Sekali Lagi Mereka Cuba Merekacipta Bahan Bukti Terhadap Anwar
(How, Yet Again, They Are Trying To Fabricate Evidence Against Anwar)
Oleh Raja Petra Kamarudin
Bahan bukti sudah sedia. Contoh air mani di seluar dalam Saiful memang disahkan milik Anwar. Masalahnya, kalau mereka benarkan seorang pakar asing melakukan pemeriksaan ke atas siasatan Jabatan Kimia, pakar itu akan perakukan bahawa air mani itu sudah berusia sepuluh tahun dan tidak bertarikh 26 Jun,2008.
NO HOLDS BARRED
Raja Petra Kamarudin
.
Malam itu telah diadakan satu jamuan besar. Jabatan Kimia sudah begitu puas hati mereka mempunyai satu kes yang kukuh terhadap Anwar Ibrahim dan ini menyebabkan mereka meraikannya. Majlis pesta yang bernilai RM25,000 itu telah dibiayai oleh seorang dermawan yang amat ceria ketika ini, berbeza dengan masa dahulu. Kali ini mereka sudah yakin dapat menjerut Anwar Ibrahim.
.
RM25,00 bukanlah banyak sangat untuk dibelanjakan mengadakan satu parti (jamuan) Lainlah kalau parti itu untuk meraikan perkahwinan anak Perdana Menteri. Tahun lalu, ketika Abdullah Ahmad Badawi berkahwin dengan seorang pengasuh di Putrajaya, mereka telah membelanjakan berjuta ringgit. RM25,000 bukanlah besar sangat untuk menyambut peristiwa Najib akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 2010. Rosmah Mansur berbelanja lebih banyak daripada itu hanya membeli satu tas-tangan. Akan tetapi RM25,000 memanglah banyak kalau hanya untuk dibelanjakan untuk satu jamuan Jabatan Kimia menyambut kejayaan mereka kerana berjaya dengan bahan bukti yang akan menjerut Anwar Ibrahim.
.
Apa fasal seorang dermawan sanggup berbelanja RM25,000 untuk dihabiskan oleh Jabatan Kimia dalam satu jamuan makan? Apakah yang mereka raikan? Apakah mereka kerap membuat sambutan keceriaan dengan satu parti dan berbelanja RM25,000 setiap kali berjaya menyelesaikan sesuatu kes? Apakah ini satu-satunya sambutan kerana mereka berjaya menyerlahkan bahan bukti yang boleh menyumbat Anwar ke penjara untuk sekurang-kurangnya sepuluh tahun dan menjamin dia tidak akan berjaya menubuhkan satu kerajaan pusat yang baru pada 16 September 2008?
.
Nanti sekejap.. Bukankah Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi pernah meminta Anwar agar memberikan profil DNA beliau secara sukarela? Profil DNA yang ada dalam simpanan polis sejak 1998 dianggap sudah terlalu lama, kata Abdullah. Sebaliknya polis berkata kalaulah Anwar enggan menyerahkan DNA beliau secara sukarela mereka akan dapatkan arahan mahkamah memaksa beliau memberikannya. Nampaknya banyak sangat yang tidak kena dalam hal ini.
.
Yang pertama, kalaulah Jabatan Kimia sudahpun berjaya menguruskan kes itu dengan bahan bukti yang begitu ketat terhadap Anwar kenapa pula perlunya Anwar memberikan DNA beliau kepada mereka? Profil DNA tidak pernah dianggap tidak berguna. Apakah polis juga mahukan cap jari Anwar kerana cap jari yang mereka ambil sepuluh tahun dahulu sudah lupus? Cap jari mana boleh lupus dan berubah sejak seseorang itu lahir dan begitulah juga dengan profil DNA seseorang itu.
.
Tentu anda boleh ingat, satu ketika dahulu mereka pernah menggali kubur Napoleon Bonaparte dan membuat pemeriksaan untuk membuktikan dia mati kerana keracunan arsenik. Napoleon mati pada 5 Mei 1821, kira-kira 187 tahun yang lalu. Macam mana pula orang kata profil DNA Anwar yang berusia sepuluh tahun sudah menjadi profil yang basi?
.
Yang sebenarnya, bahan bukti yang dikatakan ‘ketat’(kukuh) yang baru sahaja disediakan oleh Jabatan Kimia itu adalah berasaskan contoh yang Anwar berikan pada 1998. Jadi, mereka perlukan contoh baru bertarikh 2008. Jika tidak Anwar akan panggil pakar luar negara untuk mengaudit bahan bukti Jabatan Kimia. Pakar itu mudah mengesan bahawa contoh spesimen yang digunakan adalah sudah lama dan bukannya bertarikh 26 Jun, 2008. Itulah tarikh berlakunya peristiwa sodomi yang didakwa oleh kerajaan.
.
Memang betul, mereka bukan sahaja boleh pastikan apakah air mani di seluar dalam Saiful itu milik Anwar. Mereka boleh pastikan apakah ia daripada contoh September 1998 ketika polis mula-mula mengambil contoh itu daripada Anwar ATAUPUN apakah contoh itu bertarikh 26 Jun 2008 seperti yang mereka dakwa.
.
Bahan bukti sudah sedia. Contoh air mani di seluar dalam Saiful memang disahkan milik Anwar. Masalahnya, kalau mereka benarkan seorang pakar asing melakukan pemeriksaan ke atas siasatan Jabatan Kimia, pakar itu akan perakukan bahawa air mani itu sudah berusia sepuluh tahun dan tidak bertarikh 26 Jun,2008 seperti yang didakwa.
.
Kerana itu mereka perlu menukar spesimen September 1998 dengan yang baru bertarikh Julai 2008. Itu sebabnya Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi dan Syed Hamid Albar , bersama yang lain lagi, meminta Anwar memberikan contoh yang baru secara sukarela. Mereka perlukan spesimen baru ini untuk ‘buktikan’ bahawa air mani di seluar dalam Saiful itu bertarikh 26 Jun 2008 dan bukannya September 1998. Abdullah sendiri telah mengaku perkara ini apabila dia meminta Anwar memberikan DNA baru beliau secara sukarela . Spesimen yang sedia ada pada mereka itu hanya bagus untuk profil DNA sahaja – Cuma ia tidak boleh lulus ujian pakar bebas asing yang mengaudit bahan bukti Jabatan Kimia. Ini berkemungkinan pakar itu menyatakan bahawa spesimen yang digunakan oleh polis sudah berusia sepuluh tahun.
.
Memanglah mereka telah mengambil contoh daripada Anwar pada September 1998. Akan tetapi mereka tidak boleh gunakannya sebagai bahan bukti dalam dakwaan sodomi yang terbaru ini. Mereka perlu ‘kemaskini’ bahan bukti dan selagi mereka tidak boleh memaksa Anwar memberikannya spesimen yang baru sudah tentu bahan bukti mereka jelas pincang dan lemah serta mudah dipertikai. Itu sebabnya polis terpaksa juga melepaskan Anwar dengan ikat jamin satu hari selepas penangkapan ala Hollywood yang dilaksanakan terhadapnya.
.
Sama ada mereka terpaksa melepaskannya ataupun kemukakannya ke mahkamah untuk didakwa. Bagaimana mungkin mendakwa sedangkan bahan bukti masih goyah? Bahan bukti apa yang disebut sebagai aksi sodomi Anwar disokong oleh bahan bukti yang berusia sepuluh tahun sudah tentu tidak laku di mahkamah. Anwar didakwa telah meliwat Saiful pada 26 Jun 2008 dan bukannya September 1998.
.
Apakah jelas kepada anda kerja-kerja busuk yang dilakukan oleh AG dan KPN Malaysia? Dua orang brengsek ini adalah penjenayah yang sama melakukan kerja-kerja kotor dalam mengada-adakan bahan bukti pada 1998 sehinggalah Anwar terpaksa meringkuk dalam penjara selama enam tahun. Apakah saya melakukan kerja-kerja hasutan dan jenayah fitnah dalam berkata demikian? Saya harap begitulah. Terlanjur berkata demikian, kenapa saya tidak lakukan satu lagi ‘jenayah’? Saya mahu menuduh AG dan KPN sengaja mengada-adakan bahan bukti untuk menyusahkan para saksi.
.
Cuba anda perhatikan. Mereka telah meminta seorang doktor tertentu daripada sebuah hospital tertentu melakukan siasatan ke atas Saiful. Doktor itu berbuat demikian dengan satu laporan bahawa tidak ada bukti yang Anwar pernah menjolok ataupun meliwat anak muda tersebut. Polis kemudian tangkap dan tahan doktor itu selama tiga hari. Walaupun mereka cuba pujuk doktor tersebut menukar laporannya untuk mengaitkan Anwar , doktor itu enggan berbuat demikian.
.
Sehingga hari ini doktor itu masih bertegas dengan laporannya bahawa tidak ada bahan bukti bahawa Anwar telah meliwat Saiful. Dia tahu dia akan merana kerana tindakannya, tetapi dia tidak peduli. Dia tidak akan mengubah laporannya dan berkata bahawa Anwar telah meliwat Saiful, tidak kira apa yang akan mereka lakukan ke atasnya. Kerana terdesak polis terpaksa melepaskan Anwar dengan ikat jamin ataupun ‘police bail’ Doktor tetap enggan mengubah laporannya dan Anwar pula tidak mahu memberikan contoh spesimen secara sukarela.
.
Bahan bukti terhadap Anwar adalah tidak baik. Kini mereka perlukan melihat jalan lain ‘membuktikan’ Anwar telah meliwat Saiful. Untuk sementara waktu marilah kita tengok apakah AG akan membuat satu lagi laporan polis terhadap saya dan sama ada KPN akan menangkap saya dan dakwa saya di mahkamah kerana hasutan dan fitnah jenayah kerana dakwaan saya yang terbaru ini.
.
Memanglah setakat ini saya sudah menghadapi empat tuduhan hasutan dan jenayah fitnah. Apa sangatlah kalau mereka tambah dengan dua ataupun tiga lagi tuduhan? Yang pentingnya bukan soal saya akan disumbat dalam penjara ataupun tidak. Seluruh dunia harus mengetahui betapa mereka masih mencubanya sekali lagi. Mengada-adakan bahan bukti terhadap Anwar. Kalau kerana itu adalah berbaloi kalau saya masuk penjara.
27.07.2008 - Terjemahan marhaintua (MT-SPAR)
(suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
2 years ago
No comments:
Post a Comment