Pengumuman/Seruan {MatKOMANdo HoMe}
----------------------------------------------------
Alternatif untuk melawat laman web Malaysiatoday di SINIatau gi ke IP Address nya http://202.75.62.114/2008/
----------------------------------------------------
Mariii....!!!!! Hargai Pengorbanan Raja Petra...!!!!!!!!!
----------------------------------------------------
Mariii Kita Bocorkan Tembok ISA dengan 16 Septemberr..!!!!
----------------------------------------------------
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yg Suci sertaSalam Merdekakan Malaysia. - Mat KOMANdo
----------------------------------------------------

Showing posts with label DSAI. Show all posts
Showing posts with label DSAI. Show all posts

Saturday, September 13, 2008

Anwar: Bebaskan tahanan ISA segera....!!!!!!

Kerajaan Barisan Nasional yang diketuai UMNO menggunakan kuasa kuku besi untuk menindas dan membungkam rakyat Malaysia yang berani bangkit bersuara demi kebenaran dan integriti. Mereka teguh menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap segala penyalahgunaan kuasa, korupsi dan politik perkauman yang sering dimainkan oleh elit pemerintah.

Saya mengulangi kecaman saya terhadap ISA dan penggunaannya untuk menahan penulis blog serta aktivis terkenal Raja Petra Kamaruddin, Ahli Parlimen Seputeh yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor YB Teresa Kok dan wartawan Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng.

Pada 8hb Mac dan kemudiannya pada 26 Ogos, rakyat Malaysia menyuarakan hasrat mereka agar terbentuknya sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan mampu untuk memenuhi aspirasi rakyat. Barisan Nasional yang diketuai UMNO sudah sekian lama mengabaikan tanggungjawab ini. Mereka gagal untuk memenuhi tuntutan perubahan, malah sanggup untuk menggadaikan negara ini untuk menyelamatkan diri sendiri serta untuk mengekalkan kuasa mereka.

Kita tertanya-tanya sejauh mana kerajaan ini sanggup untuk menidakkan keadilan, menghancurkan institusi kenegaraan dan mengadu domba rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Kami secara tegas menolak politik perkauman yang dimainkan oleh ahli politik Barisan Nasional yang diketuai UMNO, apa yang belaku jelas merupakan satu usaha mereka untuk mengalih perhatian rakyat dari masalah dalaman UMNO yang kian memburuk. Kami pimpinan Pakatan Rakyat bertekad serta berjanji bahawa kami tetap komited untuk membina masyarakat berbilang kaum yang teguh.

Kami ingin menyorot pandangan semua kepada kenyataan Pakatan Rakyat yang dikeluarkan pada 8hb September lalu. Kenyataan itu membuktikan iltizam kami untuk menjunjung jaminan yang termaktub di dalam Perlembagaan termasuklah kedudukan Islam sebagai agama rasmi, hak rakyat Malaysia untuk mengamalkan agama masing-masing, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan hak kaum masing-masing untuk menggunakan bahasa ibunda mereka dan kedudukan Raja-Raja Melayu serta kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera lainnya.

Kami menggesa kerajaan untuk memberi jaminan kepada rakyat Malaysia bahawa operasi yang bermotifkan politik ini sudah berakhir. Sebagai rakyat negara ini yang bertekad untuk mematuhi semangat keperlembagaan, kita sudah tidak mahu lagi hidup di dalam ketakutan.

Kami menggesa sesiapa sahaja yang ditahan dibawah ISA mestila dibebaskan segera. Kami juga menawarkan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada rakan-rakan kita yang ditahan serta keluarga mereka tatkala melalui saat-saat sukar ini.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang
Ketua Umum, Keadilan

Friday, August 1, 2008

Kerusi permatang Pauh

Malaysiakini

Wan Azizah berkata, beliau telah menghantar surat peletakan jawatan tersebut kepada Speaker Dewan Rakyat hari ini. Permatang dianggap sebagai kerusi yang selamat berdasarkan kepada keputusan pilihanraya umum lalu, Wan Azizah menang besar dengan majroti 13,388.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melepas kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk membuka laluan kepada suaminya, yang juga Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihanraya kecil untuk kerusi tersebut.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibupejabat PKR di Petaling Jaya, Wan Azizah berkata, beliau bagaimanapun kekal sebagai presiden PKR.Wan Azizah berkata, beliau telah menghantar surat peletakan jawatan tersebut kepada Speaker Dewan Rakyat hari ini.

Permatang dianggap sebagai kerusi yang selamat berdasarkan kepada keputusan pilihanraya umum lalu, Wan Azizah menang besar dengan majroti 13,388.

Beliau mendapatkan 30,348 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dari Umno, Datuk Pirdaus Ismail yang memperolehi 16,950 undi.Wan Azizah mewakili kerusi Permatang Pauh selama tiga penggal. Dalam pilihanraya 2004, beliau menang tipis dengan majoriti 590 undi, juga menewaskan Pirdaus.

Malaysiakini

Tuesday, July 1, 2008

Keyakinan Mat masih pada dia ni......

Mat tetap yakin, walau apa pun yg berlaku..... penyokong tetap menganggap beliau sebagai seorang hero dan aura perubahan.

Monday, June 30, 2008

Cubaan bunuh DSAI...!!!!!!!!!!!!!!!!!

Zulkifli Noordin

Perlu saya ingatkan bahawa cubaan untuk membunuh DSAI telah berlaku sejak awal 1990an lagi:
  • Helikopter Nuri yang membawa DSAI semasa beliau TPM jatuh terhempas selepas menghantar beliau ke Pulau Pinang penghujong tahun 1990an. Tidak lama selepas itu berlaku peristiwa pemecatan DSAI. Helikopter tersebut disyaki telah disabotaj;
  • Sistem brake kenderaan rasmi DSAI telah disabotaj menyebabkan ia hampir meragut nyawa DSAI apabila kenderaan tersebut menuruni bukit di Langkawi semasa lawatan rasmi DSAI sebagai TPM. Kecekapan pemandu kenderaan tersebut menyelamatkan DSAI. Perkara yang hampir sama berlaku kepada peguam utama DSAI Allahyarham Aris Chris Fernando bila sistem brake kereta Jaguarnya disabotaj hingga beliau hampir kemalangan serius di lebuhraya KL-Seremban semasa kes DSAI sedang berjalan;
  • Helikopter yang sepatutnya membawa DSAI telah disabotaj menyebabkan rakan beliau Tan Sri Yahya Ahmad terkorban apabila helikopter tersebut jatuh terhempas. Asalnya DSAI dijadualkan menaiki heli tersebut keesokan paginya tetapi TS Yahya menggunakannya malam itu untuk menziarahi ibunya yang sakit;
  • Cubaan membunuh DSAI semasa penangkapannya tahun 1998 bilamana unit UTK Polis menyerbu masuk rumah DSAI dengan senjata lengkap pada 20 Sept 1998. Namun usaha itu gagal kerana UTK mendapati terlalu ramai orang awam dirumah DSAI semasa itu;
  • Cubaan membunuh DSAI semasa dalam tahanan di Penjara Sg. Buloh melalui racun arsenik. Cubaan ini disahkan oleh Polis Australia yang menyiasat racun tersebut di Makmal Polis Melbourne;

Jadi berdasarkan rentetan cubaan membunuh ini, kami berpendapat maklumat yang kami terima berkenaan cubaan terbaru ini tidak bolej dipandang ringan. Atas sebab itulah kami membuat keputusan menasihatkan DSAI menerima tawaran Kedutaan Turki untuk melindungi DSAI. Kami berharap rakyat bertenang namun sentiasa mengikuti perkembangan mutakhir dan mendapatkan maklumat dari sumber-sumber yang sahih.

Adios

Zulkifli Noordin

Sunday, June 29, 2008

The Action........Bila dh nak tersembam ketanah........

Seperti biasa mat mmg dh lamo tak folow rapat blog news yg lelatest nihh.... folow gegitu je lah...tp sepanjang tempoh tu pasti keadaan hangat mula melenting-lenting. Mmg benar lah Election Uniq Rimba Organisation 2008(Euro 2008) itu hangat.

tp kali ni mat bukan nak bertulis focus pasal euro ni.... klo ikut niat smalam mmg cm tu... tp nak buat cm ner..... masa final euro nilah yg paling dan makin hangat yg membuatkan penulisan euro digantung malam haha.... klo sempat(sebelom euro start)

DSAI sekali lagi hadapi tuduhan mcm tahun 98/99 dulu. Kali ni datangnya dari seorg budak yg tak masuk akal.... DSAI dah buat kenyataan di blog beliau... kenyataan tian chua juga menganggap itu adalah fitnah..... malah sebelum laporan ini di buat lagi sudah ada yg menjangkakan mmg akan ada musang berbulu b*b* yg akan gunakan c4 kat jantung dan hati penyokong DSAI supaya meledak dan meletup.

Tak tahu apalah kesudahan cerita seram ni nanti..... klo ikut tilikan haritu mmg betol.... kat bahagian sini ada bunyi gelita.... tu yg seram tu... (eh nak masukcriter euro plak) sori tersasul. Mengikut malaysiakini anwar sedang berlindung di kedutaan Turkey. Sebab kali ini bukan sahaja kariernya diancam... tetapi nyawanya juga. Dan kali ini kes tuduhan liwat didakwa berlaku di 'kondo di Damansara'. Sejauh mana kebenarannya...... rasanya pasti tak benar lagi. Dollah dh buat kenyataan yg dia tak berniat nak buat tuduhan bagitu juga timbalannya(boleh caya ka niii..???) hang dh la bohong selalu..... cakap selalunya terbalik.... kata tak bubar... pastu bubar... kata tak kawin..... lepastu kawinnn.... kata tak naik minyak.... lepastu naikkk.... la ni.... kata tak berniat.... pasti la berniat.... tak gitu... Namun begitu... limkitsiang menurut blog nya... tuduhan kali ni mesti lebih hebat lagi.

Walaubagaimanapun.... saya gemar mendengar gaya Tuan Guru Nik Aziz menjawab... tidak menuduh dan tidak menolak, jika benar katanya biar bersaksi.

Mcm tu betol... ini soal maruah. Dan benda ni akan datang setiap kali seseorg itu kelihatan semakin nazak berada dihujung tanduk. Lelaki kotor telah digunakan kali ini utk mengaku diliwat. Dan aku yakin.... DSAI salah atau tidak.... ditangkap atau tidak.... pasti akan ada org yg tertarik utk mengkor bontot sibudak kotor ni. Dan dptkah anda bayangkan masa depan sekiranya dia ada anak...??? pasti anak dia kne hentam... "bapak ko kene liwat nak kecoh apa....???"

Dan dapatkah anda bayangkan.... lepas ni tilam brend apa yg akan diusung naik dan turun mahkamah..??? tak pon klo nak ikut dri pengalaman tukang angkat tilam yg sekarang ni ketua....... agaknya kali ni angkat bantal je kot.... sebab kalau tilam tu berat sangat.... nak kena pikul ramai.... nanti jawatan pon nak kena banyak ready, susah tu... leceh. Klo ikut pengalaman mungkin bantal je la depa angkat..... tp brend apa.... takut yg kilang belom sell kat market pulak... dan berkemungkinan..... bantal brend-Lah kottt... haha...

Hoho..... agak-agak mat kali ni bukan sesetengah parti politik je bergolak... tp Puhh-Lizzz pon bergolak sama.... pasal pasti berebut nak angkat bantal brend-Lah tu nanti... klo dpt angkat.... maka dpt lah ganti tempat si pencen kontrek...haha.......

ohooohoooo..... lupo pulok.... ini ada lagi ni yg mesti direbuttt... cepat-cepat....!!!!! tempat guam-guam..... ni nanti kosong jugak nii.... cepat skit.... sapa-sapa ada yg nk sukarela.... hendle kes emergency nii..??? mesti berebut punya.... baru bleh naik sampai kapla.... klo takkkk..... sampai tua pon dok jadik ekok....

Bantal-bantal jugak, perhimpunan tetap perhimpunan.. ohh.... tadi dlm baca dan membaca tulisan dri pelbagai blogers..... terjumpa pulak komen yg berbunyi:-

wanna see again/repeat incident;
1. khalid jafri kaki potong

2. wife dato samsuddin mati accident
3. rumah banglo jeneral collapse tanah runtuh
4. mokhtar dugung koma then mati
5. dr ristina brain tumour
6. etc…etc…

oh.....membaca komen saudara ni..... teringat pulak mat pada hujah TG nik Aziz..... errmmm.... tp masih ada yg gemar dan suka mencabar kerana mahu rasa apa itu erti nikmat bala. Walaubagaimanapun.... news smpai petang ni bleh dirungkai setakat ni sahaja. Mungkin perkembangannya pada waktu malam atau esok hari.

Recent Posts


Vindicated - Dashboard Confessional