Pengumuman/Seruan {MatKOMANdo HoMe}
----------------------------------------------------
Alternatif untuk melawat laman web Malaysiatoday di SINIatau gi ke IP Address nya http://202.75.62.114/2008/
----------------------------------------------------
Mariii....!!!!! Hargai Pengorbanan Raja Petra...!!!!!!!!!
----------------------------------------------------
Mariii Kita Bocorkan Tembok ISA dengan 16 Septemberr..!!!!
----------------------------------------------------
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yg Suci sertaSalam Merdekakan Malaysia. - Mat KOMANdo
----------------------------------------------------

Saturday, May 31, 2008

TUJUH JAHANAM, BUKAN ENAM JAHANAM

Oleh: Tun Telanai

Saya amat tertarik dengan satu berita yang disiarkan dalam Harakahdaily bertarikh 28 Mei lalu, bertajuk “Peguam Negara lebih minat Batu Buruk daripada Pulau Batu Puteh” . Berita itu ditulis oleh Intan Abdullah merujuk kata-kata sinis yang disampaikan oleh Naib Presiden PAS, Tuan Haji Mohamad Sabu [http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=14796&Itemid=28].

Sepertimana yang kita sudah maklumi, dalam kes Batu Buruk, di Terengganu yang berlaku pada 8 September tahun lepas, Abdul Ghani Patail [lebih popular disebut dengan jolokan ‘Abdul Ghani 4Tahil] menjadi kuda tunggangn UMNO untuk memusnahkan imej PAS. Insiden itu berlaku, menurut kata Mustafa Ali, Pesuruhjaya PAS Terangganu adalah provokasi daripada UMNO yang dirancang oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Senator Wan Farid yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu dan adik kepada Exco Kerajaan Negeri Terengganu Wan Hisham.

Ghani 4Tahil ini berhempas pulas, beliau sendiri turun padang dan sanggup merendahkan kedudukannya sebagai Peguam Negara semata-mata bagi kepentingan UMNO.Ghani 4Tahil bertindak sedemikian bagi memastikan kedua-dua pemuda yang terkena tembakan ini didakwa di mahkamah. Untuk makluman, di Terengganu pada kebiasaannya, Ketua Polis Negeri [KPN] akan berganding bahu dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada UMNO untuk terus mengekalkan kuasa. Oleh itu, senang bagi Ghani 4Tahil menjalankan peranannya bagi pihak UMNO................

Suwandi Abdul Ghani dan Muhammad Azman Aziz dapat juga didakwa di mahkamah dan tidak dibenarkan diikat jamin. Maka, berdua pun merengkoklah dalam penjara hampir dua bulan. Begitulah jahatnya Ghani 4Tahil ini dapat memberi gambaran kepada masyarakat bahawa kedua-dua pemuda seolah-olah seorang penjenayah yang amat merbahaya setaraf dengan Botak Chin dan Batong Kali. Ghani 4Tahil telah menggunapakai kaedah yang dilakukan oleh regim Yahudi-Israel dalam mempertahankan ..............

Isu Skandal Klip Video Lingam

Saya menyertai banyak pandangan mengatakan bahawa Abdul Ghani 4Tahil tidak layak untuk menjalankan penyiasatan terhadap enam orang seperti yang dicadangkan oleh Suruhanjaya DiRaja yang menyiasat kes ini. Terlebih dahalu orang yang patut didakwa di mahkamah ialah Ghani 4Tahil sendiri, bukan enam jahanam yang dimaksudkan dalam laporan tersebut. Ghani 4Tahil terlibat dalam kes yang boleh diketegorikan sebagai jenayah kerana melakukan perbuatan mengugut saksi dalam kes perbiaraan rasuah Anwar Ibrahim. .......

Ghani 4Tahil tidak layak dilantik sebagai Peguam Negara kerana beliau terlibat dalam beberapa peristewa penting yang menimbulkan kontroversi bagi sistem keadilan di Malaysia. Beliau juga sepatutnya dimasukkan dalam senarai enam jahanam yang disebut dalam laporan Suruhanjaya DiRaja itu...........

Mari kita mengimbau kembali peranan Ghani 4Tahil yang melacurkan sistem keadilan di negara ini. Pada 30 November 1998, Hakim S. Augustine Paul menyabitkan peguam Anwar Ibrahim, iaitu Zainur Zakaria, bersalah kerana menghina mahkamah dan beliau dijatuhi hukuman penjara tiga bulan selepas hakim memutuskan bahawa permohonan Anwar [dalam perbicaraan kes rasuahnya itu] untuk mengenepikan Ghani 4Tahil dan Azahar Mohamad terus menjadi pendakwa dalam kesnya itu, tetapi ditolak oleh mahkamah dengan alasan yang tidak berasas......
Jadi, sebagai kesimpulannya terdapat TUJUH JAHANAM dalam negara ini, bukan ENAM JAHANAM seperti yang diwar-warkan selama ini..

Luangkan masa jenguk-jeguklah blog saya : http://tuntelanai.blogspot.com/

Ada banyak bahan yang boleh dijadikan pengetahuan dan hiburan diblog saya satu lagi: http://demang.blogmas.com/
"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”

Mat KOMANdo: huhu.....mau telentang klo ghuni patah kail ni baca beb...!!!! tekeluor smue taik idong dia......hahahak.......dia ingat org lain cm si Det kaa......mudoh lupooo........ Tun Telanai ingat lagi la pulokkk........

No comments:

Recent Posts


Vindicated - Dashboard Confessional