Pengumuman/Seruan {MatKOMANdo HoMe}
----------------------------------------------------
Alternatif untuk melawat laman web Malaysiatoday di SINIatau gi ke IP Address nya http://202.75.62.114/2008/
----------------------------------------------------
Mariii....!!!!! Hargai Pengorbanan Raja Petra...!!!!!!!!!
----------------------------------------------------
Mariii Kita Bocorkan Tembok ISA dengan 16 Septemberr..!!!!
----------------------------------------------------
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yg Suci sertaSalam Merdekakan Malaysia. - Mat KOMANdo
----------------------------------------------------

Monday, June 30, 2008

Hidup BariSannn.....!!!!!!!!!!!!!!

Hidup Barisannnnnn.....!!!!!!!! Part 2

Cubaan bunuh DSAI...!!!!!!!!!!!!!!!!!

Zulkifli Noordin

Perlu saya ingatkan bahawa cubaan untuk membunuh DSAI telah berlaku sejak awal 1990an lagi:
  • Helikopter Nuri yang membawa DSAI semasa beliau TPM jatuh terhempas selepas menghantar beliau ke Pulau Pinang penghujong tahun 1990an. Tidak lama selepas itu berlaku peristiwa pemecatan DSAI. Helikopter tersebut disyaki telah disabotaj;
  • Sistem brake kenderaan rasmi DSAI telah disabotaj menyebabkan ia hampir meragut nyawa DSAI apabila kenderaan tersebut menuruni bukit di Langkawi semasa lawatan rasmi DSAI sebagai TPM. Kecekapan pemandu kenderaan tersebut menyelamatkan DSAI. Perkara yang hampir sama berlaku kepada peguam utama DSAI Allahyarham Aris Chris Fernando bila sistem brake kereta Jaguarnya disabotaj hingga beliau hampir kemalangan serius di lebuhraya KL-Seremban semasa kes DSAI sedang berjalan;
  • Helikopter yang sepatutnya membawa DSAI telah disabotaj menyebabkan rakan beliau Tan Sri Yahya Ahmad terkorban apabila helikopter tersebut jatuh terhempas. Asalnya DSAI dijadualkan menaiki heli tersebut keesokan paginya tetapi TS Yahya menggunakannya malam itu untuk menziarahi ibunya yang sakit;
  • Cubaan membunuh DSAI semasa penangkapannya tahun 1998 bilamana unit UTK Polis menyerbu masuk rumah DSAI dengan senjata lengkap pada 20 Sept 1998. Namun usaha itu gagal kerana UTK mendapati terlalu ramai orang awam dirumah DSAI semasa itu;
  • Cubaan membunuh DSAI semasa dalam tahanan di Penjara Sg. Buloh melalui racun arsenik. Cubaan ini disahkan oleh Polis Australia yang menyiasat racun tersebut di Makmal Polis Melbourne;

Jadi berdasarkan rentetan cubaan membunuh ini, kami berpendapat maklumat yang kami terima berkenaan cubaan terbaru ini tidak bolej dipandang ringan. Atas sebab itulah kami membuat keputusan menasihatkan DSAI menerima tawaran Kedutaan Turki untuk melindungi DSAI. Kami berharap rakyat bertenang namun sentiasa mengikuti perkembangan mutakhir dan mendapatkan maklumat dari sumber-sumber yang sahih.

Adios

Zulkifli Noordin

Sunday, June 29, 2008

Euro 2008 bukan saje Hangat...Tp mcm dh sampai KemUncaK..!!!

Ni bukanlah klip euro musim 2008, tp klip vid tentang sukan bola. Dan ini la yg berlaku apa bila bola mula ditengah padang dan wisel ditiup oleh pengadil. Macam-macam berlaku... ada tendang menendang.. ada tujuk teror... ade yg dibogel .....tersembam kat tanah.... ada goalkeeper yg bagi je bola utk digoal kan.... ada penonton yg turun berdepan dengan penjaga gawang setelah buat salah..... ahhh..... macam-macam.

Euro 2008 mmg hangat tak boleh dinafikan.... itu ari.. kawan mat jiman dah 2 kali tikam tak kena-kena rugi dah pasal dok ikut tilikan dukun kaki tipu....(haha... nama pon kaki tipuuu).

Semalam mat tak sempat nak buat sikit tulisan pasal euro ni... sebab dh penat kaki tangan badan dan otak letihh sangat.... dh tu.... malam pulak.... cm biasa la.... ada hal sikit pasal report-report.

so, kawan mat jiman je yg ada pi jumpa si dukun kaki tipu tu... so mat ada jumpa dia... dia pon dok cerita kat mat serba sikit......apsal tilik tak kena-kena.....

"mat, lama tak jumpo..??" jiman. "Biasa laa mcm-mcm hal skang ni.... duit pon tak cukoppp" jawab mat. "Man..... ko pe cer tikam ari tu??" Mat. "huhh... satu pon tarak kena... grhugi aku""dukun hang la mat tak bleh pakai...." jiman. "hakhakhak...... yg ko ikut ckp dia buat pa..???" "abis...hang dh jumpo blik dukun tuu..??"tanya mat. "dh...ari tu" "dia cakap dia pon tak sangka.... sebab klo nak ikut masa itali lwn spanyol ari tu mmg itali porgi.... tp ituu.... sapp-a tu...tak mari datang..." "tu yg dok tak jadi tuu.."jawab jiman.

"lepas tu??" aku tanya. "lepas tu aku tnya la apsal... dia kata 10 kali dengkok la"... jawab jiman. "lepas tu aku tnya pasal sepanyol jumpa rusia.... apsal sepanyol pergi..??? kata dia dh tak boleh pergi...???" tambah jiman. "lepas tu dukun ckp jugak, dia pon tak sangka.... pasal dia sangka panas sampai ka petang rupanya hujan ditengah hari......" aku pon berpikir.... betol jugak, pasal masa rusia main lwn ngan sepanyol dua kali.... dua kali hujan......lawan belanda kering pulok....dh la tu....banyk goal plak tuu...."tu yg sepanyol panjat pi final tuu...." kata jiman.

"habis, ko tak tanya dia malam ni pasal germen jumpo sepanyol sapo yg pogi..??" tanya aku. "Dahhh..... aku dh tanya dah..... dia jawab.... germen boleh..... sepanyol pon bolehh" jawab jiman slamber. "ah sudah.... tu kire dh takder jawapan tuu.... haha..." jawab mat.

"jom... pi umah dukun jap" aku ajak si jiman. Jiman setuju n petang yg hujan suram ni pon mat ke rumah si dukun.

"Alo konn...." sebaik jumpa dukun. "hakhakhak.... ko dtg lagi carik aku..??" balas dukun. "cm biasa la kon... mlm ni sape pergi??" tanye aku direct. "Relex beb..., ini punya game ko pi carik dukun menurun kat 3 kubur pon susah nak crik jawapan laa" "hahaha... ko bayangkan.... dri 78minyak urut sukan boleh bertukar kepada 78 je tukang urut" jawab dukun slamber. "So, klo ikut hang punyo tilik cm ner kon..???" tanya jiman. "Aku pon tak berani nak jawab la kali ni.... tp klo ikut apo yg aku nughun ari tu mmg dh nak keno dh.... tinggal...... tinggall.... tinggalll..... " dukun terpikir-pikir. "Tinggal apo konn..!!!!" sergah member aku jiman. "Tinggal tak kono jo lahh, apo lagi......... yg bantal tidok dh keno......... pakai cermin mato putih dh kono.....gelito dh kono.... tapi tak tau la.... salah lotak team kott....."jawab dukun relex sambil ketawa berdekah-dekah. "Ade ke aku tidok dua tiga malam ni mimpi team london..... padahal team london manada dlm euro.... hahaha....." dukun tergelak kelakar.

"weh korang tau tak ronaldo ambik result pi mana...???real Madrid ka..... manU...???" tanya dukun. "ronaldo mana" tanya jiman. "Ala.... ronaldo yg hitz tuu"jawab dukun. "Oooo... ronaldo tu sapp-a tak konal.... aku konal, dia kata itu ari tetap nak gerak real..... tak tau lah... atas pagor... tapi dengor citer kalo leader transfer dia bijak dia mmg pi real.." jawab mmbr aku jiman. "Tp yg tak sedap nye kon... ade briter len g kata real punye snaider pulok gerak pi ManU.... tu yg tak best tuu...."tambah jiman. "Tp dngak bunyi real ade tambah lg duit buat bekal tabung ManU and ManU say nanti kok boleh bayor utang"tabah jiman.

"Aku dengak BBC omputeh punyo briter pon bukan men gembur hangat gak tengah-tengah musim euro nih"sampok dukun. "Memang laa... kok sekarang masing-masing tengah tak senang duduk ni... lepas habis musim euro ramailah player istihar tukak club."tambah jiman.

"Tp taktau la... skang dh ado player hitz russia umur baru 23 tahun dh melantun-lantun plak skang nii"kata jiman. "Player mana plak tuu..?? dia bikin apa hal???"tanya dukun pelik. "Ala player yg main baguih masa belanda kalah lwn russia aritu laa... bukan melantun apa pon.... melantun biasa je.... macam player yg lain gak lah..... Abrahamovich nak bawak dia masuk chelsea tp dia ada jawab lagi minat kelab barca. dia lawan cakap si tuan punya cska moskow tuu... padahal dia club cska moskow"jawab jiman. "Oooo budak tuuu nama dia arsyailfvin yee.... russia palyerr..... scropane sukhoi player yee..... hehe..... biasa la tuu.... tu sebab sepanyol bleh pegi jauh ari tu..... lari jangkaan aku niii....hehe" jawab dukun bergurau. "Kalo tak silap saya...budak tu lahir 6/7/85(ruangan komen).......... so tu sama tarikh gerammen turun tu kon...."Tambah jiman. "Kalau gitu budak ni macam geng ibukota london laa"sampok dukun.

"So, skang cm ner...??? borak dh panjang.... takkan kau org taktau mane yg pergi malam nii..??? germen dh kompom final.... dh kene cm yg aku cakap... yg belah sini dh lari catur.... sepanyol pulak pergi jauh.... dlm borak pepanjang takkan kau org tak bleh teka lagi sape yg pergi pagi kang..????" tanya dukun sambil semak schedule euro. "Ekeleh dukun ni... org tanye dia dia tanye org..... tapi kalo peghati..... germen ade jumpe turkey..!!!! dia pergi bukan laluan mudah... tapi mudahnya dia berbalas goal...hehe....". "Kalo tengok pada spanyol mmg dia kuat beb... lawan tak pernah kalah.... power ade kat dia.... goal dia madang 3 bijik 4 bijik kon.."jawab si jiman.

Dukun pon jawab......"Kopikir la sendri jiman oiii.... kalo nak tau lagi crier.... sekang jugak ko pegi amek bantal tidok...... nanti tengah malam ko bangun tengok...!!!!!" jawab dukun selamber sambil ketawa terbahak-bahak.....

"Ekeleh si dukun nii..... germen eksperien..... sepanyol power...... so aku rase sepanyol tetap menang..... dan germen pon tetap akan turun garang jugak...... jadi sok hari kompom yang mana satu menang sekalipun tetap ade himpunan gak....... tp aku taktau la klo ade satu pendapat yg lebih seram cm ni..........dh seatle"Jawab si jiman sambil ajak mat terus pulang kerumah.

Nah..... dalam musim-musim euro ni.... mat bekalkanlah satu klip vid ygkire gempak gak lah kat bawah ni...... abis euro kira dh masuk buku bulan tujuh(7) so, mat bekalkan vid apa bila kaki seorang player berpintal bila dh sarung jersi tujoh nii(7)........

k enjoy euro saje yg lain jgn enjoy

The Action........Bila dh nak tersembam ketanah........

Seperti biasa mat mmg dh lamo tak folow rapat blog news yg lelatest nihh.... folow gegitu je lah...tp sepanjang tempoh tu pasti keadaan hangat mula melenting-lenting. Mmg benar lah Election Uniq Rimba Organisation 2008(Euro 2008) itu hangat.

tp kali ni mat bukan nak bertulis focus pasal euro ni.... klo ikut niat smalam mmg cm tu... tp nak buat cm ner..... masa final euro nilah yg paling dan makin hangat yg membuatkan penulisan euro digantung malam haha.... klo sempat(sebelom euro start)

DSAI sekali lagi hadapi tuduhan mcm tahun 98/99 dulu. Kali ni datangnya dari seorg budak yg tak masuk akal.... DSAI dah buat kenyataan di blog beliau... kenyataan tian chua juga menganggap itu adalah fitnah..... malah sebelum laporan ini di buat lagi sudah ada yg menjangkakan mmg akan ada musang berbulu b*b* yg akan gunakan c4 kat jantung dan hati penyokong DSAI supaya meledak dan meletup.

Tak tahu apalah kesudahan cerita seram ni nanti..... klo ikut tilikan haritu mmg betol.... kat bahagian sini ada bunyi gelita.... tu yg seram tu... (eh nak masukcriter euro plak) sori tersasul. Mengikut malaysiakini anwar sedang berlindung di kedutaan Turkey. Sebab kali ini bukan sahaja kariernya diancam... tetapi nyawanya juga. Dan kali ini kes tuduhan liwat didakwa berlaku di 'kondo di Damansara'. Sejauh mana kebenarannya...... rasanya pasti tak benar lagi. Dollah dh buat kenyataan yg dia tak berniat nak buat tuduhan bagitu juga timbalannya(boleh caya ka niii..???) hang dh la bohong selalu..... cakap selalunya terbalik.... kata tak bubar... pastu bubar... kata tak kawin..... lepastu kawinnn.... kata tak naik minyak.... lepastu naikkk.... la ni.... kata tak berniat.... pasti la berniat.... tak gitu... Namun begitu... limkitsiang menurut blog nya... tuduhan kali ni mesti lebih hebat lagi.

Walaubagaimanapun.... saya gemar mendengar gaya Tuan Guru Nik Aziz menjawab... tidak menuduh dan tidak menolak, jika benar katanya biar bersaksi.

Mcm tu betol... ini soal maruah. Dan benda ni akan datang setiap kali seseorg itu kelihatan semakin nazak berada dihujung tanduk. Lelaki kotor telah digunakan kali ini utk mengaku diliwat. Dan aku yakin.... DSAI salah atau tidak.... ditangkap atau tidak.... pasti akan ada org yg tertarik utk mengkor bontot sibudak kotor ni. Dan dptkah anda bayangkan masa depan sekiranya dia ada anak...??? pasti anak dia kne hentam... "bapak ko kene liwat nak kecoh apa....???"

Dan dapatkah anda bayangkan.... lepas ni tilam brend apa yg akan diusung naik dan turun mahkamah..??? tak pon klo nak ikut dri pengalaman tukang angkat tilam yg sekarang ni ketua....... agaknya kali ni angkat bantal je kot.... sebab kalau tilam tu berat sangat.... nak kena pikul ramai.... nanti jawatan pon nak kena banyak ready, susah tu... leceh. Klo ikut pengalaman mungkin bantal je la depa angkat..... tp brend apa.... takut yg kilang belom sell kat market pulak... dan berkemungkinan..... bantal brend-Lah kottt... haha...

Hoho..... agak-agak mat kali ni bukan sesetengah parti politik je bergolak... tp Puhh-Lizzz pon bergolak sama.... pasal pasti berebut nak angkat bantal brend-Lah tu nanti... klo dpt angkat.... maka dpt lah ganti tempat si pencen kontrek...haha.......

ohooohoooo..... lupo pulok.... ini ada lagi ni yg mesti direbuttt... cepat-cepat....!!!!! tempat guam-guam..... ni nanti kosong jugak nii.... cepat skit.... sapa-sapa ada yg nk sukarela.... hendle kes emergency nii..??? mesti berebut punya.... baru bleh naik sampai kapla.... klo takkkk..... sampai tua pon dok jadik ekok....

Bantal-bantal jugak, perhimpunan tetap perhimpunan.. ohh.... tadi dlm baca dan membaca tulisan dri pelbagai blogers..... terjumpa pulak komen yg berbunyi:-

wanna see again/repeat incident;
1. khalid jafri kaki potong

2. wife dato samsuddin mati accident
3. rumah banglo jeneral collapse tanah runtuh
4. mokhtar dugung koma then mati
5. dr ristina brain tumour
6. etc…etc…

oh.....membaca komen saudara ni..... teringat pulak mat pada hujah TG nik Aziz..... errmmm.... tp masih ada yg gemar dan suka mencabar kerana mahu rasa apa itu erti nikmat bala. Walaubagaimanapun.... news smpai petang ni bleh dirungkai setakat ni sahaja. Mungkin perkembangannya pada waktu malam atau esok hari.

Celakalah musang berbulu ayam!

Ceehhhhhwahhhh...... Tu diaa......... rupa musang bulu b b.
Jahilgoblog.net

Bila aku mendapat berita dari sahabat pukul sembilan malam tadi berkaitan cubaan menjatuhkan Anwar dengan mengenakan tuduhan liwat sekali lagi, terus aku teringat kepada sorang lagi sahabat aku yang pernah menjuarai pertandingan Blog anjuran Friedrich Naumann Foundation tentang “musang berbulu ayam” di pejabat DSAI. Untuk yang belum pernah membaca tulisan sdr Najwan, boleh layari tulisan beliau di :

Musang Berbulu Ayam (Part 1)
Musang Berbulu Ayam (Part 2)
Musang Berbulu Ayam (Part 3) - diturunkan atas arahan “staff” dari pejabat DSAI.

Dah baca? Kesimpulannya? Mudah…
Macamana nak tutup bunyi letupan C4? Dengan meletupkan lagi satu C4.
Aku kenal siapa musang berbulu ayam secara individu. Baru hari Jumaat lepas bersalaman dan bertuangan teh di rumah DSAI dalam satu perbincangan ringkas.
Dimaklumkan bahawa DSAI baru mengetahui tentang kelibat individu ini melalui penulis musang berbulu ayam selepas beliau pulang dari umrah tempohari. Individu ini mungkin telah merasa dirinya tidak selamat lagi di office DSAI - dan tauke C4 rasa sebelum beliau dipecat dan menuduh lebih baik bekerja dan dituduh. Ada yang mengatakan bahawa kemungkinan juga individu ini “dipaksa”. Melihat gambarnya dengan P.A Najib di sebelah tersenyum gembira, aku lebih suka nampak “Azizan” daripada “Munawar”.

Dan pada hari ini, meletuplah C4 yang ditunggu2 oleh tauke C4 tanah melayu bagi menutup pertuduhan terhadap dirinya dalam akuan bersumpah Pet yang sampai sekarang dingdongnya entah ke mana.

Anwar mungkin ditangkap dan ditahan atas isu ini. Silakan. Jika ada prima facie (betoi ka eja ni?), sila adili dia di mahkamah terbuka dengan membenarkan pemerhati dunia mengikuti prosiding. Pak Lah, buktikan mahkamah kamu sekarang lebih adil dari mahkamah mahadet.
Dalam masa yang sama jangan kalian lupa tentang akuan bersumpah Pet. Heret Pet bersama ke mahkamah dan panggil semua saksi2 tanpa ugutan! Buktikan Rosmah dan Najib tidak terlibat “beyond reasonable doubt”! Jangan kalian lidah bercabang dan hanya bermuka2 untuk menutup kesalahan sendiri!

Rakyat sudah dihimpit dengan inflasi yang melampau, beban hutang yang tinggi, kos hidup yang tak tertanggung, dan jenayah yang semakin parah. Rakyat sudah tidak ada apa lagi untuk dipertahankan.

Yang ada cuma maruah dan semangat untuk kembali bangun menentang kezaliman!

Ayuh Pak Lah! Rakyat pantang dicabarr!!!
  • This is the accuser, Saiful Bukhari (picture in red neckie). My colleagues and I knew that he was planted by the other side. So we kept him under surveillance since the day he turned up in our office just before the March 2008 elections. It was a matter of time and we would have exposed him as someone with links to the office of the Deputy Prime Minister. He knew that the noose was tightening around his neck.

  • There was no security breach because he was not directly involved in the strategic activities of Parti KeADILan Rakyat. He was merely a coffee boy or a butler type.—Din Merican

Press statement on police report

29hb Jun 2008, SHAH ALAM, MALAYSIA
Anwar IbrahimBlog.com

Laporan polis yang dibuat terhadap saya awal hari ini adalah satu rekaan semata-mata. Saya percaya kita sedang menyaksikan ulangan pendekatan sama yang digunakan terhadap saya seperti pada tahun 1998 apabila tuduhan palsu dibuat dengan paksaan. Nyatalah ini satu tindakan terdesak oleh regim Barisan Nasional untuk menghalang usaha rakyat Malaysia menuju kebebasan, demokrasi dan keadilan.

Laporan palsu ini dirancang oleh pihak-pihak berkepentingan untuk menyerang saya sebagai satu serangan balas terhadap bukti yang saya perolehi mengaitkan Ketua Polis Negara Musa Hasan dan Peguam Negara Gani Patail dengan perbuatan salah laku, termasuk usaha pemalsuan bukti-bukti kes yang melibatkan saya pada tahun 1998-99. Serangan jahat ini tidak akan menghalang saya dari mendedahkan bukti-bukti tersebut kepada awam.

Saya menyeru rakyat Malaysia untuk bangun menentang kuasa-kuasa menindas yang akan digunakan oleh kerajaan pada hari dan minggu-minggu berikutnya. Kita menjangkakan pihak media, badan kehakiman dan pihak polis akan tunduk di bawah telunjuk serta arahan pemerintah.

Rakan-rakanku rakyat Malaysia - kita telah mengambil langkah berani pada 8hb Mac 2008 untuk mara demi harapan baru untuk kebebasan dan keadilan untuk semua rakyat. Gerakan rakyat untuk perubahan mesti terus maju dengan segala kekuatan dan keberanian.

ANWAR IBRAHIM

Jangan percaya kepada raja-raja - Hishamuddin Rais


Raja Petra ini entah orang entahkan biawak. Biar betul. Apa bakulnya Raja Petra ni? Siapa yang menjadikan dia raja? Dari lubang mana Mamat ini keluar? Dari bukit mana dia muncul?
.
Dari Jelebu
.
Dari zaman saya kanak-kanak lagi saya telah tidak percaya kepada segala bentuk raja. Apa bendanya raja raja ni? Guli apa yang dipanggil raja in? Entah apa cenerah yang dipanggil raja. Entah apa ke pundingnya di panggil raja. Natang bewok gapo rajo ni?
.


Sampai ke Senaling saya pun tidak akan percaya kepada raja – terutama kalau namanya Raja Petra.
.


Raja Petra ini entah orang entahkan biawak. Biar betul. Apa bakulnya Raja Petra ni? Siapa yang menjadikan dia raja? Dari lubang mana Mamat ini keluar? Dari bukit mana dia muncul? Saya tengok gambar Mamat ini mukanya macam Gurkha dari kem Paroi. Pelik . Kalau benar dia Petra apa ke jadahnya dia di Malaysia? Petra patut duduk di Jordan.
.


Semua raja adalah karut bin marut, terutama Raja Petra. Dia ini adalah raja kacau daun. Raja bikin kacau. Kalau betul Petra ini seorang raja, dia mesti ada kuda, mesti ada gajah. Kalau tidak ada kuda macam mana hendak kelim jadi raja. Kalau JJ kelim dia Raja Raba Bontot saya percaya kerana saya pernah tengok gambar JJ naik bontot kuda. Kerana itu wajib JJ kita ini dinobatkan sebagai Raja Raba-Raba Bontot atau JJRRB.
.


Saya cukup naik darah pada minggu ini. Kerana saya marah maka saya buka tiga botol Moet Chandon. Saya marah apabila saya mendapat tahu Raja Petra ini telah membuat Akuan Bersumpah.
.


Saya cukup marah apabila sumpah Raja Petra ini diajukan kepada dot dot dot..... Saya tidak berani nak sebut nama Minah ini. Minah ini Minah suci. Namanya tidak boleh disebut di khalayak ramai. Bahaya. Apabila Minah ini marah terbarai gelang emasnya. Kalau Minah ini bertambah marah dia akan letupkan perut kita. Minah ini ada ‘power’ beb.
.


Itu fasal akhbar Star hanya berani menggunakan perkataan – a prominent lady. Utusan Malaysia pun tidak berani menyebut nama Minah dengan penuh. Tidak ada title Datin Seri pada pangkal nama Minah ini. Malah Mansor nama ayah Minah ini pun tidak di tulis. Ini kerana Minah ini cepat naik angin. Bayangkan akhbar Star dan Utusan Malaysia yang kaki bodek ini pun takut. Kalau kena sumpah Minah ini perut ketua pengarang boleh meletup.
.


Tapi.... geng Cina saya bagi tahu bahawa akhbar Cina semuanya buat cerita muka hadapan tentang Akuan Bersumpah Raja Petra. Ini pelik. Macam mana akhbar Cina berani sangat. Mereka tidak takut kena dot dot dot ... ke? Saya agak akhbar Cina ini kebal sikit kerana ketua pengrang nya makan daging babi. Mengikut kata Tok Guru saya sesiapa yang makan daging babi tidak akan kena ilmu hitam. Sumpah dan ilmu hitam Minah ini tak menjadi kalau kita makan babi. Kah kah kah.
.


Saya amat yakin lagi percaya bahawa perbuatan Raja Petra betul-betul tidak masuk ajar. Saya kesian melihat muka Mat Najib bakal PM saya itu. Dia kena ambush oleh wartawan di parlimen. Terketar-ketar dan bertambah merah bibirnya dan bertambah gugur rambutnya. Mat Najib TIDAK menjawab soalan wartawan dalam Bahasa Melayu tapi dia speaking. Ini semua kerana kerenah Raja Petra hingga nampak broken inglis Mat Najib sama macam inglis Mat Zam. Ini fasal saya naik bengang. Itu fasal saya buka satu lagi botol Moet Chandon. Kah kah kah.
.


Dari lubang mana Raja Petra ini dapat cerita yang dot dot dot... itu berada di dot dot dot... ketika dot dot dot.... di dot dot dotkan? Saya pun sudah takut nak sebut isi kandungan Akuan Bersumpah itu. Saya takut perut saya juga akan di dot dot dot... kan.
.


Kenapa Raja Petra ini tidak takut? Siapa di belakang Raja Petra? Kalau tidak dari mana Raja Petra tahu? Dia tidak pernah pergi mabuk-mabuk di Press Club. Dia tidak pernah naik ke Level Four. Mesti ada orang di belakang Raja Petra.
.


Saya yakin, selalunya yang duduk-duduk di belakang ini ialah Benggali. Sahih. Tepat. Betul. Di belakang Raja Petra pasti Benggali murtad yang bernama Karpal Singh yang bagi ‘info’. Tetapi bagaimana dengan JJ, dia pun suka raba-raba bontot. Apakah JJ juga di belakang bontot Raja Petra? Ini persoalan yang wajib kita sama-sama pecahkan. Kah kah kah.
.


Saya hairan kenapa Minah dot dot dot.... itu tidak saman Raja Petra. Ini pelik tetapi benar. Suami kepada dot dot dot.... ini juga tidak menyaman Raja Petra. Wahai Sang Suami dot dot dot..... jangan takut dan jangan risau Raja Petra ini bukan raja betul, dia tidak ada kuda. Dia tidak ada gajah macam Raja Siam.
.


Raja Petra ini Raja Klentong. Dia ada menyebut bahawa ada seorang Raja telah juga mendapat laporan resmi dari FBI Malaysia yang mengatakan bahawa dot dot dot.... berada di dot dot dot.... ketika dot dot dot.... di dot dot dotkan.
.


Woit ! Jangan takut dengan Raja Petra, raja yang di maksudkan itu tidak lain dan tidak bukan ialah anak lelaki dia sendiri. Bukan susah hendak jadi Raja, apabila anak kita lahir bubuh nama raja atau alih nama kita di pejabat Pendaftaran Negara. Kalau hendak tahu cara-cara pertukaran nama untuk menjadi raja ini sila hubungi Tengku Adnan. Dia memiliki pengalaman. Kah kah kah.
.


Tetapi kenapa polis pun TIDAK serbu rumah Raja Petra dan tangkap komputernya? Dulu polis serbu. Komputer masuk lokap. Kenapa sekarang tidak? Ini pelik. Kenapa? Kenapa polis hanya menuduh Akuan Bersumpah Raja Petra ini telah memalukan negara?
.


Memalukan negara? Kah kah Kah. Negara kita malu kerana bertelanjang bogel hingga nampak dua telur dan kontolnya bergoyang-goyang. Hal kontol montol ini sila tanya JJ. Dia pakar dalam bidang raba-raba. Tetapi negara kita ini jantan ke betina? Kalau jantan nampak kontolnya. Kalau betina nampak bincatnya. Tetapi kalau betina Melayu bincatnya telah di potong. Kalau negara kita jantan berapa kilo agaknya kemaluan negara kita? Ini bikin kepala saya bengang. Kenyataan PDRM ini telah jelas dan bercelaru. Saya jadi marah lalu saya buka sebotol lagi Moet Chandon. Kah kah kah.
.


Apabila Mat Najib menggunakan perkataan inglis ‘garbage’ untuk melekehkan Akuan Bersumpah Raja Petra saya jadi marah. Saya adalah ahli Sahabat alam. Garbage ini adalah barang baik. Memang betul garbage ialah sampah sarap sayuran lebihan dari dapur. Tetapi ianya boleh di kitar semua. Boleh dijadikan baja. Mengitar semula ialah cara hidup baru. Ini ada satu soalan Cepu Mas. Mana lebih baik garbage atau kapal selam? Kapal selam tidak boleh jadi baja. Kapal selam hanya dapat komisen. Kah kah kah.
.


Saya tidak faham kenapa dot dot dot.... tidak membuat sidang akhbar. Kenapa Mat Najib yang ditanya wartawan. Dari apa yang saya baca Akuan Bersumpah Raja Petra TIDAK ada langsung menyebut nama Mat Najib. Nama dua Minah dot dot dot.... ituy ada. Lalu saya ingin bertanya apa hubungan dua Minah dot dot dot ..... ini dengan Mat Najib.
.


Kenapa Mat Najib bakal PM saya membuat sidang akhbar walhal dalam Akuan Bersumpah Raja Petra telah sahih yang Mat Najib tidak berada di dot dot dot... ketika dot dot dot.... di dot dot dot...kan? Saya yakin Mat Najib ketika dot dot dot.... di dot dot dotkan.... Mat Najib sedang berehat sama ada di Port Dickson atau sedang berehat bersama Ziana Zain....opps... sedang berehat mendengar album Ziana Zain. Mat Najib bakal PM saya ini tidak perlu risau. Saya yakin dia tidak terlibat kerana nama dia tidak tertulis dalam Akuan Bersumpah Raja Petra. Mat Najib boleh senang tidur dan membuat lebih tebal garbage mata.
.


Tapi saya masih marah kenapa Raja Petra ini tidak di tangkap. Saya cadangankan kita siasat dari mana dia mendapat darjah kebesaran untuk menjadi Raja. Orang kampung mana yang menyembah dia. Kalau dia Raja betul-betul raja di mana siongnya. Kalau di buktikan dia bukan raja saya cadangkan dia dibawa ke dot dot dot.... dan di dot dot dotkan... sama seperti dot dot dot .... yang telah di dot dot dotkan...itu.
.
Dan.....dan.....dan jika Raja Petra betul-betul Raja maka kita sebagai rakyat wajib membelikan dia seekor kuda. Jenis kuda terbaik dalam dunia ini datangnya dari Mongolia. Saya ada kenal satu keluarga di Mongolia, dia ada kuda dan ada anak dara cun. Kalau Petra betul Raja macam ini saya tidak marah. Tapi saya masih akan juga membuka sebotol lagi .... kali ini bukan Moet Chandon tapi Dom Perignon. Kah kah kah.

Mat KOMANdo:- HuHuuuu......!!!!!!

Friday, June 27, 2008

Jommmm... kita turun kasik turun Minyak..

Haha.... cm biase laa.... ari-ari pon sebok...

jd tak sempat nak update blog ni....

so.., mat post bende palig penting dan mudah nihaa..... jgn tak tengok plakk....

tengok dan dengak... apo yg hisyamuddin rais say so... haha..

sok abis kerje ade la skit update pasal euro yg dh kat ujong tandok nii...

huhu... tu pon klo tak penat......

Sunday, June 22, 2008

Same Shittttt..!!!!

Apooo.... Laa nasi ekau sok ari yerrkkk.....



Kita Serupaaa.......
"We Got No Confidence Vote"
Berita Utusanmeloya Says:-
Samak sedia letak jawatan jika tewas usul undi tak percaya [utusmeloya]

Tentang Semalam yg Dah melepas

Susulan telaan dukun pasal euro semalam..
Pepagi lagi mat dh budget dh mmg si jiman tu mesti kol mat punye.. bile nak gegak umah dukun tipu.

Mat ckp pagi ni pon boolehhh... so, mat telipon dukun.. tak dapat sehh.. dh masuk tengah hari tepon baru dapat ckp ngan dia. So tengah hari mat pi gegak umah dia ngan si jiman nihh..
Jiman terus melenting sopan "kunn... pe cer nii... hang kata bleh angkat belanda teruss... kira ikut sukaa.."

Dukun terus gelakk "hahaha... sapa suruh hang btau aku yg hang nak buat main tikam... aku pi mentionlah dia bleh pegi siap ngan bijik gol dia sekali... pasal nak kasik hangpa percaya.." "hahaha.."

"Kan aku dh mention kat hang semalam... wording last aku... 'RUNNER-UP' ngan 'Tengok pakai cermin mata puteh'... Bukan 'gelappp'..!!!" "klo hang tak dak mention pasai tikam... aku mmg komponkan runner-up yg pergi punyee" "hahaha..........!!!!!" Si Dukun bantai gelak sakan.

"Hoooo..!!!" mmbr aku jerit kuat. "Ala dukun nii.. kan semalam dh mintak jgn buat mainnn... dia pi buat bahan pulak.."sambung dia.

"Lagi ponn... semalam yg shocking news... euro originnnn......"
"Aku ckp smalam brite tak der shocking tuu... mengikut teori euro yg lagi satuu....."
"Yg shocking maybe briter end-game itali nantii..... kan aku dh pesan smalammm.."
jawab dukun relex sambil gilap kasut itam dia.

"Kun... Abiss mlm ni mana yg pi..??" mmbr aku selamber tanye penuh serius.

"Aikk... hang tak serik lg ka ngan aku..??" jawab dukun.
"Tak tau la pulak"sambung dukun.
"Tp.. klo tidok kat bantal busuk akuuu......137 kali dengkok...... mimpi dia kata Bee...ben..berrn..bern-ruuuss...Germen-Russia kott....:)..?"Telaan dukun selamber.
"Tp.. klo tidok kat bantak ada brend lah............10 kali dengkok....... bunyi dia....
ge.. ge.. gelll... gerr... gelita.... Gerita... Germen-Itali kottt....:).. Siap ulang 14 kali lagi bunyi dia"
Sambung dukun lagi.

"Aikk.... sepanyol langsung tak tersenarai ka kunn..??" tanya mmbr aku.
"Apa hang tak tengok ka aritu F.torres, Sergio ramos ngan Aragones dh berperang kat belah dalammm...???"
"Abis... yg germen pulak.... asal sampai dua-dua bantal hang tidok pon germen ada bunyikk..??"
tanye mmbr aku jiman pada dukun.
" Hang ni mmg mata rabun lee... pi la pakai google klo dh tau rabunnn..!!!" Gurau si dukun.

Hoi.. ekau worang duo-duo nii... ado dngak pasai ronaldo tak.... ala... si C.Ronaldo tuu..??"
tetibe dukun bertanya bersuara semula.
Mat ngan jiman pon jawab " Ekelehh.... mamat tu sapp-a tak kenall... mmg tengah hittzz..."
"Apsal dukunn...??" Tanya jiman.

"Dia sekarang mau saign-in ngan club mana..??, aku dngak ManU ngan Real tengah main akal.." "lepaih tu dia kata nak bagi jawapan lepas abis main euro..." "So, pa jawapan dia..??"
Tanya dukun.
" Tak tau lah kunn..." jawab si jiman.
"Tp biar la dia pikir sndri, dia mau yg lesung pipit satu ka.... lesung pipit dua ka... tak pun lesung pipit atas kaa..... lesung pipit atas bawah....." "Tp den arap... biar dia pilih lesung pipit yg satu.... tak banyak racun..... kalau sampai dua lesung pipit ni buat nampak manis jaa... tp lepaih tuu...... lu pikirrrr la sendriiiiiii..."

Setengah jam Kemudian..
Mat ngan mmbr mat si jiman pon balik menapak lopas tuu....
Si jiman mmg harap kali ni bet mesti mau kena.

Saturday, June 21, 2008

Euro 2008 memang HanGaTT..!!!

buat seminggu lepas mat memang sebok bangett.. so, perkembangan bola tak pon euro yg sedang berlangsung ni pun mat banyak tertinggal. jadik sempena cuti ujong minggu ni mat banyak baca briter tentang euro 08 kat internet ngan selak suat kabor lelepas.

So, sepanjang mat baca briter euro.. banyak jugok yg shocking.. prancis pon getlose. jadi mat senaraikanlah sekit result suku akhir ngan berita yg mat rase penting......

keputusan suku akhir(belum habis lawan):-

Portugal 2 Vs German 3...So, German runner-up win
Croatia 1 Vs Turki 1..........So, Turki (Menang Panelti) runner-up win
Belanda - Vs Rusia - .........Pagi ni lawan(belanda dijangka tepati ramalan)
Sepanyol - Vs Itali - ..........next mrning game(runner-up gak ke..??)

Berita semasa yg menarik:-
fuuhhh.....dh la tuu.. banyak sangat briter hangat.....
lepas abis baca berita yg menarik ni mat terus pi lepak ngan kawan mat yg banyak amek tau pasal euro ni... biasa laa.. ajak borak pasal euro laa pa lagii..
jumpa je member mat terus gelak.. hahaha....
apsal mat tanya, dia jawab dia bet germen ngan crotia..
mat pon terus sambut ngan gelak jugakk...huhu...
mat bagi tau kat dia, ko klo nak bet nengkali pi la jumpo dukun dulu...
klo tak mau jumpa banyak dukun pon ko pi la jumpo dukun kaki tipu..
dia ter peranjat lepas tu dia tanya mat.. "mat, kat ner bleh jumpa dukun tipu tu mat?"
mat pon terus bawak pegi jumpa dukun kaki tipu..
sampai je kat umah dukun mat terus open borak...
borak punya borak, dukun tipu terus tanya, "Hoi ekau 2 worang mai mau apa sebonarnyo?"
aku pon jawab "apo lg kon.. nak tau criter selanjutnya le.."
dia jawab "cerita dukun ari tu tak leh sambung lg.. nak menurun ikut tempoh..",
"tapi klo nak tau no euro apo yg naik boleh lo ejust..." "hehe.."
"yo la kon...yg tu lo yg aku nak mnughunnn....""mana hang tau ni kunnn..??"aku tanya.
"den tau la... den kan dukun..."jawab dukun.
dia terus je bentang kain putih besor, and then....
menurun pon jalan sambil dia melakar schedule euro, lepaih tu dukun pesan..
"klo nak tau criter lg gempak tunggu sampai itali main.. pasai paa.. pasai itu itali mmg pogi jauh.."
dia sambung lagi,
"lagi pon yg malam ni punyo result takder 'shocking'... hang bleh pilih no yg cm biasa laa...." dia sambung lagi,
"itali klo tengok dio mmg nampak payah... tapi kalo taruk pitih boleh pergi tuu...."
hoho.... mmber aku senyum lebau sampai jojak telingo sehhh....,
"kun... hang biak betoi... kang salah cm aku bet potugel kang nayo jo...."santak mmbr aku.
"yg hang pi sambar potugel pekejadahh.... hang ingat yg runner-up takleh pi jauh kaa..???" telaan dukun tipu. Eh dlm hati aku naik pelikk.. "tau jugak dukun ni pakai bahasa inggeriss... runner-up lagi tuu..."
dukun pesan lagii..
"kalo tengok no.... keno pakai cermin mato.. baru jolasss", "hang jgn pakai cmin mato itam.... pakai yg putehh..."

oh jangan Lupa ada beriter jugak sebelum ni pasal yg kalah...........

Bukan Penyokong mana-mana Parti

Ambik kat - No2umno

  • KETIKA diminta komen tentang sambutan 100 Hari Pakatan Rakyat, Dr Asri berkata beliau sendiri bukan merupakan penyokong Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional.

  • Walaupun beliau diminta menjadi panelis untuk Wacana Perdana '100 Hari Pakatan Rakyat' pada esok malam di Lundang, Kota Bharu bersama Saifuddin Nasution dan Dr And Aziz Bari, Dr Asri berkata, "apa yang saya cakapkan selama ini adalah atas dasar kebenaran dan tidak bermakna saya adalah penyokong mana-mana parti."

  • "Pandangan setuju atau tidak tentang satu-satu pendirian parti itu bukan petanda yang saya menyokong mereka. Kita perlu ada cara berfikir yang tersusun. Kalau saya perlu sokong, saya sokong begitulah sebaliknya kalau saya perlu kritik," katanya.

  • Beliau turut membidas cakap-cakap yang mengatakan beliau memihak pada satu parti.

  • "Adakah kerana saya pergi ke satu majlis anjuran PKR bermakna saya ahli PKR?. Inilah cara berfikiran ahli-ahli politik di Malaysia yang jumud, yang berkehendakkan kita menyokong mereka 24 jam. Tidak semestinya saya menyokong PKR kalau saya berucap di medan mereka. Dan tidak semestinya saya menyokong BN kalau saya berada di tempat mereka. Saya bebas dari daerah itu," jelasnya.... selanjutnya
  • berita sebelumnya - "Beri 20 dalil mengapa Abdullah perlu berhenti" Mufti Perlis

Bunyi tajuk menarik..
Baca isik pon bleh tahan gempak..
mufti mcm ni yg org carik.. yg betol ketengahkan yg tak betul kasik hantam.. mmg dh tugas..
bukan yg tak betul kasik sokong.. yg salah kasik "yess".. itu rakyat tak mahu..
klo ada idea yg baik.. cadangkan. Suara terpacul pada masa dan landasan yg betul. Tak der pakai dacing karat timbang tapi tak seimbang. Right is right.. wrong is wrong.
klo mufti dh ada yg baguih.. pemimpin ni susah sikit nak carik yg baguihh... pasal kuasa dia kuat sangat.. tengok saja mcm isue yg tengah hangat(SAPP).. bila dh jadik isue semua terpaksa bukak mulut bagi sokongan pada yg tak betul.. isu minyak naik.. semua pemimpin kanan cakap tindakan itu masuk akal dan tak membebankan..
so kat sini jelas.. pemimpin dh pada level tak boleh pakai.. tak kiralah dari segi mulut dia kaa.. otak dia kaa.. gaya dia kaa... mmg totally tak bleh pakai
mmg dh time kne change dah nampak nyer.

Friday, June 20, 2008

Aiiyoyoooo... ini butul kaa..?????

kasik klik ini word bercolour hijau.

Trafik Light Warna apa agak nye yerr..???

Huhuuu......

Lamo doh tak jengok blog nii.... kat seminggu jugok lahh....
haha Bzi maa.....

Tp yang paling penting, berite makin hangat, hangat tang mana..???? itu mat tak tau.. tp klo nak ambik kira... mungkin pasal lompat-lompat kott.... klo tak pasal lompat-lompat..
pasal Tsunami-tsunami la kott.... haha...

Yg lepas, sebut tsunami, ado kapal kena hentam macam nak pecah....
tp lom karam lagi laa... pasal ada kapal black pearl piret singgah kasik pinjam pamm, so.... itu org dlm kapal ada pasang pamm kasi keluar air dari kapal
oleh kerana tak karam punya pasal tu yg kapal tu dok hanyuuutttt ja tuu...
tp tak tau laa.... itu pamm bleh tahan sampai bila.... takut pakai non-stop nanti kang ada mekanikal problem plakk.. sebab itu pamm dulu every hour jugak lah pasang kat kapal black pearl.

tapi tak paa.... belom karam... bukan maksud tak akan karammm..!!!! ni dia ado dngor citer itu tsunami mau mali lagi.... apa org panggil dia tsunami 2..??? tah apa tah,....

aiiiyyahhhh..... tp ada lagi satu criter semacam je bunyi..... itu criter mari dri dlm kapal waa......
tak tau laa... ada dengar macam ada anak kapal mau turun dri itu kapal.... pasal kapal mau karamm.... ye la... tak pening kepala otak hang... klo kapal mau karam kita dudok dlm lagii..??? mau mati kaa..??? haha...

tp.... ada jugak berita pelikk.. yg naik kapal Black pearl Piret...
dlm-dlm tengah laju dok potong kapal karam... tup-tup.....
doh tak cukop kerusi pulok nak dudok..... ramai now agak nyer anak kapal dia....
doh macm2 halll..... ado pulok desus kata yg sanggup terejun tolong tampal kapal karamm..
pelik betol mat. tak takut mati karam sekali kaa...???
tp tak paa.... pi lantakkan la nasib org yg nak terjon emergency tuu...,. pasal kat desas-desus td tuu, yg paling syok criter dia...... bab part yg last skali.... huhu......hangat beb hangattt..!!!!

kapal black pearl mmg tengah laju skang nii...
syok dan selesa ja org dlm kapal black pearl siap bleh layan criter ultramen 3 lagi tuu.....
ultramen Ace
ultramen biru
ultramen merah
buat takat nii.....
briter ultramen tiga ni pon dh kira gempak dh....
dan tunggu jelah kot-kot ada series ceriter animasi ultramen complet plak.....
sapa tau..... haha.....

Sunday, June 15, 2008

Kaki Tipu Berpencak Lagi


  • Portal Pembangkang selangor.com(omno)

  • Pengguna Meter Pukal Juga Patut Menerima Air Percuma.

  • SHAH ALAM 13 Jun - Kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas negeri Selangor digesa supaya turut melaksanakan pemberian air percuma terhadap rakyat Selangor yang menggunakan meter secara pukal.
  • Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo berkata, pemberian air percuma untuk 20 meter padu pertama ketika ini hanya melibatkan pengguna meter individu dan tidak menyeluruh untuk semua rakyat negeri ini.
Cehhh..... geli aku baca tajuk yg dia buat ni. Dukun tipu ni nak berpencak sumbang lagi nampaknya. Bila org dh laksanakan nanti kang dia cakaplah dia punya jasa. Podahh.....!!!!
padahal org tu memerentah mmg ada niat nak turun kan..... bukan taknak turunkan... tp sering dihalang oleh syabas. dan....... tau-tau laa angkara sapa...... cm tak biasa pulak...
lepas tu dia nak buat-buat lagak hero plak. HHeeeeyyy kaki tipu oiiii..... bersandiwara je ko erkk..??? keje lain tak tau buat kaa..????
ingat org lain perentah mcm hang perentah kaa..???? bukan org tak ingat..... yg dia tu naik jd MB ja dulu, air la yg dia kerjakan dulu..... masa tu la wujudnya syabas nii..... hek elehhh..... org blom bodh cm hang kaki tipu oiii... Piiirraahhhh......
masa naikkan air, angkat syabas dulu bukan main siap berjanji dptkan khidmat dan kualiti air yg terbaikk.... semua dpt nikmat..... sekali selongkar.... ramai lagi yg tak dpt bekalan air kat selangor.... air tak sebersih mana..... lebih kurang je ngan negeri lain. Piiirraaahhh.....!!!!!!

Saturday, June 14, 2008

Kerajaan tak berniat nak membabankan rakyat

cerita pasal beban rakyat nii.... yg sebenar nya kita mmg dh lama kne tipu dri dulu lagi... sejak zaman si tua zalim lagi. Kita tak habis-habis kne sogok kat telinga akan kemajuan negara yg katanya moden sungguh. Dia kata rakyat kita semua dh kaya raya.... satu rumah semua dh ada "motor" itu dia kata dh kaya...???? kepala tok dia.

Lepas tu habis smua budak skolah kne tipu ngan depa smua.. skang budak skolah tu smua dh besar-besar dh dh tau nilai yg apa depa kata tu tipu.. mana tak tipu.. dulu dia kata kita rakyat dh kaya.... takrik subsidi sebab dh kaya sangat rakyat Malaysia ni, lepas tu dia kata satu rumah satu komputer... lepas tu setiap sekolah ada makmal komputer.... naik koridor sana koridor sini, berjuta duit habis nak ikut cakap dia... tp tak dak hasil.

Buat criter pasal 2020 kununnya kita betol-betol tengah nak moden lahhh..... Moden kejadahnya.... proton pon tak terjaga..... MAS lg la mcm2 criter....

Dalam criter-criter moden dia naikkan mcm2 lps tu diselitkan pulak dengan perkataan "Tidak membebankan rakyat" kepala tok dia.

Ni koridor tak berenti-berenti lagi ni...... tengah naikkan lagi.... dlm masa sama ceriter stinggan sifar...... kepala tok dia setinggan sifar....... dia bikin negara jadi safari ada lah.....

dlm Maju-maju..... Moden-moden.....nak tolong rakyat...... ketuanan melayu...... tetibe.,
minyak naik 78sen.....Hakhakhak........

Haa... padan kan muka kau rakyat. Tak lama lepaih tuu.... suruh plak org makan ubi.....
HooIIIIIiiiii..... ko ilang akal paa....???? moden apa mcm nii..??? moden kepala tok dia....

mcm2 la alasan dia..... minyak habis la.... subsidi tak tertanggung laa..... negara bankrup laa....
kepala tok dia....

aikkk..???? minyak naik, tol naik, barang makan naik, tax kereta la apa la... mcm2 lagi yg hang kaut selama ni pon buleh bankrap gak..????? ke hang yg jenis korap..????

apa.............. yg jd menteri selama ni org bebal ka...???? sampai boleh bankrup negara pasal subsidi jee..??? tak reti merentah blahhhh......!!!!!! skang dh ada parti yg nak dicalonkan nii....

Hoiii.... org tak merentah pon tau cm ne nak calculate duit untung minyak, nah baca sini, org yg tak mengaku bijak punya culculate........ tp klo ikut culculate menteri, negara bankrup...
kepala tok dia...!!!!!!!

Ceramah Pasai Minyak

MINYAK – KENAPA KITA MARAH- Hishamuddin Rais

Hishamuddin Rais

Harga minyak semakin meledak tinggi. Orang ramai semakin marah.

Saya telah menulis tentang bahan bakar minyak petroleum ini seawal wujudnya kolum Dot Mai saya di Malaysiakini. Saya juga telah menulis tentang perkara yang sama untuk pembaca Mandrin di akhbar Oriental Daily. Apabila saya menulis di Suara Keadilan agenda
minyak ini telah beberapa kali saya garap.


Kali akhir saya menulis tentang minyak ialah apabila saya membaca niat PKR untuk menurunkan harga minyak sebagai janji pilihan raya umum ke 12. Saya memiliki pandangan yang berbeza dari hal bahan bakar minyak petrol.
Saya sedar TIDAK ramai yang memahami apa yang telah saya tulis dalam masa sepuluh tahun ini. Ada yang tidak mahu faham. Dan ada pula yang menganggap pandangan saya ini adalah pandangan seorang hippie yang anti-kereta dan anti-pembangunan.

Saya adalah penganut mazhab Peak Oil/Puncak Minyak. Puncak Minyak ini adalah satu teori yang mengajukan pandangan bahawa minyak yang mula ditemui 150 tahun dahulu kini kian habis. Pada awalnya bahan mentah ini senang memancut dan mengalir keluar. Peningkatan
ilmu dan teknologi moden telah dapat pula membantu pengaliran minyak dengan banyak - sama ada dari daratan mahu pun dari perut laut.


Pancutan yang melimpah ruah dari telaga minyak ini akhirnya akan sampai ke satu tahap yang paling tinggi. Tahap tinggi ini dipanggil Puncak Minyak. Sesudah sampai ke tahap puncak ini maka pancutan minyak itu akan mula menurun. Akhirnya untuk mengeluarkan saki minyak dalam perut bumi air wajib dipancut ke dalam bumi agar dapat menolak minyak ke atas. Ini sedang berlaku di banyak telaga-telaga minyak di Saudi.

Ketika pancutan/pengaliran bahan bakar ini melimpah dengan banyak maka negara-negara yang memiliki telaga-telaga minyak itu telah menjadi negara pengeksport minyak. Negara-negara ini menjadi kaya dan telah bergabung di bawah OPEC. Apabila pengeluaran minyak
susut – tidak mencecah satu juta tong sehari untuk di terima sebagai ahli OPEC - maka negara ini terpaksa meninggalkan OPEC. Ini telah berlaku kepada Indonesia.


Negara jiran kita ini bukan lagi negara pengeksport tetapi negara pengimport minyak. Susutnya pengeluaran minyak adalah tanda-tanda bahawa telaga-telaga di negara ini telah melintasi Puncak Minyak. Inilah sebahagian dari asas teori Puncak Minyak.

Data-data pengeluaran minyak dari negara-negara pengeksport telah menunjukkan semakin banyak negara-negara pengeluar minyak telah melintasi zaman Puncak Minyak – ertinya minyak dalam perut bumi negara itu semakin kurang. Malaysia sendiri dalam masa 10
tahun yang akan datang TIDAK lagi menjadi negara pengeksport bahan bakar minyak.


Jika kita faham dan mahu menerima asas teori Puncak Minyak ini maka kita perlu melakukan tindakan dan langkah-langkah yang logik dan masuk akal. Retorik politik perlu dipadamkan kerana ia bukan jawapan untuk Puncak Minyak. Kita semua wajib ‘sejuk kepala’ agar dapat
dirangka strategi jangka pendek dan strategi berjangka panjang untuk menghadapi dunia tanpa minyak yang PASTI berlaku dalam hayat kita ini.


Memang betul bahawa kenaikan harga minyak yang baru berlaku ini telah menaikkan kemarahan rakyat. Kenaikan harga petrol ini sudah pasti akan membawa mudarat ekonomi. Harga barang-barang keperluan akan naik dalam masa yang terdekat. Kos belanja hidup akan
meninggi, selagi gus tahap kehidupan warga akan menurun kerana pendapatan/ pencarian tidak lagi dapat menampung kos.


Memang tepat jika orang ramai bangun membantah, berdemo dan memprotes kenaikan harga minyak yang menyusahkan orang ramai. Tetapi kemarahan ini juga seharusnya berdasarkan beberapa perkara yang hakiki yang perlu di fahami oleh orang ramai.

Marah kerana minyak petrol naik harga sedang menjadi-jadi di seluruh dunia. Demonstrasi sedang merebak di merata-rata kota dalam dunia. Marah yang menyirapkan darah rakyat Malaysia ada puncanya. Malaysia sebagai negara pengeluar minyak tetapi harga minyak mahal. Kenapa ini berlaku? Inilah soalan yang menyirapkan darah.

Soalan – kenapa ini berlaku - menjadikan orang ramai marah. Jawabnya – semua ini adalah hasil kerenah dasar ekonomi kerajaan United Malays National Organisation. Dasar ekonomi pembaziran selama 50 tahun ini telah membuat orang ramai marah. Kemarahan ini pasti
menjemput orang ramai turun ke jalan raya untuk berdemo.


Kemarahan awal – semenjak syarikat Petronas ditubuhkan pada tahun 1974 – kita sebagai warga negara telah TIDAK diberitahu penyataan kira-kira kewangan syarikat minyak ini. Syarikat minyak ini adalah hak milik negara. Negara itu ialah kita semua. Kita ialah rakyat.
Ertinya Syarikat ini adalah hak milik kita semua. Bukan hak milik United Malays National Organisation, bukan hak milik Hassan Merican atau hak milik Mahathir Muhamad.


Sebagai warga kita berhak untuk mengetahui pendapatan, belanjawan dan pelaburan yang telah, yang sedang dan yang akan dilakukan oleh Petronas. Selama lebih dari 30 tahun ini duit dari Petronas telah TIDAK diketahui ke mana lesapnya.

Kemarahan kedua – Pembaziran demi pembaziran telah dilakukan selama 22 tahun oleh Mahathir Muhamad. Lihat bangunan Dayabumi – kosong. Lihat bangunan berkembar Petronas – satu darinya kosong. Lihat pula Litar F1 Sepang – kosong. Lihat pula Bangunan Konvensyen di Putera Jaya – kosong. Lihat pula agenda Monsoon Cup - kosong. Lihat pula Kampung Hadari di Kuala Terengganu – Kosong. Berbilion-bilion duit Petronas diambil untuk projek-projek gila.
Marah sahaja TIDAK cukup.


Masanya telah sampai untuk kita semua turun ke jalan raya untuk menghentikan pembaziran ini.

Rakyat WAJIB bangun, marah, keluar berdemo dan menuntut dibuka semua akaun Petronas untuk di ketahui umum. Kenapa akaun ini dijadikan rahsia? Kenapa rahsia? Apa sebab menjadi rahsia? Apa yang ingin di sorokkan?

Kemarahan ke tiga - Rakyat wajib tahu – berapa ramai pemain Filharmonik Orkestra Petronas itu rakyat Malaysia? Rakyat wajib tahu berapa belanja mengupah Mat Saleh kokak yang dalam negara mereka sendiri TIDAK ada kerja, kini datang berlagak menjadi pemuzik di Malaysia?

Kemarahan ke empat - Najib dan Razak Baginda yang mendapat komisen beli kapal selam itu duitnya datang dari mana? Apa gunanya kapal selam ini? Hendak menyelam apa? Apakah ini projek-projek ‘senjata’ ini bertujuan untuk buat duit? Bukankah ini duit dari jual minyak?

Kemarahan ke lima - Rakyat wajib diberi tahu siapa yang melantik Mahathir Muhamad menjadi penasihat Petronas? Ketika Mahathir berkuasa dahulu siapa pula penasihat Petronas? Kalau dahulu TIDAK ada penasihat kenapa sekarang perlu ada. Apakah Mahathir Muhamad yang menjaga duit Petronas? Betul kah duit Petronas telah diambil untuk membayar hutang Mirzan anak Mahathir pada tahun 1997 dahulu?

Lima kemarahan ini hanyalah kemarahan awal. Hakikatnya jika semua pembaziran ini dihentikan PASTI harga minyak dapat diturunkan.

Tetapi waspada penurunan ini hanya untuk sementara. Kerana akhirnya minyak tidak dapat tidak akan naik juga harganya kerana bahan bakar petrol semakin kurang ditemui. Jadi tuntutan kita untuk menurunkan harga minyak hari ini wajib dibaca sebagai strategi jangka pendek untuk membeli masa.

Membeli masa bertujuan agar kita dapat melakar strategi berjangka panjang. Satu dasar baru untuk melahirkan satu struktur ekonomi baru yang dapat mengubah seluruh cara hidup kita semua. Strategi ini memerlukan perbincangan yang mendalam. Memerlukan pandangan dari semua sektor ekonomi. Strategi ini TIDAK memerlukan retorik politik tetapi daya fikir untuk melihat bukan 10 atau 20 tahun tetapi untuk melihat 1000 tahun tamadun manusia yang akan datang.

Jadi – masa nya telah sampai untuk kita semua turun ke jalan raya. Turun ini bukan sahaja untuk mengubah harga minyak tetapi untuk mengubah keyakinan diri kita bahawa akhirnya kerajaan ini adalah milik rakyat. Hanya kerajaan berpaksikan kepentingan rakyat dan BUKAN kerajaan berpaksikan untung yang dapat menyelesaikan masalah orang ramai hari ini.

Recent Posts


Vindicated - Dashboard Confessional