Mat ambik Artikal semalam dri Whitenaval.wordpress
Perhimpunan bersejarah TURUN SEJUTA bertukar tempat lagi. Terkini ia dilaporkan akan bertukar lagi ke Stadium Kelana Jaya!
Banyak betul dugaan rakyat nak berhimpun besar-besaran bagi menunjukkan rasa amarah kepada Pak Lah. Timbul pula desas-desus bahawa tentera akan membantu polis menjaga rakyat yang akan berhimpun. Apa nak guna-guna askar pulak kalau setakat nak jaga orang demonstrasi aman, kalau bukan nak ugut rakyat dengan darurat?
Rakyat yang dengar gosip askar akan jaga rakyat berhimpun tentu merasa gerun kerana askar sepatutnya berada di kem tentera dan fungsinya hanya sangat relevan bila darurat diumumkan oleh Pak Lah! Inilah antara ancaman senyap oleh Pak Lah bagi memerangi rakyat yang berumur dari keluar beramai-ramai kerana orang lama/veteran tentu tahu akibat apabila darurat! Macam-macam bolah berlaku.
Isu liwat-meliwat Anwar-Saiful dan hubungan seksual Najib-Altantuya seolah-olah menjadi penentu akhir bagi memilih bakal Perdana Menteri. Salah seorang Najib atau Anwar pasti kecundang dalam perebutan klasik peperangan saraf antara kedua-duanya.
Anwar dilihat sebagai calon relevan dan menjadi pilihan ramai serta popular di kalangan rakyat tetapi Najib hanya berbekalkan beberapa pemimpin BN yang menjadi Pak Turut! Modal Anwar lebih kuat berbanding Najib daripada segi sokongan moral individu! Najib pastinya malu lagi terkelu dengan tindakan balas Anwar.
Siapa perangkap siapa sudah tidak penting sekarang kerana hanya polis yang dapat menyiasat tetapi siapa pula yang akan menyiasat polis jika polis terlibat dalam kesalahan? Jika polis sudah tidak mampu mendapat tempat di mata rakyat, maka askar seharusnya memainkan peranan mengambil alih bukan?
Rampasan kuasa tentera ke atas kerajaan Pak Lah bukanlah tindakan popular Malaysia tetapi ia adalah mungkin jika Panglima Angkatan Tentera atau PAT mendapat restu daripada Agong! Mungkin lebih menarik bukan jika ‘ending’ drama Melayu Anwar-Saiful dan Najib-Altantuya berakhir dengan rampasan kuasa.
Whitenaval.wordpress
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
2 years ago
No comments:
Post a Comment