Pengumuman/Seruan {MatKOMANdo HoMe}
----------------------------------------------------
Alternatif untuk melawat laman web Malaysiatoday di SINIatau gi ke IP Address nya http://202.75.62.114/2008/
----------------------------------------------------
Mariii....!!!!! Hargai Pengorbanan Raja Petra...!!!!!!!!!
----------------------------------------------------
Mariii Kita Bocorkan Tembok ISA dengan 16 Septemberr..!!!!
----------------------------------------------------
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yg Suci sertaSalam Merdekakan Malaysia. - Mat KOMANdo
----------------------------------------------------

Thursday, May 29, 2008

Usul Kontroversi Tindakan Ganas di Bandar Mahkota Dikesampingkan

Parlimen, 29 Mei (SK) – Usul Teo Nie Ching (DAP-Serdang) berhubung isu kontroversi keganasan terhadap penduduk Bandar Mahkota Cheras ditolak dalam kamar oleh Speaker pagi tadi.

Meskipun usul tersebut ditolak, Nie Ching pagi ini sekali lagi mendesak agar isu tersebut dibahaskan memandangkan ianya perlu disegerakan kerana melibatkan kecederaan penduduk malam kemarin serta menjadi tajuk utama berita media arus perdana semalam.

Berdasarkan peraturan dewan 18 (3), sesuatu usul yang ditolak boleh diminta pertimbangan untuk dibahaskan dengan syarat mendapat sekurang-kurangnya 15 orang ahli yang menyokong.
Desakan tersebut mendapat bantahan ramai wakil BN yang membuat suara-suara sumbang di dewan. Speaker kemudiannya memutarbelikan fakta dengan mendakwa perkara tersebut telah dibawa di mahkamah.

Dakwaan itu dinafikan Nie Ching kerana perkara yang dikatakan dibawa mahkamah itu bukanlah isu penduduk dipukul tetapi berhubung Grand Saga dengan Narajaya.

Nie Ching kemudiannya menjelaskan bahawa usul beliau itu bagi membincangkan kemungkinan penyalahgunaan kuasa pihak polis kerana menurut laporan berita pihak polis turut berada di tempat kejadian. Difahamkan polis tidak mengambil sebarang tindakan terhadap kejadian itu.

Keenganan Speaker membenarkan isu tersebut dibahaskan menyebabkan perbalahan suara antara wakil Pakatan Rakyat, wakil BN dan Speaker berterusan selama 17 minit.

Usul kontroversi itu gagal dibawa ke dewan setelah speaker menggunakan peraturan 43 yang menegaskan bahawa segala keputusan Speaker adalah muktamat.

No comments:

Recent Posts


Vindicated - Dashboard Confessional