Pengumuman/Seruan {MatKOMANdo HoMe}
----------------------------------------------------
Alternatif untuk melawat laman web Malaysiatoday di SINIatau gi ke IP Address nya http://202.75.62.114/2008/
----------------------------------------------------
Mariii....!!!!! Hargai Pengorbanan Raja Petra...!!!!!!!!!
----------------------------------------------------
Mariii Kita Bocorkan Tembok ISA dengan 16 Septemberr..!!!!
----------------------------------------------------
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yg Suci sertaSalam Merdekakan Malaysia. - Mat KOMANdo
----------------------------------------------------

Showing posts with label Saiful bukhari. Show all posts
Showing posts with label Saiful bukhari. Show all posts

Tuesday, August 19, 2008

Misteri Imam Wilayah Persekutuan

Dari: Perak Express

Tajuk: Misteri Imam Wilayah Persekutuan



Kalau dilihat kepada berita-berita yang keluar semasa Sayfool membuat sumpah tempoh hari, ada diberitakan bahawa majlis itu disaksikan oleh imam Masjid wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi. Carian Perisik Rakyat menunjukkan tiada imam yang bernama Ramlang Porigi diMasjid Wilayah Persekutuan, sebaliknya tiga nama lain. (Lihat laporan Perisik Rakyat disini..)
Manakala carian PerakExpress pula mendapati, Ramlan Porigi hanyalah seorang Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk. (Lihat disini…)
Siapakah yang mengarahkan Pengarah JAWI, Dato Che Mat bin Che Ali untuk hadir dimajlis tersebut? Dapatkan maklumat mengenai Pengarah ini disini.
Semakin banyak langkah yang dibuat untuk melengkapkan konspirasi ini, semakin banyak langkah yang tersasul.
Korek…korek…korek..
Mat KOMANdo:-
Hakhakhak........ mat saman kati...... yg kekorek kekorek kekorek tu den stuju benor.

Dia Orang UMNO...!!!!!!!!!

Oleh: Pakatan Rakyat


Akhirnya tembelang orang yang bernama Ramlang Porigi, yang dikatakan imam yang menjadi saksi sumpah mubahalah Saiful terdedah juga.

Beliau adalah ahli Pemuda UMNO Cawangan Seri Machang di dalam Bahagian Bukit Mertajam dengan Kod keahlian 03405843.

Tidak menghairankan kepada semua kini, bagaimana pantas "imam" ini memperakui mubahalah yang dilakukan oleh Saiful, sekalipun mubahalah itu diragui oleh banyak pihak sebagai tidak mengikuti kaedah yang diajarkan oleh Islam.

Sumpah Jembalang...Siapa Ramlang Porigi?

Itu hari masa si sahfool sumpah kat mesejid aritu siap masuk TV, dan TV mencanangkan bahawa yg terlibat Imam masjid negara la..... apa lah kejadah po lah...... dan apa segala macam la sema terlibat. Tapi kalau yang masih tak tahu kisah sebenar.......... meh rujok criter dpendedahan ni........ kita kenali, dan nilai....... adakah ini mainan dan pembohongan. Laporan bohong, berita bohong, pergi hospital mengadu bohong......... pendek kata tak da yg betol. semua bohong....... Sahhh...!!!!!! Foolllll...!!!!!


Sumpah Jembalang...Siapa Ramlang Porigi?

Sape pulak Ramlang Porigi?

Apa kene mengena Ramlang Porigi ni dengan "Sumpah Mubahalah"?

Betul ke Ramlang ni Imam macam yang akhbar laporkan masa Say Fool buat sumpah mubahalah?

Aku berminat nak selidik beberapa individu yang terlibat dalam majlis sumpah keramat Say-Fool tu bila aku perhatikan ada beberapa kemusykilan berlaku dalam majlis tersebut.
Keliru yang pertama - majlis diadakan secara tertutup sedangkan sedari awal dikhabarkan bahawa akan diadakan secara langsung.

Keliru ke-2 - majlis diadakan secara tergesa-gesa.pada awalnya dimaklumkan bahawa Say Fool akan memaklumkan tarikh majlis sumpah mubahalah akan diadakan tetapi sebaliknya pula berlaku dimana majlis mengumumkan tarikh sumpah mubahalah bertukar menjadi majlis sumpah mubahalah...kenapa tergesa-gesa?dah lah dari awal lagi ambil masa yang lama untuk umumkan tarikh, sampai masa saat akhir tiba-tiba terus sumpah mubahalah seolah tiada persediaan & juga seperti desperate.

Kalau nak ikutkan perbicaraan dimahkamah belum bermula, tekanan dari mana-mana pihak pun boleh dikatakan tak de pun.kalau yang ada tu cuma pertikaian biasa macam yang berlaku dalam mana-mana kes berprofile tinggi...kenapa desperate sangat?

Keliru ke-3 - majlis yang sepatutnya disiarkan secara langsung seperti yang dijanjikan sebelum ini menjadi 1 majlis tertutup & khabarnya wartawan dihalang untuk turut serta dalam majlis tersebut.tetapi akhirnya ada juga yang berjaya meloloskan diri & membuat liputan bertulis & beberapa snap gambar manakala rakaman video pula khabarnya hanya diambil dari tak lebih dari 3 video camera & lokasi kamera video pula hanya menghadap beberapa individu berkepentingan.

Keliru ke-4 - 15hb.Ogos lebih kurang jam 5 petang, ada sahabat dari Permatang Pauh msg.katanya sebelum ni jarang UMNO/BN naikkan layar putih dekat pondok panas depa kecuali kalau ada ceramah tapi kali ni lain sikit.belum penamaan calon depa dah naik layar putih.

Rupa-rupanya lepas Say Fool angkat sumpah pondok panas UMNO/BN pakat-pakat tayang berita TV3suku malam tu...patut la...depa macam dah tau dah Say Fool nak angkat sumpah, jadi depa standby peralatan awal-awal untuk siarkan kat pondok panas...kebetulan ke?

Balik dari Permatang Pauh aku dapat 1 sms maklumkan bahawa Imam Masjid Wilayah tak terlibat dalam majlis sumpah Say Fool...aish...lagi la aku keliru...setahu aku semua media melaporkan bahawa majlis tersebut disertai oleh Imam Masjid Wilayah...

petikan berita awal - KUALA LUMPUR 15 Ogos – Mohd. Saiful Bukhari Azlan hari ini mengotakan janjinya untuk bersumpah laknat (mubahalah) mengikut syariat Islam bagi membuktikan kebenaran dakwaan dirinya diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam upacara yang berlangsung di Dewan Solat Utama Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta di sini pada pukul 6.25 petang, Mohd. Saiful, 23, melafazkan sumpah itu disaksikan oleh bapanya, Azlan Mohd. Lazim dan salah seorang imam masjid itu, Ramlang Porigi.

Aku pun mula search & result yang aku dapat -

Info 1 - Timbalan Penyelia : Us. Ramlang bin Porigi
H/P : 019-356 9680/012-5708143 - rujuk [ sini ]

Info 2 - Cawangan >> Sumber Ilmu & Maklumat
Nama : Ramlang bin PorigiJawatan : Pembantu Hal Ehwal Islam
Telifon : 03 6201 8780 ext :158 - rujuk [ sini ]

Dari sumber diatas tak de satu pun yang mengesahkan bahawa individu bernama Ramlang bin Porigi ni memegang jawatan Imam Masjid Wilayah.dari carian yang aku buat, cuma ada 3 nama yang memegang jawatan Imam Masjid Wilayah - 1 jawatan Imam besar & 2 Imam sahaja.mereka-mereka yang memegang jawatan Imam ialah :-

Cawangan >> Pejabat Imam Besar
Nama : Tn. Hj. Abdul Malek bin Salleh
Jawatan : Imam Besar
Talian Terus :03 6201 8780 ext :137 - rujuk [ sini ]

Cawangan >> Sumber Ilmu & Maklumat
Nama : Moghni bin Israni
Jawatan : Imam
Talian Terus :03 6201 8780 ext :123 - rujuk [ sini ]

Cawangan >> Sumber Ilmu & Maklumat
Nama : Mohd. Zulkhairi bin Zulkifli
Jawatan : Imam
Talian Terus :03 6201 8780 ext :142 - rujuk [ sini ]

Kalau betul maklumat yang aku dapat ni, hangpa pikiaq la sendiri.orang kalau dah jawatan lain tetiba menyamar isytihar diri lebih dari jawatan yang disandang ni jenis manusia apa?apa kepentingannya nak kene menyamar sebagai Imam?

Zaman sekarang ni agama cuma mainan bagi setengah-setengah puaka.nantikan balasan diakhirat kelak..!

Ini bukan keseluruhan drama...ada lagi yang bakal aku & blogger2 seangkatan bongkarkan...buat UMNO/BN - korang yang mulakan "Game" ni & kami menyahut cabaran korang..!ahli-ahli & penyokong-penyokong UMNO/BN boleh korang nak bodohkan, tapi tidak kami..!

Kita lihat siapa yang kena!

Fikir-fikirkan...

Lawat (jangan liwat) Perisik Rakyat

Siapo Mamat nihhh...?????

Dari: Perak Express

Tajuk: Siapa Ramlang Porigi?


Mendengar namanya sudah asing. Bila mendapat tahu bahawa dia adalah Imam Masjid Wilayah Persekutuan yang menjadi saksi dalam majlis sumpah Saiful, kepala jadi pening. Risikan matcomot dan topeng perak mendapati tiada imam diMasjid Wilayah Persekutuan bernama Ramlang Porigi. Siapa dia?

Carian dalam Daftar Pemilih SPR mendapati Ramlang Porigi merupakan pengundi Permatang Pauh! Tapi apa yang jelas, kod negeri yang terdapat dalam kad pengenalannya menunjukkan beliau berasal dari Sabah!. (790726-12-5443.)

Lihat screenshot daripada SPR ini.

Pengundi hantu yang diimpot dari Sabah?

Mat KOMANdo:-

Kantoi lagiiiiiiiii..........

Saiful Jumpa JAWI

Saiful Jumpa JAWI

Dari: Perak Express

Saiful Bukhari Azlan, 23, yang mendakwa dirinya diliwat oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar brahim, memberi keterangan berhubung dakwaannya itu kepada Jabatan Agama IslamWilayah Persekutuan (JAWI) hari ini.

Dengan memakai baju kemeja berwarna biru dan berseluar hitam serta bersongkok, beliau tiba jaml 10 pagi dengan iringi bapanya, Azlan Mohd Lazim dan peguamnya Zamri Idris.

Menurut Bernama, Mohd Saiful dipercayai dipanggil oleh JAWI bagi memberi keterangan mengenai dakwaan kononnya beliau diliwat pada 26 Jun lalu oleh Anwar yang juga bekas majikannya.

Pada 15 Ogos lalu, Mohd Saiful telah melakukan sumpah laknat atau mubahalah di Masjid Wilayah Persekutuan dengan mengatakan bahawa dirinya telah diliwat secara paksa oleh Anwar pada 26 Jun lalu.

Sumber: Malaysiakini

Sunday, August 17, 2008

Saiful hina mahkamah - Peguam Syarie

Saiful hina mahkamah - Peguam Syarie

Oleh BERNAMA

Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, sepatutnya mengemukakan segala dakwaan atau keterangan di mahkamah dan bukan di tempat awam serta disiarkan media, kata Setiausaha Agung Persatuan Peguam Syarie Malaysia Musa Awang.

Beliau berpendapat, tindakan Mohd Saiful bersumpah laknat seolah-olah tidak menghormati dan mencabar kewibawaan insitusi mahkamah.

Mohd Saiful membuat sumpah itu di Masjid Wilayah Persekutuan kelmarin dengan mendakwa Anwar telah meliwat dirinya secara paksa.

Saturday, August 16, 2008

Tarak Etika.

Kita Pikiaq pakai aqal

Usha yg dulu-dulu....... org lamo nye pengalaman.

Dari: Malaysiabiz-aloha
Tajuk: Renungkan Apa Yang Telah Berlaku

Telah terbukti doa orang teraniaya adalah amat makbul dan tanpa hijab waima doa orang kafir sekali pun tetap akan dimakbulkan.rasanya mungkin ada yang masih belum tahu lagi nasib yang menimpa kepada perancang konspirasi 1998 lepas.Lihat senarai mereka yang telah di adili.

Ummi Hafilda Ali
salah seorang dalang utama dalam konspirasi Anwar, telah digugurkan menjadi anak kepada bapanya sebelum beliau meninggal.Azmin Ali yang sebapa dengan Ummi mengesahkan perkara tersebut. Apakah nasib yang menanti seorang anak yang telah diakui anak oleh bapanya sendiri dan bapanya meninggal sebelum sempat memaafkannya?

Azizan Abu Bakar
rakan konspirasi Ummi, telah terlibat dalam kemalangan kereta, menyebabkan kematian isterinya. Dia kemudian ditangkap kerana khalwat dan dihukum enam bulan penjara.

Aziz Shamsuddin
ketua dalang dalam konspirasi terhadap Anwar, juga terlibat dalam kemalangan jalanraya dan isterinya juga meninggal dunia. Apabila mereka mengambil jenazahnya daripada hospital, didapati sekeping cek bernilai RM3 juta padanya, iaitu pemberian rasuah bagi meluluskan kontrak kepada sebuah syarikat Cina.

Semua orang akan mati satu hari nanti, tetapi mati dalam keadaan menerima wang rasuah ialah cara mati yang keji. Dan semua orang tahu apa yang terjadi kepada Peguam Negara pada masa itu, yang bertanggunjawab menyediakan perbicaraan Anwar.

Dia berada dalam koma selama setahun, setelah jatuh dan terhentak kepalanya, semasa mengalami angin ahmar. Para doktor di Pusat Perubatan Subang terpaksa membelah buka tengkoraknya bagi mengurangkan bengkak pada otaknya tetapi mereka tidak dapat menutupnya semula kerana bengkaknya tidak surut.

Tengkorak itu, akhirnya ditampal dengan hanya menggunakan pita mengelak otaknya daripada terkeluar. Apabila akhirnya dia mati, kepalanya mengecut dan mereka yang melihatnya pada masa kematiannya, mengatakan dia nampak seakan kepala kera.

Sesuai benar dengan orang yang tidak menggunakan otaknya semasa hidup dan mempermainkan sistem kehakiman!

Anda masih ingat Dr Ristina Majid, seorang lagi dalang konspirasi? Dia didapati mabuk tunggang-langgang semasa anak buahnya yang diserahkan kepadanya untuk dijaga, mati lemas dalam kolam renang. Bapanya juga telah tidak mengakunya sebagai anak sehingga dia mati, bapanya tidak memaafkannya atas apa yang telah dia lakukan ke atas Anwar.

Dr Ristina juga mati kerana angin ahmar semasa berada dalam satu persidangan di Jakarta dan menemui ajal tanpa mendapat keampunan bapanya. Dr Ristina sebenarnya, ingin benar mengahwini Aziz Shamsudin,tetapi Aziz menolak.Dan Azizan Abu Bakar buat seketika pernah bekerja dengan Dr Ristina sebagai pemandunya.

Ya, hanya ‘perkara yang baik’ akan menemui mereka yang melakukan ‘kebaikan’ kepada orang lain. Sementara nasib sebegitu, sesuai untuk setengah orang, bagi yang lain, kematian mungkin balasan yang tidak setimpal.Contoh, orang seperti Hamzah Zainuddin, seorang yang suka berfoya-foya, tidak wajar diberi ‘jalan keluar’ yang mudah.

Kepada Hamzah, nasibnya lebih teruk daripada kematian.Dan apakah anda mungkin bertanya, nasib Hamzah yang lebih dahsyat daripada kematian?Hamzah diperintah bayar RM11.206 jutaPada 8 April 2004, Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh memerintahkan Pengerusi Felcra Berhad, Hamzah Zainuddin, membayar tuntutan cerai bekas isterinya, Nooraini Abdul Rashid. Jumlah yang perlu Hamzah bayar ialah RM11.206 juta dan jumlah ini mesti dibayar dalam tempoh sebulan.

Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Hassan Basri, ketika membaca keputusan itu berkata, ia merangkumi bayaran tuntutan mutaah dan tuntutan nilai gaji serta kenaikan tahunan ekoran perletakan jawatan plaintif (bekas isteri) yang kesemuanya berjumlah RM11.206 juta.Dalam keputusan itu, mahkamah juga mengarahkan Hamzah membayar satu pertiga daripada harta sepencarian melalui jumlah saham-saham di tiga buah syarikat sebanyak 21,064,286 unit atau sebagai pilihan beliau perlu membayar RM10 juta.

Mahkamah turut memutuskan harta tuntutan balas Hamzah terhadap Nooraini yang berupa dua kereta mewah dan sebuah rumah di Subang Jaya, Selangor, dikekalkan milik bekas isterinya keseluruhannya sebagai hibah.“Tuntutan mutaah yang layak kepada plaintif dalam masa perkahwinan mereka selama 15 tahun.”“Tuntutan nilai gaji dan kenaikan tahunan setelah plaintif meletakkan jawatan dalam masa perkahwinan adalah layak dituntut selama 22 tahun,” katanya lagi.

Hamzah diwakili oleh peguam syarie Zulkefli Ulul Aziz, manakala Nooraini pula oleh peguam syarie Asmuni Alwi.Tuntutan mutaah merangkumi nafkah diri selama 15 tahun sebanyak RM360,000; pakaian dan hiasan diri sebanyak RM270,000 serta upah menjaga anak kira-kira RM180,000.Bagi tuntutan nilai gaji selama 22 tahun berjumlah RM382,866 manakala kenaikan tahunan pula kira-kira RM13,200.Dalam keputusan itu, Hassan berkata, mahkamah memutuskan harta tiga buah syarikat yang dihujahkan sebelum ini diisytiharkan sebagai harta sepencarian iaitu Hexagon Holding Berhad, Evermaster Group Berhad dan Asian Pac Holding Berhad.

Katanya, jumlah unit saham di Hexagon Holding Berhad adalah 3,013,957 unit, Evermaster Group Berhad adalah 3,496,901 unit dan Asian Pac Holding Berhad adalah 56,682,000 unit.“Dengan itu, plaintif layak dan berhak menuntut satu pertiga bahagian daripada jumlah nilai saham di tiga buah syarikat tersebut.”“Tetapi defendan diberi pilihan dengan membayar sebanyak RM10 juta sebagai ganti,” katanya.

Hassan memberitahu, Nooraini berhak membuat tuntutan mutaah kerana sepanjang perkahwinan dengan Hamzah, beliau tidak pernah mengaibkan nama suaminya serta sentiasa menjaga kehormatan dan keselamatan anak-anaknya.“Mutaah wajib dibayar oleh bekas suami kepada bekas isterinya yang taat dan tidak pernah dilaporkan nusyuz oleh mana-mana mahkamah syariah.”

“Bagi kes itu, si isteri sanggup berkorban dengan bekerja sendiri walaupun defendan mengetahui kesukaran yang dialami bagi menanggung dan menjaga anak-anak dirumah,” katanya.renung2kanlah

Portal Komuniti

Thursday, August 7, 2008

Liwat: Dr. Muhamad buat akuan bersumpah, pertahan hasil periksa Saiful

KUALA LUMPUR: Dr. Muhamad Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi, doktor pertama yang memeriksa Mohd Saiful Bukhari Azlan, pula mengeluarkan akuan bersumpah dengan mempertahankan hasil pemeriksaannya ke atas bekas pembantu peribadi, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

Ia merupakan akuan bersumpah ketiga melibatkan isu kontroversi dalam negara sejak dua bulan lalu, selepas dua yang sebelum ini berkaitan dengan kes pembunuhan wanita Mongolia.

Sambil menegaskan beliau mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam bidang perubatan, Dr. Muhamad Osman, rakyat Myanmar berkata, Saiful pada peringkat awal telah diserah untuk menemui seorang doktor wanita.

Bagaimanapun oleh kerana Saiful mahu dia hanya diperiksa doktor lelaki, dia diserahkan kepada Dr. Muhamad Osman.

"Melalui pengalaman saya, saya telah berhadapan dengan banyak kes yang serupa, yang diadu oleh pesakit (Saiful) dan oleh itu, saya telah menjalankan pemeriksaan yang sesuai ke atas pesakit dan saya telah merekodkan penemuaan-penemuaan saya dalam fail pemeriksaan perubatan standard hospital," kata beliau dalam akuan bersumpah bertarikh 1 Ogos lalu.

Akuan bersumpah itu ditandatangan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah, Mohd. Annuar Mohd. Salleh.

Dalam akuan bersumpah itu, beliau mengakui mempunyai status penduduk tetap Malaysia dan tinggal di B-24-3, Menara City One Condominium, Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur.

Beliau memperoleh kelulusan perubatan daripada Institute of Medicine 2, University of Rangoon pada 1977.

Dr. Muhamad Osman berhijrah ke Malaysia pada 1995 dan berkhidmat dengan RISEAP sebagai Pegawai Perubatan dan kemudian dengan HIKMAH (Harakah Islamiah) di Sarawak sebagai Pegawai Perubatan sehingga 1999, di Hospital Universiti (2000 hingga 2007) dan Hospital Pusrawi sejak awal tahun ini.

Katanya, Saiful telah diliwat oleh seseorang.

Kata Dr. Muhamad Osman, kemudiannya beliau difahamkan fail pemeriksaan perubatan ke atas Saiful telah disebarkan dalam media dan internet.

"Saya terkejut dan hairan apabila mengetahui fail perubatan dengan kandungan yang sama tanpa sebarang pindaan ditemui dalam media," katanya lagi.

Kata Dr. Muhamad Osman, beliau mengetahui sebaran laporan hasil pemeriksaan itu selepas mula bercuti.

Dr. Muhamad Osman bercuti selama dua minggu dan sepatutnya kembali kerja pada Isnin lalu tetapi pengurusan Hospital Pusrawi memaklumkan beliau tidak kembali melaporkan diri sehingga semalam.

"Untuk rekod, bagaimanapun, saya ingin mengesahkan bahawa saya perdirian teguh dengan penemuan-penemuan saya (ke atas Saiful)," katanya.

Pada minggu lalu, Hospital Pusrawi menjelaskan Dr. Muhamad Osman hanya melakukan pemeriksaan biasa terhadap Saiful tetapi bukan aspek yang berkaitan liwat.

Malah, pusat perubatan swasta itu turut menafikan ia pernah mengeluarkan sebarang maklumat rasmi mengenai laporan perubatan Saiful yang mengadu telah diliwat Anwar.

Pengarah Pusrawi, Wan Mahmood Wan Yaacob berkata, Dr. Muhamad Osman merupakan seorang pegawai perubatan am yang bertugas di klinik kemalangan dan kecemasan hospital itu dan bukannya seorang doktor pakar.

“Dr. Mohamad Osman telah menasihatkan pesakit Saiful supaya diperiksa lanjut oleh doktor pakar di hospital kerajaan.

“Tidak ada pemeriksaan dilakukan selanjutnya berkaitan dengan aduan liwat,” kata beliau.

Pusrawi melahirkan pandangan selepas kelmarin laporan perubatan yang tidak disahkan daripada hospital itu mendedahkan pemeriksaan ke atas Saiful, empat jam selepas beliau membuat laporan polis terhadap Anwar pada 28 Jun, didakwa tidak mempunyai bukti berlakunya perbuatan liwat.

Dalam akuan bersumpah itu, Dr. Muhamad Osman memberitahu, beliau tidak tahu siapa yang membocorkan laporan pemeriksaan ke atas Saiful.

Katanya lagi, pada awal bulan lalu, beliau telah dikunjungi seorang pegawai polis bernama ASP Rosmi Mat Derus dari Cawangan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields.

"Saya telah ditemu siasat dan disoal berkaitan dengan perkara-perkara menyentuh pemeriksaan perubahan pesakit (Saiful), yang saya telah memberikan kerjasama yang baik," katanya.

Kenyataan itu ditulis dengan tangan dan apabila ia ditaip beberapa fakta yang tidak dibincangkan telah disertakan dalam kenyataan yang ditaip.

Dr. Muhamad Osman menyebut bahawa beberapa perenggan pada muka terakhir juga telah dimasukkan dalam bahasa Malaysia.

Beliau berkata, pertemuan kedua polis itu disusuli dengan kunjungan DSP Choo dari Bahagian Jenayah, Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur.

Dr. Muhamad Osman memberitahu, memandangkan keselamatan diri dan keluarganya teracam beliau memutuskan untuk kembali ke Myanmar - kira-kira seminggu selepas kunjungan DSP.

Mat KOMANdo:-
Pendedahan dh dibuat....... bersabung nyawa....... bergadai masa org dok carik punca...... tugas kita skang tinggal......... Pikiaq pakai aqalll...... bukan pakai sahfool.

sikit lagi berita peningggg.....
Polis akan siasat penyebaran akuan bersumpah Dr Mohamad Osman

Aku sakit sampai keperut

1) Anak guam saya Mohd Saiful Bukhari Bin Azlan bersyukur ke hadrat Allah S.W.T bahawa suspek sebagaimana laporan polis yang dibuat oleh beliau pada 28.6.2008 akhirnya akan dibawa ke muka pengadilan untuk diadili.

2) Mohd Saiful Bukhari Bin Azlan juga akan memberikan kerjasama yang sepenuhnya bagi memastikan proses keadilan berjalan lancar di Mahkamah kelak.

3) Mohd Saiful juga berharap semua rakyat Malaysia berdoa agar proses undang-undang dapat berjalan dengan lancar agar kebenaran dapat dibuktikan dengan seadilnya.

Kenyataan media bertarikh pada 6 Ogos 2008 ini telah ditandatangani oleh peguam Saiful, Zamri Idrus, dan diemelkan kepada mStar Online sebentar tadi.

Wan-nasru.blogspot

Mat KOMANdo:-
Hakhakhak..... urat gelak aku terkucil-kucil bagai dipanggil gundik geletek... hakhakhak....
Asal buat statement je...... pakai surat........ buat statement je....... hilang batang idung..... buat statement je....... hilang bayang....... buat statement je....... si sahfool ilang....... la ni...... ngan peguam pon ilang skali kaa...????????? huhu...... best sehhhh...!!!!!

Jeng jeng jeng..........Soalan cepu emas disini........ Berapakah keluasan diameter tuuuttttt Sahfool..??? Hadiahnya....... semalaman bersama Sahfool. Hadiah akan diberi pada tarikh hari mengangkat sumpah. Tarikh tutup peraduan pada, sepanjang tempoh 10 hari, hari mengundi pilihan raya kecil P44.

Sunday, August 3, 2008

Saiful Seorang Sukarelawan Yang Mengelolakan Tugas Penting ?

Saiful Seorang Sukarelawan Yang Mengelolakan Tugas Penting ?

By:- Hanief.blogspot

Terbaru, MalaysiaKini memberitakan, bahawa Saiful Bukhari ditugas untuk mengaturkan perjumpaan bagi ahli-ahli parlimen Barisan Nasional yang akan masuk ke Pakatan Rakyat.

Jika kita ikuti pendedahan Anwar Ibrahim, beliau berkata Saiful Bukhari hanyalah seorang pembantu biasa atau pun sukarelawan menjelang pilihanraya 8 Mac 2008 yang lalu.



Sila rujuk pada minit ke 04:18 pada video ini


Media yang tidak konsisten dan penjelasan Anwar Ibrahim

Azmin Ali sendiri menyanggah bahawa Saiful Bukhari ini seorang yang jujur. Katanya, Saiful Bukhari ini berbohong dalam hal biasiswa berikutan sudah tidak lagi berada di dalam dunia univerisiti. Azmin juga berkata Saiful adalah seorang dropout.



Azmin Ali mengulas hal gambar dan biasiswa Saiful Bukhari

Komen rakan-rakan Anwar Ibrahim di Indonesia



Hanief.Blogspot

Let’s screw the medics

Politickler.com

I’m not in the medical profession so I don’t claim to be an expert … but we can at least attempt to learn and have a good look at the processes involved.

Uncle Pet mentioned something in the malaysiakini video that can be loosely translated as ‘… But Pusrawi cannot do the forensics. Anyway those were just notes and not a report’

Ok-lah Uncle Pet, you have a point…. But why go there in the first place?

“Sexual assault includes a wide range of victimizations, distinct from rape or attempted rape. These crimes include completed or attempted attacks generally involving unwanted sexual contact between the victim and offender.”

-RAINN

Saiful made a police report on 28th June (6pm), claiming that he was sexually assaulted by means of buggery:

“Saya Mohd Saiful Bukhari b Azlan ingin melaporkan bahawa saya telah diliwat oleh majikan saya. Perkara ini berlaku tanpa kerelaan saya. Kejadian terakhir berlaku 26/6/08 di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jln Setia Kasih, KL. Oleh itu, tujuan laporan ini dibuat untuk mendapat pembelaan dan keadilan keatas diri saya. Saya juga berasa bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga saya jika perkara ini tersebar luas di khalayak ramai. Majikan saya Dato Seri Anwar Ibrahim - Ketua Umum PKR.”

And Malaysiakini reported:

“Saiful, who had accused Anwar of sodomising him, had gone to Pusrawi Hospital on June 28 complaining of pain in passing motion four hours before the 23-year-old lodged a police report against the PKR leader. He said he had been experiencing pain for a week and had alleged that he was assaulted by a piece of plastic being forcibly inserted into his anus.”

We’ll revisit the above later in the article.

Unable to locate the protocols concerning the handling of sexual assault cases by medical personnel in Malaysia. But knowing that Malaysians love to ‘tiru’ and ‘ciplak’, I had a good read on the subject matter from the following documents.

Download (US Department of Justice. National Protocol for Sexual Assault Medical Forensic Examinations)

141 pages is a lot, so here’s a shorter digested version:

The initial evaluation of the patient begins with a medical and assault history. Careful attention should be paid to any areas of injury the patient describes to the examiner to facilitate the collection of potential evidence. Questions asked should be very basic, focusing only on aspects of the event that will assist the examiner in understanding where there may be significant physical exam findings.

In addition to the interview, the examiner should assess the patient for signs or symptoms of depression and/or thoughts of suicide. It is normal for sexual assault victims to display a wide range of emotions, from stoic to hysterical. If the patient exhibits any indication of harming themselves or expresses thoughts of suicide, he or she should be placed directly in the care of mental health services after the examination is complete ................(Klik for More)

Saturday, August 2, 2008

Konspirasi Pak Lah

Blog: Republikkata
Posting: Mat Saman Kati
Tajuk:Konspirasi Pak Lah
Tajuk Asal: Killing two birds with one stone
Karya Asal: Raja Petra Kamarudin

Repot polis ini telah dibuat pada 5.45 pm, 28 June 2008 oleh Saiful Bukhari a/l Azlan.

Saya, Mohd Saiful Bukhari b Azlan, ingin melaporkan bahawa saya telah diliwat oleh majikan saya. Perkara ini berlaku tanpa kerelaan saya. Kejadian terakhir berlaku 26/6/08 di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jln Setia Kasih, KL. Oleh itu, tujuan laporan ini dibuat untuk mendapat pembelaan dan keadilan keatas diri saya. Saya juga berasa bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga saya jika perkara ini tersebar luas di khalayak ramai. Majikan saya Dato Seri Anwar Ibrahim - Ketua Umum PKR.

Pasai apa Saiful lambat sangat nak buat repot?. Jom kita tengok balik apa yang berlaku sebelum repot ini dibuat.

Pada 25 Jun 2008, Saiful berjumpa dengan SAC 11 Mohd Rodwan Mohd Yusof kat bilik 619, Concorde Hotel di Kuala Lumpur. Sebelum tu, Saiful dan Rodwan telah bercakap melalui telefon sebanyak 8 kali.

Sebenarnya, depa tak ingat berapa kali depa telefon. Depa cakap ja 8 kali, walaupun sebenarnya mungkin lebih dari tu. boleh jadi 10 atau 12 kali. tapi sapa yang nak kira? Yang penting, depa berhubung banyak kali sebelum berjumpa di bilik 619, Concorde Hotel- macam mana nak kata 'rahsia kalau Malaysia Today boleh tau?

Tapi kita kena ingat. Rodwan adalah pegawai polis yang sama terlibat dalam konspirasi liwat 1998 terhadap Anwar. Rodwan terlibat sebagai orang yang mengambil contoh darah Anwar secara haram, kemudian, tiba-tiba saja keluar sebagai 'kesan' diatas tilam. Walaupun tilam itu di gunakan sebagai 'bukti', tapi hakim memerintahkan semua bukti itu dibuang dari rekod perbicaraan.

bila depa rasakan tilam itu tidak dapat membantu, depa minta hakim buang tilam tu. Dan tiba-tiba saja, tilam tu pun ghaib dan tak pernah muncul dimahkamah walaupun sebelum itu, ia diangkut setiap hari, bagi seluruh dunia tengok.

Ini apa yang dikatakan oleh peguam Sivarasa tentang hal ini.

"Dalam perbicaraan tahun 1998-99 , Anwar mengalami bagaimana bukti DNA disalahgunakan. Kita ada SAC Rodwan, yang mengambil sampel DNA secara haram dari simpanan forensik. dalam perbicaraan, ketika saksi pendakwa di soalsiasat, terbongkar bahawa DNA yang diambil itu telah di letak keatas tilam yang mashyur itu.

Bila di tenang dengan fakta ini, pendakwa telah meminda pertuduhan dan memujuk hakim, Augustine Paul, untuk membuang keseluruhan bukti dNA daripada rekod, untuk menghalang peguam Anwar dari membalas."

Sebenarnya, banyak lagi 'bukti-bukti' yang dicipta terhadap Anwar untuk meyakinkan rakyat bahawa dia bersalah dalam kes liwat ini. Tunggu la... alaysia Today akan membingkar saksi-saksi ini dan menelanjangkan bukti-bukti ini untuk menunjuk kepada rakyat bahawa IGP Ular dan AG haprak, termasuk barua-barua mereka seperti Rodwan, cuba memerangkap Anwar.

So, Rodwan dan Saiful berjumpa tiga hari sebelum itu dan mereka berhubung sebanyak sekurang-kurangnya 8 kali melalui telefon. Walaubagaimanapun, tiada repot polis dibuat sehinggalah Saiful pergi ke 2 hospital, tiga hari kemudian. Mengapa berhubung sebanyak lapan kali melalui telefon dan berjumpa secara rahsia bersama Rodwan didalam bilik hotel, dan hanya membuat laporan polis selepas dua kali pergi hospital?

Jom kita tengok persitiwa sebelum itu.
  1. Saiful dan Rodwan bercakap melalui telefon lebih dari lapan kali.
  2. Pada 25.06.08, jam 2.30 petang, Saiful dan Rodwan berjumpa dibilik 619, Concorde hotel di Kuala Lumpur.
  3. Pada 26 Jun 2008, pungkok Saiful dikatakan telah di'liwat' oleh Anwar.
  4. Pada 28 Jun 2008, Saiful pergi kePusat Rawatan Islam (Pusrawi) untuk mengadu dia tak boleh berak. Dia bagi tau kat doktor, dia tak boleh berak sebab ada orang 'sodok' pungkok dia.sepatutnya, kalau pungkok dia kena sodok, mesti la lagi senang nak berak.
  5. Doktor pun jenguk kat pungkok Saiful dan mendapati pungkoknya masih 'dara', macam pungkok Raja Petra!
  6. Doktor pun bagi tau, kalau nak buat repot polis, lebih baik pergi ke hospital kerajaan.7. Macam mana pun, Saiful tak pergi jumpa doktor kat hospital sebaliknya pergi ke pondok polis kat hospital tu untuk buat repot.Sumber dari HKL bagi tau, Tak ada pun pemeriksaan perubatan dibuat, tapi polis kata ada! Kalau kita tengok, repot polis itu dibuat dalam masa sejam atau dua jam selepas Saiful meninggalkan hospital. Nampak macam hospital bercakap benar dan polis berbohong.

Keba ingat, Saiful berjumpa polis SEBELUM kejadian liwat ini berlaku. Kejadian liwat tu dikatakan berlaku pada 26 Jun manakala Saiful berjumpa polis pada 25 Jun. Itu pun, dia tunggu sampai 28 jun, baru dia pergi kehospital dan membuat laporan polis. Semua ini adalah kemuncak kepada pertemuan rahsia didalam bilik hotel dan selepas perbualan telefon dibuat.

Kalau Saiful diliwat, tak kan dia tak bagi tau kat Rodwan dalam pertemuan rahsia pada 25 Jun? Dan pasai apa depa jumpa secara rahsia dalam hotel pada 25 Jun? Bukan ka lebih baik kalau depa jumpa kat balai polis? Kalau hangpa la, hangpa nak jumpa polis SEBELUM diliwat atau SELEPAS diliwat?

Sapa yang berfikiran waras mahu percaya cerita ni? Ok, aku kata waras. Pak Lah mahu polis mendakwa Anwar walaupun Kabinet menentang. Kabinet merasakan tidak ada bukti untuk mendakwa Anwar, malah nak menuduh dia pun tak boleh. Tapi Pak Lah mahu polis meneruskan kes ini dan mendakwa Anwar. Aku kata orang yang berfikiran waras, tapi Pak Lah bukan lah orang yang waras.

Pasai apa Pak Lah teringin sangat nak dakwa Anwar? Senang ja. sebab kalau kes ini diteruskan, najib pun terlibat sama. Polis telah merakamkan kenyataan Najib dan Rosmah dibawah seksyen 112. Jadi, Najib dan Rosmah mesti menjadi saksi semasa perbicaraan. Bila itu berlaku, semuanya akan akan menjadi senang, macam taik keluar dari pungkok selepas diliwat.

Semasa perbicaraan yang akan dilakukan terhadap Anwar, rakyat malaysia akan diberitahu tentang hubungan diantara Saiful dengan Mumtaz Jaafar. Rakyat Malaysia juga akan diberitahu siapa dia Mumtaz Jaafar dan apakah hunbungan dia dengan Rosmah. Kemudian, rakyat Malaysia akan diberitahu hubungan diantara Khairul Anas, Pembantu Khas Najib, dengan Saiful. - dan kisah-kisah mereka semasa bersekolah. Ho.ho.ho.. semua keseronokan dan skandal seks akan terbongkar semasa perbicaraan, mungkin Astro pun tak laku.

Kes liwat Anwar ini akan memudaratkan Najib, lebih teruk dari Anwar. Dipenghujungnya, mahkamah akan mengatakan tidak cukup bukti untuk mensabitkan kesalah terhadap Anwar.Mungkin lima atau enam tahun, tapi akhirnya Anwar akan bebas. Walaubagaimanapun, semasa lima enam tahun ini, Anwar terpaksa merengkok didalam penjara kerana tidak dibenarkan jamin. Ya...Anwar akan bebas tapi selepas merengkok dalam penjara tanpa jamin.

Najib pula tak boleh hidup senang. Anwar akan bertanding di Permatang Pauh dan mesti boleh menang. Mungkin majoritinya lebih besar dari Wan Azizah. Dan ini terjadi kerana Anwar akan bertanding dari dalam Penjara Sungai buloh dan semua orang tau, dia tak sepatutnya tinggal didalam penjara, jadi dia akan mendapat lebih banyak undi simpati.

Sementara itu, pemilihan UMNO diperingkat bahagian akan diadakan serentak dengan pilihanraya kecil Permatang Pauh. Dan Tengku razaleigh akan mendapat lebih dari 60 pencalunan, cukup untuk bertandin Presiden Umno. Nak dapat pencalunan ni yang susah, tapi kalau dia dapat pencalunan, dia akan dapat undi. Yang tu senang.

Sebaik saja Tengku razaleigh menang jawatan Presiden Umno dan menjadi Perdana Menteri, dia akan meminta AG dan polis supaya menghentikan semua ini. Kalau ada kes terhadap Anwar, campakkan dia kepenjara. Kalau tidak, hentikan pembaziran wang rakyat ini dan tutup kes. Itu yang akan dilakukan oleh tengku razaleigh. Dan dia akan disanjung dan Anwar akan kembali dengan kekuatan yang lebih kuat daripada sebelum dia dihantar kepenjara. Tengku razaleigh kemudian akan berpakat dengan pembangkang dan mencadangkan supaya dihentikan semua permainan politik ini supaya semua boleh duduk semeja dan bekerja untuk mentadbir negara.

Ekonomi didalam keadaan teruk. Negara ditadbir secara autopilot. Tiada siapa yang mentadbir negara ataupun bertanggungjawab. keseluruhan masa dihabiskan untuk menjatuhkan orang lain. Untuk kesejahteraan negara, semua ini mesti dihentikan dan Tengku Razaleigh akan menghentikan semua ini.

Orang-orang bukan Melayu gembira dengan Tengku Raaleigh dipuncak kuasa. sekarang ni, mereka tidak gembira, bukan saja denga ekonomi malah tidak gembira denganmuzakarah Pas-Umno yang gagal. umno cuba memikat Pas dan cuba untuk bergabung dengan Umno. Malah Umno bersedia untuk menyatukan kedu-dua parti ini menjadi satu dan membenarkan undang-undang Islam dilaksanakan dinegara ini. Bukan saja Umno bersedia memberikan jawatan Menteri besar kepada Pas, malah jawatan Timbalan Perdana Menteri. Pak Lah menyatakan ini secara bertulis.

Tapi tunggu dulu. Kalau Pas diberikan jawatan Timbalan Perdana Menteri, kat mana nak bubuh Najib? Dan kalau Najib tidak lagi menjadi Timbalan Perdana Menteri, macam mana dia nak jadi Perdana Menteri. Dan Pak Lah menawarkan ini secara bertulis supaya pemimpin Pas dapat mengemukakannya dalam mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat hari Khamis lepas.

Bukankah itu sebanya mengapa Pemuda Pas kata, "Pas tidak berminat untuk bergabung dengan Umno, walaupun ditawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri!". Adakah sebab memang benar Pak Lah menawarkan mereka jawatan itu, atau hanya hipotesis Pemuda Pas?

Itulah caranya untuk membunuh dua ekor burung dengan satu batu. Secara serentak Najib dan Anwar dapat dikawal, dan Pak Lah tak perlu risau dengan dua orang ni. Boleh jadi betul. Boleh jadi tidak. Ada satu lagi isu sama ada Tengku razaleigh akan mendapat 60 pencalunan atau tidak dan sama ada Anwar menang diPermatang Pauh atau tidak.Kalau satu atau kedua-duanya berlaku, ia akan mengubah keseluruhan senario politik negara.Apa pun yang berlaku, satu perkara cukup jelas. Najib akan ditendang keluar, tak kira macam mana pun. Ini boleh dijangkakan tapi siapa yang berkuasa selepas itu, menjadi tanda tanya.

Ini bukan tentang kes Anwar diperangkap dengan tuduhan liwat palsu atau tidak. Ia berkenaan Najib yang diheret kedalam kancah ini dan didakwa sebagai dalang dalam konspirasi untuk memerangkap Anwar.Sudah pasti, Anwar akan merengkok dipenjara lima atau enam tahun, kemudian diisytihar tidak bersalah. Tapi Najib akan dipaksa bersara untuk kebaikannya. Ini bukan tentang Anwar tapi tentang Najib, dan Najib masih tidak menyedarinya... Kesiaaaan.

(Entri ini adalah terjemahan daripada artikel asal: Killing two birds with one stone , oleh Raja Petra)

Tuesday, July 29, 2008

Ulang Tayang gerak Perlahan.

Dari Blog:- Mat Saman Kati
Artikel Asal:- Raja Petra
Tajuk Petra:- The Malay Unity Sodomy Conspiracy oleh Raja Petra
Tajuk Mat saman Kati:- Siapa Bapak Saiful?
.
Perundingan perpaduan Melayu diantara Pas-Umno bukanlah sesuatu yang berlaku tanpa sengaja. Ianya telah dirancang dengan begitu teliti dengan matlamat untuk mengembalikan kuasa politik orang Melayu dan memastikan 'pendatang' bukan Melayu tidak akan mendominasi kuasa politik Malaysia. Sebahagian daripada perancangan ini ialah memastikan bahawa Pas akan kehilangan kepercayaan terhadap Anwar, dan kemuncak ketidakpercayaan ini ialah Pas akan merasakan bahawa masa depan Pas adalah bersama Barisan Nasional, bukan dengan Anwar.
.
Anwar telah pun dianggap sebagai pengkhianat kepada bangsa Melayu yang memperjuangkan Ketuanan Rakyat, bukan Ketuanan Melayu. Dan Anwar juga menentang Dasar Ekonomi Baru dan menggantikan dengan dasar yang lebih mementingkan kesamaan hak dan Anwar juga dianggap sebagai ejen Amerika. Oleh itu, sebagai pengkhianat bangsa, Anwar mesti dihapuskan demi kebaikan bangsa Melayu.
.
Pernahkah terfikir, mengapa bapa saudara Saiful yang memanggil sidang akhbar untuk meminta Anwar bersumpah bahawa Anwar tidak pernah meliwat Saiful? Mengapa tidak bapanya? Sedangkan surat yang dibaca oleh peguam itu dikatakan ditulis oleh bapa Saiful. Satu lagi, Najib juga bersumpah dihadapan 900 ahli-ahli Umno mengatakan dia tidak pernah berjumpa ataupun mengenali Altantuya. Adakah rakyat percaya bahawa Najib bercakap benar bila dia bersumpah? Adakah sumpahnya itu mampu mengubah persepsi rakyat?Sebenarnya, Saiful tidak begitu mengenali bapanya. Ibu bapanya bercerai ketika Saiful masih kecil, dan ibunya berkahwin lagi. Bila ibunya meninggal dunia, bapa tirinya pula menghilangkan diri dan Saiful seterusnya dijaga oleh bapa saudaranya. Dan satu perkara penting didalam keseluruhan episod ini ialah 'ibu angkat' Saiful ialah Mumtaz Jaafar, yang merupakan proksi Rosmah Mansor dalam urusan perniagaanya.
.
Apakah ini dapat menerangkan mengapa Najib bersetuju berjumpa Saiful? Ramai yang tidak dapat memahami bagaimana seorang timbalan Perdana Menteri yang begitu penting dan sibuk , mahu membazir masa bertemu dengan seorang pelajar tercicir seperti Saiful. Ini adalah kerana Saiful adalah 'anak angkat' kepada Mumtaz Jaafar. Itu sebab Najib berjumpa dengannya.
.
Melihat kepada perawakan bapa saudara Saiful, kita boleh memahami mengapa lelaki ini istimewa. Apakah doktor menemui contoh air mani bapa saudaranya didubur Saiful, dan mungkin itu sebabnya mengapa polis tidak mendakwa Anwar? mungkin ini dapat menjelaskan, mengapa polis membebaskan Anwar selepas penahanan yang dramatik sehari sebelum itu.
.
Bapa Saiful ialah seorang daripada Ahli Jawatankuasa Perpaduan Melayu yang merancang perundingan diantara Pas-Umno. Seorang lagi ialah Pengarah Urusan Sapura, Rameli Musa, seorang kroni Anwar. Nampaknya, Anwar sendiri tidak sedar bahawa sahabatnya sendiri merancang menjatuhkan beliau. Jawatankuasa ini diketuai oleh seseorang dari Perisik tentera yang saya tidak akan beritahu buat masa ini.
.
Ya.. Perisik Tentera lagi! Sekarang anda boleh lihat mengapa Perisik Tentera membocorkan maklumat tentang laporan rasmi mengenai pembabitan Rosmah Mansor didalam pempunuhan Altantuya. Tujuannnya ialah untuk menjatuhkan Najib. Dan orang-orang sama ini juga terlibat didalam muzakarah Pas-Umno, yang mana diantaranya melibatkan orang-orang seperti bapa Saiful dan rakan baik Anwar, Rameli Musa.
.
Baru-baru ini, bapa Saiful, yang telah meninggalkan anaknya sejak kecil, kembali kedalam hidupnya. Mengapa, setelah lebih 20 tahun lalu, tiba-tiba bapa ini kembali muncul menemui anaknya? Senang saja. Dia mahu menghantar anaknya menemui Najib. Najib merasakan dia menghantar saiful kepada Anwar untuk dijadikan sebagai ejen. Apa yang najib tidak tahu ialah, budak ini dihantar untuk mengenakan Najib.
.
Itulah sebabnya mengapa bapa Saiful enggan menunjukkan mukanya dikhalayak ramai, terutamanya didepan kamera. Sekiranya wajahnya keluar dikaca TV, maka sudah pasti ramai yang mengenalinya. Dia sebenarnya tidak mempunyai pekerjaan tetap.Kerjanya ialah menjadi broker. Kalau anda mahukan sesuatu, dia boleh lakukan. Kalau mahukan kontrak kerajaan, kalau mahu memerangkap seseorang, kalau nak jumpa mana-mana menteri ataupun Timbalan Perdana Menteri, panggil saja bapa Saiful, dan dia akan melakukannya.
.
Kerjanya senang. cipta satu kes liwat terhadap Anwar. Ini akan menyebabkan Pas menjadi risau dan mereka akan berfikir dua kali tentang Anwar dan Pakatan Rakyat. Panggil Pas dan Umno duduk bersama dan bercakap tentang perpaduan Melayu. Biar Pas nampak bahawa masa depan Pas ialah bersama Umno dan bukan dengan PKR, yang mana akan dijatuhkan dengan kes liwat terhadap Anwar ini. Beritahu kepada Pas bahawa Umno bersetuju dengan pelaksanaan undang-undang Islam dinegeri-negeri yang dikuasai oleh mereka dan Umno akan bersetuju bahawa menteri besar akan diberikan kepada Pas.
.
Para perancang muzakarah Pas-Umno tentang perpaduan melayu ini juga sedar bahawa menawarkan jawatan Menteri besar kepada Pas dan pelaksanaan undang-undang Islam , masih belum cukup. Mereka juga perlu memusnahkan kredibiliti Anwar untuk membuktikan kepada Pas bahawa masa depan Pas terletak bersama Umno dan bukan dengan PKR. Tidak menghairankan, jawatankuasa muzakarah Umno-Pas adalah orang yang sama dengan 'jawatankuas memusnahkan Anwar' dan bapa Saiful, bersama dengan perisik tentera adalah pelakon penting dalam keseluruhan drama ini.
.
(Ramai daripada member-member yang terlepas cerita ini. Dan ramai juga yang meminta aku terjemahkan cerita ini supaya senang difahami.)
.

Monday, July 28, 2008

Doktor Bersembunyi Setelah Polis Mahu Dia Rekacipta Bahan Bukti Terhadap Anwar

(Doctor On The Run: Police Want Him To Fabricate Evidence Against Anwar)
Oleh Raja Petra Kamarudin

Laporan doktor itu menyatakan dengan jelasnya: Saiful tidak pernah diliwat, sama ada oleh Anwar ataupun sesiapa sahaja yang lain. Kenapakah kerajaan masih meneruskan kes ini terhadap Anwar? Kenapa mereka mencari doktor yang kini sudah bersembunyi bersama dengan seluruh ahli keluarganya?

NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin
.
Pada 21 Julai 2008. saya telah siarkan satu artikel di kolum yang sama.................
.
Dalam artikel itu saya ada menyebut perkara berikut:
.
Cuba anda perhatikan. Mereka telah meminta seorang doktor tertentu daripada sebuah hospital tertentu melakukan siasatan ke atas Saiful. Doktor itu berbuat demikian dengan satu laporan bahawa tidak ada bukti yang Anwar pernah menjolok ataupun meliwat anak muda tersebut. Polis kemudian tangkap dan tahan doktor itu selama tiga hari. Walaupun mereka cuba pujuk doktor tersebut menukar laporannya untuk mengaitkan Anwar , doktor itu enggan berbuat demikian.

.
Sehingga hari ini doktor itu masih bertegas dengan laporannya bahawa tidak ada bahan bukti bahawa Anwar telah meliwat Saiful. Dia tahu dia akan merana kerana tindakannya, tetapi dia tidak peduli. Dia tidak akan mengubah laporannya dan berkata bahawa Anwar telah meliwat Saiful, tidak kira apa yang akan mereka lakukan ke atasnya. Kerana terdesak polis terpaksa melepaskan Anwar dengan ikat jamin ataupun ‘police bail’ Doktor tetap enggan mengubah laporannya dan Anwar pula tidak mahu memberikan contoh spesimen secara sukarela.

.
Baiklah, nama doktor itu ialah Dr. Mohamad Osman Abdul Hamid daripada Hospital Pusrawi (Pusat Rawatan Islam) yang kini sudah membawa keseluruhan ahli keluarga beliau lari bersembunyi kerana pihak polis sedang mencari beliau untuk menukar laporan perubatannya.
Pada 2.00 pm pada 28 Jun 2008, Mohd Saiful Bukhari bin Azlan telah berjumpa Dr. Mohamed Osman untuk mengadu dia kesakitan di bahagian duburnya. Saiful memberitahu doktor itu yang dia telah diliwat oleh seorang yang sungguh ternama – maksudnya beliau diliwat oleh Anwar Ibrahim.

.
Dr. Mohamed Osman telah memeriksa Saiful tetapi tidak mengesan sebarang bukti yang dia telah diliwat, baik oleh Anwar Ibrahim ataupun sesiapa sahaja yang lain. Laporan doktor itu yang boleh dilihat di Malaysia Today (salinan & penjelasan catatan doktor dapat dilihat di sini:
Medical report demonstrates Anwar Ibrahim's innocence) mengatakan tidak ada kesan kulit yang mengelupas (o), zero (o) pendarahan, zero (O) keadaan menanah, dan lain-lain lagi. Pada asasnya ini bermakna dia tidak boleh merasa sakit di bahagian duburnya seperti yang dia mendakwanya.
.
Diagnosis doktor itu telah TRO (to rule out) yakni menafikan berlakunya serangan (sodomi). Dengan lain perkataan Saiful Bukhari Adam tidak pun menanggung sebarang kesakitan di duburnya dan dia tidak pun diserang ataupun diliwat di kawasan dubur itu.

.
Saiful kemudian berkata dia mahu membuat satu laporan polis, kerana itu Dr. Mohamad Osman mencadangkan agar dia pergi membuat pemeriksaan perubatan kedua di sebuah hospital kerajaan. Itulah yang dilakukan oleh Saiful dan doktor kerajaan pun membuat diagnosis yang serupa. Tetapi Saiful tetap membuat laporan polis di pondok polis di hospital itu. . .

.
Walaupun doktor telah memperakukan bahawa Saiful tidak pernah diliwat, polis masih meneruskan kes tersebut. Anwar Ibrahim telah ditangkap akhirnya oleh lebih kurang 20 anggota gerak gempur yang berpakaian ‘balakalvas’ (bertopeng) dan lengkap bersenjata berat ala satu filem drama, di hadapan rumah beliau walaupun dia telah membuat pengakuan bahawa dia akan berada di balai polis pada 2.00 pm seperti yang dikehendaki.

.
Polis telah menahan Anwar di lokap sehingga keesokan paginya dan membawa beliau ke hospital untuk pemeriksaan dan cuba mendapatkan contoh DNA kerana polis berkata tujuannya mahu menyimpan satu profil DNA itu. Hakikat polis sudahpun ada menyimpan satu profil DNA Anwar pada 1981 dahulu, dan dua orang doktor daripada dua buah hospital sudah memperakukan bahawa Saiful tidak pernah diliwat tidak dipedulikan oleh pihak polis.

.
Jelas kerajaan cuba mereka cipta bahan bukti terhadap Anwar dan cuba mengenakan beliau berasaskan dakwaan palsu . Siapa lagi yang sanggup buat kerja busuk itu selain daripada si laknat AG dan si laknat KPN. Inilah dua orang laknat Allah yang sama melakukan kerja busuk yang serupa pada episod 1998 dahulu dan merekalah juga yang mendalangi kerja busuk yang sama.

.
Laporan doktor telah menyebutnya dengan jelas bahawa Saiful tidak pernah diliwat oleh Anwar ataupun sesiapa. Kenapakah kerajaan masih meneruskan kes itu terhadap Anwar? Kenapakah mereka mencari doktor yang kini sudah pergi lari bersembunyi bersama dengan ahli keluarganya?

.
Pertubuhan orang awam, NGOs dan Majlis Peguam Malaysia mesti mula bersuara dan jangan asyik diam membisu. Polis pernah menahan doktor itu selama tiga hari tetapi dia masih tetap enggan mengubah pendiriannya. Anwar tidak meliwat Saiful dan laporan doktor itu menyebut dengan jelasnya. Polis juga mempunyai satu salinan laporan yang sama seperti yang saya siarkan di bawah ini, jadi mereka tahulah apa yang saya juga tahu. Kini rakyat Malaysia juga sudah tahu apa yang saya dan pihak polis tahu - bahawasanya Saiful tidak pernah diliwat oleh sesiapa.

.
28.07.2008 - Terjemahan marhaintua (MT-SPAR)
(suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)
.
Catatan: Dalam tempoh 15 minit penyiaran TAG2429 ini dan DSAI Medical Report telah di akses dari sejauh Christchurch NZ, Korea S, Guangdong China, Male, Doha, Dubai, Chiba JP, Austin Texas,Littleton Colorado, Norwich Norfolk dan lain-lain. Terima kasih atas sokongan anda.

Dahh...... Hilang lagi la Pulakk..... Kerajaan Penyumbang kehilangan rakyat.

Aku dah cakap.......... langkah pasti bermula.......... haha........ habis la lu org....!!!!!!

Kupasan Dari blog Mat Saman Kati

Pada 21 Julai, aku tulis tentang Konspirasi AG dan IGP. Dalam posting tu, aku ada tulis yang ni.
Hangpa tau, depa minta seorang doktor dari sebuah hospital untuk melakukan pemeriksaan terhadap Saiful. Doktor tu pun buat dan dalam laporannya, dia kata tidak ada bukti Anwar melakukan liwat terhadap anak muda ini. Polis kemudian menahan doktor ini selama tiga hari. Walaupun polis cuba memaksa doktor ini untuk menukar laporannya untuk membabitkan Anwar, doktor tersebut enggan melakukannya.

Sehingga hari ini, doktor tersebut tetap dengan pendiriannya mengatakan tidak ada bukti terhadap Anwar. Dia tahu dia terpaksa membayar harganya tapi dia tidak peduli. Dia tidak akan menukar laporannya dan mengatakan Anwar meliwat saiful, walau apapun terjadi kepadanya. Kecewa dengan ini, polis terpaksa membebaskan Anwar dengan jaminan polis. Doktor tersebut enggan menukar laporannya dan Anwar enggan memberikan contoh DNA nya.

Sebenarnya, doktor tersebut ialah Dr. Mohamed Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi dan dia bersama seluruh anggota keluarganya telah bersembunyi kerana polis sedang mencari mereka dan mahukan doktor ini mengubah laporan perubatan yang dibuatnya.

Pada 2.00 petang, 28 June 2008, mohd. Saiful Bukhari Bin Azlan telah pergi menemui Dr. Mohamed Osman dan mengadu tentang kesakitan dibahagian dubur yang dialaminya. Saiful memberitahu doktor tersebut bahawa dia di "perkosa' oleh seorang yang sangat penting - maknanya, Anwar Ibrahim.

Dr. Mohamed Osman memeriksa Saiful tetapi mendapati tiada bukti bahawa dia diliwat, sama ada oleh Anwar Ibrahim ataupun sesiapa saja. Laporan doktor (boleh dilihat dibawah) mengatakan TIADA kesan luka pada kulit, TIADA pendarahan, TIADA kesan-kesan nanah dsb - secara asasnya bermakna tidak mungkin dia mengalami kesakitan diduburnya, seperti yang didakwa.Pemeriksaan doktor menolak kemungkinan Saiful telah diliwat. Dengan lain perkataan, Mohd. Saiful Bukhari Bin Azlan tidak mengalami apa-apa kesakitan diduburnya, dan tidak juga diperkosa atau diliwat.

Saiful kemudiannya memberitahu bahawa dia mahu membuat laporan polis, lantas Dr. mohamed osman mencadangkan dia (Saiful) pergi untuk membuat pemeriksaan kedua dihospital kerajaan. Saiful kemudiannya pergi kehospital kerajaan dan doktor disitu juga mendapati perkara yang sama. Walaubagaimanapun, Saiful masih membuat laporan polis dipondok polis yang terdapat dihospital.disebalik semua pengesahan doktor yang mengatakan Saiful tidak pernah diliwat, polis masih meneruskan kes ini. Anwar Ibrahim kemudiannya telah ditangkap oleh kira-kira 20 anggota UTK yang bersenjata dan memakai topeng dihadapan rumahnya walaupun dia telah bersetuju untuk melapur diri kebalai polis pada pukul 2.00 petang seperti yang dijanjikan.

Polis kemudiannya telah menahan Anwar didalam lokap sehingga keesokan harinya, malah telah dibawa kehospital untuk pemeriksaan dan mencuba untuk memperolehi sampel untuk tujuan profil DNA walaupun polis sudah pun mempunyai profil DNA Anwar pada tahun 1998 dan doktor-doktor dari dua buah hospital telah mengesahkan Saiful tidak diliwat.Sudah jelas, kerajaan sedang mencuba untuk memalsukan bukti terhadap Anwar dan mencuba untuk membuktikan Anwar bersalah, melalui tuduhan liwat palsu.Dan siapakah dibelakang konspirasi ini, kalau bukan AG dan IGP, dua pelakon yang sama dengan konspirasi 1998.

Laporan doktor amat jelas. Saiful TIDAK pernah diliwat, sama ada oleh Anwar atau sesiapa pun. Mengapa kerajaan masih meneruskan kes ini terhadap Anwar? Dan mengapa mereka masih mencari doktor itu bersama keluarganya yang sekarang terpaksa bersembunyi?Pertubuhan-pertubuhan masyarakat, NGO dan Majlis Peguam tidak seharusnya berdiam diri. Polis telah pun menahan doktor tersebut selama tiga hari tetapi masih enggan memalsukan laporannya. Anwar tidak meliwat saiful dan laporan doktor melaporkan dengan begitu jelas dan polis juga mempunyai salinan laporan yang sama seperti yang disiarkan dibawah supaya mereka tahu apa yang aku tahu. Dan sekarang, rakyat Malaysia sudahpun mengetahui apa yang polis dan aku tahu.... iaitu Saiful tidak pernah diliwat oleh sesiapa pun.

(Posting ini adalah terjemahan kepada artikel yang dibuat oleh Raja Petra..Doctor on the run: police want him to fabricate evidence against Anwar )

Klik Untuk Laporan Perubatan 1

Klik Untuk Laporan Perubatan 2

Kupas dri blog Mat Saman Kati.

Saturday, July 26, 2008

The Malay Unity Sodomy Conspiracy



malaysiatoday ....Anwar is, after all, a traitor to the Malay race (he espouses Ketuanan Rakyat instead of Ketuanan Melayu and he is opposed to the New Economic Policy and wishes it to be replaced with a new, more-equitable, policy) and an American agent (reinforced with the US’ recent statements condemning Malaysia on this latest sodomy allegation against Anwar). So Anwar, the traitor that he is, needs to be destroyed for the good of the Malays.

Did it not make you wonder why it was Saiful’s uncle (or was it his auntie?) and not his father who called the press conference asking Anwar to swear on the Quran that he never sodomised the young man? Why the uncle/auntie? Why not the father? Anyway, Deputy Prime Minister Najib Tun Razak too swore in front of 900 Umno national and grassroots leaders that he never met and does not know Altantuya. Are the people convinced that since Najib has sworn an oath then he is telling the truth? Or has his oath not changed the people’s minds one bit?

Actually, Saiful hardly knows his father. His father abandoned his mother soon after he was born and the mother remarried. When his mother died, his stepfather also disappeared and Saiful was subsequently brought up by his uncle (or was it his auntie?). And one important aspect in this whole episode is that Saiful’s ‘God Mother’ is Mumtaz Jaafar -- who is Rosmah Mansor’s nominee and ‘bag lady’ in all their clandestine business deals.

Now does that explain why Najib agreed to meet Saiful? Many just could not understand why a busy and important Deputy Prime Minister would want to waste time meeting a university dropout. It is because Saiful is Mumtaz’s ‘God Son’. That was why Najib met him.

Looking at Saiful’s uncle, who looks and acts like his auntie, you can now begin to understand what makes that young man tick. Did the doctor find Saiful’s uncle’s semen specimen in the young man’s sorry butt and that is why the police are not able to charge Anwar? That may explain why the police released Anwar on police bail after the dramatic Hollywood-style arrest just a day earlier.

Saiful’s father is a member of the Malay unity ad hoc committee that was set up to engineer the PAS-Umno talks. Another committee member is the Sapura Managing Director, Rameli Musa, an Anwar ‘crony’. Yes, little did Anwar realise that his ‘best friend’ was setting him up for a fall. Heading this committee is someone from Military Intelligence who I shall not name at this stage.

Yeap, Military Intelligence again. Now can you see why Military Intelligence leaked the information about the official report on Rosmah Mansor’s involvement in the Altantuya murder? It was meant to bring Najib down. And these same people are involved in the PAS-Umno unity talks, which has, amongst its ranks, committee members like Saiful’s father and Anwar’s so-called best friend, Rameli Musa.

Okay, recently, Saiful’s father, who had abandoned the young man way back when he was born, came back into his life. Why, after riding off into the sunset 20 years or so ago, does this father suddenly appear on his son’s doorstep? Simple. He wanted to send his son to meet Najib. Yes, that’s right. Najib thought he was sending Saiful to Anwar as a Trojan Horse. What Naijb did not know is that, in the first place, this young man was sent to him as a plant. Najib thought the young man was God sent and the weapon he could use to destroy Anwar. Actually, he was not God sent. He was sent by the committee to engineer the PAS-Umno Malay unity talks. Najib swallowed the bait -- hook, line and sinker.

And that is why Saiful’s father did not want to appear in public, especially on camera. If his face were to appear on TV then many would probably remember seeing him all over the place. He is not employed of course. His job is ‘brokering’. He is what we would call a Mister Fixit. If you want something fixed, if you want to win a government contract, if you want to set someone up, if you want to meet a Minister or the Deputy Prime Minister, then call Mister Fixit and he will fix it up for you.

The deal is simple. Conjure new sodomy allegations against Anwar. This will get PAS worried and they will start having second thoughts about Anwar and Pakatan Rakyat. Get PAS and Umno to sit down and talk about Malay unity. Let PAS see that their political future lies with Umno and not with PKR, which is going to be brought down by the latest sodomy allegation against Anwar. Tell PAS that Umno agrees to the implementation of Islamic laws in the states they control and that Umno agrees PAS shall be the Menteri Besar (whereas PKR is oppose to Islamic laws just like their other partner in Pakatan Rakyat, DAP).... selanjutnya.

Aku tak nampak...... apa yg takut pada Raja Petra ni......... tipu atau benar.... terpulang pada individu yg menilai....... tapi........ jgn lupa, berani kerana benar. Raja Petra ni tak nampak takut pon........ lagi disaman....... lagi dia tembak....... wahhhh....... berani sihhhh......... adakah ini bermaksud ia benar-benar benar,,...????
Yang aku lebih pelik...... kenapo org yg saman si Petra ni bukan si bibir merah........ bibir merah takut kaa...??????
Kalau DSAI kena tuduh liwat aku dengor ado yg berkokok bersuara.......
" ehh..... kan senang kalau dia sumpah jeee...... bagi DNA jee....... takdelah org ragu-ragu..."
Tapi org yg berkata cm tu, butakah dia...???? kenapa tak cakap tu jugakkat bibir merah..???
contohnya.........
"EH....., kenapo si bibir merah ni tak pi saman je si petra tu..... dakwa dia balik.......bior kelokap si Petra tuu...... takutkah...... kan boleh hilangkan keraguan".

Hakhakhak...... Ingat........... jgn memain ngan C4. Jgn picit kali keduo sudeh.

Wednesday, July 9, 2008

Qazaf Buat "Sang Musang" - Riwayat Hayat Blog

Riwayat Hayat.blogspot

Polemik mubahalah yang dikumandangkan SS Dr. Asri Zainul Abidin beberapa hari lalu saya kira sengaja diulangputar oleh bajingan Umno untuk membangkit sentimen Melayu-Islam seputar isu yang melibatkan Anwar Ibrahim.

Pagi tadi, atas nasihat ulama' dan peguam, Anwar memfailkan tuntutan qazaf atas "sang musang" (barangkali saya jijik untuk menyebut namanya!). Kupasan peguam Kamar Ainiah Kamaruzaman berkaitan hal ini cukup mengesankan.

"Dalam Islam, lelaki yang dituduh (melakukan liwat) adalah tidak bersalah. Siapa yang menuduhnya harus membawa saksi, bukannya seseorang (yang dituduh) untuk bersumpah sebab sumpah adalah sebahagian daripada pembuktian. (Bersumpah) ini bukan untuk beliau (Anwar) membuktikan bahawa beliau tidak bersalah. (Tetapi) ini adalah untuk penuduh untuk membuktikan beliau bersalah," jelasnya kepada Malaysiakini.

Nah! Sentimen apa lagi yang bakal dilagukan?

Riwayat Hayat.blogspot

Sunday, July 6, 2008

Saiful (Bukhari Azlan) Nak Jadi Juruterbang

Alah mak aku niiii....... org tengah nak kan maklumat pasal geram besok, pasal bala hilang, pasal RPK kena panggil balai....... aku bleh dok main criter pasal si sepul plakk.....
hakhakhak....... kira ok la tuu kan..... briter ni gempak jugak beb....
hang baco dluk..,,,. mat ambik kat sini.........

faisal mustaffa lagiiii......hehe..

BERI KETERANGAN... Mohd. Saiful Bukhari Azlan diiringi seorang anggota polis tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, Kuala Lumpur semalam untuk memberi keterangan dalam kes liwat membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.– Gambar SIN CHEW JIT POH

Saiful Bukhari Azlan yang menggemparkan media minggu lalu sebenarnya berhasrat untuk menjadi seorang juruterbang apabila memohon untuk memasuki sekolah juruterbang di Kelantan.

Menurut sumber yang aku terima, Saiful pernah memohon untuk memasuki sekolah tersebut utuk sessi yang dijadualkan Ogos ini.

Namun, menurut sumber kolej penerbangan itu, Saiful tidak memulangkan surat tawaran yang dihantar kepada beliau dan surat tawaran berdaftar yang dikirimkan melalui surat berdaftar dipulangkan kepada pihak pentadbiran kolej.

Melalui surat tawaran tersebut, Saiful dikehendaki menjalani pemeriksaan doktor - syarat biasa kepada pelajar-pelajar baru ke kolej berkenaan.

Lulus Temuduga

Menurut sumber yang sama, sewaktu ditemuduga, Saiful telah memberikan prestasi cemerlang dan penuh yakin.

Resume yang dibentangkan kepada pihak pengambilan pelajar amat memberangsangkan kerana Saiful merupakan bekas pemimpin pelajar sekolah dan beberapa aktiviti ko-kurikulum yang disertai.

Namun, Saiful tidak melampirkan transkrip keputusan sewaktu di UNITEN di mana beliau mendapat keputusan yang lemah sehingga terpaksa membuat keputusan untuk berhenti.

Syarat untuk memasuki kolej yang berpusat di Pengkalan Chepa itu hanya memerlukan empat kredit di dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menurut pihak yang menemuduga Saiful, ketika disoal tempat bekerjanya sekarang, Saiful memberitahu bahawa beliau sedang bertugas di pejabat Timbalan Perdana Menteri. Sekiranya benar apa yang dinyatakan oleh Saiful ketika ditemuduga dan keterangan pihak pentadbiran kolej berkenaan, maka Najib (Tun Razak) berbohong apabila memberitahu media bahawa beliau tidak mengenali Saiful dan Saiful datang berjumpa dengan beliau untuk memohon biasiswa dan jumpa beliau sekali lagi empat hari sebelum membuat laporan polis mengadu dirinya diliwat.

Apabila si penemuduga bertanyakan sama ada ada jawatan kosong di pejabat tersebut, Saiful memberitahu bahawa beliau tidak pasti kerana beliau pun masuk melalui bapa saudaranya.

Semasa sessi temuduga itu juga penemuduga bertanyakan bahawa salah satu cabaran bekerja dengan syarikat penerbangan ialah terpengaruh dengan godaan gadis-gadis pramugari, Saiful memberitahu bahawa sungguhpun beliau masih muda (23 tahun), beliau sudah pun bertunang.

Nampaknya, cita-cita Saiful untuk menjadi seorang juruterbang hampir tercapai apabila diterima memasuki kolej penerbangan tetapi hancur berkecai selepas beliau membuat laporan polis beliau diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kesahihan Maklumat?

Wallahu alam. Peristiwa ini berlaku kemungkinan penghujung tahun lalu atau awal tahun ini. Aku hanya perolehi maklumat daripada sumber pihak ketiga. Adakah perkara ini tidak disengajakan?

1. Beliau memohon biasiswa untuk memasuki kolej penerbangan.
2. Beliau bekerja di pejabat Timbalan Perdana Menteri melalui bapa saudaranya. Beliau sememangnya mempunyai pertalian dengan seseorang berpengaruh di Jabatan Kerajaan.
3. Beliau sudah bertunang sungguhpun pada usia 23 tahun.
4. Timbalan Perdana Menteri sememangnya mengenali Saiful kerana Saiful pernah bertugas di pejabatnya.

Faisal mustaffa.blogspot

Recent Posts


Vindicated - Dashboard Confessional