Parlimen, 29 Mei (SK) – Pakatan Rakyat hari ini meminta kerajaan menjelaskan tindakan Kementerian Pelancongan yang menggunakan Majlis Tindakan Pelancongan Negeri MTPN sebagai alat politik membalas dendam negeri yang diperintah Pakatan Rakyat.
Perkara tersebut dikemukan Mohamed Azmin Ali (KeADILan-Gombak) yang mendakwa ada bukti dimana terdapat surat dari kementerian berkenaan yang mengarahkan MTPN menghalang aktiviti promosi pelancongan di lima negeri Pakatan Rakyat.
Selain itu, jelas Azmin lagi terdapat minit umum kementerian tersebut yang bertarikh 26 Mac 2008 yang turut menjelaskan rancangan jahat kerajaan BN terhadap negeri-negeri yang dikuasai kerajaan Pakatan Rakyat.
Sementara itu, Tian Chua (KeADILan-Batu) ketika ditemui berkata, ‘Menteri Pelancongan batalkan semua peuntukkan untuk kerajaan negeri kononnya atas alasan strategi untuk koordinasi dan fungsi’.
‘Bagaimana mereka (kerajaan) hendak lakukan kerjasama dengan negeri-negeri Pakatan Rakyat tanpa melalui kerajaan negeri. Sedangkan agensi baru dilantik ini tiada autoriti untuk aturkan program termasuk memanggil mesyuarat dengan semua agensi kerajaan dan bukan kerajaan’ soal beliau.
Dalam pada itu Sallehuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) ketika disoal mengakui kewujudan surat dan minit mesyuarat berhubung arahan supaya MTPN untuk tidak mempromosi pelancongan negeri-negeri Pakatan Rakyat.
No comments:
Post a Comment