chegubard.blogspot
...............Klik......
............skrip 1998 ini sebenarnya ialah babak kecil dalam skrip besar. Skrip besarnya ialah pengulangan kisah bagaimana Tun Razak melakukan 'Rampasan Kuasa' dari Tunku Abdul Rahman.
Kajian / hipotesis oleh Kua Kia Soong terhadap Peristiwa 13 Mei mendapati bahawa nasionalis Tun Abdul Razak cuba melakukan rampasan kuasa terhadap Tunku Abdul Rahman dengan sokongan daripada Dato' Harun bin Idris, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Ghazali Shafie.
Pada ketika itu wujud pergeseran kaum, keadaan tidak menentu. Tunku diperlihatkan lemah oleh media dan agen-agen yang dikuasai Tun Razak. Kononya keadaan amat kritikal jika Tunku dibiarkan terus menerajui Umno maka Umno dalam bahaya. Begitu juga kini imej Abdullah begitu tidak porpular.... ramai mula yakin jika Abdullah terus ditampuk kuasa diragui Umno hilang 'gripnya'. Cuma yang perlu ialah wujudkan kekecohan dan ketengangan kalangan rakyat.
Anwar dan kelompok penyokong tegarnya mungkin dilihat Najib mampu memenuhi krateria keperluan untuk melengkapkan skripnya kerana ramai percaya pendokong reformasi tidak punya disiplin. Maka kerana itulah perlunya skrip 1998 diulang selain dari memperlahankan kelajuan DSAI pengulangan ini juga untuk melengkapkan skrip besar iaitu rampasan kuasa terhadap Abdullah.
Tetapi semuanya setakat ini gagal, penyokong terus tenang dan berada pada tahap keyakinan tinggi. Ketika ditahan itulah pesanan DSAI melalui Nurul Izzah yang disampaikan berkali - kali kepada cheGuBard. Alhamdunillah semua terkawal dengan baik. Cuma satu tangkapan. Nora ditangkap itupun kerana dia tak tahan sangat nak menjawab mulut kurang ajar polis yang bertugas malam itu. Biasalah Nora.... tapi bukan salah Nora kalau cheGuBard perempuan dan diberikan usikan kurang ajar seperti itu juga akan melenting dan tersembur maki juga. Kerana perhimpunan tersebut tidak dirancang maka pasukan peguam tidak terbentuk. Nora terpaksa bermalam di lokap dan terima kasih kepada Athirah (setiausaha DMPP) kerana menguruskan peguam dan jaminan polis Nora.
Cuma agak terkilan dengan mulut lancang seorang peguam ahli keADILan yang ketika dihubungi teman bukan setakat tidak mahu membantu tetapi menuduh pula kononya Nora orang bekas pimpinan keADILan yang sudah masuk Umno. Kejadian ini amat saya selaku aktivis reformasi jalanan dan pimpinan keADILan kesali.
Namun apapun politik kian panas dan menarik !!! Rakyat kian bosan kerana terseksa... mereka tak mahu sensasi tetapi pembelaan...... tawaran 'keselesaan hidup' oleh PAKATAN perlu dilawan dengan perlaksanaan agenda pembelaan rakyat oleh Kerajaan Bn bukan dengan fitnah dan konspirasi.
chegubard.blogspot
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
2 years ago
No comments:
Post a Comment