Pengumuman/Seruan {MatKOMANdo HoMe}
----------------------------------------------------
Alternatif untuk melawat laman web Malaysiatoday di SINIatau gi ke IP Address nya http://202.75.62.114/2008/
----------------------------------------------------
Mariii....!!!!! Hargai Pengorbanan Raja Petra...!!!!!!!!!
----------------------------------------------------
Mariii Kita Bocorkan Tembok ISA dengan 16 Septemberr..!!!!
----------------------------------------------------
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yg Suci sertaSalam Merdekakan Malaysia. - Mat KOMANdo
----------------------------------------------------

Showing posts with label Deris. Show all posts
Showing posts with label Deris. Show all posts

Monday, June 2, 2008

SelamatKan RM 100 juta wang rakyat terengganu

Berbilion ringgit wang milik rakyat dan kerajaan Terengganu dari hasil royalti petroleum telah dibelanjakan ‘dalam gelap’ oleh pentadbiran bekas Menteri Besar Idris Jusoh

Kini, Menteri Besar yang baru Ahmad Said berupaya membuktikan kepimpinan beliau yang mengutamakan rakyat dan menyelamatkan RM 100 juta wang tersebut dengan mengambil tindakan pro-aktif dalam menentukan dasar supaya Lebuhraya Pantai Timur Fasa Dua (LPT2) menjadi lebuhraya tidak bertol yang pertama.

LPT2 yang sedang dalam pembinaan dapat menjimatkan kira-kira RM 100 juta wang rakyat dari peruntukan Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) sekiranya kerajaan memutuskan lebuhraya tersebut tidak bertol.
Sehingga kini, belum ada apa-apa keputusan kerajaan samada LPT2 sepanjang 186 kilometer yang berharga RM 3.7 bilion itu adalah lebuhraya bertol atau sebaliknya.

Projek LPT2 adalah sambungan dari LPT1, kedua-keduanya fasa ini adalah adalah merangkumi keseluruhan projek pembangunan Lebuhraya Pantai Timur sepanjang 336 kilometer.Perlaksanaan LPT2 berbeza daripada projek-projek lebuhraya yang telah dilaksanakan sebelum ini kerana 70 peratus daripada nilai kontrak ditender kepada kontraktor bumiputera manakala 30 peratus lagi diberi secara rundingan terus kepada MTD Capital Bhd (Pakej 10).

Tujuh puluh peratus tender LPT2 telah dipecahkan kepada 16 pakej dan tender diberikan kepada syarikat-syarikat seperti dibawah;
Klik Terus Ke Artikel...

Thursday, May 29, 2008

Melayan Si Deris.....

Ditulis oleh Editor
Semua akhbar media perdana (online) berbahasa Melayu melaporkan Deris telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu. Namun sehingga malam ini tidak ada maklumat yang paling jelas berkenaan perletakan jawatan Deris.
Sebaliknya, Akhbar berbahasa Inggeris, NST Online dan The Star Online tidak menyiarkan langsung berita Deris meletakkan jawatan. Ada sesuatu yang disembunyikan oleh UMNO, Deris dan Mad Said tentang percaturan politik Terengganu.

Utusan Online adalah yang paling awal mengeluarkan berita tentang perletakkan jawatan Deris Jusoh pada jam 4.48 petang.Ia diikuti oleh Berita Harian Online (5.04 petang), namun sehingga tengah malam 28 Mei masih mengekalkan berita satu ‘para’ tentang perletakan jawatan Deris Jusoh.

mStar pula menambah kenyataan Setiausaha Badan Perhubungan Umno Terengganu yang memetik kata Rosol bahawa beliau (Rosol) juga melepaskan jawatannya itu bagi mengikut jejak langkah Idris.

"Saya dilantik oleh Datuk Seri Idris dan saya merasakan bahawa saya perlu mengikut apa yang dilakukan oleh beliau. Semua ini adalah untuk memastikan Umno Terengganu lebih kukuh dan kuat," kata Rosol Bernama melaporkan pada jam 5.51 petang menyatakan Deris Jusoh mengumumkan keputusannya dengan satu kenyataan ringkas melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar oleh Deris kepada agensi tersebut.
Deris berkata perkara itu telah dimaklumkan semasa beliau mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang juga Presiden Umno, di ibu negara, Rabu (mungkin kelmarin)."Saya telah memberitahu Perdana Menteri bahawa saya setuju meletak jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu dan beliau (Perdana Menteri) terima, saya akan hantar surat peletakan jawatan itu esok," katanya.
Bernama juga melaporkan bahawa Deris tidak menyatakan sebab-sebab beliau bersetuju untuk melepaskan jawatan itu.Walaubagaimana pun, maklumat berkenaan perjumpaan Deris dengan Pak Lah sebagaimana SMS yang diterima Bernama dari Deris, tidak dapat disahkan.
Sejak dari pagi sudah pasti para wartawan berkumpul di Parlimen mengikuti sidang yang sedang berlangsung, selain menunggu kemunculan Ezam yang dijadualkan bertemu Pak Lah.
Adalah mustahil tiada seorang pun yang dapat menghidu tentang pertemuan Deris dengan Pak Lah sebagaimana yang didakwa oleh Deris.
Manakala Pak Lah ketika membuat pengumuman menerima Ezam kembali masuk UMNO pada jam 4.10 petang tadi, tidak pula membuat sebarang ulasan tentang perletakan jawatan Deris sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu.
Adakah perletakan jawatan Deris hari ini adalah satu ‘drama politik’ yang telah ditulis skripnya ?? Dan mungkin ada kaitannya dengan misteri Utusan Online kelmarin ( 27 Mei) yang sengaja menyiarkan semula berita 26 April (sebulan lalu) bertajuk ‘Ahmad Said sedia dilantik Pengerusi UMNO Terengganu’ ???

Deris letak jawatan Pengerusi Umno Terengganu, Abdullah terima Ezam

Buletinonline
Ditulis oleh SM Noor



Pada 27 Mac yang lalu, setelah Pak Lah Perdana Menteri mengadap Tuanku Sultan Mizan, Mad Said dikekalkan sebagai Menteri Besar Terengganu, walaupun sebelumnya Pak Lah berkata pelantikan Mad Said adalah tidak mengikut perlembagaan.

Hari ini, setelah genap 2 bulan Deris Jusoh tewas dalam perebutan untuk jawatan Menteri Besar, Deris membuat pengumuman ‘tewas’ pula kepada Mad Said buat kali ke 4, sejak pilihanraya umum yang lalu.

Pengumuman Deris agak mengejutkan kerana baru hanya 4 hari, pada 24 Mei lalu, beliau berkeras tidak akan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu.

"Saya bukannya orang kalah. Saya menerajui parti dan memenangi pilihan raya dengan majoriti lebih dua pertiga. Pada asasnya, anggota UMNO masih bersatu, cuma sekarang ini ada kebuntuan daripada segi perasaan di kalangan anggota," kata Deris kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah Misi Puteri 2013 di Bangunan UMNO Perak.

Deris yang membuat pengumuman tersebut di Ipoh bagi mengulas kenyataan Ketua UMNO Kuala Nerus, Nasir Ibrahim Fikri Selasa lepas bahawa UMNO Terengganu kini berpecah dua dengan satu kumpulan menyokong Idris, manakala kumpulan yang lain menyokong Ahmad sehingga menimbulkan kekeliruan di negeri itu.

Akhirnya hari ini, belum pun sampai seminggu, Deris Jusoh mengaku kalah kepada Mad Said dan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu, berkuatkuasa esok. Dalam perkembangan lain, Abdullah Ahmad Badawi hari ini menerima permohonan bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Mohamad Ezam Mohd Nor kembali ke dalam UMNO.

Nampaknya ahli-ahli UMNO benar-benar sudah tidak rasional. Ezam yang kelihatan bersungguh-sungguh nak benteras rasuah, masuk UMNO untuk bersama Pak Lah yang jelas terlibat dalam penyelewengan dan rasuah.Deris yang bersungguh tak mahu letak jawtan, tiba-tiba secara mengejut meletakkan jawatan !

dipetik dri Buletinonline.net

Recent Posts


Vindicated - Dashboard Confessional