Pengumuman/Seruan {MatKOMANdo HoMe}
----------------------------------------------------
Alternatif untuk melawat laman web Malaysiatoday di SINIatau gi ke IP Address nya http://202.75.62.114/2008/
----------------------------------------------------
Mariii....!!!!! Hargai Pengorbanan Raja Petra...!!!!!!!!!
----------------------------------------------------
Mariii Kita Bocorkan Tembok ISA dengan 16 Septemberr..!!!!
----------------------------------------------------
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yg Suci sertaSalam Merdekakan Malaysia. - Mat KOMANdo
----------------------------------------------------

Thursday, May 29, 2008

Kosmoonline








KUALA LUMPUR - Harapan untuk mendapat pulangan wang kira-kira RM800,000 berkecai apabila sepasang suami isteri terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM6,000 setelah terpedaya dengan janji seseorang yang mendakwa sebagai 'Master'.


Mengimbas kembali kejadian itu, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Nor, 36, yang bertugas sebagai setiausaha sebuah syarikat swasta berkata, beliau dan suaminya pada awalnya mendapati ada sehelai risalah di dalam peti surat mereka yang tertera gambar 'Master' berkenaan.


"Berniat nak cuba nasib, saya pun hantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada nombor yang terdapat di dalam risalah itu.


"Selepas itu, SMS saya dibalas dan saya telah diberikan kod nombor sebagai rujukan dan nombor telefon untuk berhubung secara terus dengan 'Master'," katanya yang ditemui di pejabat Kosmo! di sini semalam.


Menurut mangsa lagi, beliau dan suaminya kerap menghubungi 'Master' dan pada masa yang sama, 'Master' sentiasa meyakinkan mereka dengan cerita 'pelanggannya' yang telah menempa kekayaan.


Untuk meyakinkannya, 'Master' tersebut telah menghantar sebanyak lima set nombor ekor yang kononnya telah dibeli terlebih dahulu kepada Nor.


"'Master' kemudiannya meminta saya memeriksa nombor berkenaan dan dengan tidak membuang masa, saya meminta suami (pesara tentera) untuk memeriksa nombor berkenaan di mana-mana kedai nombor ekor.


"Masa dia bagi SMS tu kira-kira pukul 5 petang dan suami saya pun ajak kawan-kawan dia pergi periksa untuk tengok sama ada apa yang diberitahu oleh 'Master' betul ke tidak.


"Kira-kira pukul 7 petang, keputusan nombor itu dipaparkan dan empat daripada nombor yang diberi kepada kami menang dan lebih menarik, satu daripadanya memenangi hadiah kedua yang berjumlah RM800,000," katanya lagi. Lagggiii.......


No comments:

Recent Posts


Vindicated - Dashboard Confessional