Anak Muda ini kerana ketika mereka lalu lalang di hadapan rumah ini mereka tidak melihat kerbau jantan itu.

Dengan pantas Dua Budak Suruhan ini menjawab bahawa kerbau jantan ini telah di temui tersorok di atas katil Anak Muda. Kerbau jantan ini ditemui sedang tidur di atas katil. Kerbau jantan ini telah diselimutkan dengan kain cadar kerana itu orang kampung tidak dapat melihatnya.

Dua Budak Suruhan ini terus menuduh Anak Muda sebagai pencuri kerbau jantan kerana kerbau jantan ini telah ditemui tidur di atas katilnya. Dengan serta merta Anak Tok Penghulu Lama bangun bersuara dan meminta agar Anak Muda ini tidak di lantik menjadi Tok Penghulu Baru. Dia mahu Anak Muda ini di tangkap dan di pasong untuk di sula.

Pengikut-pengikut setia Anak Tok Penghulu Lama dengan serta merta menangkap dan mengheret Anak Muda untuk di sula. Suasana menjadi tegang. Orang kampung terpinga-pinga apabila mendengar dan melihat semua ini sedang berlaku di hadapan mata mereka.

Tiba-tiba muncul seorang Budak Lelaki bertanya dengan nyaring : "Bagaimana kerbau jantan ini dapat naik tangga dan tidur di atas katil itu?"

Bila soalan ini terkeluar dari mulut Budak Lelaki ini, orang kampung pun berpandangan sesama sendiri sambil menggangguk kepala. Orang kampung mula sedar bahawa cerita dari mulut Dua Budak Suruhan ini tidak masuk akal. Macam mana kerbau boleh naik tangga. Ini betul-betul cerita yang tidak masuk akal.

Orang kampung menjadi marah kerana mereka cuba dibodohkan. Mereka melepaskan Anak Muda yang sedang terikat. Kemudian mereka bangun beramai-ramai dan menghambat Anak Tok Penghulu Lama dan Dua Budak Suruhan. Orang kampung menghambat mereka dengan cangkul dan parang. Anak Tok Penghulu Lama dan Dua Budak Suruhan lari lintang pukang meninggalkan kampung.

Mengikut al-kesahnya, Anak Tok Penghulu Lama dan Dua Budak Suruhan lari dari kampong hingga ke Pekan. Demikianlah kesah cerita turun temurun yang disampaikan olih nenek kepada cucu dan cucu kepada cicit.

Walah hu alam bisawab.

Hishammudin Rais

Tuesday, July 8, 2008

Duit batang pisang - Hishamuddin Rais

Hishamuddin Rais

DARI JELEBU


Jika Anwar di dapati bersalah oleh mahkamah, rakyat tidak akan percaya. Apabila Najib dikatakan tidak terlibat dalam pembunuhan Altantuya, orang ramai pun tidak percaya.
Percaya atau tidak percaya? Betul atau tidak betul? Najib betul ke atau Anwar yang betul? Raja Petra betul ke? Balasubramaniam betul ke?
Semua persoalan-persoalan ini sedang berada dalam fikiran semua warga negara ini sekarang. Anak semua bangsa, warga semua darjat sedang bertanya-bertanya dan berfikir kuat. Apa yang berlaku pada akhir bulan Jun ke awal Julai 2008 ini telah membawa kita semua kembali 10 tahun ke belakang – kembali ke September 1998. Mungkin ramai generasi muda tidak mengetahui apa yang sebenarnya telah berlaku 10 tahun dahulu. Mungkin ada juga generasi yang bukan muda tetapi telah kabur-kabur ingatan.
Hakikatnya, sejarah sedang berulang. Berulang berputar jelas di hadapan mata kita semua.
Hakikatnya, semua soalan-soalan ini adalah manifestasi. Manifestasi ini hanya dapat kita fahami jika kita mengurut kembali ke belakang dan melihat sebab dan musabab yang melahirkan manifestasi-manifestasi ini.
Tidak dapat tidak, sejarah akan membuktikan yang manifestasi-manifestasi ini adalah hasil dari 22 tahun Malaysia di perintah Mahathir Mohamad. Gaya, cara, tenik, pendekatan dan taktik pemerintahan Mahathir selama 22 tahun yang lalu telah melahirkan apa yang kita hadapi sekarang. Manifestasi hari ini lahir setelah ia ditanam selama 22 tahun. Seperti pokok durian ianya akan berbuah setelah 10 atau 15 tahun bijinya ditanam.
Yang kita tuai hari ini adalah biji dan benih-benih realpolitik yang telah ditanam dan dibajai oleh Mahathir Mohamad. Sama seperti durian. Jika benih yang baik maka buahnya pasti baik. Dalam realpolitik Mahathir Mohamad, dia telah berjaya menanam biji politik yang tidak sihat untuk Malaysia
Betul, Mahathir Mohamad kini telah menjadi bekas Perdana Menteri. Betul, setelah bersara tidak mungkin susuk yang bernama Mahathir ini akan terus memiliki kuasa. Tetapi kuasa wujud bukan dalam bilik yang kosong. Kuasa wujud dengan memiliki alat-alat bantuan. Kuasa daulah dibantu oleh lembaga-lembaga daulah. Wujudnya kuasa kerana wujud bersama badan-badan penguat kuasa.
Lembaga-lembaga daulah ini diwakili oleh manusia yang bekerja, bergerak dan berkepentingan. Di sinilah Mahathir Mohamad telah merentas masuk. Dia telah menebas dan menebang beberapa akar umbi lembaga-lembaga daulah dan menanam benih baru. Kerana Mahathir ingin berkuasa lama maka dia telah memagari dirinya dengan pelbagai bentuk undang-undang. Dia telah mengubah perlembagaan. Dia telah meluluskan pelbagai akta. Malah dalam partinya sendiri dia telah beberapa kali membuat perubahan dan pindaan perlembagaan parti. Semua ini untuk memastikan yang dirinya terus berkuasa.
Lembaga-lembaga ini juga di duduki dan dipimpin atau di kepalai oleh manusia biasa yang berkepentingan. Orang-orang dipilih diwajibkan bertaat setia kepada Mahathir Mohamad. Sebenarnya, taktik dan pendekatan realpolitik setia kepada Mahathir Mohamad ini bukan sesuatu yang baru. Di Mesir, 3000 tahun dahulu, Firaun telah menggunakannya. Di Iran, Ahmad Reza Pahlavi telah menggunakannya. Di Chile, Jeneral Pinochet telah menggunakannya. Di Indonesia, Jeneral Haji Ahmad Suharto telah menggunakannya.
Kepala-kepala dan pemimpin lembaga daulah, dari badan kehakiman, kepolisian, persuratkhabaran, keilmuan, perniagaan yang jujur, ikhlas dan ingin menjaga kepentingan ramai telah di buang kerja, di air batukan, di gantung atau di takut-takutkan dengan pelbagai cara.
Untuk sesiapa sahaja yang sedia bertaat setia mereka akan dinobatkan dengan limpah kurnia yang lumayan dari Mahathir Mohamad. Nikmat dunia ini tidak ada sempadan untuk mereka. Harta kekayaan datang mencurah-curah sehinggakan mereka sendiri pun terperanjat.
Inilah hakikat realpolitik 22 tahun Malaysia di bawah pemerintahan Mahathir Mohamad.
Hari ini apa yang berada di hadapan mata kita adalah bau haprak dan kelongsong politik yang telah ditinggalkan oleh Mahathir Mohamad. Abdullah Badawi adalah pewaris yang kelihatan masih tidak dapat tanggal dari kelongsong ini.
Ada dua lembaga yang amat-amat penting dalam semua lembaga daulah – Badan Kehakiman dan Badan Kepolisian. Satu berkuasa untuk mentakrif, mencipta dan menilai undang-undang dan satu lagi untuk penguatkuasaan undang-undang. Dua badan ini begitu penting sekali untuk semua negara.
Adalah salah jika ada warga yang menganggap bahawa badan kehakiman dan kepolisian boleh bergerak bersendirian. Dua lembaga ini wajib bergerak seirama dalam satu tempo. Tetapi jangan lupa ada lagi satu lembaga yang maha penting yang akan menilai lembaga-lembaga ini. Lembaga ini adalah orang ramai. Orang ramai ini ialah kita rakyat biasa ahli warga negara ini. Orang ramailah akhirnya akan menjadi juru penilai akhir.
Hukum dan undang-undang ini semuanya didirikan untuk memastikan kepentingan hak individu terjamin, untuk memastikan kebaikan bersama didahulukan, untuk memastikan kepentingan ramai dijaga bukan kepentingan kroni yang didahulukan. Ertinya undang-udang di buat untuk kepentingan kita – rakyat.
Kita, orang ramai, wajib memiliki keyakinan terhadap lembaga-lembaga ini. Kita wajib yakin terhadap mahkamah dan hakim. Kita wajib yakin terhadap polis. Keyakinan terhadap lembaga- lembaga daulah tidak boleh dipaksa-paksa. Tidak boleh melalui ugutan. Tidak boleh melalui ISA. Tidak boleh melalui tangkapan. Polis memang boleh menangkap tetapi apakah tangkapan polis itu diyakini ramai. Hakim boleh menjatuhkan hokum tetapi apakah hukuman itu diyakini orang ramai.
Pada masa perang dunia ke dua dahulu, Tanah Melayu telah diduduki oleh Jepun dengan kekuatan senjata. Jepun juga telah meluluskan pelbagai macam undang-undang. Jepun juga ada mahkamah dan hakim. Jepun juga telah menahan ramai orang. Jepun juga telah memenjarakan ramai warga. Malah Jepun juga telah mengeluarkan Duit Jepun Pokok Pisang.
Kerajaan hari ini sedang menghadapi krisis keyakinan rakyat. Ini sama seperti tahun1998 dahulu. Sepuluh tahun dahulu apa sahaja yang keluar dari mulut Mahathir Mohamad akan di anggap sandiwara. Kini, keadaan sedang berulang lagi. Rakyat tidak memiliki keyakinan terhadap badan kehakiman dan badan kepolisan.
Justeru, kunci untuk apa sahaja bentuk kerajaan dan daulah ialah keyakinan orang ramai. Tanpa keyakinan orang ramai kerajaan dan lembaga-lembaga daulah ini tidak akan dihormati dan akan luruh. Rakyat, untuk sementara waktu, mungkin boleh dipaksa. Untuk sementara waktu, rakyat boleh dihukum. Inilah manifestasi krisis yang benihnya telah ditanamkan oleh Mahathir Mohamad kerana dia lama menjadi Perdana Menteri.
Pemerintahan Jepun di Tanah Melayu (1941-45) TIDAK di yakini. Mahkamah Jepun tidak di yakini. Hakim Jepun tidak diyakini. Tahun 2008, rakyat Malaysia melihat lembaga-lembaga daulah hari ini telah sampai ke tahap Duit Jepun Pokok Pisang – boleh dilihat tetapi tidak bernilai.

Tuesday, July 1, 2008

FILEM : SODO MEE PART TWO- Hishamuddin Rais

Hishamuddin Rais - Mr.Jelebu

Alamak gua dengar filem Sodo Me karya Brad Pittail akan di buat lagi. Sodo Mee Part 2 ini akan dibuat dengan lebih gempaq. Gua dengar dengan sahih si pengarah Brad Pittail sudah mulakan penggambaran. Iklan-iklan telah bocor di akhbar-akhbar. Pelakon utama telah ditemui.

Dengar-dengar nya filem Part Two ini amat gah TETAPI lokasinya masih belum di tentukan. Inilah standard filem Melayu. Leceh. Kata nak buat filem gempaq. Lokasi pun belum jumpa. Bila di tanya Brad Pittail di mana lokasi tempat Sodo Mee terjadi , dia berkata: lokasinya berlaku di dalam kondo di Jalan Pantai , di kondo di Jalan Bangsar dan di kondo Damansara dan terus ke kondo Segambut. In best punya Sodo Mee beb. Makan tak habis.

Woit! Ada berapa ribu kondo di sana? Yang mana satu kondo yang betul. Ini nampaknya bukan filem Sodo Mee Part Two. Kalau kondo panjang-panjang dan nama kondo pun tidak jelas ini samalah seperti kempen undilah Shahrizat Gadis Pilihanku. Biar betul. Kalau macam itu baik cakap Sodo Mee ini berlaku di semua kondo-kondo di Kuala Lumpur, di Shah Alam, PJ , Kelang dan Senawang. Baru boleh cover line. Lebih safe. Pukul borong. Pasti lokasi tak salah.

Ingat tak… skrip filem pertama dulu pun macam ini juga. Mula-mula Sodo Mee Part One berlaku di kondo Bukit Bangsar. Tapi bila crew pergi check kondo ini pun belum siap dibuat. Macam mana nak menegang Sodo Mee kalau kondo belum siap. BerSodo Mee atas simen sakit…. beb. Tak percaya cuba try. Kah kah kah. Inilah filem kita berwajah kita.

Woit! Brad Pittail. Takkan drama ke dua ini macam skrip pertama juga. Kan filem pertama dulu dah tak laku. Kalau nak tipu, tipulah. Menipu bukan satu kesalahan. Yang salah apabila orang tak percaya.

Lakonan pegawai polis ini pun satu hal lagi. Dalam drama mesti ada aksi. Baru orang tengok syok. Lakonan polis ini sudah tidak masuk akal. Semua dilok polis sudah bikin kacau. Semua bikin susah. Mana dilok yang betul? Mula-mula cakap laporan penggambaran Sodo Mee ini dibuat di Balai Polis Jalan Travers kemudian laporan ini dibuat dekat pondok polis Hospital KL. Mana satu lokasi yang betul. Nak shoot pakai crane pun biarlah hati-hati. Dari Jalan Travers ke HKL berapa jauh daaa… Holywood pun tidak boleh buat satu long shot 10 kilometer jauhnya. Pasti kabur . Kah kah kah. Filem kita berwajah kita.

Dilok Bakreee Senin dalam ‘act one’ cukup tidak meyakinkan. Dialog ini tak masuk akal. Dalam filem Sivaji The Boss balai polis hanya dijaga oleh Tok Sarjan Saab. Dalam Sodo Mee Part Two yang menjaga Balai Travers ialah Tuan Bakree Senin sendiri. Apa hal gedebe ini menjaga balai. Tuan Bakree Senin ialah seorang OCPD. Tuan OCPD tidak jaga kaunter balai untuk ambil laporan. Dia tinggal dalam bilik khas. Ada kipas angin. Kerja OCPD Saab bukan ambil laporan atau buat teh. Ni yang buat kepala pening nonton filem Melayu.

Semakin lama filem ini berjalan semakin kelam kabut jalan ceritanya. Laporan Sodo Mee ini diambil di mana ? Ulang shoot sekali lagi ke ? Di Balai Travers atau di Pondok Polis HKL? Alaaa bradeer…. kalau Marlon Brando berlakon pun gua rasa payah dia nak deliver line macam ini. Aku rasa aktor Bombay Jalalaludeen Hasani boleh jadi OCPD macam dalam Sivaji. Tapi kalau abang dia berlakon gua rasa kentut pun tidak ada bau.

Gua kurang faham kenapa si Mamat yang bernama Brad Pittail ini menjadi pengarah Sodo Mee Part Two? Si Mamat yang mengarah ini pun bukan hebat sangat otaknya. Semasa belajar dahulu dia slow sikit ( ini class mate dia seorang big lawyer yang joging hari-hari di Lake Garden bagi tahu). Dia slow kerana semasa kanak-kanak dia dihinggapi oleh wabak kurang cerdik. Mungkin badi wabak ini telah merosakkan daya fikir si Mamat ini. Itu fasal apabila dia bikin skrip drama, orang tidak percaya jalan ceritanya. Bila dia menjadi pengarah, cerita menjadi tidak lengkap dan berserabut.

Betul-betul filem Melayu. Turun lokasi dulu kemudian baru buat skrip dan cari pelakon extra. Kah kah kah. Filem kita berwajah kita. Hidup PDRM… opps Hidup FINAS.

Gua dengar skrip ini telah di ambil dari skrip lama filem Fitna Al- Sodom Al Drebarli. Skrip ini telah memenangi hadiah ke 3 peraduan skrip anjuran Matt Madey. Brad Pittail dipilih menjadi pengarah, bukan kerana dia bijak tetapi kerana dia bernasib baik. Ketika Matt Madey jadi PM ( production manager) dahulu, Madey cukup prihatin dan telah banyak membantu pelakon-pelakon Orang Kurang Berfikir (OKB) seperti pelakon Nazri, Fidah, Sami, AG dan GIP. Matt Madey cukup suka bergelojak dengan OKB. Matt Madey sebagai PM cukup cerdik mengemut bujet dan amat bijak dalam hal mengumpulkan pelakon-pelakon OKB ini. Kerana kurang berfikirlah maka Brad Pittail dapat menjadi pengarah. Kah kah kah.

Tentang lakonan? Satu habuk pun penonton tidak akan percaya. Yang paling tidak meyakinkan ialah adegan lakonan hero filem ini dalam Pejabat Timbalan Perdana Menteri. Kenapa pelakon utama filem ini digambari dengan seorang Mamat Hitam Lagi Pendek Lagi Muka Tak Laku. Mukanya Mamat Hitam ini macam muka Aman Belon.

( Siapa Aman Belon ? Gua penonton filem Melayu yang setia. Gua tahu siapa Aman Belon. Muka Mat Hitam itu macam muka Aman Belon. Kalau tidak caya sila tanya Bapak Saudara gua Lebai Google.)

Apakah perlunya bergambar di dalam opis TPM? Siapa Mamat Hitam Pendek ini? Apa peranan dia dalam filem ini? Aku rasa Mamat Hitam ini adalah Mamat Bottom. Kalau muka gebu macam dia ini, kalau gua pengarah gua minta dia berlakon jadi hantu. Macam Aman Belon dalam cerita Pontianak. Mesti Rosmah…. opps Maria Menado menjadi takut.

Pelakon utama filem Sodo Mee Part Two ini gua dengar ialah pendatang baru yang bernama Sinful Buka Harihari ( tidak ada tali persaudaraan dengan si penyeludup beras di Perlis). Apa yang dia buka hari hari itu gua pun tidak tahu. Buka seluar ke atau buka punggung. Tingginya hampir enam kaki. Bila bergambar dengan Mamat Bottom itu gayanya betul-betul macam Wahid Satay berdiri disebelah Aman Belon. Kah kah kah. Filem kita berwajah Bottom ….oops berwajah kita.

Apa yang tidak masuk akal ialah apabila adegan Sinful hendak di liwat oleh seorang tua berumur 60 tahun , kenapa si Sinful TIDAK menendang atau menerajang si peliwat yang semakin tua ini. Kenapa tidak menggunakan ‘method acting’ atau ‘kung fu Bruce Lee. Adegan ini skripnya tidak di tulis dengan betullaaa. Kalau ada pergaduhan lagi best. Lagi suspens. Lagi erotik. Inilah skrip filem Melayu kantoi all the time.

Penonton berfikir….mustahil hero kita yang baru berumur 23 tahun, tinggi 6 kaki tidak dapat menendang bakal peliwat yang sudah berumur 60 tahun. Kenapa tidak ada struggle dalam adegan ini. Patutnya ada dialog – ‘ ciss orang tua 60 tahun….jangan liwat bontot aku jika kamu tidak ada Ky Jelly…’ Kah kah kah. Filem kita berwajah kita.

Ingat tidak Maria Schneider yang nak di liwat oleh Brando dalam Last Tango In Paris pun ada tendang menendang. Ingat atau tidak adanya butter yang di gunakan oleh Brando. Semasa Bernardo Bertolucci membuat adegan ini berapa kilo butter terbarai. Ini baru skrip yang meyakinkan.

Dalam Sodo Mee Part Two ini tidak ada adegan melawan. Ini amat-amat kurang meyakinkan. Hampir mustahil seorang anak hero yang lubang bontotnya hendak di jolok tidak dapat melawan. Kalau dia tidak jaga bontonya siapa yang akan menjaga. Apakah perlu JJ datang membantu? Lagi bahaya nanti , kena raba-raba sebelum dijolok.

Orang ramai telah mula bercakap tentang skrip filem Sodo Mee Part 2 ini. Kegagalan skrip ini sudah nampak jelas. Kalau skrip ini gagal satu lagi krisis pasti akan timbul. Matt Madey tuan punya skrip original akan bertindak menyaman pengarah filem ini. Saman akan diajukan kerana filem Part Two ini telah memalukan Matt Madey penulis asal skrip ini.

Dari majalah Cine Revue du Fou, saya difahamkan mungkin skrip filem ini dapat di selamatkan dengan prop yang cukup menarik. Kali ini TILAM dan Bantal buruk yang ada dalam skrip asal tidak akan dipanggil untuk berlakon. Saya difahamkan tilam dan bantal akan diganti dengan minyak lintah dan kain gebar. Dan besar kemungkinan ada beberapa prop baru yang sedang direka oleh Brad Pittail. Prop-prop inilah nanti diharapkan akan meyakinkan penonton Malaysia.

Saya juga mendengar beberapa ekor lintah hidup juga akan dibawa sebagai pembantu ‘special effect’ untuk mengeluarkan darah dalam babak pemeriksaan doktor. Darah perlu menitik keluar dari bontot Sinful Buka Harihari untuk menyeramkan penonton. Satu kamera angle yang unik sedang disusun di mana lintah tidak kelihatan tetapi darah menitis keluar dari bontot. Ini gua rasa akan menjadi satu adegan yang lebih hebat dari Last Tango.

Kalau adegan darah meleleh keluar dari bontot Sinful Buka Harihari ini dapat dikamerkan maka gua yakin filem Sodo Mee Part Two ada peluang untuk di murtabakkan sebagai filem lawak Melayu Internasional untuk kurun ini. Gua rasa kalau scene ini berjaya gua yakin Sodo Mee Part Two boleh bertanding untuk mendapat piala Le Fou du Monde di Cuntt Filem Festival. Kah kah kah. Filem kita berwajah kita. END

Hishamuddin Rais

Sunday, June 29, 2008

Jangan percaya kepada raja-raja - Hishamuddin Rais


Raja Petra ini entah orang entahkan biawak. Biar betul. Apa bakulnya Raja Petra ni? Siapa yang menjadikan dia raja? Dari lubang mana Mamat ini keluar? Dari bukit mana dia muncul?
.
Dari Jelebu
.
Dari zaman saya kanak-kanak lagi saya telah tidak percaya kepada segala bentuk raja. Apa bendanya raja raja ni? Guli apa yang dipanggil raja in? Entah apa cenerah yang dipanggil raja. Entah apa ke pundingnya di panggil raja. Natang bewok gapo rajo ni?
.


Sampai ke Senaling saya pun tidak akan percaya kepada raja – terutama kalau namanya Raja Petra.
.


Raja Petra ini entah orang entahkan biawak. Biar betul. Apa bakulnya Raja Petra ni? Siapa yang menjadikan dia raja? Dari lubang mana Mamat ini keluar? Dari bukit mana dia muncul? Saya tengok gambar Mamat ini mukanya macam Gurkha dari kem Paroi. Pelik . Kalau benar dia Petra apa ke jadahnya dia di Malaysia? Petra patut duduk di Jordan.
.


Semua raja adalah karut bin marut, terutama Raja Petra. Dia ini adalah raja kacau daun. Raja bikin kacau. Kalau betul Petra ini seorang raja, dia mesti ada kuda, mesti ada gajah. Kalau tidak ada kuda macam mana hendak kelim jadi raja. Kalau JJ kelim dia Raja Raba Bontot saya percaya kerana saya pernah tengok gambar JJ naik bontot kuda. Kerana itu wajib JJ kita ini dinobatkan sebagai Raja Raba-Raba Bontot atau JJRRB.
.


Saya cukup naik darah pada minggu ini. Kerana saya marah maka saya buka tiga botol Moet Chandon. Saya marah apabila saya mendapat tahu Raja Petra ini telah membuat Akuan Bersumpah.
.


Saya cukup marah apabila sumpah Raja Petra ini diajukan kepada dot dot dot..... Saya tidak berani nak sebut nama Minah ini. Minah ini Minah suci. Namanya tidak boleh disebut di khalayak ramai. Bahaya. Apabila Minah ini marah terbarai gelang emasnya. Kalau Minah ini bertambah marah dia akan letupkan perut kita. Minah ini ada ‘power’ beb.
.


Itu fasal akhbar Star hanya berani menggunakan perkataan – a prominent lady. Utusan Malaysia pun tidak berani menyebut nama Minah dengan penuh. Tidak ada title Datin Seri pada pangkal nama Minah ini. Malah Mansor nama ayah Minah ini pun tidak di tulis. Ini kerana Minah ini cepat naik angin. Bayangkan akhbar Star dan Utusan Malaysia yang kaki bodek ini pun takut. Kalau kena sumpah Minah ini perut ketua pengarang boleh meletup.
.


Tapi.... geng Cina saya bagi tahu bahawa akhbar Cina semuanya buat cerita muka hadapan tentang Akuan Bersumpah Raja Petra. Ini pelik. Macam mana akhbar Cina berani sangat. Mereka tidak takut kena dot dot dot ... ke? Saya agak akhbar Cina ini kebal sikit kerana ketua pengrang nya makan daging babi. Mengikut kata Tok Guru saya sesiapa yang makan daging babi tidak akan kena ilmu hitam. Sumpah dan ilmu hitam Minah ini tak menjadi kalau kita makan babi. Kah kah kah.
.


Saya amat yakin lagi percaya bahawa perbuatan Raja Petra betul-betul tidak masuk ajar. Saya kesian melihat muka Mat Najib bakal PM saya itu. Dia kena ambush oleh wartawan di parlimen. Terketar-ketar dan bertambah merah bibirnya dan bertambah gugur rambutnya. Mat Najib TIDAK menjawab soalan wartawan dalam Bahasa Melayu tapi dia speaking. Ini semua kerana kerenah Raja Petra hingga nampak broken inglis Mat Najib sama macam inglis Mat Zam. Ini fasal saya naik bengang. Itu fasal saya buka satu lagi botol Moet Chandon. Kah kah kah.
.


Dari lubang mana Raja Petra ini dapat cerita yang dot dot dot... itu berada di dot dot dot... ketika dot dot dot.... di dot dot dotkan? Saya pun sudah takut nak sebut isi kandungan Akuan Bersumpah itu. Saya takut perut saya juga akan di dot dot dot... kan.
.


Kenapa Raja Petra ini tidak takut? Siapa di belakang Raja Petra? Kalau tidak dari mana Raja Petra tahu? Dia tidak pernah pergi mabuk-mabuk di Press Club. Dia tidak pernah naik ke Level Four. Mesti ada orang di belakang Raja Petra.
.


Saya yakin, selalunya yang duduk-duduk di belakang ini ialah Benggali. Sahih. Tepat. Betul. Di belakang Raja Petra pasti Benggali murtad yang bernama Karpal Singh yang bagi ‘info’. Tetapi bagaimana dengan JJ, dia pun suka raba-raba bontot. Apakah JJ juga di belakang bontot Raja Petra? Ini persoalan yang wajib kita sama-sama pecahkan. Kah kah kah.
.


Saya hairan kenapa Minah dot dot dot.... itu tidak saman Raja Petra. Ini pelik tetapi benar. Suami kepada dot dot dot.... ini juga tidak menyaman Raja Petra. Wahai Sang Suami dot dot dot..... jangan takut dan jangan risau Raja Petra ini bukan raja betul, dia tidak ada kuda. Dia tidak ada gajah macam Raja Siam.
.


Raja Petra ini Raja Klentong. Dia ada menyebut bahawa ada seorang Raja telah juga mendapat laporan resmi dari FBI Malaysia yang mengatakan bahawa dot dot dot.... berada di dot dot dot.... ketika dot dot dot.... di dot dot dotkan.
.


Woit ! Jangan takut dengan Raja Petra, raja yang di maksudkan itu tidak lain dan tidak bukan ialah anak lelaki dia sendiri. Bukan susah hendak jadi Raja, apabila anak kita lahir bubuh nama raja atau alih nama kita di pejabat Pendaftaran Negara. Kalau hendak tahu cara-cara pertukaran nama untuk menjadi raja ini sila hubungi Tengku Adnan. Dia memiliki pengalaman. Kah kah kah.
.


Tetapi kenapa polis pun TIDAK serbu rumah Raja Petra dan tangkap komputernya? Dulu polis serbu. Komputer masuk lokap. Kenapa sekarang tidak? Ini pelik. Kenapa? Kenapa polis hanya menuduh Akuan Bersumpah Raja Petra ini telah memalukan negara?
.


Memalukan negara? Kah kah Kah. Negara kita malu kerana bertelanjang bogel hingga nampak dua telur dan kontolnya bergoyang-goyang. Hal kontol montol ini sila tanya JJ. Dia pakar dalam bidang raba-raba. Tetapi negara kita ini jantan ke betina? Kalau jantan nampak kontolnya. Kalau betina nampak bincatnya. Tetapi kalau betina Melayu bincatnya telah di potong. Kalau negara kita jantan berapa kilo agaknya kemaluan negara kita? Ini bikin kepala saya bengang. Kenyataan PDRM ini telah jelas dan bercelaru. Saya jadi marah lalu saya buka sebotol lagi Moet Chandon. Kah kah kah.
.


Apabila Mat Najib menggunakan perkataan inglis ‘garbage’ untuk melekehkan Akuan Bersumpah Raja Petra saya jadi marah. Saya adalah ahli Sahabat alam. Garbage ini adalah barang baik. Memang betul garbage ialah sampah sarap sayuran lebihan dari dapur. Tetapi ianya boleh di kitar semua. Boleh dijadikan baja. Mengitar semula ialah cara hidup baru. Ini ada satu soalan Cepu Mas. Mana lebih baik garbage atau kapal selam? Kapal selam tidak boleh jadi baja. Kapal selam hanya dapat komisen. Kah kah kah.
.


Saya tidak faham kenapa dot dot dot.... tidak membuat sidang akhbar. Kenapa Mat Najib yang ditanya wartawan. Dari apa yang saya baca Akuan Bersumpah Raja Petra TIDAK ada langsung menyebut nama Mat Najib. Nama dua Minah dot dot dot.... ituy ada. Lalu saya ingin bertanya apa hubungan dua Minah dot dot dot ..... ini dengan Mat Najib.
.


Kenapa Mat Najib bakal PM saya membuat sidang akhbar walhal dalam Akuan Bersumpah Raja Petra telah sahih yang Mat Najib tidak berada di dot dot dot... ketika dot dot dot.... di dot dot dot...kan? Saya yakin Mat Najib ketika dot dot dot.... di dot dot dotkan.... Mat Najib sedang berehat sama ada di Port Dickson atau sedang berehat bersama Ziana Zain....opps... sedang berehat mendengar album Ziana Zain. Mat Najib bakal PM saya ini tidak perlu risau. Saya yakin dia tidak terlibat kerana nama dia tidak tertulis dalam Akuan Bersumpah Raja Petra. Mat Najib boleh senang tidur dan membuat lebih tebal garbage mata.
.


Tapi saya masih marah kenapa Raja Petra ini tidak di tangkap. Saya cadangankan kita siasat dari mana dia mendapat darjah kebesaran untuk menjadi Raja. Orang kampung mana yang menyembah dia. Kalau dia Raja betul-betul raja di mana siongnya. Kalau di buktikan dia bukan raja saya cadangkan dia dibawa ke dot dot dot.... dan di dot dot dotkan... sama seperti dot dot dot .... yang telah di dot dot dotkan...itu.
.
Dan.....dan.....dan jika Raja Petra betul-betul Raja maka kita sebagai rakyat wajib membelikan dia seekor kuda. Jenis kuda terbaik dalam dunia ini datangnya dari Mongolia. Saya ada kenal satu keluarga di Mongolia, dia ada kuda dan ada anak dara cun. Kalau Petra betul Raja macam ini saya tidak marah. Tapi saya masih akan juga membuka sebotol lagi .... kali ini bukan Moet Chandon tapi Dom Perignon. Kah kah kah.

Mat KOMANdo:- HuHuuuu......!!!!!!

Friday, June 27, 2008

Jommmm... kita turun kasik turun Minyak..

Haha.... cm biase laa.... ari-ari pon sebok...

jd tak sempat nak update blog ni....

so.., mat post bende palig penting dan mudah nihaa..... jgn tak tengok plakk....

tengok dan dengak... apo yg hisyamuddin rais say so... haha..

sok abis kerje ade la skit update pasal euro yg dh kat ujong tandok nii...

huhu... tu pon klo tak penat......

Saturday, June 14, 2008

MINYAK – KENAPA KITA MARAH- Hishamuddin Rais

Hishamuddin Rais

Harga minyak semakin meledak tinggi. Orang ramai semakin marah.

Saya telah menulis tentang bahan bakar minyak petroleum ini seawal wujudnya kolum Dot Mai saya di Malaysiakini. Saya juga telah menulis tentang perkara yang sama untuk pembaca Mandrin di akhbar Oriental Daily. Apabila saya menulis di Suara Keadilan agenda
minyak ini telah beberapa kali saya garap.


Kali akhir saya menulis tentang minyak ialah apabila saya membaca niat PKR untuk menurunkan harga minyak sebagai janji pilihan raya umum ke 12. Saya memiliki pandangan yang berbeza dari hal bahan bakar minyak petrol.
Saya sedar TIDAK ramai yang memahami apa yang telah saya tulis dalam masa sepuluh tahun ini. Ada yang tidak mahu faham. Dan ada pula yang menganggap pandangan saya ini adalah pandangan seorang hippie yang anti-kereta dan anti-pembangunan.

Saya adalah penganut mazhab Peak Oil/Puncak Minyak. Puncak Minyak ini adalah satu teori yang mengajukan pandangan bahawa minyak yang mula ditemui 150 tahun dahulu kini kian habis. Pada awalnya bahan mentah ini senang memancut dan mengalir keluar. Peningkatan
ilmu dan teknologi moden telah dapat pula membantu pengaliran minyak dengan banyak - sama ada dari daratan mahu pun dari perut laut.


Pancutan yang melimpah ruah dari telaga minyak ini akhirnya akan sampai ke satu tahap yang paling tinggi. Tahap tinggi ini dipanggil Puncak Minyak. Sesudah sampai ke tahap puncak ini maka pancutan minyak itu akan mula menurun. Akhirnya untuk mengeluarkan saki minyak dalam perut bumi air wajib dipancut ke dalam bumi agar dapat menolak minyak ke atas. Ini sedang berlaku di banyak telaga-telaga minyak di Saudi.

Ketika pancutan/pengaliran bahan bakar ini melimpah dengan banyak maka negara-negara yang memiliki telaga-telaga minyak itu telah menjadi negara pengeksport minyak. Negara-negara ini menjadi kaya dan telah bergabung di bawah OPEC. Apabila pengeluaran minyak
susut – tidak mencecah satu juta tong sehari untuk di terima sebagai ahli OPEC - maka negara ini terpaksa meninggalkan OPEC. Ini telah berlaku kepada Indonesia.


Negara jiran kita ini bukan lagi negara pengeksport tetapi negara pengimport minyak. Susutnya pengeluaran minyak adalah tanda-tanda bahawa telaga-telaga di negara ini telah melintasi Puncak Minyak. Inilah sebahagian dari asas teori Puncak Minyak.

Data-data pengeluaran minyak dari negara-negara pengeksport telah menunjukkan semakin banyak negara-negara pengeluar minyak telah melintasi zaman Puncak Minyak – ertinya minyak dalam perut bumi negara itu semakin kurang. Malaysia sendiri dalam masa 10
tahun yang akan datang TIDAK lagi menjadi negara pengeksport bahan bakar minyak.


Jika kita faham dan mahu menerima asas teori Puncak Minyak ini maka kita perlu melakukan tindakan dan langkah-langkah yang logik dan masuk akal. Retorik politik perlu dipadamkan kerana ia bukan jawapan untuk Puncak Minyak. Kita semua wajib ‘sejuk kepala’ agar dapat
dirangka strategi jangka pendek dan strategi berjangka panjang untuk menghadapi dunia tanpa minyak yang PASTI berlaku dalam hayat kita ini.


Memang betul bahawa kenaikan harga minyak yang baru berlaku ini telah menaikkan kemarahan rakyat. Kenaikan harga petrol ini sudah pasti akan membawa mudarat ekonomi. Harga barang-barang keperluan akan naik dalam masa yang terdekat. Kos belanja hidup akan
meninggi, selagi gus tahap kehidupan warga akan menurun kerana pendapatan/ pencarian tidak lagi dapat menampung kos.


Memang tepat jika orang ramai bangun membantah, berdemo dan memprotes kenaikan harga minyak yang menyusahkan orang ramai. Tetapi kemarahan ini juga seharusnya berdasarkan beberapa perkara yang hakiki yang perlu di fahami oleh orang ramai.

Marah kerana minyak petrol naik harga sedang menjadi-jadi di seluruh dunia. Demonstrasi sedang merebak di merata-rata kota dalam dunia. Marah yang menyirapkan darah rakyat Malaysia ada puncanya. Malaysia sebagai negara pengeluar minyak tetapi harga minyak mahal. Kenapa ini berlaku? Inilah soalan yang menyirapkan darah.

Soalan – kenapa ini berlaku - menjadikan orang ramai marah. Jawabnya – semua ini adalah hasil kerenah dasar ekonomi kerajaan United Malays National Organisation. Dasar ekonomi pembaziran selama 50 tahun ini telah membuat orang ramai marah. Kemarahan ini pasti
menjemput orang ramai turun ke jalan raya untuk berdemo.


Kemarahan awal – semenjak syarikat Petronas ditubuhkan pada tahun 1974 – kita sebagai warga negara telah TIDAK diberitahu penyataan kira-kira kewangan syarikat minyak ini. Syarikat minyak ini adalah hak milik negara. Negara itu ialah kita semua. Kita ialah rakyat.
Ertinya Syarikat ini adalah hak milik kita semua. Bukan hak milik United Malays National Organisation, bukan hak milik Hassan Merican atau hak milik Mahathir Muhamad.


Sebagai warga kita berhak untuk mengetahui pendapatan, belanjawan dan pelaburan yang telah, yang sedang dan yang akan dilakukan oleh Petronas. Selama lebih dari 30 tahun ini duit dari Petronas telah TIDAK diketahui ke mana lesapnya.

Kemarahan kedua – Pembaziran demi pembaziran telah dilakukan selama 22 tahun oleh Mahathir Muhamad. Lihat bangunan Dayabumi – kosong. Lihat bangunan berkembar Petronas – satu darinya kosong. Lihat pula Litar F1 Sepang – kosong. Lihat pula Bangunan Konvensyen di Putera Jaya – kosong. Lihat pula agenda Monsoon Cup - kosong. Lihat pula Kampung Hadari di Kuala Terengganu – Kosong. Berbilion-bilion duit Petronas diambil untuk projek-projek gila.
Marah sahaja TIDAK cukup.


Masanya telah sampai untuk kita semua turun ke jalan raya untuk menghentikan pembaziran ini.

Rakyat WAJIB bangun, marah, keluar berdemo dan menuntut dibuka semua akaun Petronas untuk di ketahui umum. Kenapa akaun ini dijadikan rahsia? Kenapa rahsia? Apa sebab menjadi rahsia? Apa yang ingin di sorokkan?

Kemarahan ke tiga - Rakyat wajib tahu – berapa ramai pemain Filharmonik Orkestra Petronas itu rakyat Malaysia? Rakyat wajib tahu berapa belanja mengupah Mat Saleh kokak yang dalam negara mereka sendiri TIDAK ada kerja, kini datang berlagak menjadi pemuzik di Malaysia?

Kemarahan ke empat - Najib dan Razak Baginda yang mendapat komisen beli kapal selam itu duitnya datang dari mana? Apa gunanya kapal selam ini? Hendak menyelam apa? Apakah ini projek-projek ‘senjata’ ini bertujuan untuk buat duit? Bukankah ini duit dari jual minyak?

Kemarahan ke lima - Rakyat wajib diberi tahu siapa yang melantik Mahathir Muhamad menjadi penasihat Petronas? Ketika Mahathir berkuasa dahulu siapa pula penasihat Petronas? Kalau dahulu TIDAK ada penasihat kenapa sekarang perlu ada. Apakah Mahathir Muhamad yang menjaga duit Petronas? Betul kah duit Petronas telah diambil untuk membayar hutang Mirzan anak Mahathir pada tahun 1997 dahulu?

Lima kemarahan ini hanyalah kemarahan awal. Hakikatnya jika semua pembaziran ini dihentikan PASTI harga minyak dapat diturunkan.

Tetapi waspada penurunan ini hanya untuk sementara. Kerana akhirnya minyak tidak dapat tidak akan naik juga harganya kerana bahan bakar petrol semakin kurang ditemui. Jadi tuntutan kita untuk menurunkan harga minyak hari ini wajib dibaca sebagai strategi jangka pendek untuk membeli masa.

Membeli masa bertujuan agar kita dapat melakar strategi berjangka panjang. Satu dasar baru untuk melahirkan satu struktur ekonomi baru yang dapat mengubah seluruh cara hidup kita semua. Strategi ini memerlukan perbincangan yang mendalam. Memerlukan pandangan dari semua sektor ekonomi. Strategi ini TIDAK memerlukan retorik politik tetapi daya fikir untuk melihat bukan 10 atau 20 tahun tetapi untuk melihat 1000 tahun tamadun manusia yang akan datang.

Jadi – masa nya telah sampai untuk kita semua turun ke jalan raya. Turun ini bukan sahaja untuk mengubah harga minyak tetapi untuk mengubah keyakinan diri kita bahawa akhirnya kerajaan ini adalah milik rakyat. Hanya kerajaan berpaksikan kepentingan rakyat dan BUKAN kerajaan berpaksikan untung yang dapat menyelesaikan masalah orang ramai hari ini.

Recent Posts


Vindicated - Dashboard Confessional