Posted by Vineeth Menon
Friday, 30 May 2008
............
Ini bukan fasal 'the last supper'.Dulu saya pernah terserempak dengan Tan Sri Khaled Ibrahim bersama keluarga disebuah restoran di PJ State, tengah 'supper' barangkali, sebab jauh malam juga masa itu. Masa itu DSAI baru saja kena tangkap. Saya nak tanya dia, siapa lagi 'the messiah of malays'.
Sebab ramai orang, saya tak sempat nak tanya. Kalau hari ini saya terserempak dengan Nazri Aziz pula, saya nak tanya, siapa pula 'the messiah of UMNO'. Kalau boleh, dapat terserempak masa 'supper' juga.
Bila seorang keluar dari agama, secara prinsipnya dia dah hilang kepercayaan pada agama itu, bukan pada individu dalam agama itu.
Tapi perang Karbala lain pula, ia jadi, sebab tidak sehaluan dengan pemimpin, namun tak ada seorang pun keluar ugama, murtad, tapi kelompok yang tak besetuju, memerangi pemimpin.
20 minit selepas pengumuman TDM keluar UMNO, seorang yang saya kenal lama, bekas wartawan dan juga bekas setiausaha akhbar Menteri Besar kata,
"Mahathir dengan track record dia sebagai 'statesman' sudah cukup untuk mempengaruhi rakyat. Namanya saja sudah cukup besar, tak timbul isu dia menyokong atau menyertai mana-mana parti."..........
No comments:
Post a Comment