Pengumuman/Seruan {MatKOMANdo HoMe}
----------------------------------------------------
Alternatif untuk melawat laman web Malaysiatoday di SINIatau gi ke IP Address nya http://202.75.62.114/2008/
----------------------------------------------------
Mariii....!!!!! Hargai Pengorbanan Raja Petra...!!!!!!!!!
----------------------------------------------------
Mariii Kita Bocorkan Tembok ISA dengan 16 Septemberr..!!!!
----------------------------------------------------
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yg Suci sertaSalam Merdekakan Malaysia. - Mat KOMANdo
----------------------------------------------------

Showing posts with label buletinonline. Show all posts
Showing posts with label buletinonline. Show all posts

Monday, June 2, 2008

SelamatKan RM 100 juta wang rakyat terengganu

Berbilion ringgit wang milik rakyat dan kerajaan Terengganu dari hasil royalti petroleum telah dibelanjakan ‘dalam gelap’ oleh pentadbiran bekas Menteri Besar Idris Jusoh

Kini, Menteri Besar yang baru Ahmad Said berupaya membuktikan kepimpinan beliau yang mengutamakan rakyat dan menyelamatkan RM 100 juta wang tersebut dengan mengambil tindakan pro-aktif dalam menentukan dasar supaya Lebuhraya Pantai Timur Fasa Dua (LPT2) menjadi lebuhraya tidak bertol yang pertama.

LPT2 yang sedang dalam pembinaan dapat menjimatkan kira-kira RM 100 juta wang rakyat dari peruntukan Dana Khas Kerajaan Persekutuan (DKKP) sekiranya kerajaan memutuskan lebuhraya tersebut tidak bertol.
Sehingga kini, belum ada apa-apa keputusan kerajaan samada LPT2 sepanjang 186 kilometer yang berharga RM 3.7 bilion itu adalah lebuhraya bertol atau sebaliknya.

Projek LPT2 adalah sambungan dari LPT1, kedua-keduanya fasa ini adalah adalah merangkumi keseluruhan projek pembangunan Lebuhraya Pantai Timur sepanjang 336 kilometer.Perlaksanaan LPT2 berbeza daripada projek-projek lebuhraya yang telah dilaksanakan sebelum ini kerana 70 peratus daripada nilai kontrak ditender kepada kontraktor bumiputera manakala 30 peratus lagi diberi secara rundingan terus kepada MTD Capital Bhd (Pakej 10).

Tujuh puluh peratus tender LPT2 telah dipecahkan kepada 16 pakej dan tender diberikan kepada syarikat-syarikat seperti dibawah;
Klik Terus Ke Artikel...

Thursday, May 29, 2008

Melayan Si Deris.....

Ditulis oleh Editor
Semua akhbar media perdana (online) berbahasa Melayu melaporkan Deris telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu. Namun sehingga malam ini tidak ada maklumat yang paling jelas berkenaan perletakan jawatan Deris.
Sebaliknya, Akhbar berbahasa Inggeris, NST Online dan The Star Online tidak menyiarkan langsung berita Deris meletakkan jawatan. Ada sesuatu yang disembunyikan oleh UMNO, Deris dan Mad Said tentang percaturan politik Terengganu.

Utusan Online adalah yang paling awal mengeluarkan berita tentang perletakkan jawatan Deris Jusoh pada jam 4.48 petang.Ia diikuti oleh Berita Harian Online (5.04 petang), namun sehingga tengah malam 28 Mei masih mengekalkan berita satu ‘para’ tentang perletakan jawatan Deris Jusoh.

mStar pula menambah kenyataan Setiausaha Badan Perhubungan Umno Terengganu yang memetik kata Rosol bahawa beliau (Rosol) juga melepaskan jawatannya itu bagi mengikut jejak langkah Idris.

"Saya dilantik oleh Datuk Seri Idris dan saya merasakan bahawa saya perlu mengikut apa yang dilakukan oleh beliau. Semua ini adalah untuk memastikan Umno Terengganu lebih kukuh dan kuat," kata Rosol Bernama melaporkan pada jam 5.51 petang menyatakan Deris Jusoh mengumumkan keputusannya dengan satu kenyataan ringkas melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar oleh Deris kepada agensi tersebut.
Deris berkata perkara itu telah dimaklumkan semasa beliau mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang juga Presiden Umno, di ibu negara, Rabu (mungkin kelmarin)."Saya telah memberitahu Perdana Menteri bahawa saya setuju meletak jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu dan beliau (Perdana Menteri) terima, saya akan hantar surat peletakan jawatan itu esok," katanya.
Bernama juga melaporkan bahawa Deris tidak menyatakan sebab-sebab beliau bersetuju untuk melepaskan jawatan itu.Walaubagaimana pun, maklumat berkenaan perjumpaan Deris dengan Pak Lah sebagaimana SMS yang diterima Bernama dari Deris, tidak dapat disahkan.
Sejak dari pagi sudah pasti para wartawan berkumpul di Parlimen mengikuti sidang yang sedang berlangsung, selain menunggu kemunculan Ezam yang dijadualkan bertemu Pak Lah.
Adalah mustahil tiada seorang pun yang dapat menghidu tentang pertemuan Deris dengan Pak Lah sebagaimana yang didakwa oleh Deris.
Manakala Pak Lah ketika membuat pengumuman menerima Ezam kembali masuk UMNO pada jam 4.10 petang tadi, tidak pula membuat sebarang ulasan tentang perletakan jawatan Deris sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu.
Adakah perletakan jawatan Deris hari ini adalah satu ‘drama politik’ yang telah ditulis skripnya ?? Dan mungkin ada kaitannya dengan misteri Utusan Online kelmarin ( 27 Mei) yang sengaja menyiarkan semula berita 26 April (sebulan lalu) bertajuk ‘Ahmad Said sedia dilantik Pengerusi UMNO Terengganu’ ???

Walaupun Idris dan Rosol letak jawatan - kemelut tidak selesai

Buleyinonline.net
Ditulis oleh CTKay's


Walaupun Idris dan Rosol meletakkan jawatan masing-masing namun kemelut dalam UMNO Terengganu dilihat tidak akan selesai.

Catatan dari sebuah blog peminat politik Terengganu, ctkay’s menyatakan bahawa sebenarnya Idris Jusoh dan Rosol Wahid terpaksa meletakkan jawatan masing-masing.
Idris Jusoh akan dipecat sekiranya tidak melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO kerana jawatan tersebut akan diserahkan kepada Menteri Besar, Ahmad Said.Bagi mengelak tragedi pemecatan itu berlaku, tidak boleh tidak Idris terpaksa meletakkan jawatan dengan cara terhormat .
Keadaan itu adalah kerana menjadi tradisi bagi UMNO, kebiasaannya Menteri Bresar sesuatu negeri adalah juga Pengerusi Perhubungan bagi negeri tersebut.Demikian jugalah nasib Rosol Wahid. Sekiranya beliau tidak melepasakan jawatannya sebagai Setiausaha Perhubungan, pasti beliau akan dipecat oleh Ahmad Said apabila Ahmad Said dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan kelak.
Walaupun Idris Jusoh berkata beliau perletakkan jawatan beliau adalah untuk memperkuatkan UMNO Terengganu, sedangkan sebenarnya khabar yang bertiup kencang di Kuala Terengganu menyatakan bahawa PM telah menjanjikan jawatan Pengerusi Mara kepada Idris Jusoh.

Penulis Blog berkenaan menambah, walaupun kedua-dua pihak Ahmad Said dan Idris Jusoh sebelum ini menafikan bahawa UMNO Terengganu berpecah, yang pastinya UMNO Terengganu ada Kem Ahmad Said, Abdul Rahman Bakar dan disatu pihak lagi Idris Jusoh dan Rosol Wahid.

Seperkara lagi yang ditunggu-tunggu oleh pemerhati politik di Terengganu adalah kedudukan Rosol didalam UMNO Bahagian Hulu Terengganu.Persolannya, adakah Speaker DUN Terengganu, Tengku Putera akan mengekalkan Rosol dan beliau sanggup kekal bersama Tengku Putera, atau mungkin beliau sudah berkira-kira untuk ‘membuka langkah pendekar’ dengan suatu pertarungan kalah mati menentang Tengku Putera bagi merebut jawatan Ketua Bahagian Hulu Terengganu.
- Blog ctkay’s adalah Penawarrinduku

Recent Posts


Vindicated - Dashboard Confessional