Pengumuman/Seruan {MatKOMANdo HoMe}
----------------------------------------------------
Alternatif untuk melawat laman web Malaysiatoday di SINIatau gi ke IP Address nya http://202.75.62.114/2008/
----------------------------------------------------
Mariii....!!!!! Hargai Pengorbanan Raja Petra...!!!!!!!!!
----------------------------------------------------
Mariii Kita Bocorkan Tembok ISA dengan 16 Septemberr..!!!!
----------------------------------------------------
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yg Suci sertaSalam Merdekakan Malaysia. - Mat KOMANdo
----------------------------------------------------

Monday, July 28, 2008

Kami Meratap Untukmu Altantuya

.
Bahan bukti baru yang mengejut dan mengaitkan Timbalan Perdana Menteri Najib Tun Razak dengan pembunuhan Altantuya telah ditolak oleh mahkamah ketika ia kembali bersidang pada 23 Julai untuk mendengar penggulungan kedua-dua pihak pendakwaraya dan peguambela sejurus pihak pendakwa selesai dengan keterangannya sebulan yang lalu. Pegawai pendakwa dan juga peguam pembela – yang merupakan protagonis dalam perbicaraan jenayah - anehnya telah sama-sama menolak kemunculan bahan bukti yang baru ini, yang berkemungkinan mengubah keseluruhan senario kes pembunuhan tersebut.
.
Dalam menolak permohonan peguam yang mewakili keluarga Altantuya dan kerajaan Mongolia – Karpal Singh – agar dibuka semula kes pendakwaan untuk mendengar bahan bukti yang baru, Hakim Zaki Yasin berkata bahawa “mahkamah hanya akan melaksanakan haknya memanggil mana-mana saksi bila dianggap perlu.”
.
Alahai, mahkamah hampir membuat keputusan apakah wujud kes prima facie, dengan itu, ketika ini bukan masa yang sesuai mendengar dan membincangkan bahan bukti yang baru. Kenapa demikian? Selepas yang dituduh dibebaskan kerana kekurangan bahan bukti prima facie?

Senario terakhir ini bukanlah tidak masuk akal, kalau diambil kira wujudnya bahan bukti yang betul-betul ketara - pengakuan tertuduh yang kedua, yang telah pun ditolak oleh mahkamah pada peringkat awal perbicaraan dan sejak itu mahkamah sudah semacam hilang arah selama satu tahun tanpa ada motif dan tanpa mendedahkan kuasa yang menyebabkan dua tertuduh pertama (yang merupakan pengawal peribadi Najib) melakukan perbuatan itu.
.
Di sinilah gunanya bahan bukti baru - akuan bersumpah penyiasat peribadi P Balasubraniam mendedahkan betapa wujud hubungan intim - yang dianggap muncul pada bertepatan masanya untuk menyekat salahguna kuasa pengadilan dengan cara menolak satu bahan bukti yang penting dalam kes itu.
.
Kerana niatnya mahukan keadilan terlaksana yang menyebabkan Bala mengemukakan akuan sumpah beliau pada ketika itu. Bala telah terkejut bila mahkamah sudah mahu mendengar penggulungan , sedangkan banyak maklumat penting yang diserahkannya sebelum itu kepada polis melibatkan Najib tidak pun dikemukakan di mahkamah. Ini berkemungkinan menyebabkan mahkamah menolak kes tersebut tanpa memanggil pihak pembela. Dan dengan itu mengecualikan dua tertuduh pertama daripada mengambil sumpah mendedahkan siapa yang memberikan arahan mereka melakukan pembunuhan.
.
Melalui akuan sumpah beliau, Bala telah mengemukakan seorang pelakon baru - Najib. Kononnya, Najib merupakan kekasih awal Altantuya, yang kemudiannya menyerahkan kekasihnya itu kepada Razak Baginda (tertuduh ketiga) ketika Najib mahu merenggangkan dirinya daripada Altantuya sejurus beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri. Kemudian, pada Oktober 2006, Altantuya tiba di Malaysia untuk mendesak Razak agar membayarnya USD5000,000 kononnya sebagai komisen bagi khidmat beliau dalam urusan jual-beli kapal selam di Paris. Khidmat Bala telah digunakan untuk mengawasi Altantuya.
.
Apabila gangguan Altantuya sudah tidak boleh disenangi, pembantu (adikong) Najib DSP Musa Safri menghantar tertuduh kedua pergi berjumpa Razak untuk pertama kali pada satu hari sebelum hari pembunuhan untuk menepis gangguan Altantuya. Yang lainnya ialah sejarah.
.
AKUAN BALA BUKANLAH CAKAP-CAKAP
.
Adalah penting untuk difahami bahawa khidmat Bala telah digunakan untuk melindungi Razak dan keluarganya daripada gangguan Altantuya secara penuh masa selama tempoh sebelum dan selepas kehilangan Altantuya, dan sepanjang tempoh itu Bala mengetahui banyak perkara dan juga menyaksikan banyak kejadian yang menyelubungi pelakon-pelakon utama. Akuan sumpah beliau adalah satu laporan penuh kesedaran tentang apa yang dilihat dan didengar terhadap kejadian yang terjadi. Dengan demikian adalah terlalu tidak wajar kalau mahkamah menolak affidavit Bala berasaskan ia hanya “cakap-cakap”. Malahan, akuan sumpah Bala itu mengandungi banyak bahan bukti yang jelas betapa:
  • Tuntutan Altantuya untuk mendapatkan apa yang disebut komisen sebanyak USD 500,000 di balai polis Brickfields pada 14 Oktober, 2006.
  • Pada malam pembunuhan yakni 19 Oktober 2006, Bala telah menyaksikan dua orang tertuduh utama dan Lans Korporal Rohaniza membawa Altantuya dalam sebuah kereta Proton Aeroback berwarna merah di hadapan rumah Razak.
  • Pada hari Razak ditahan, Bala berada dengan Razak di pejabat peguam Razak pada 6.30 pagi. Razak berkata dia ada mengirim satu SMS kepada Najib malam sebelumnya kerana dia enggan mempercayai dia akan ditangkap, tetapi dia tidak mendapat sebarang jawapan. Kemudian pada jam 7.30 pagi Razak menerima satu SMS daripada Najib dan menunjukkan mesej itu kepada Bala dan peguamnya. Mesej itu menyebut:“I am seeing IGP at 11 am today …… matter will be resolved….. be cool”. (Saya akan bertemu KPN pada 11 pagi hari ini..... perkara itu akan diselesaikan....bertenang....”
  • Selama tujuh hari beliau ditahan (selepas Razak ditahan) Bala telah memberitahu polis apa sahaja yang diketahuinya termasuk apa yang diberitahu oleh Razak dan Altantuya mengenai hubungan mereka dengan Najib, tetapi apabila dia muncul untuk menurunkan tandatangan ke atas kenyataan yang dibuatnya segala perenggan berkaitan Najib telah pun dipadamkan.
  • Bolehlah dilihat di sini betapa akuan sumpah Bala itu mengandungi bahan bukti mengelak keadilan dan juga betapa maklumat penting sengaja dihilangkan sedangkan itulah maklumat yang membolehkan kebenaran muncul dalam kes yang begitu dikaburkan.
  • Reaksi kerajaan kepada akuan sumpah itu amat mengecewakan. Ia bukan sahaja gagal menubuhkan sebuah panel bebas untuk menyiasat segala maklumat di sana seperti yang dilakukan oleh Undang-undang mana-mana negara sekali pun. Malahan polis dan pendakwaraya telah menunjukkan kurang minat untuk menyiasat segala pendedahan yang menakjubkan itu. Kini muncul pula fenomena terkini, di mana mahkamah menolak bulat-bulat permohonan Karpal yang dibuat melalui bantahan bersama oleh semua pegawai perundangan yang telah bersumpah mahu menegakkan undang-undang – pendakwaraya, peguambela dan hakim.

Ini yang membuat kita kehairanan apakah objektif utama mahkamah mahu mencari kebenaran dan menentukan keadilan dijalankan ataupun ia berfungsi untuk melindungi penjenayah yang secara kebetulan merupakan orang yang berpengaruh dan berkuasa. Jika demikian apakah mahkamah tidak boleh menangguhkan penggulungan kes menunggukan siasatan akuan sumpah itu, tidak kiralah betapa lembabnya siasatan tersebut?

Dengan menyondol kes itu, secara mengetepikan segala isyarat yang mengatakan keadilan mungkin terabai dalam kes yang begitu digembar-gemburkan di peringkat antarabangsa, adalah bersamaan dengan kerja mendedahkan Malaysia ke kancah keaiban secara global mencerminkan sistem keadilan kita yang begitu haprak.

Bagi keluarga si mangsa yang telah dibunuh dengan cara yang sungguh kejam, apa yang mampu mereka lakukan selain menitiskan air mata dengan senyap-senyap sahaja.

Kim Quek


Catatan marhaintua: Adalah amat menghairankan pada kali ini tidak ada ahli keluarga termasuk ayah si mangsa Prof. Shaaribuu yang datang menyaksikan prosiding di mahkamah. Apakah benar Prof Shaaribuu telah diberikan pampasan gantirugi sebagai ‘bayaran darah’ seperti yang tersebar di internet?

27.07.2008 - Terjemahan marhaintua (MT-SPAR)

(suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)

No comments:

Recent Posts


Vindicated - Dashboard Confessional