By - MatSamanKati
Bila aku tulis tentang firasat Pak Nawi tentang kemungkinan Pas join Umno dalam BN, ada yang kata poorah! ada yang tak percaya.- Aku pun tak mau percaya, sebab Pak Nawi bukan ada PhD dalam sains politik macam Chandra Muzaffar. Pak Nawi tak baca buku Machiavelli, tapi aku respect kat Pak Nawi sebab dia baca kitab Tajul Muluk.
- Hari ini ada tiga berita yang membuatkan aku seram sejuk. Mula-mula aku baca dalam Malaysiakini. tapi aku tak kisah sangat. Mungkin depa ni lulusan sains politik dari USM, anak murid Dr. Latif Kamaludin. Pensyarah rockers tu memang berfikiran songsang sikit. Jadi kalau anak murid dia berfikiran songsang pun, biasa la.
- Lepas tu aku baca pulak tulisan Jeff Ooi. Jeff Ooi ni dulu cukup kamcing dengan Husam Musa. Call dan tanya saja kat Husam, tak kan itu pun tak boleh? Tapi bila Jeff tulis dalam blog dia, itu sudah serius.
- Baru kejap tadi, aku terbaca pulak dalam blog Penarik Beca. Dia ni memang Pas pekat. Tapi bila dia siarkan surat dari member yang dia percaya bukan kaki auta, aku mula ketaq lutut.
- Esok malam Jumaat. Aku nak bawak pulut kuning dengan rendang daging ayam piru, untuk dipersembahkan kepada Pak Nawi. Aku nak mintak Pak Nawi jampikan air penawar, dan mintak simpang malaikat empat puluh empat, supaya aku tak lemah lutut.
Mat KOMANdo: Klo Mat saman kati sekali dh tuu lis.... berputau kpala korang pikir...
No comments:
Post a Comment