Mutaligat.blogspot
Semalam Pesta Rasuah yang saya katakan terbukti berlaku apabila Badan Pencegah Rasuah (BPR) menahan calon Ketua UMNO Bahagian Seremban, Mohd. Nor Awang kerana disyaki memberi sogokan wang kepada seorang ahli UMNO untuk mengundinya pada mesyuarat cawangan.
Pengarah Siasatan BPR, Datuk Shukri Abdull memberitahu Mingguan Malaysia, Mohd. Nor ditahan ketika memberi sogokan RM500 kepada ahli berkenaan di Seremban pada pukul 4 petang semalam.
‘‘Mohd. Nor ditahan kerana memberi wang suapan kepada seorang ahli UMNO untuk mengundinya dalam pencalonan jawatan Ketua UMNO Bahagian Seremban pada satu mesyuarat cawangan.
‘‘Mohd. Nor ditahan kerana kesalahan di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997,’’ katanya ketika dihubungi malam tadi.
Penahanan beliau adalah kes pertama membabitkan calon yang bertanding bagi pemilihan UMNO untuk penggal 2008/2011 kerana dakwaan politik wang.
Dalam pemilihan UMNO Bahagian Seremban kali ini, Mohd. Nor mencabar penyandang jawatan itu, Datuk Ishak Ismail.
Sehingga hari ini, Mohd. Nor telah mendapat 13 pencalonan manakala Ishak memperoleh sembilan pencalonan daripada 22 cawangan yang telah bermesyuarat. Bahagian tersebut mempunyai 67 cawangan.
Pada pilihan raya umum lalu, Mohd. Nor yang menggantikan Datuk Zakaria Nordin bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) tewas kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rashid Latiff bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ampangan.
Namun saya rasa mungkin Mohd Nor akan terlepas demi untuk menjaga nama baik Umno. Ini kerana banyak kes seperti ini pada pemilihan tahun lepas tidak dilaporkan kepada BPR. Jika dilaporkan sekalipun ianya tidak dibawa ke mahkamah.
Mutaligat.blogspot


