Kerajaan Terpaksa Akur Dengan Kebangkitan Pakatan Rakyat
From Hanief.blogspot
Kerajaan kita yang dahulunya angkuh, sekarang telah beransur berubah menjadi kepada kerajaan yang mengasihani rakyat. Namun, apakah kerajaan kita ikhlas?
Pakatan Rakyat ibarat sebatang pokok baru yang sedang bercambah. Tidak adil rasanya, jika ia dipijak atau diracun, sebelum kita semua mengenali khasiat atau pun melihat sendiri sumbangan sebenar pokok itu. Baja atau peruntukan juga harus disalurkan dalam menuju atau menjana proses pertumbuhan pokok itu.
Harga Beras & Minyak
Terbaru, harga beras diturunkan dan khabarnya harga minyak juga bakal diturunkan. Nampaknya persaingan Anwar Ibrahim (mewakili Pakatan Rakyat) dengan kerajaan sekarang amat memberi satu kesan positif yang mampu memberi kesan pada satu Malaysia.
Tabiat Kerajaan
Pada saya, apa jua harga yang meningkat dalam pemerintahan kerajaan Barisan Nasional semestinya ada niat tertentu. Jarang kita dengar kerajaan kita ini mengamalkan sikap berjimat-cermat. Jarang sekali kita dengar kerajaan kita akan merendahkan kembali harga barangan yang dinaikkan. Kita juga pernah dengar bahawa Pak Lah kekurangan dana untuk melaksanakan projek-projek, sehingga ada projek atau pun koridor yang perlu ditangguhkan.
Anwar Ibrahim
Kebangkitan Anwar Ibrahim yang mewakili Pakatan Rakyat, jelas menyuarakan hak rakyat. Ini jelas berkumandang di dalam debat bulan lepas. Lazimnya kerajaan Barisan Nasional tidak akan tunduk pada cadangan pihak pembangkang walaupun rata-ratanya pendapat bernas atau pun buah fikiran yang diberikan.
Kekurangan
Mengapa sekarang Barisan Nasional tidak angkuh lagi pada ketika ini? Jawapannya mudah, mereka semakin kehilangan para penyokong, bekas pemimpin dan malah golongan profesional yang amat penting dalam sesebuah pertubuhan atau parti atau kumpulan.
Liwat
Anwar Ibrahim dituduh dengan tuduhan liwat buat kali kedua. Hanya orang-orang yang tidak mengenali beliau, yang sanggup menerima tuduhan kotor itu mentah-mentah tanpa sebarang penghayatan sejarah yang dilalui beliau.
Indentiti
Apakah seorang bekas Timbalan Perdana Menteri yang punya isteri dan anak-anak yang ramai, serta rakan taulan di kalangan para pemimpin dunia yang terkenal sanggup mengotori identitinya sendiri dengan tindakan seksual luar tabii? Ternyata orang yang setuju dengan tuduhan ini, tidak tahu menilai asas peribadi seseorang.
Pro-Amerika / Pro-Zionis
Anwar Ibrahim juga dituduh Pro-Amerika / Pro-Zionis, dikatakan Ezam Nor bahawa Anwar telah membantu orang-orang Aceh yang dilanda Tsunami dengan wang saudagar Arab. Nah! Tidakkah tuduhan liar Pro-Amerika / Pro-Zionis itu tidak sesuai sekali dengan peribadi Anwar Ibrahim?
Hanief.blogspot
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
2 years ago
No comments:
Post a Comment