Pengumuman/Seruan {MatKOMANdo HoMe}
----------------------------------------------------
Alternatif untuk melawat laman web Malaysiatoday di SINIatau gi ke IP Address nya http://202.75.62.114/2008/
----------------------------------------------------
Mariii....!!!!! Hargai Pengorbanan Raja Petra...!!!!!!!!!
----------------------------------------------------
Mariii Kita Bocorkan Tembok ISA dengan 16 Septemberr..!!!!
----------------------------------------------------
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yg Suci sertaSalam Merdekakan Malaysia. - Mat KOMANdo
----------------------------------------------------

Thursday, May 29, 2008

Najib nak jumpa Dr M 'bila-bila masa'

KL: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pertemuan di antara beliau dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad boleh berlaku pada bila-bila masa dari sekarang.

``Bila-bila masa... bila-bila masa,'' kata Timbalan Perdana Menteri ketika ditanya bila pertemuan itu akan diadakan bagi membincangkan tindakan bekas Perdana Menteri itu keluar daripada UMNO 19 Mei lalu.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Najib dalam kenyataannya ketika menghadiri Forum Ekonomi Dunia (WEF) Mengenai Asia Barat di Mesir baru-baru ini berkata, beliau sanggup berjumpa sekali lagi dengan Dr. Mahathir bagi membincangkan tindakannya keluar daripada UMNO.

Kenyataan itu dibuat sejurus selepas Dr. Mahathir mengumumkan keluar parti atas alasan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi . Link
Mat KOMANdo: Hangat jugok ni....nasib baik bukan briter najib nak jumpo tok bomoh ....hahaha....

No comments:

Recent Posts


Vindicated - Dashboard Confessional