Pengumuman/Seruan {MatKOMANdo HoMe}
----------------------------------------------------
Alternatif untuk melawat laman web Malaysiatoday di SINIatau gi ke IP Address nya http://202.75.62.114/2008/
----------------------------------------------------
Mariii....!!!!! Hargai Pengorbanan Raja Petra...!!!!!!!!!
----------------------------------------------------
Mariii Kita Bocorkan Tembok ISA dengan 16 Septemberr..!!!!
----------------------------------------------------
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yg Suci sertaSalam Merdekakan Malaysia. - Mat KOMANdo
----------------------------------------------------

Tuesday, August 19, 2008

Perancangan Khianat Pemimpin Umno Ke Atas DS Anwar Ibrahim

Perancangan Khianat Pemimpin Umno Ke Atas DS Anwar Ibrahim

Oleh: Peninjau Malam

Setelah 4 hari penamaan calon serta kempen pilihan raya berjalan, saya memperolehi satu maklumat yang amat menggemparkan. Nyawa Dato’Seri Anwar Ibrahim berada dalam bahaya.

Ia bertitik tolak dari hakikat bahawa parti pemerintah tidak dapat menawan kerusi Parlimen Permatang Pauh secara pilihan raya yang adil sekaligus berhadapan risiko peralihan teraju kepimpinan negara. Menurut rekod serta sentiment pengundi, Anwar sudah sinonim dengan kawasan Parlimen tersebut. Pada ketika ini beliau ibarat sirih pulang ke gagang. Tidak cukup tapak tangan nyiru kami tadahkan.

Biarpun Saifool teruna jalang itu bersumpah setiap hari, kedudukan Anwar tidak terjejas. Yang percaya bermati-matian akan kes ini ialah para konspirator serta kuncu-kuncu mereka. Cui Bono. Kita lihat siapa yang bakal meraih untung besar dalam isu itu, maka itulah dalang yang menggerakkan pemain-pemain yang termakan dengan upah dunia.

TS Musa Hasan dan beberapa kerat pegawai tinggi polis telah merancang untuk mengenakan DS Anwar dengan cara ‘plant’ Saifool dalam pejabat parti yang begitu kekurangan kakitangan apabila sebahagian besar mereka memenangi pilihan raya. Lalu maklumat yang dikumpul digunakan sebagai persembahan untuk menawan hati PakLah. Angka 24 orang Ahli parlimen yang diketahui PakLah untuk melompat diberikan oleh TS Musa Hassan melalui Saifool Liwat.

Hasilnya maklumat yang ada sebahagiannya telah diketahui oleh PM Abdullah Badawi. Maknanya PakLah dan sebahagian pemimpin kanan UmnoBn tahu yang peralihan kuasa pasti berlaku sebaik Anwar menjejakkan kaki ke Parlimen. Di sinilah satu persimpangan yang amat ditakuti oleh rejim pemerintah.

Sumber risikan mengatakan beberapa pemimpin kanan parti dengan jalinan rangkaian tertentu telah mengupah militant Patani Pulo dengan nilai RM1 juta. Diberitakan 7 pembunuh upahan telah memasuki kawasan pilihan raya bagi menyempurnakan misi zalim lagi besar dosanya itu

Adalah dipercayai, mereka ini telah ditanam maklumat songsang tentang Dato’ Seri dan perjuangannya. Fitnah yang dilemparkan ialah beliau kononnya seorang Timbalan pengarah Dana Yahudi, membelakangkan orang Melayu dan Islam serta tidak pernah menyentuh soal Yahudi maupun Amerika. Sebenarnya bagi kita yang sudah celik maklumat, kesemua tuduhan itu palsu sahaja sepertimana jua kisah Liwat Saifool. Kita merasakan ia dicipta oleh pihak Special Branch dengan sekongkolan ahli politik. Hai, banyak dosa TS Musa Hassan.

Lantaran itu kawalan keselamatan ke atas DS Anwar Ibrahim semakin diperketatkan. Beberapa lapis pegawai telah ditugaskan menjaga beliau. Beberapa sukarelawan turut menjadi pemantau dari jauh memerhati dan meninjau keganjilan persekitaran dalam kehadiran beliau.

Beberapa masjid dan surau telah memulakan sembahyang hajat bagi menolak bala ciptaan manusia yang berhati syaitan ini. Semoga ada yang diangkat doanya demi kesejahteraan semua.

- Peninjau Malam

19.08.2008

Mat KOMANdo:-
Kalau sekali buat pe'el........ boleh le mintak maap........ tapi kalau dah dok ulang dua tiga kali....???
Tulang 4 kerat nak...?????? haha...... lopas ni jgn dok nak mintak maap...... kalau dh terlentang...... nikmat le sesorang. Org len dh reminder awal-awal dah, jgn nak kata org tak ingatkan plak.

No comments:

Recent Posts


Vindicated - Dashboard Confessional