Oleh Reformis Melayu
Semua maklum bahawa esok Dato' Seri Anwar akan dihadapkan ke Mahkamah jalan Duta atas tuduhan liwat, malah dipercayai pihak Polis yang diketuai Ismail Omar dijangka memohon agar Anwar menyerahkan DNAnya memandangkan hanya itu sahaja caranya Polis mendapatkan DNA untuk menjadikan seolah olah liwat itu berlaku, malah ia akan direka walaupun laporan forensik telah dikeluarkan. Ismail Omar seperti yang saya dedahkan semenjak hujung tahun dulu sungguh lick menggunakan Mahkamah, sudah pasti arahan majistret. malah Polis mula menggunakan Mahkamah dalam hal perhimpunan Aman setelah Ismail Omar ini menjadi timbalan ketua polis menggantikan Tan sri Najib Abd Aziz.
Ketika ini tidak ada bukti kukuh untuk membuat tuduhan terhadap Anwar, hanya Hakim yang adil dapat menyelamatkan Anwar, Konspirasi Iblis yang terjadi di Era Paklah yang kononya mahu meReformasikan badan Kehakiman, lihatlah apa yang terjadi? ia lebih teruk dari Zaman Dr Mahathir.
Apapun kita Doakan kesejahteraan Dato Seri, dan diminta semua pendokong Reformasi danahli gabungan Pakatan mula menyebarkan SMS agar Rakyat turun ke Mahkamah Esok untuk memberikan Sokongan padu kita kepada Dato Seri Anwar Ibrahim.
Kejahatan akan terhapus hanya dengan Kebangkitan Rakyat!!
Jadi kita tunggu dan lihat...
"Kalau takut dengan risiko usah bicara soal perjuangan"
AYUH LAWAN AGENDA JAHAT UMNO!! AWAN TETAP LAWAN
- Reformis Muda
06.08.2008
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
2 years ago
No comments:
Post a Comment