Pengumuman/Seruan {MatKOMANdo HoMe}
----------------------------------------------------
Alternatif untuk melawat laman web Malaysiatoday di SINIatau gi ke IP Address nya http://202.75.62.114/2008/
----------------------------------------------------
Mariii....!!!!! Hargai Pengorbanan Raja Petra...!!!!!!!!!
----------------------------------------------------
Mariii Kita Bocorkan Tembok ISA dengan 16 Septemberr..!!!!
----------------------------------------------------
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yg Suci sertaSalam Merdekakan Malaysia. - Mat KOMANdo
----------------------------------------------------

Saturday, July 26, 2008

Tahun Meliwat Malaysia - Raja Petra

Tahun Meliwat Malaysia
(Tahun Meliwat Malaysia)
Oleh Raja Petra kamarudin

Selamat datang Ke Malaysia. Tahun ini ialah Tahun Meliwat Malaysia. Sebelum kami selesaikan isu dakwaan sodomi terhadap Anwar. Kami sekarang sedang bersekongkol dengan PAS meliwat para pengundi.

NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin

Menteri Pelancongan yang baru, baru sahaja membuat pengumuman bahawa kempen Tahun Melawat Malaysia adalah satu kegagalan. Nampaknya para pelancong tidak gemar datang ke negara ini. Kerana itu mereka telah menukar tema kempen kepada “Tahun Meliwat Malaysia” selaras dengan semangat yang ada dalam dakwaan liwat terhadap Anwar dan muzakarah antara UMNO dan PAS. Memanglah, segala kerja kerajaan pimpinan UMNO meliwat kita (rakyat) memang belum cukup memadai lagi, kini PAS pula tumpang semangkuk dan merancang meliwat para pengundi yang mengundi mereka dalam pilihan raya umum yang baru berlalu, pula.
.
Apa pun, apakah semua pelancong sanggup datang ke negara ini yang mengharamkan penggunaan gincu dan kasut tumit tinggi? Harus diingat mereka bercakap pengharaman itu dikenakan kepada kaum wanita. Kita belum sentuh lagi perkara itu yang digunakan oleh kaum lelaki. Sebenarnya mereka tidak ambil kisah kalau ada kaum lelaki yang menggunakan gincu dan memakai kasut tumit tinggi. Anda mudah melihat puak seperti ini berkeliaran dengan pakaian wanita di jalan raya Kuala Lumpur dengan payu dara yang besar-besar yang mungkin menyebabkan Dolly Parton naik cemburu.
.
Selamat datang Ke Malaysia. Tahun ini ialah Tahun Meliwat Malaysia. Sebelum kami selesaikan isu dakwaan sodomi terhadap Anwar, kami sekarang sedang bersekongkol dengan PAS meliwat para pengundi. Kami fikir PAS akan meminta rakyat menyokong supaya kami dapat menendang keluar UMNO dan menamatkan 51 tahun kerja-kerja sodomi rakyat Malaysia yang diperkenalkan selama ini. Rupanya kami tersilap. Nampaknya PAS pun sama juga dalam hal sodomi ini seperti UMNO. Fahamkah anda sekarang kenapa saya tidak suka bergiat cergas dalam politik? Saya tidak mahu menjadi sebahagian pasukan sodomi. Sedangkan mereka itu semua adalah golongan peliwat. Setiap seseorang mereka itu.
.
Sememangnya. Ketika saya menyebut orang-orang PAS mempunyai otak yang dangkal kerana lilitan serban mereka terlalu ketat sehingga menjerut peraliran darah ke otak mereka, anda tuduh saya menghina Nabi. Tetapi orang-orang Sikh tidak pun rasa terhina. Mereka tahu betapa pun ketatnya serban mereka, otak mereka masih cergas dan tajam. Seolah-olah hanya orang Melayu sahaja yang menghidap ‘Sindrom Serban Ketat’. Apakah saya perlu cakap banyak lagi apabila tindakan pemimpin PAS yang lilitan serbannya longgar telah membuktikan apa yang saya perkatakan selama ini?
.
PAS kerap bercakap mengenai ISLAM semacam Paris Hilton bercakap mengenai SEKS. Itu setakat omongan sahaja, tidak semacam Paris Hilton yang menyimpan rakaman video mengenai aksinya. Apakah orang-orang PAS jenis ini menegakkan prinsip Islamik adalah satu perkara lain pula. PAS suka memberi fokus kepada ritual dan slogan. Bersolat, berpuasa, pergi ke Makkah mengaji dan menghafal Al-Quran, haramkan gincu dan kasut tumit tinggi. Mereka mahu diadakan kolam renang berasingan dan kaunter bayaran berasingan mengikut jantina, haramkan berjabat tangan antara lelaki dan perempuan, memakai hijab dan serban laksana ‘Sinbad the Sailor’, dan banyak lagi.
.
Kemudian mereka minta para pengundi agar mengundi mereka dan minta mereka berbongkok untuk meliwat kita pula. Yeah, selamat datang ke Malaysia. Inilah Tahun Meliwat Malaysia.
.
Sudah tentu PAS akan adakan benteng pertahanan dan berhujah bahawa muzakarah mereka dengan UMNO adalah untuk kepentingan perpaduan Melayu. Apahal dengan perpaduan Melayu? Mereka masih tidak mampu mencapai perpaduan dalam Islam dan kini mereka mahu cakap mengenai perpaduan Melayu? Apakah itu sebenarnya hal ehwal Islam, yakni perkauman? Apakah kita telah ditipu apabila para ilmuwan agama memberitahu kita satu ketika dahulu bahawasanya dalam khutbah terakhir Nabi Muhammad (s.a.w.) di Arafah ialah mengenai “Menolak Perkauman”? Apakah segala hadith mengenainya satu pembohongan? Bukankah itu membuatkan segala hadith yang ada menjadi satu keraguan? Apakah sekali gus kita diberitahu agar mempercayai Hadith dan khutbah terakhir Nabi di Arafah adalah mengenai anti-perkauman. Dengan pantas mereka telah bertindak dan berkata perkara yang Nabi mahu kita tidak lakukan.
.
Saya masih ingat 25 tahun dahulu ketika PAS mengumumkan bahawa orang-orang UMNO adalah Kafir dan mereka yang bekerjasama ataupun menyokong parti ‘rasis’ adalah kafirun. Pada 1990, UMNO bertindak balas dan menggodam PAS pula apabila parti itu bekerjasama secara ‘tidak langsung’ dengan DAP sebuah parti kafir. PAS menjadi begitu tertekan dengan dakwaan itu sehinggakan mereka enggan dilihat sebagai bekerjasama secara terbuka dengan DAP – dan mereka berselindung di sebalik Semangat 46 dalam usaha mengaburi pakatan tersebut.
.
Di Pantai Barat, Semangat 46 telah berpakat dengan DAP mengikut Gagasan Rakyat sedangkan di Pantai Timur gandingan Semangat 46-PAS dinamakan Angkatan Perpaduan Ummah (APU). Semangat 46 adalah pemangkinnya. Ia telah membentuk dua perikatan, satu bersama DAP dan satu lagi dengan PAS. Dengan cara ini PAS tidak dilihat mempunyai sebarang kaitan dengan sebuah parti kafir (DAP). Kemudian PAS dan DAP membuat dakwaan mereka tidak ada pakatan. Cuma DAP dan PAS mempunyai perjanjian berasingan dengan Semangat 46. Sememangnya PAS pandai mengelat dengan perkara yang memberi keselesaan kepada mereka. Mereka selalu berhelah bahawasanya Nabi tidak menyekat ‘berhelah’ asalkan ia bertujuan untuk menyongsangkan musuh-musuh Islam.
.
Memanglah itu kisah lama. Hari ini PAS tidak mempunyai masalah bekerjasama dengan golongan kafir. Malahan mereka menubuhkan kerajaan-kerajaan negeri bersekongkolan dengan kafir. Jadi, duduk semeja dengan UMNO untuk mencari jalan bagaimana PAS boleh tinggalkan Pakatan Rakyat dan menganggotai Barisan Nasional tidak lagi menjadi satu masalah juga. Kalau mereka boleh menubuhkan kerajaan negeri dengan DAP yang kafir, apa salahnya kalau mereka menubuhkan kerajaan pusat dengan orang UMNO kafir?
.
Kita mesti faham betul-betul, bahawasanya PAS tidak pernah serius dengan penubuhan sebuah negara Islam. Itu hanya cakap politik untuk telinga para pengundi dan akar umbi Melayu di kampung-kampung. PAS sedar ia tidak akan mampu menukar Malaysia menjadi sebuah negara Islam. Setakat ini ia masih tidak mampu menjadikan negeri yang diperintahnya sebagai sebuah negeri Islam. Perlembagaan Persekutuan tidak membenarkan kerja-kerja begini. Sememangnya perkara ini amat difahami oleh orang bukan-Islam selama ini. Itu sebabnya ramai bukan-Islam yang memberikan undi mereka kepada PAS dalam pilihan raya umum yang lalu. Mereka tahu PAS boleh sebut sahaja perkara itu di mulut mereka tetapi memang tidak ada jalan bagaimana PAS boleh jadikan Malaysia sebuah negara Islam. Ironisnya orang Melayu mudah menerima cakap-cakap PAS itu membuta tuli. Mereka beranggapan bahawa PAS memang serius dengan kata-katanya.
.
Tetapi PAS ialah sebuah parti politik. Orang politik tidak mudah bercakap benar. Orang politik bercakap apa yang para pengundi mahu dengar dan lakukan apa yang penting untuk menjana kesinambungan kerjaya politik mereka.
.
Sejurus selesai Pilihan Raya Umum Mac 2008 dahulu, Umno Perak telah mendekati PAS Perak dan mencadangkan satu pakatan. Umno bersetuju PAS mendapat jawatan Menteri Besar dan mereka boleh laksanakan hukum Islam kalau mereka mahu. Betullah itu, UMNO Perak bersetuju Perak menjadi sebuah negeri Islam asalkan UMNO menjadi sebahagian kerajaan yang memerintah Perak. Namun demikian PAS Perak menolak idea tersebut dan sebaliknya memilih berganding dengan DAP dan PKR, walaupun mereka tidak akan menjadikan Perak sebagai sebuah negeri Islam. UMNO Selangor telah mencuba taktik yang sama dengan PKR Selangor dan PKR menolak cadangan UMNO untuk menubuhkan kerajaan negeri.
.
Kemudian, UMNO cuba membeli beberapa orang Ahli Dewan Undangan Negeri daripada DAP, PAS dan PKR di Perak dan Selangor. Tawaran bermula dengan RM 2 juta dan naik melonjak sehingga RM 10 juta untuk ahli EXCO Negeri. Tetapi UMNO masih gagal memancing orang untuk melompat. UMNO sudah sedar adalah sukar ‘meliwat’ individu jadi mereka mula kerja-kerja busuk itu dengan parti pula. Kalau mereka gagal memancing individu untuk melompat parti, mereka fikir dapat meyakinkan salah sebuah parti komponen Pakatan Rakyat meninggalkan gagasan pembangkang itu dan menyertai Barisan Nasional. Mereka pasti tidak berjaya dengan DAP dan PKR. Satu-satunya parti yang boleh dipancing ialah PAS. Itu sebabnya UMNO bermuzakarah dengan PAS mengenai perpaduan Melayu.
.
Perpaduan Melayu bukanlah satu agenda Islamik. Malahan perpaduan Arab pun tidak wujud. Lebih ramai Arab yang mati dibunuh oleh orang Arab kalau dibandingkan oleh orang Yahudi walaupun wujud begitu galak retorik anti-Yahudi oleh umat Islam. Bagaimana pun perpaduan Arab adalah satu khayalan, bukan sahaja secara literal tetapi daripada sudut Islam juga. Perpaduan Arab dan perpaduan Melayu adalah haram. Dalam khutbah Nabi yang terakhir Baginda telah berfatwa dengan jelasnya, bahawa perkauman itu adalah haram. Setidak-tidaknya itulah yang diberitahu kepada kita oleh mereka.
.
Kecualilah anda mengatakan bahawa buku dan kitab mengenai sejarah Islam, dan Hadith adalah usang dan tidak berguna? Mungkin PAS boleh bantu menjelaskan perkara ini setelah selesai bermuzakarah dengan UMNO dan dapat capai satu penyelesaian bagaimana UMNO dan PAS boleh sama-sama menubuhkan sebuah kerajaan pusat di Malaysia.
.
Bukankah saya pernah beritahu anda betapa banyaknya perkara syirik yang diamalkan oleh orang Melayu dalam amalan Islam mereka di Malaysia ini? Muzakarah UMNO-PAS ini adalah satu lagi kerja busuk mereka. Perpaduan Melayu? Perggggggggggggilah!!!! Sepatutnya mereka bercakap mengenai perpaduan rakyat Malaysia. Itu sebabnya PAS berada dalam kerajaan di lima buah negeri dan itu sebabnya Barisan Nasional sudah hilang kuasa majoriti dua pertiga di Parlimen. Semua ini disebabkan perpaduan rakyat Malaysia. PAS sudah lupa siapa yang melonjakkan mereka naik. Sebaik sahaja PAS menganggotai Barisan Nasional dan menjadi rakan baru dalam kerajaan pusat apakah kita akan melihat gincu dan kasut tumit tinggi diharamkan di seluruh Malaysia?

25.07.2008 - Terjemahan marhaintua (MT-SPAR)
(suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)

No comments:

Recent Posts


Vindicated - Dashboard Confessional