Tuan: Mat Saman Kati
Blog: Perak express
Selepas berhempas pulas mencari calon yang sesuai, akhirnya Barisan Nasional tiada pilihan lain dan terpaksa mencalonkan Arif Shah Omar Shah untuk menentang Anwar Ibrahim.
Kalau ikut kata Bernama, inilah calon terbaik yang ada dalam Barisan Nasional. Aku pun tak mau nak sanggah cakap Bernama, tapi kalau inilah calon terbaik, maka Umno memang dalam bahaya. Nama-nama yang disebut sebelum ini, mungkin tak cukup baik. Jalil Abd. Majid pasai apa tak terpilih, sedangkan dia Ketua Bahagian? Firdaus Ismail tak cukup baik ka? Tauke Pelita Nasi Kandaq Pelita pun tak cukup bagus ka? Kesian depa..
Bila aku tengok gambaq Arif Shah dengan Najib, muka yang pakai songkok tu macam pernah nampak. Rupanya silap orang. Yang aku tengok dulu tu, abang dia…Amin Shah Omar Shah. Amin Shah la ni pi mana?
Aku dok ungkit pasai Amin Shah sebab banyak suratkhabar pro-Umno dok cerita bagus sangat pasai Ariff Shah ni. Ada yang cerita Pusat Khidmat Masyarakat dia yang terbaik diMalaysia la, ada petugas sampai tujuh orang la. Biasa la bila nak promote calon masing-masing. Tapi kat mana Arif Shah ni dapat duit nak biaya Pusat Khidmat Masyarakat tu?
Aku dengar, EXCO Perak YB Tai Sing Ng dok mengeluh. Nak bukak satu Pusat Khidmat Masyarakat dengan sorang petugas pun perlu dua ribu sebulan. Tu belum nak bagi bantuan orang mati, orang sakit, rumah terbakar. Last-last, duit gaji EXCO pun tak cukup. Tapi Arif Shah boleh bukak pusat khidmat masyarakat dengan petugas sampai tujuh orang. Dapat duit dari mana?
Aku tak heran kalau tengok latar belakang keluarga dan adik beradik dia. Amin Shah dok songlap duit kerajaan bukan seribu dua, tapi billion ringgit. Projek Offshore Patrol Vessel (OPV) bernilai 6.75 billion ringgit. Sepatutnya, Amin Shah kena bagi 6 buah OPV, tapi cuma dua buah dapat disiapkan. Sekarang, dia pun dah muflis. Mana pi duit tu semua disonglapkan?
Kalau aku jadi Amin Shah, tak kan tak boleh huloq sikit-sikit kat adik beradik. Sapu 3 billion ringgit, kemudian buatla Pusat Khidmat Masyarakat, belanja dua tiga juta…berapa sangat? Kalau adik aku dapat jadi YB, pegang jawatan EXCO atau Menteri, tak kan dia tak boleh nak huloq projek sikit-sikit kot?
Apa salahnya kalau kita sapu dua tiga billion, kemudian huloq kat rakyat kain pelikat dua tiga helai?
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
2 years ago
No comments:
Post a Comment