Pengumuman/Seruan {MatKOMANdo HoMe}
----------------------------------------------------
Alternatif untuk melawat laman web Malaysiatoday di SINIatau gi ke IP Address nya http://202.75.62.114/2008/
----------------------------------------------------
Mariii....!!!!! Hargai Pengorbanan Raja Petra...!!!!!!!!!
----------------------------------------------------
Mariii Kita Bocorkan Tembok ISA dengan 16 Septemberr..!!!!
----------------------------------------------------
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yg Suci sertaSalam Merdekakan Malaysia. - Mat KOMANdo
----------------------------------------------------

Saturday, July 26, 2008

Sepetang Bersama Seorang Teman - Raja Petra

Sepetang Bersama Seorang Teman
(An Evening With An ‘Accomplice’)
Oleh Raja Petra kamarudin

Sesungguhnya saya pun tidak tahu kenapa kami perlu berjumpa Najib. Saiful berkata dia mahu berjumpa Najib dan dia mahu saya mengikutinya. Jadi, saya pun ikutkan sahaja.

NO HOLDS BARRED

Saya sekarang ini menghadapi satu tuduhan hasutan dan tiga tuduhan 'criminal defamation’. Mereka ada berkata orang Islam dibenarkan empat dan saya baru sahaja mencapai tahap maksimum yang empat itu. Apa pun, moyang saya dahulu, Sultan Ala’eddin Sulaiman Shah, Sultan Selangor yang Kelima, pernah menikah dengan sepuluh orang isteri. Almarhum telah mendapat 44 orang cahaya mata daripada sepuluh orang isterinya. Ninda saya Tengku Badariah adalah salah seorang antara 44 orang anak baginda. Kalau diambil kira rekod gemilang moyang saya itu, apakah saya puas hati dengan empat orang sahaja? Tentu tidak. Pada hari ini saya akan menyediakan bahan untuk tuduhan jenayah ke atas saya yang kelima. Tidak kiralah apa pula bentuk tuduhan itu nanti.

Hari ini dengan semangat tuduhan jenayah yang kelima itu, saya akan membuat satu lagi dakwaan ‘hasutan’ dan criminal defamation’ terhadap Timbalan Perdana Menteri Najib Tun Razak. Dengan semangat apa yang pernah dilakukan oleh Anwar Ibrahim kepada CNN minggu lalu (http://72.47.236.85/2008/content/view/10077/1/) .

Dakwaan ini menyebut bahawasanya Najib bertemu Saiful untuk membincangkan dakwaan sodomi terhadap Anwar dan bukan untuk tujuan lain selain itu sahaja. Bukan juga untuk membincangkan masa depan anak muda itu, ataupun hal ehwal biasiswa.

Pada kali ini saya akan bertarung habis-habisan. Kali ini saya bersedia meringkuk lama dalam penjara, asalkan saya pasti Najib tidak akan menjadi Perdana Menteri Malaysia pada Jun 2010. Sememangnya say a menghadapi risiko akan tumbang juga tetapi saya akan membawa Najib tumbang sama dengan saya. Kami berdua akan sama-sama jatuh dan menjadi bahan sejarah, sebelah menyebelah.

Bagaimana perkara ini boleh berlaku? Pada kali ini saya telah merakamkan segala-galanya dalam video satu sesi p0engakuan. Rakaman video itu berada di sebuah tempat yang selamat, sedia timbul Semasa perbicaraan saya nanti apabila mereka mendakwa saya kerana jenayah yang paling terbaru ini, tidak kiralah apakah bentuk jenayah yang akan mereka reka nanti.

Kisahnya begini:
Semasa Saiful berjumpa Najib, dia membawa bersamanya seorang teman. Kawan inilah yang telah membuat pengakuan akan kejadian pertemuan itu dalam satu rakaman video, yang kini ada dalam simpanan saya. Dengan demikian, mulakanlah, kemukakan apa sahaja yang ada pada kalian dan marilah kita lihat apa yang akan terjadi di mahkamah nanti.

Sememangnya Najib telah berjumpa Saiful untuk berbincang bagaimana mengenakan Anwar dengan tuduhan sodomi. Sememangnya Najib telah menafikan semua itu. Pada mulanya dia berkata tidak pernah bertemu Saiful, walaupun sekali dalam hidupnya. Kemudian dia mengaku bertemu Saiful dengan tujuan memberi panduan kerjaya kepada anak muda itu dan membincangkan masa depannya, biasiswa. Dan banyak lagi hal yang lain. Kenyataan beliau yang pertama adalah satu penipuan. Kenyataan yang kedua itu adalah juga satu pembohongan. Sebenarnya Najib bertemu Saiful untuk membincangkan muslihat dakwaan sodomi terhadap Anwar.

Seandainya Najib membohongi begitu banyak kali tentang pertemuannya dengan Saiful, apakah dia tidak mampu berbohong bila berkata dia tidak pernah bertemu dengan Altantuya ataupun pernah menemui si mati? Apakah kata Najib nanti dalam perbicaraan saya, saya kemukakan satu laporan risikan tentera Semasa Altantuya masih lagi bernyawa yang memperakukan yang dia sememangnya terlibat secara romantik (ataupun terlibat dengan kegiatan seksual adalah perkataan yang lebih sesuai untuk digunakan) bersama Altantuya

Oleh itu marilah kenakan dakwaan ke atas saya. Bawalah saya ke muka pengadilan. Hukumlah saya dan masukkan saya dalam penjara jika anda mahu. Saya sudahpun berusia 58 tahun. BIla saya keluar nanti mungkin usia sudah menjangkau 60 tahun, itu pun kalau masih bernyawa dan belum mati lagi. Jadi, anda mahu sumbat saya dalam penjara? Berapa lama tempohnya? Apa bezanya kalau seandainya saya sudah tidak bernyawa lagi? Saya pun bukannya mengharap untuk hidup sampai usia 83 tahun seperti Tun Mahathir. Najib, akan menjadi Perdana Menteri pada 2010, Kerana itu adalah berbaloi untuk masuk penjara, tidak kira berapa lama hukuman itu nanti.

*************************************************

“Apa soalan yang mahu anda kemukakan kepada saya?”

Tidak ada soalan. Kia akan anggap ini sebagai satu temuduga (interview). Anda perlu bertenanga dan ceritakan apa yang terjadi seperti satu sesi bercerita dan saya akan rakamkan dengan perakam video apa yang anda katakana.”

“Apa sebenarnya yang anda mahu saya katakan?”

Saya fikir eloklah anda ceritakan pertama kali anda bertemu Saiful, bagaimana dia boleh diambil oleh Parti KeADILan Rakyat, apa yang dibuatnya di pejabat, dan apa juga yang anda tahu tentang dakwaan bahawa Anwar telah meliwatnya. Yang terbaik ialah anda bertenang dana bercakap secara tenang seolah-olah anda menceriakan satu kisah, tidak ada sesi soal jawab yang akan membuat anda tenang dan kelihatan tidak ‘natural”

“Baiklah, kalau saya tersilap anda akan sunting rakaman itu?”

“Tidak. Kia tidak akan buat sebarang pindaan. Ini adalah sama dengan kerja memutar belit bahan bukti. Tidak apa kalau anda tersilap. Ulang semula apa yang and a katakana dan mulakan balik. Rakaman video ini bukannya untuk siaran Ini untuk kegunaan dalaman sahaja. Kami hanya simpan rakaman ini di tempat yang selamat seandainya polis menangkap anda dan memaksa anda membuat satu kenyataan bertentangan dengan kesediaan diri anda.

Seandainya polis mendakwa anda atas sesuatu sebab kami akan dedahkan pita ini untuk membuktikan bahawa apa yang anda beritahu polis adalah disebabkan tekanan dan Berbeza dengan apa yang anda katakan malam ini. Itu sebabnya anda perlu bercakap secara bersahaja dan tidak nampak tegang ataupun seolah-olah anda sedang dipaksa untuk mengatakan sesuatu . Rakaman video ini adalah untuk keselamatan anda juga untuk menentukan mereka tidak akan menangkap anda dan memaksa anda membuat sebarang kenyataan yang tidak benar.”

“O.k.”

“Beritahu bila anda sudah bersedia. Minumlah sedikit a air untuk basahkan tekak dan habiskan rokok anda terlebih dulu.

Lepas itu baru kita boleh mula. Bertenang dan jangan risau apa-apa. Tidak perlu memandang kamera kalau anda tidak rasa selesa. Cakap pada saya pandang saya dan cakap. Adalah lebih mudah bila anda bercakap kepada seseorang berbanding bercakap pada kamera.

Sesi pun bermula dan dia mulakan kisahnya. Selepas 15 minit dia memberi isyarat agar kamera ditutup dan saya pun mematuhinya.

“Saya tidak yakin apakah yang seterusnya ini dirakam oleh kamera.”

“Tidak mengapa. Kita boleh rakamkan juga dan kalau anda fikir ini membawa kesan buruk ia tidak perlu ditimbulkan.”

“Saya fikir eloklah saya dapatkan nasihat peguam dahulu sebelum dirakam bahagian kedua ini kerana ia melibatkan Najib dalam kisah sodomi terhadap Anwar.

“O.K. kita boleh tutup kamera dan anda boleh ceritakan bahagian kedua tanpa rakaman kamera. Kemudian kita buat keputusan kemudiannya apakah ia harus dirakam ataupun tidak.

“Bahagian kedua ini adalah mengenai pertemuan kami dengan Najib.”

”Oh, jadi kamu pun ada pergi jumpa Najib?”

.”Sebenarnya saya pun tidak tahu kenapa kami mesti pergi jumpa Najib., Saiful Cuma berkata bahawa dia sengaja mahu jumpa Najib. Dan dia mahu saya mengikut dia. Jadi saya pun ikutlah. Saya ada semasa Saiful membincangkan dengan Najib kes sodomi dan dakwaan terhadap Anwar. Saya tidak pun tahu yang dia berjumpa Najib adalah dengan tujuan itu.”

“Kamu tidak tahu dia mahu pergi jumpa Najib kerana kes liwat itu?”

“Tidak. Dia tidakpun beritahu saya sebelum itu.”

“Apakah itu satu rekaan?”

“Rekaan?”

“Ya, apakah Najib sudah tahu terlebih dahulu kenapa Saiful datang bertemu beliau ataupun Najib tidak pun tahu perkara ini sebelum itu?”

“Saya tidak tahu.”

“Apakah Najib kelihatan terkejut dan kehairanan ataupun dia kelihatan seolah-olah dia sudah tahu apa yang akan mereka bincangkan?”

“Najib kelihatan bersahaja.”

“Jadi Najib tidak kelihatan terkejut ataupun kehairanan?”

“Tidak”

“Bermakna, daripada air muka Najib dia kelihatan seolah-olah sudah tahu terlebih dulu apa yang mereka akan bincangkan. Cuma kamu yang tidak tahu. Bagaimana dengan orang lain di bilik itu?”

“Mereka pun tidak kelihatan kehairanan.”

“?Jadi, nampaknya setiap orang di bilik itu sudah tahu, kecuali kamu, apa yang akan dibincangkan oleh Saiful dengan Najib?”

“Mungkin juga.”

“Kenapa pergi berjumpa Najib tentang perkara ini? Kenapa tidak pergi ke balai polis ataupun Jabatan agama?”

”Saya tidak tahu.”

“Adakah Najib beri sebarang nasihat?”

“Tidak.”

“Adakah Najib suruh Saiful pergi membuat laporan polis?”

“Tidak. Dia cuma mendengar sahaja.”

“Adakah Najib bertanya Saiful kenapa buat aduan pada dirinya? Apa kaitannya dengan kerja liwat Anwar dengan Timbalan Perdana Menteri Malaysia?”

“Tidak”

“Apakah anda fikir ini semuanya satu lakonan untuk anda sahaja”. Hakikat yang semua orang sudah tahu apa yang dibincangkan kecuali anda, menunjukkan seolah-olah mereka mahu beritahu anda sebagai orang luar, dan mendengar perbincangan mereka.

“Saya tidak berapa pasti.”

“Sebelum pergi ke pejabat Najib, apakah Saiful pernah beritahu anda ataupun orang lain bahawa Anwar telah meliwatnya?”

“Tidak.”

“Bermakna pertama kali anda mendengarnya ialah semasa Saiful bawa anda bertemu Najib?”

“Ya.”


“Pernahkah Saiful bincang apa-apa dengan Najib seperti biasiswa ataupun sesuatu semacam itu?”

“Tidak”.

“Mereka hanya bincang kes liwat itu?”

“Ya”

“Kenapa tak benarkan saya rakamkan bahagian ini dengan video?”

“Biar saya bincang dengan peguam dulu. Kalau dia kata o.k. esok kita boleh rakamkan perkara ini.”

“Baiklah, saya tidak akan paksa anda. Saya tidak mahu anda beritahu sesiapa kemudian nanti yang anda tidak benarkan saya merakamkan bahagian ini dengan video tetapi saya yang memaksa anda berbuat demikian. Eloklah bincang dengan peguam anda dulu, dan kita akan bertemu semula esok hari untuk merakamkan kenyataan anda di bahagian ini.”

25.07.2008 - Terjemahan marhaintua (MT-SPAR)
(suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)

No comments:

Recent Posts


Vindicated - Dashboard Confessional