Pengumuman/Seruan {MatKOMANdo HoMe}
----------------------------------------------------
Alternatif untuk melawat laman web Malaysiatoday di SINIatau gi ke IP Address nya http://202.75.62.114/2008/
----------------------------------------------------
Mariii....!!!!! Hargai Pengorbanan Raja Petra...!!!!!!!!!
----------------------------------------------------
Mariii Kita Bocorkan Tembok ISA dengan 16 Septemberr..!!!!
----------------------------------------------------
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yg Suci sertaSalam Merdekakan Malaysia. - Mat KOMANdo
----------------------------------------------------

Showing posts with label Balasan. Show all posts
Showing posts with label Balasan. Show all posts

Wednesday, September 3, 2008

Musa Hasan lumpuh???

Musa Hasan lumpuh???
Dari:- Perisik Rakyat


Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hasan yang menjalani pembedahan pintasan jantung baru-baru ini dipercayai lumpuh tangan kiri beliau dan tidak mampu lagi bertutur secara normal.


Tan Sri Musa Hasan diberitakan akan mengambil masa yang lama untuk sembuh melalui rawatan fisioterapi dan kemungkinan besar kesihatan beliau tidak akan pulih seperti sebelumnya sepenuhnya.


Sekiranya beliau tidak lagi boleh menjalankan tugas beliau sebagai Ketua Polis Negara disebabkan masalah kesihatan, timbalan beliau mungkin akan memangku jawatan Ketua Polis Negara sehingga pengganti Tan Sri Musa Hasan dikenal pasti.


Mat KOMANdo:-
Ohkkk owww........... is it surprise....????? toing....toing....toingggg........
Lopah ni..... ado yg berebot carik sejadah pulak.....hakhakhak...

Tuesday, August 19, 2008

Musah Hassan Jalani Pembedahan di IJN.

Musah Hassan Jalani Pembedahan di IJN.

Dari: Perak Express

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini menjalani pembedahan pintasan koronari di Institut Jantung Negara (IJN) di sini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata Musa selamat menjalani pembedahan tengah hari tadi.

“Beliau kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi untuk pemeriksaan lanjut sebelum ditempatkan ke wad biasa,” katanya ketika dihubungi.

Musa kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil. - Bernama

Mat KOMANdo:-
Tu diaaaa..........

Perancangan Khianat Pemimpin Umno Ke Atas DS Anwar Ibrahim

Perancangan Khianat Pemimpin Umno Ke Atas DS Anwar Ibrahim

Oleh: Peninjau Malam

Setelah 4 hari penamaan calon serta kempen pilihan raya berjalan, saya memperolehi satu maklumat yang amat menggemparkan. Nyawa Dato’Seri Anwar Ibrahim berada dalam bahaya.

Ia bertitik tolak dari hakikat bahawa parti pemerintah tidak dapat menawan kerusi Parlimen Permatang Pauh secara pilihan raya yang adil sekaligus berhadapan risiko peralihan teraju kepimpinan negara. Menurut rekod serta sentiment pengundi, Anwar sudah sinonim dengan kawasan Parlimen tersebut. Pada ketika ini beliau ibarat sirih pulang ke gagang. Tidak cukup tapak tangan nyiru kami tadahkan.

Biarpun Saifool teruna jalang itu bersumpah setiap hari, kedudukan Anwar tidak terjejas. Yang percaya bermati-matian akan kes ini ialah para konspirator serta kuncu-kuncu mereka. Cui Bono. Kita lihat siapa yang bakal meraih untung besar dalam isu itu, maka itulah dalang yang menggerakkan pemain-pemain yang termakan dengan upah dunia.

TS Musa Hasan dan beberapa kerat pegawai tinggi polis telah merancang untuk mengenakan DS Anwar dengan cara ‘plant’ Saifool dalam pejabat parti yang begitu kekurangan kakitangan apabila sebahagian besar mereka memenangi pilihan raya. Lalu maklumat yang dikumpul digunakan sebagai persembahan untuk menawan hati PakLah. Angka 24 orang Ahli parlimen yang diketahui PakLah untuk melompat diberikan oleh TS Musa Hassan melalui Saifool Liwat.

Hasilnya maklumat yang ada sebahagiannya telah diketahui oleh PM Abdullah Badawi. Maknanya PakLah dan sebahagian pemimpin kanan UmnoBn tahu yang peralihan kuasa pasti berlaku sebaik Anwar menjejakkan kaki ke Parlimen. Di sinilah satu persimpangan yang amat ditakuti oleh rejim pemerintah.

Sumber risikan mengatakan beberapa pemimpin kanan parti dengan jalinan rangkaian tertentu telah mengupah militant Patani Pulo dengan nilai RM1 juta. Diberitakan 7 pembunuh upahan telah memasuki kawasan pilihan raya bagi menyempurnakan misi zalim lagi besar dosanya itu

Adalah dipercayai, mereka ini telah ditanam maklumat songsang tentang Dato’ Seri dan perjuangannya. Fitnah yang dilemparkan ialah beliau kononnya seorang Timbalan pengarah Dana Yahudi, membelakangkan orang Melayu dan Islam serta tidak pernah menyentuh soal Yahudi maupun Amerika. Sebenarnya bagi kita yang sudah celik maklumat, kesemua tuduhan itu palsu sahaja sepertimana jua kisah Liwat Saifool. Kita merasakan ia dicipta oleh pihak Special Branch dengan sekongkolan ahli politik. Hai, banyak dosa TS Musa Hassan.

Lantaran itu kawalan keselamatan ke atas DS Anwar Ibrahim semakin diperketatkan. Beberapa lapis pegawai telah ditugaskan menjaga beliau. Beberapa sukarelawan turut menjadi pemantau dari jauh memerhati dan meninjau keganjilan persekitaran dalam kehadiran beliau.

Beberapa masjid dan surau telah memulakan sembahyang hajat bagi menolak bala ciptaan manusia yang berhati syaitan ini. Semoga ada yang diangkat doanya demi kesejahteraan semua.

- Peninjau Malam

19.08.2008

Mat KOMANdo:-
Kalau sekali buat pe'el........ boleh le mintak maap........ tapi kalau dah dok ulang dua tiga kali....???
Tulang 4 kerat nak...?????? haha...... lopas ni jgn dok nak mintak maap...... kalau dh terlentang...... nikmat le sesorang. Org len dh reminder awal-awal dah, jgn nak kata org tak ingatkan plak.

Saturday, August 16, 2008

Usha yg dulu-dulu....... org lamo nye pengalaman.

Dari: Malaysiabiz-aloha
Tajuk: Renungkan Apa Yang Telah Berlaku

Telah terbukti doa orang teraniaya adalah amat makbul dan tanpa hijab waima doa orang kafir sekali pun tetap akan dimakbulkan.rasanya mungkin ada yang masih belum tahu lagi nasib yang menimpa kepada perancang konspirasi 1998 lepas.Lihat senarai mereka yang telah di adili.

Ummi Hafilda Ali
salah seorang dalang utama dalam konspirasi Anwar, telah digugurkan menjadi anak kepada bapanya sebelum beliau meninggal.Azmin Ali yang sebapa dengan Ummi mengesahkan perkara tersebut. Apakah nasib yang menanti seorang anak yang telah diakui anak oleh bapanya sendiri dan bapanya meninggal sebelum sempat memaafkannya?

Azizan Abu Bakar
rakan konspirasi Ummi, telah terlibat dalam kemalangan kereta, menyebabkan kematian isterinya. Dia kemudian ditangkap kerana khalwat dan dihukum enam bulan penjara.

Aziz Shamsuddin
ketua dalang dalam konspirasi terhadap Anwar, juga terlibat dalam kemalangan jalanraya dan isterinya juga meninggal dunia. Apabila mereka mengambil jenazahnya daripada hospital, didapati sekeping cek bernilai RM3 juta padanya, iaitu pemberian rasuah bagi meluluskan kontrak kepada sebuah syarikat Cina.

Semua orang akan mati satu hari nanti, tetapi mati dalam keadaan menerima wang rasuah ialah cara mati yang keji. Dan semua orang tahu apa yang terjadi kepada Peguam Negara pada masa itu, yang bertanggunjawab menyediakan perbicaraan Anwar.

Dia berada dalam koma selama setahun, setelah jatuh dan terhentak kepalanya, semasa mengalami angin ahmar. Para doktor di Pusat Perubatan Subang terpaksa membelah buka tengkoraknya bagi mengurangkan bengkak pada otaknya tetapi mereka tidak dapat menutupnya semula kerana bengkaknya tidak surut.

Tengkorak itu, akhirnya ditampal dengan hanya menggunakan pita mengelak otaknya daripada terkeluar. Apabila akhirnya dia mati, kepalanya mengecut dan mereka yang melihatnya pada masa kematiannya, mengatakan dia nampak seakan kepala kera.

Sesuai benar dengan orang yang tidak menggunakan otaknya semasa hidup dan mempermainkan sistem kehakiman!

Anda masih ingat Dr Ristina Majid, seorang lagi dalang konspirasi? Dia didapati mabuk tunggang-langgang semasa anak buahnya yang diserahkan kepadanya untuk dijaga, mati lemas dalam kolam renang. Bapanya juga telah tidak mengakunya sebagai anak sehingga dia mati, bapanya tidak memaafkannya atas apa yang telah dia lakukan ke atas Anwar.

Dr Ristina juga mati kerana angin ahmar semasa berada dalam satu persidangan di Jakarta dan menemui ajal tanpa mendapat keampunan bapanya. Dr Ristina sebenarnya, ingin benar mengahwini Aziz Shamsudin,tetapi Aziz menolak.Dan Azizan Abu Bakar buat seketika pernah bekerja dengan Dr Ristina sebagai pemandunya.

Ya, hanya ‘perkara yang baik’ akan menemui mereka yang melakukan ‘kebaikan’ kepada orang lain. Sementara nasib sebegitu, sesuai untuk setengah orang, bagi yang lain, kematian mungkin balasan yang tidak setimpal.Contoh, orang seperti Hamzah Zainuddin, seorang yang suka berfoya-foya, tidak wajar diberi ‘jalan keluar’ yang mudah.

Kepada Hamzah, nasibnya lebih teruk daripada kematian.Dan apakah anda mungkin bertanya, nasib Hamzah yang lebih dahsyat daripada kematian?Hamzah diperintah bayar RM11.206 jutaPada 8 April 2004, Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh memerintahkan Pengerusi Felcra Berhad, Hamzah Zainuddin, membayar tuntutan cerai bekas isterinya, Nooraini Abdul Rashid. Jumlah yang perlu Hamzah bayar ialah RM11.206 juta dan jumlah ini mesti dibayar dalam tempoh sebulan.

Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Hassan Basri, ketika membaca keputusan itu berkata, ia merangkumi bayaran tuntutan mutaah dan tuntutan nilai gaji serta kenaikan tahunan ekoran perletakan jawatan plaintif (bekas isteri) yang kesemuanya berjumlah RM11.206 juta.Dalam keputusan itu, mahkamah juga mengarahkan Hamzah membayar satu pertiga daripada harta sepencarian melalui jumlah saham-saham di tiga buah syarikat sebanyak 21,064,286 unit atau sebagai pilihan beliau perlu membayar RM10 juta.

Mahkamah turut memutuskan harta tuntutan balas Hamzah terhadap Nooraini yang berupa dua kereta mewah dan sebuah rumah di Subang Jaya, Selangor, dikekalkan milik bekas isterinya keseluruhannya sebagai hibah.“Tuntutan mutaah yang layak kepada plaintif dalam masa perkahwinan mereka selama 15 tahun.”“Tuntutan nilai gaji dan kenaikan tahunan setelah plaintif meletakkan jawatan dalam masa perkahwinan adalah layak dituntut selama 22 tahun,” katanya lagi.

Hamzah diwakili oleh peguam syarie Zulkefli Ulul Aziz, manakala Nooraini pula oleh peguam syarie Asmuni Alwi.Tuntutan mutaah merangkumi nafkah diri selama 15 tahun sebanyak RM360,000; pakaian dan hiasan diri sebanyak RM270,000 serta upah menjaga anak kira-kira RM180,000.Bagi tuntutan nilai gaji selama 22 tahun berjumlah RM382,866 manakala kenaikan tahunan pula kira-kira RM13,200.Dalam keputusan itu, Hassan berkata, mahkamah memutuskan harta tiga buah syarikat yang dihujahkan sebelum ini diisytiharkan sebagai harta sepencarian iaitu Hexagon Holding Berhad, Evermaster Group Berhad dan Asian Pac Holding Berhad.

Katanya, jumlah unit saham di Hexagon Holding Berhad adalah 3,013,957 unit, Evermaster Group Berhad adalah 3,496,901 unit dan Asian Pac Holding Berhad adalah 56,682,000 unit.“Dengan itu, plaintif layak dan berhak menuntut satu pertiga bahagian daripada jumlah nilai saham di tiga buah syarikat tersebut.”“Tetapi defendan diberi pilihan dengan membayar sebanyak RM10 juta sebagai ganti,” katanya.

Hassan memberitahu, Nooraini berhak membuat tuntutan mutaah kerana sepanjang perkahwinan dengan Hamzah, beliau tidak pernah mengaibkan nama suaminya serta sentiasa menjaga kehormatan dan keselamatan anak-anaknya.“Mutaah wajib dibayar oleh bekas suami kepada bekas isterinya yang taat dan tidak pernah dilaporkan nusyuz oleh mana-mana mahkamah syariah.”

“Bagi kes itu, si isteri sanggup berkorban dengan bekerja sendiri walaupun defendan mengetahui kesukaran yang dialami bagi menanggung dan menjaga anak-anak dirumah,” katanya.renung2kanlah

Portal Komuniti

Saturday, July 19, 2008

Duduk-duduk....... tengah letih....... angin masuk telinga

Ah haa haa haa......

Pening kepala aku, sakit badan aku, lenguh tulang akuu......
beberapa hari lepas yg membimbangkan....., seminggu lepas yg hangat......, dan beberapa minggu lepas yg penuh dgn kontroversi....., juga sekitar puluhan tahun yg telah berlalu.

Hahhhh..........

Mungkin perkara-perkara ini akan lupa dan malap dalam kotak ingatan. Ntah bila ia akan lupa aku tak tahu....... samada semasa muda lagi ataupun telah tua......... ataupon............ mmg melayu mudah lupa. Tapi itu bukan lah ungkapan yg enak dan bukanlah ungkapan yg dapat diterima sebahagian besar masyarakat......... mungkin mereka bukanlah tergolong dalam ungkapan yg seolah-olah menggambarkan diri pengungkap sendri............

Namun bagaimanapon......., ungkapan ini secara tak langsung telah pon diungkapkan oleh ramai pihak......... mungkin dengan niat bersungguh-sungguh......... mungkin juga hanya dengan niat gurauan atau persendaan, dan aku percaya ia lebih kepada persendaan.

Emmmppphhhh........,

Pengungkap telah pon mengidap penyakit lupo.........., mingkin tidak setiap waktu........ tp telah dia buktikan waktu soal dibicarakan.........., samada lakonan lupo atau benar-benar lupo........ itu mmg aku tak akan tahu......... yg tahu hanya empunya diri dan tuhan yg maha mencipta yg menciptakan dirinya. Itu tak apa.......... janji jangan dia lupa bahwa tuhan maha mencipta adalah pencipta dirinya sudahlah.........

Kerna jika lupo bahwa Maha penciptalah yg mencipta dirinya.............., mungkin balasan adalah pasti.

Oyeeeaaahhh.......,

Jerit-jerit tapi tak lepas telinga..........., janganlah marah. Mungkin masanya telah tiba untuk bermuhasabah.............. pengikut telunjuk mungkin boleh dijadikan rujukan. Kerna yg bermusibah....... dah lama menjerit tapi tak pernah lepas telinga. Dan kini musibah dah melarat.......... belum sempat mangsa terlentang kembali........... balasan pasti, telah diPos-lajukan, telah di Pos-Ekspresskan...... atau dengankata lain........ telah di DHLkan. Mungkin bukan dengan patah riok....... mungkin juga bukan dengan kereta berdentum.......... tapi mungkin dengan rezeki masing-masing........... bergantung dengan cara seseorang mencari rezeki. Jika tangannya digunakan untuk mencuri......... mungkin dikudungkan........... kalau dengan hati yg busuk.......... mungkin distrokekan......... kalau dengan mulut yg menfitnah mungkin dibusukkan............ tapi kalau dengan akal dan otak.....??????? bagaimana ya...?????? mungkin dilupokan........ tonggak dah pernah rasa.

Maka direktor mungkin berubah tangan............. Jangan mencari siapa yg punya kerja.......... kerna jenayah ini pasti tak akan jumpa siapa punya angkara......... kerna bukan kerja manusia biasa.............. apatah lagi DNA pon tiada........... masakan nak jumpa siapa pengangkara. Cuma kaji selidik, peristiwa kini dan lepas..........., dan juga amalan kini juga lepas........., pasti tahu siapa punya angkara. Mungkin akhir selidik barulah tahu penyebab kejadian adalah wajah didalam cermin.......... dan pengangkara diketahui siapa.

Errrrrrrrrr........,

Kepada yg mengambil bahagian, yg belum terasa nikamt atau rezeki yg dicari dengan tangan sendiri tapi masih dengan alunan, gerak badan juga goyang lenggok yg dibiarkan mengikut tiupan serunai tak pon... hermonika............... carilah lagi........... carilah lagi............ carilah lagi, moga nikmat rezeki yg dicari itu diPos-Lajukan, diPos-Ekspresskan atau diDHLkan.
Tapi kalau tak kisah jugak........... maka kamulah yg mengambil bahagian yg patut diletakkan dalam golongan melayu mudah lupo.


Bibir yg merahhhhh........ ingat skit.......
Yg Apo namo.......... ingat skit..........
Yg Yelahhhhh......... ingat sikitt...........

Recent Posts


Vindicated - Dashboard Confessional