Pengumuman/Seruan {MatKOMANdo HoMe}
----------------------------------------------------
Alternatif untuk melawat laman web Malaysiatoday di SINIatau gi ke IP Address nya http://202.75.62.114/2008/
----------------------------------------------------
Mariii....!!!!! Hargai Pengorbanan Raja Petra...!!!!!!!!!
----------------------------------------------------
Mariii Kita Bocorkan Tembok ISA dengan 16 Septemberr..!!!!
----------------------------------------------------
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yg Suci sertaSalam Merdekakan Malaysia. - Mat KOMANdo
----------------------------------------------------

Showing posts with label Suarakeadilan. Show all posts
Showing posts with label Suarakeadilan. Show all posts

Thursday, May 29, 2008

Kementerian Pelancongan Berniat Jahat

Parlimen, 29 Mei (SK) – Pakatan Rakyat hari ini meminta kerajaan menjelaskan tindakan Kementerian Pelancongan yang menggunakan Majlis Tindakan Pelancongan Negeri MTPN sebagai alat politik membalas dendam negeri yang diperintah Pakatan Rakyat.

Perkara tersebut dikemukan Mohamed Azmin Ali (KeADILan-Gombak) yang mendakwa ada bukti dimana terdapat surat dari kementerian berkenaan yang mengarahkan MTPN menghalang aktiviti promosi pelancongan di lima negeri Pakatan Rakyat.

Selain itu, jelas Azmin lagi terdapat minit umum kementerian tersebut yang bertarikh 26 Mac 2008 yang turut menjelaskan rancangan jahat kerajaan BN terhadap negeri-negeri yang dikuasai kerajaan Pakatan Rakyat.

Sementara itu, Tian Chua (KeADILan-Batu) ketika ditemui berkata, ‘Menteri Pelancongan batalkan semua peuntukkan untuk kerajaan negeri kononnya atas alasan strategi untuk koordinasi dan fungsi’.

‘Bagaimana mereka (kerajaan) hendak lakukan kerjasama dengan negeri-negeri Pakatan Rakyat tanpa melalui kerajaan negeri. Sedangkan agensi baru dilantik ini tiada autoriti untuk aturkan program termasuk memanggil mesyuarat dengan semua agensi kerajaan dan bukan kerajaan’ soal beliau.

Dalam pada itu Sallehuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) ketika disoal mengakui kewujudan surat dan minit mesyuarat berhubung arahan supaya MTPN untuk tidak mempromosi pelancongan negeri-negeri Pakatan Rakyat.

Kecualikan Pelajar Perempuan dari PLKN?

Parlimen, 29 Mei (SK) – ‘Adalah dicadangkan supaya pelajar perempuan dikecualikan dari menyertai PLKN’. Itulah cadangan yang dikemukakan Zuraida Kamarudin (KeADILan-Ampang)

Cadangan tersebut dikemukakan beliau ketika membahaskan pindaan ke atas Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2007) 2008 bagi peruntukkan tambahan untuk Kementerian Pertahanan.

Menurut Zuraida yang juga merupakan Ketua Wanita KeADILan, cadangan tersebut dibuat berikutan berlaku banyak kes dan masalah melibat pelatih wanita dalam program tersebut sejak diperkenalkan.

Antara kes yang dilaporkan termasuklah kes rogol, pencabulan kehormatan, kesihatan, keselamatan dan seumpamanya. Cadangan tersebut dilihat dapat mengelakkan ibu muda daripada menyertai program tersebut seperti beberapa kes sebelum ini.

Recent Posts


Vindicated - Dashboard Confessional