Pengumuman/Seruan {MatKOMANdo HoMe}
----------------------------------------------------
Alternatif untuk melawat laman web Malaysiatoday di SINIatau gi ke IP Address nya http://202.75.62.114/2008/
----------------------------------------------------
Mariii....!!!!! Hargai Pengorbanan Raja Petra...!!!!!!!!!
----------------------------------------------------
Mariii Kita Bocorkan Tembok ISA dengan 16 Septemberr..!!!!
----------------------------------------------------
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yg Suci sertaSalam Merdekakan Malaysia. - Mat KOMANdo
----------------------------------------------------

Showing posts with label Mufti. Show all posts
Showing posts with label Mufti. Show all posts

Saturday, June 21, 2008

Bukan Penyokong mana-mana Parti

Ambik kat - No2umno

  • KETIKA diminta komen tentang sambutan 100 Hari Pakatan Rakyat, Dr Asri berkata beliau sendiri bukan merupakan penyokong Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional.

  • Walaupun beliau diminta menjadi panelis untuk Wacana Perdana '100 Hari Pakatan Rakyat' pada esok malam di Lundang, Kota Bharu bersama Saifuddin Nasution dan Dr And Aziz Bari, Dr Asri berkata, "apa yang saya cakapkan selama ini adalah atas dasar kebenaran dan tidak bermakna saya adalah penyokong mana-mana parti."

  • "Pandangan setuju atau tidak tentang satu-satu pendirian parti itu bukan petanda yang saya menyokong mereka. Kita perlu ada cara berfikir yang tersusun. Kalau saya perlu sokong, saya sokong begitulah sebaliknya kalau saya perlu kritik," katanya.

  • Beliau turut membidas cakap-cakap yang mengatakan beliau memihak pada satu parti.

  • "Adakah kerana saya pergi ke satu majlis anjuran PKR bermakna saya ahli PKR?. Inilah cara berfikiran ahli-ahli politik di Malaysia yang jumud, yang berkehendakkan kita menyokong mereka 24 jam. Tidak semestinya saya menyokong PKR kalau saya berucap di medan mereka. Dan tidak semestinya saya menyokong BN kalau saya berada di tempat mereka. Saya bebas dari daerah itu," jelasnya.... selanjutnya
  • berita sebelumnya - "Beri 20 dalil mengapa Abdullah perlu berhenti" Mufti Perlis

Bunyi tajuk menarik..
Baca isik pon bleh tahan gempak..
mufti mcm ni yg org carik.. yg betol ketengahkan yg tak betul kasik hantam.. mmg dh tugas..
bukan yg tak betul kasik sokong.. yg salah kasik "yess".. itu rakyat tak mahu..
klo ada idea yg baik.. cadangkan. Suara terpacul pada masa dan landasan yg betul. Tak der pakai dacing karat timbang tapi tak seimbang. Right is right.. wrong is wrong.
klo mufti dh ada yg baguih.. pemimpin ni susah sikit nak carik yg baguihh... pasal kuasa dia kuat sangat.. tengok saja mcm isue yg tengah hangat(SAPP).. bila dh jadik isue semua terpaksa bukak mulut bagi sokongan pada yg tak betul.. isu minyak naik.. semua pemimpin kanan cakap tindakan itu masuk akal dan tak membebankan..
so kat sini jelas.. pemimpin dh pada level tak boleh pakai.. tak kiralah dari segi mulut dia kaa.. otak dia kaa.. gaya dia kaa... mmg totally tak bleh pakai
mmg dh time kne change dah nampak nyer.

Wednesday, May 28, 2008

Mufti Perlis cubit PAS cubit Umno, tetapi tercubitkah?

By - Roslan SMS
n32.blogspot

  • Ramai yang mengatakan PRU ke 12 merupakan suatu "Tsunami Politik", Presiden PAS TG Hj Abd Hadi mengatakan ia bagaikan "gunung berapi politik" suatu pengajaran dan iktibar buat Umno dan BN, apa pun rupanya bukan hanya orang politik dan orang awam sahaja terkena arus tsunami atau ledakkan lahar gunung berapi itu, rupa-rupanya Tok Mufti pun tak terkecuali.Kerana itu saya lebih bersetuju dengan TG kerana kalau ia tsunami semuanya musnah dan mati belaka, tetapi jika ia gunung berapi, ia memuntahkan lahar yang boleh menyuburkan kembali bumi, memberi kesedaran dan nafas baru kepada ramai termasuklah barangkali tok-tok Mufti.

  • Hari ini Mufti Perlis memuatkan teguran, kritkkan yang penuh sinis dan kadangkala bagaikan senafas macam orang politik dalam ruangan mingguannya di Mingguan Malaysia. Saya agak beliau memang sesuai jika mahu terjun ke gelanggang politik, pilihlah antara banyak bahtera yang tersadai atau meluncur dipersada politik negara hari ini.Saya tertarik apabila beliau menghurai dan membicarakan bahawa Islam itu adalah matlamat dan bukannya alat. Apa yang saya boleh faham berdasarkan penanya itu, jika kita berjuang untuk memartabatkan Islam maka jangan sekali-kali Islam itu diperalatkan. Jika begitu nanti agama hanya kelihatan sebagai bahan main-mainan untuk mendapatkan untung dan tenpat.Bermaksud jangan matlamat menghalalkan cara. jangan berpilih-pilih membawa Islam versi satu kepada penonton satu dan versi dua kepada penonton dua.

  • Lalu apabila takut penonton dua meninggalkan kita, maka kita masukkan pula versi tiga, kerana yang penting kuasa terus kekal ditangan kita. Itu anologi saya terhadap artikel beliau yang panjang lebar itu, memang tajam dan kekadang sinis tetapi jika ada asas kebenarannya maka perlu ditelan walaupun pahit.Saya yakin beliau turut mencubit Umno apabila beliau menyebut kadangkala agama diguna sekadar untuk penghias majlis, bukannya memegang prinsipnya. Majlis rasmi dimulakan dengan doa tetapi perjalanan majlisnya tidak berteraskan prinsip Islam, dalam erti kata lain menjadi majlis maksiat.

  • Beliau juga menyebut ada pemimpin negara bagaikan "sumpah-sumpah" yang berubah warna mengikut majlis. Kata beliau ada yang mengajak rakyat jangan membazir tapi dalam majlis yang lain pemimpin tadi mengepalai pembaziran. Ada yang bercakap tentang rasuah dan amanah tetapi dalam majlis lain merekalah yang menganugerahkan projek-projek kepada "anak pinak" dan "rakan taulan" dengan cara yang dipertikaikan.Bagus, dalam dan bermakna sekali teguran-teguran beliau termasuklah berkenaan Hang Berani yang katanya sekadar berani menghunuskan keris tetapi kemudiannya menjadi Hang Takut.

  • Tetapi dalam waktu yang sama semua mufti-mufti juga diharapkan jangan pula diperalatkan oleh jawatan mereka. Mufti-mufti mesti "above politics" jangan terlibat sekali-kali dalam politik, apalagi berkempen untuk parti itu dan ini atau calon itu dan ini atau melobi. Kalau berjaya begitu barulah mufti-mufti dapat membuktikan kepada semua bahawa Islam itu matlamat mereka dan bukannya alat. Barulah yang menegur tidak melakukan kesalahan yang sama yang dilakukan oleh puak yang ditegur.Berlapang dadalah semua untuk menerima yang baik dan membuang yang keruh.

  • by roslan sms

Recent Posts


Vindicated - Dashboard Confessional