Pengumuman/Seruan {MatKOMANdo HoMe}
----------------------------------------------------
Alternatif untuk melawat laman web Malaysiatoday di SINIatau gi ke IP Address nya http://202.75.62.114/2008/
----------------------------------------------------
Mariii....!!!!! Hargai Pengorbanan Raja Petra...!!!!!!!!!
----------------------------------------------------
Mariii Kita Bocorkan Tembok ISA dengan 16 Septemberr..!!!!
----------------------------------------------------
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yg Suci sertaSalam Merdekakan Malaysia. - Mat KOMANdo
----------------------------------------------------

Thursday, August 7, 2008

Mengapa Insan Bernama Anwar Dizalimi Sebegini Rupa

Tajuknya: Mengapa Insan Bernama Anwar Dizalimi Sebegini Rupa
Blognya: Pink turtle

“Esok saya akan menghadapi pertuduhan fitnah yang saya tidak lakukan, tuduhan yang digunakan untuk aibkan sama seperti pada tahun 98 dan 99,” kata beliau pada sidang akhbar kira-kira pukul 3.15 petang ini di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini.

Beliau akan diwakili pasukan sembilan peguam termasuk R. Sivarasa, Sankara Nair, Saiful Izham Ramli dan Sulaiman Abdullah.

Dengan ditemani ahli keluarga termasuk isteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan beberapa pemimpin PKR dan pasukan peguamnya, Anwar memberitahu, beliau menerima sapina daripada polis kira-kira sejam selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumakn tarikh pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Anwar dijangka didakwa di bawah Seksyen 377A ataupun Seksyen 377C Kanun Keseksaan, berkaitan dengan perbuatan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii.

Jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 377A, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan dirotan manakala Seksyen 377C pula membawa hukuman tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan boleh dikenakan hukuman dirotan.

Seksyen 377A dan 377C tidak membenarkan jamin diberikan. Bagaimanapun di bawah Seksyen 388 Kanun Prosedur Jenayah, mahkamah boleh membenarkan jamin.

Dengan suara yang kelihatan ‘agak sedih’ di peringkat awal ketika membacakan kenyataan akhbar yang disediakan, Ketua Umum Pakatan Rakyat itu mengulangi bahawa tuduhan yang bakal hadapi esok - kali kedua dalam tempoh 10 tahun - merupakan satu lagi konspirasi politik kerajaan.

http://www.mstar.com.my

Mat KOMANdo:-
Hehe...... rujuk pada tajuk, aku mesti nak komen tapi tak jadik pasal komen aku mesti panjang berjela.... haha tak kono maso..... masih sebok manjang.

No comments:

Recent Posts


Vindicated - Dashboard Confessional