Pengumuman/Seruan {MatKOMANdo HoMe}
----------------------------------------------------
Alternatif untuk melawat laman web Malaysiatoday di SINIatau gi ke IP Address nya http://202.75.62.114/2008/
----------------------------------------------------
Mariii....!!!!! Hargai Pengorbanan Raja Petra...!!!!!!!!!
----------------------------------------------------
Mariii Kita Bocorkan Tembok ISA dengan 16 Septemberr..!!!!
----------------------------------------------------
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yg Suci sertaSalam Merdekakan Malaysia. - Mat KOMANdo
----------------------------------------------------

Sunday, August 3, 2008

The Vellu Hand

MRR2 Ditutup, Alami Keretakan Buat Kali Ketiga

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Jejambat Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) yang menghubungkan antara Kepong dan Selayang ke Kuala Lumpur sepanjang 1.7 kilometer serta jalan di bawahnya ditutup kepada semua lalu lintas sejak pukul 10.30 pagi tadi berikutan berlaku keretakan pada tiang jejambat itu.

Timbalan Ketua Trafik Bandaraya DSP Ng Fook Long berkata penutupan itu dibuat atas arahan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)."

Pada pukul 10.30 pagi, pihak polis menerima arahan daripada Jabatan Kerja Raya dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur supaya menutup laluan tersebut," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Katanya sebelum itu, polis mendapat maklumat daripada orang ramai terdapat keretakan pada tiang jejambat itu pada pukul 9.15 pagi.

Beliau berkata akibat penutupan jalan itu, kesesakkan telah berlaku sepanjang jalan dari Sungai Buloh dan Sri Hartamas dan beliau menasihatkan orang ramai menggunakan jalan alternatif.

Pada 8 Feb 2006, lebih 7,000 keretakan dikesan pada sebahagian daripada 31 tiang jejambat itu. Pada Ogos 2004 laluan itu ditutup kepada lalu lintas berikutan keretakan itu dan kali kedua ianya ditutup pada 4 Feb 2006.

Sementara itu, pemandu bus RapidKL Zainuddin Mohamad Taib, 37, ketika ditemui berkata beliau dimaklumkan mengenai keretakan itu pukul 7.30 pagi ini oleh rakannya.

Katanya rakannya itu yang melalui jalan itu pada pukul 3.30 pagi mendapati lebuh raya itu rekah dan batu-batu kecil berjatuhan dari jejambat.

Beliau berkata mereka kemudian memaklumkan kepada pihak polis mengenai perkara itu.

Menteri Kerja Raya Datuk Ir Mohd Zin Mohamed dijangka melawat kawasan itu petang ini.

Jejambat MRR2 menghubungkan antara Kepong dan Selayang ke Kuala Lumpur sepanjang 1.7 kilometer itu dibina oleh Konsortium SUKMIN-Bumi Hiway-KKM (Wilayah) berdasarkan kepada reka bentuk firma perunding Maunsel, Sharma & Zakaria.

-- BERNAMA

Mat KOMANdo:-
How about the Zain hand..???? Ala beza kaa...????? Wait and see.

No comments:

Recent Posts


Vindicated - Dashboard Confessional