Dari WeB: Perak Express.com
Tajuk: Nik Aziz-Sumpah Saiful karut!
Muda Mohd Noor (malaysiakini)
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, berkempen dengan memalukan orang lain tidak dibenarkan dalam Islam.
“Orang tidak boleh menggunakan masalah peribadi untuk berkempen tetapi kena lawan dasar antara PAS dan Umno.
“Yang bawa cerita sumpah pada hari penamaan calon, apa dia? Tidak ada cara lain lagi untuk berkempen?” katanya dalam sidang media di muktamar ke 54 PAS di Stadium Indera Mulia, Ipoh hari ini.
Menteri besar Kelantan itu berkata demikian ketika ditanya tindakan pihak tertentu yang dikatakan berkempen secara tidak sihat dalam pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh.
Mohd Saiful Bukhari Azlan bersumpah di masjid Wilayah Persekutuan, Jumaat lalu, mendakwa beliau telah diliwat secara tidak rela oleh penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Nik Aziz berkata, sumpah orang Islam dengan meletakkan Quran di atas kepala dan bukannya di atas tangan.
“Sumpah seperti itu (letak kitab atas tangan) adalah meniru amalan orang Kristian. Ini karut.
“Islam hanya menerima sumpah dengan menyebut Wallahi, Wabillahi, Watallahi, ” katanya.
Muzakarah dengan Umno
Serentak itu, beliau mendakwa sumpah yang dibuat oleh Saiful itu dilakukan oleh pihak Umno.
Menteri Besar Kelantan itu berharap Anwar menang dalam pilihanraya kecil nanti.
Ketika ditanya pandangannya mengenai muzakarah dengan Umno, Nik Aziz berkata, PAS akan memberitahu pemimpin parti itu mengapa menerima Islam separuh, terima kufur separuh.
“Saya nak jumpa supaya Umno tidak terus menerima Islam separuh sahaja kerana jika Umno tidak ada, Islam menjadi lebih baik di bawah PAS.
“Kerana muzakarah bukan hendak membincangkan mengenai kerusi atau kementerian tetapi bagaimana hendak berdepan Allah di hari akhirat kelak,” katanya.
Mengenai golongan ulama dan profesional dalam PAS, menteri besar Kelantan itu, berkata, kerana dalam Islam, kedua-dua mereka adalah sama.
Sementara itu dalam ucapannya di muktamar hari ini, Nik Aziz berkata, beliau mahu Pakatan Rakyat diperkukuhkan supaya dapat membuka pintu hati orang bukan Islam menerima pemerintahan Islam.
“Kalau kita sayang Umno kita tarik orang Melayu yang muda-muda dalam Umno supaya masuk PAS tetapi orang tua, orang kaya dan menteri biarlah di situ,” katanya.
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
2 years ago
No comments:
Post a Comment