Melihat kepada apa yang berlaku hari ini, seandainya ada niat jahat ke atas Anwar, SPR akan menanti tarikh pendakwaan ke atas Anwar sebelum bersedia mengumumkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi.
ANTARA KITA
Oleh Mohd Sayuti Omar
BILA, tetapi yang pastinya tidak melebihi 60 hari daripada hari ini pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh akan diadakan berikutan kekosongan kerusi itu mulai hari ini. Penyandang kerusi berkenaan Presiden PKR, Dr Wan Azizah Ismail telah pun mengumumkan pengosongan kerusi berkenaan.
Seperti mana dibayangkan sebelum ini, Dr Wan Azizah membuat keputusan itu untuk membolehkan suaminya, Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihan raya kecil dan seterusnya berada dalam Parlimen. Pilihan kerusi Permatang Pauh itu dikira tepat, wajar dan adil kerana di kerusi itulah Anwar memulakan keriarnya sebagai ahli politik pada tahun 1982.
Walaupun keputusan itu mungkin agak berat bagi Wan Azizah namun ia terpaksa demi 'menyelamatkan' diri sumainya tercinta. Sebelum ini Anwar menyebut beliau akan bertanding dibeberapa kerusi yang bakal dikosongkan. Antara kerusi berkenaan ialah Bandar Tun Razak yang diwakili Khalid Ibrahim dan Kulim – Bandar Baru yang disandang oleh peguamnya Zulkifli Nordin.
Ada dua faktor kenapa perlu ada kekosongan kerusi untuk membolehkan Anwar bertanding seterusnya segera berada dalam Parlimen.
Pertama, kerana beliau perlu berada di Parlimen sebelum 16 September. Tarikh itu telah diuar-uarkan sebagai tarikh pembentukan kerajaan baru Malaysia. Anwar menjangkakan kerajaan BN kini akan tumbang dan kerajaan Pakatan Rakyat akan mengambil alih.
Rakyat begitu teruja dan terpesona dengan kenyataan Penasihat PKR itu. Ini juga termasuk para pemimpin rakan PKR dalam Pakatan Rakyat terutamanya Pas. Misalnya seorang Pengerusi Perhubungan Pas sebuah negeri, yakin Anwar akan melakukannya.
Sebab itu apa-apa rundingan dan tawaran oleh Umno ditolak mentah-mentah. Pesuruhjaya Pas berkenaan nampak yakin benar dengan kata-kata Anwar.
Justeru Anwar kena menjadi ahli Parlimen sebelum tiba 16 September. Sekiranya beliau masih berada diluar, orang akan mempertikaikan apa yang belau janjikan itu. Lagipun kemungkinan akan berlaku penghijrahan 30 orang Ahli Parlimen BN seperti didakwa tidak akan berlaku kerana Anwar sendiri masih belum berada di dewan Parlimen. Mereka mungkin berfikir panjang untuk meninggalkan BN kalau Anwar sendiri masih belum tentu bagaimana nasibnya.
Bermula pada hari ini hanya tinggal 46 hari sahaja lagi sebelum tiba hari keramat itu. Jadi dalam tempoh 46 hari ini Anwar perlu menggunakan apa saja untuk berada dalam Parlimen dan pengosongan kerusi Permatang Pauh adalah cara pratikal.
Dari sudut lain sama ada angan-angan itu menjadi kenyataan atau tidak, ia tidak penting. Keberadaan Anwar di Parlimen sangat mustahak sekali. Sudah pasti sekiranya Anwar berada dalam Parlimen keadaan Dewan menjadi makin panas dan ini menyebabkan wakil kerajaan semakin panas punggung. Selepas ini pasti Parlimen menjadi semakin kalut lagi apabila Anwar dengan gayanya yang memikat pendengar itu tampil berhujah.
Selain daripada itu Anwar juga dikatakan begitu berhajat untuk berada di Parlimen sebelum pembentangan Bajet 2009. Belau mungkin memiliki banyak fakta dan hujah untuk dibentangkan dalam Parlimen dalam usaha memberpetulkan neraca Bajet untuk rakyat.
Kedua, ialah Anwar terdesak dengan laporan liwat dilakukan oleh pegawai khasnya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Bahan yang beliau akan dihadapkan ke mahkamah ekoran dakwaan itu mungkin sudah dirasainya. Jadi sebelum beliau dibawa ke mahkamah adalah elok kalau beliau sempat menjadi calon mana-mana kawasan pilihan raya kecil.
Ada politik dalam tindakan itu. Sekiranya beliau didakwa dan diremen di mahkamah gara-gara dakwaan itu sehingga menyebabkan beliau tidak dapat ke pusat penamaan calon atau tempat mengundi beliau boleh gunakan halangan itu sebagai modal bahawa penangkapan itu untuk menafikannya menyertai pilihan raya. Ini menunjukkan bahawa niat jahat atau konspirasi memburukan kerier politinya adalah benar.
Bagaimana pun saya yakin samada Anwar didakwa atau tidak sekiranya pilihan raya diadakan beliau tetap akan menyertainya. Hatta kalau pada tarikh beliau didakwa dan dibciarakan bertembung dengan hari penamaan calon atau hari mengundi beliau akan bertanding. Seseorang yang layak bertanding boleh dicalonkan menyertai mana-mana pilihan raya di negara ini walaupun tanpa kehadirannya.
Melihat kepada apa yang berlaku hari ini, seandainya ada niat jahat ke atas Anwar, SPR akan menanti tarikh pendakwaan ke atas Anwar sebelum bersedia mengumumkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi. Tidak mustahil SPR akan berbuat begitu. Menurut Menteri Dalam Negeri Syed Hamid Albar kertas siasatan berhubung kes itu sudah pun diserahkan kepada Peguam Negara.
Kalau mengikut kebiasaan bila berlaku kekosongan ke atas mana-mana kerusi baik Parlimen atau DUN SPR akan menetapkan hari penamaan calon baik sahaja selesai perwartaan kekosongan kerusi berkenaan. Ini bermakna penamaan calon untuk pilihan raya kecil Permatang Pauh mungkin diadakan pada 15 hingga 20 Ogos hadapan. Kalau hari penamaan calon dalam tempoh itu ini bermakna hari mengundi ialah antara 25 hingga 29 Ogos.
Bagaimana pun tarikh itu boleh juga diganjakkan sehingga awal September dan kemungkinan juga hari mengundi akan ditetapkan pada 16 September, di mana tarikh itu memberi signifiken tersendiri kepada Anwar. Kalau ini berlaku bermakna SPR sengaja berbuat begitu untuk mengejek Anwar dan Pakatan Rakyat.
Sekiranya pendakwaan ke atas Anwar dilakukan dalam tempoh ini, bermakna Anwar akan berulang alik ke mahkamah dan Permatang Pauh. Tetapi kemungkinan ini agak tipis. Tidak ada untungnya bagi BN kalau tarikh pilihan raya dibuat bertindih dengan tarikh dakwaan ke atas Anwar.
BN tidak akan untung sebaliknya tidakkan itu memberikan simpati kepada Anwar. Pertindihan itu yang sengaja mahu menyusahkan Anwar menjadi Penasihat PKR itu semakin mendapat sokongan dan rkyat yang dahagakan pilihan bebas juga akan menjadi semakin marah.
Saya yakin kalau keadaan itu berlaku Awnar yang sudah pasti menang, akan menang dengan mudah dan mendapat majoriti mungkin mengatasi apa yang diperoelhi Wan Azizah dalam pilihan raya lalu iaitu lebih 18,000 undi.
Pilihan raya kecil Permatang Pauh sudah pasti akan menjadi medan tempur. Pertandingan bukan saja antara Anwar dengan mana-mana calon BN tetapi pertandingan PR dengan BN. Najib Razak yang sudah pasti akan turun mengepalainya akan menjadi seteru dan lawan Anwar. Najib akan menjadi batang pisang untuk dicicang lumut dalam pilihan hari berkenaan. Pilihan raya kecil Permatang Pauh juga akan menjadi petunjuk apakah penganiyaan yang dilakukan ke atas Anwar itu terus mendapat simpati rakyat atau sebaliknya.
Malaysia-Today
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
2 years ago
No comments:
Post a Comment