By - Mat Saman Kati
Post 30 Mei 08........so ni tajok dia fiksyen...
Dipetik dari Berita Hairan, 31 Mei 2008.Gempar!!!
Disebalik kenyataan Anwar Ibrahim tentang kemasukan wakil Rakyat BN kedalam Pakatan Rakyat, perkara disebaliknya berlaku. Berbondong-bondong ahli-ahli PKR menyerti Umno untuk mengikuti jejak Ezam Mohd. Nor, Ketua Pemuda PKR.
Negara hari ini digemparkan dengan kemasukan Dr. Chandra Muzaffar, bekas Timbalan Presiden PKR kedalam Umno. Seorang lagi pemimpin tertinggi PKR, Puan Marina Yusof yang merupakan bekas Naib Presiden PKR juga dipercayai akan turut serta dalam masa terdekat ini.
Ketika berucap dalam sidang media hari ini, Dr. Chandra menyatakan kekecewaan beliau terhadap Anwar Ibrahim, yang dikatakan sudah menyeleweng dari matlamat asal perjuangan parti. Dr. Chandra juga menyatakan bahawa hanya Umno sahajalah sebuah parti yang membela semua bangsa diMalaysia.
"Tidak ada satu pun kawasan majoriti India diMalaysia tetapi Umno meletakkan calon India diIjok, manakala Anwar meletakkan calon Melayu dikawasan majoriti India. Ini menunjukkan Anwar tidak peka terhadap bangsa lain." tambahnya."Anwar juga terlalu obses untuk menjadi Perdana Menteri sehinggakan ramai pemimpin PKR menjadi meluat" komen Dr. Chandra diakhir sidang media tersebut.Ketika diminta mengulas, Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkata, " PKR akan tenggelam tidak lama lagi. Hari ini, kita menyaksikan Timbalan Presiden PKR menyertai Umno, esok kita akan menyaksikan Anuar Tahir dan Saari Sungib menyertai Pas. Cukup jelas, kepimpinan Anwar sudah tidak lagi diperlukan didalam PKR".Nota: Untuk peminat Ezam, layari Babad pendekar jawa, siri akhir.
Mat KOMANdo: Sekali lagi mat saman kati menulis fiksyen(Katanya) yg membuatkan org pening dok mikir...... mat saman kati ni mmg memacam laa.... smua artikal tepanjat-tepanjat org dengo....haha.....
No comments:
Post a Comment