(Mutakhir)
PUTRAJAYA: Pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh, yang dikosongkan minggu lalu, akan diadakan pada 26 Ogos ini.
Penamaan calon pula ditetapkan pada 16 Ogos dengan tempoh berkempen selama 10 hari.
Pilihan raya kecil Permatang Pauh diadakan berikutan pengunduran penyandang kerusi itu yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada 31 Julai lepas bagi memberi laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding.
Pagi ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon dan pengundian pilihan raya kecil itu.
Seramai 58,459 pemilih layak yang terdiri daripada 57,969 pemilih biasa dan 490 pengundi pos layak mengambil bahagian dalam pilihan raya kecil kali ini.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuaratnya yang bermula 10 pagi, SPR berkata, Pegawai Daeha Seberang Perai Tengah, Roslan Yahaya dilantik sebagai Pengurus Pilihan Raya.
Writ pilihan raya akan dikeluarkan esok manakala notis pilihan raya pula hari keesokan,
“SPR memberi nasihat kepada semua pihak terutamanya parti-parti politik, calon-calon dan petugas-petugas parti dan individu lain yang terlibat perlu sentiasa mematuhi undang-undang pilihan raya serta tatasusila berkempen yang ditetapkan agar dapat menjaga ketenteraman dan keselamatan awam,” katanya.
Tambahan Suku Tahun Pertama tahun 2008 yang diwartakan pada 19 Jun 2008 dan dikemaskini sehingga 31 Julai 2008, hendaklah digunakan dalam pilihanraya kecil P.44 Permatang Pauh.
http://www.mstar.com.my
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
2 years ago
No comments:
Post a Comment