Pengumuman/Seruan {MatKOMANdo HoMe}
----------------------------------------------------
Alternatif untuk melawat laman web Malaysiatoday di SINIatau gi ke IP Address nya http://202.75.62.114/2008/
----------------------------------------------------
Mariii....!!!!! Hargai Pengorbanan Raja Petra...!!!!!!!!!
----------------------------------------------------
Mariii Kita Bocorkan Tembok ISA dengan 16 Septemberr..!!!!
----------------------------------------------------
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yg Suci sertaSalam Merdekakan Malaysia. - Mat KOMANdo
----------------------------------------------------

Saturday, August 30, 2008

KABINET PAK LAH LETAK JAWATAN

KABINET PAK LAH LETAK JAWATAN
Blog: Marhaen
Kiriman: Teori

Perdana Menteri Dato Sri Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia dan melepaskan semua jawatan dalam Kerajaan. Ini susulan daripada penghijrahan 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional ke Pakatan Rakyat.

Berita Gempar yang amat ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia, Peralihan Kuasa Kerajaan BeeEnd kepada Pakatan Rakyat yang amat digeruni oleh BeEnd.

Cawangan Khas adalah pasukan terakhir digunakan untuk memerhatikan gerak-geri 30 Ahli Parlimen yang dijangka berpindah kapal yang semakin karam. Senario ‘kejutan’ Parti SAPP dan ‘kekebalan’ Speaker Pandikar Amin adalah langkah ‘terencat’ di Parlimen yang digunakan oleh BeEnd untuk berkuasa di penghujung sisa-sisa hayat yang tinggal.

16 September menjadi igauan ngeri ahli-ahli BeEnd setelah ‘RM’ tidak lagi dapat menjamin tembolok perut masing-masing untuk lebih pelahap. Percaturan PRU-12 dan PRK Permatang Pauh meneruskan niat hati Tun Mahathir untuk berhijrah mungkin ke Zimbabwe bertemu sahabat Mugabe yang masih berkuasa. Sedangkan DSAI masih menegaskan bahawa beliau tidak mahu ‘usik’ TDM yang telah pencen dan semakin senja. Apa yang TDM menggelupur sangat nak berhijrah? Semua orang tau.

Mengapa Ku Li masih dihormati walaupun ahli umNO adalah kerana beliau menerima hakikat bahawa Parti umNO ini sudah semakin tidak releven di dunia ini, begitu jua Amaran ke-2 pesanan Mukriz yang ‘mengerti’ dibandingkan ahli-ahli umNO lain yang masih dilamun Sesumpah apatah lagi Muhyidin Yassin mengakui ‘taktik’ BeEnd sudah lapuk ditelan zaman

Pak Lah seperti biasa masih nyenyak tidur kerana beliau tidak merasa ‘tergugat’ dengan situasi Permatang Pauh. Cuma menantunya yang hantu sedang ke hulu ke hilir untuk mencipta episode baru bersama Ezam Raja Sesumpah of the Year.

Tak mungkin kesemua Ahli Parlimen BeEnd tidak ‘berperikemanusiaan’ untuk melihat negara semakin tidak releven di bawah naungan umNO melainkan mereka mengalami ‘kekotoran’ seperti sebahagian ahli-ahli BeEnd yang lain. Tergamakkan mereka melihat Negara diperintah oleh PM yang lemah? Tergamakkah mereka melihat RM300 billion lagi harta negara dipelahap rakan mereka?

Rakyat merayu Ahli-Ahli Parlimen meninggalkan dengan kadar segera Barisan Nasional sebelum lebih parah. Rakyat sudah meluat dengan ajaran songsang kerajaan BeEnd yang memerintah lebih 50 tahun. Rakyat Malaysia telah membuktikan bahawa ‘suara’ mereka lebih berkuasa.

Laman Web Malaysia-Today telah di ‘bekukan’ oleh MCMC dan Laman Tranungkite.net sudah mula di ‘block’ untuk menyekat minda rakyat Malaysia dari mendapat info. Kepanasan Kerajaan BeEnd terserlah. Jika Belanjawan 2009 tidak mampu menarik ‘gerak hati’ rakyat untuk digula-gulakan. Betapa ngerinya mimpi Ahli-ahli Parlimen BeEnd dalam menghitung hari-hari penghujungnya. Sama ada Beraya di Sg Buluh atau merempat seperti pelarian seperti Thaksin.

Tunggu 16 Sept tarikh keramat....!!!!!

Masa Untuk Berubah!

Teori

29.08.2008

Mat KOMANdo:-
Hakhakhak...... jaga-jaga cik salmah..... 16 sept tak lamo dah...... masa terdekat kompom mai punya. hahaha......

Post Mortem

Dari: PerakExpress.com
Oleh: Matsamankati
Tajuk: Post Mortem

Semalam, hari Jumaat, ada member nak buat kenduri sikit pasai nak sambut puasa. Tambahan pulak, sebagai tanda puas, kerja dia kat Permatang Pauh berbaloi. Oleh kerana dia jiran dekat rumah, dia minta aku tolong belikan ayam.

Nak mintak tolong, tak jadi masalah. Tapi bila dia mintak sponsor…..teruk sikit. Tapi bila aku pikir balik, hari tu banyakorang sponsor aku kat Matang Pauh. Malaysiabiz sponsor duit minyak. Topeng Perak sponsor nasi kandaq. Matcomot sponsor McDonald. Ummi sponsor cucoq. Kalau keluar duit sendiri, dah tentu habis tujuh lapan puluh. Tapi dah takdir, kalau Tuhan kata kena keluaq…keluaq la.

Aku pun pergi kat market Kuala. Pergi market pukul 11.00… apa yang tinggal? Dari jauh Ah Hee jual ayam dah jerit. “Ah Mat aaaa! Matang Pau apa macam? Atak lawan ka?”

“Whoa!! lugi la lu. Manyak syiok lo. Ciak beh liao!”

“Talak bikin makan busat ka?” Ah Hee tanya aku.

“Tu pasai la aku datang cari ayam. Nak buat kenduri”

“Ayam atak bulu ka…..tatak bulu punya?”

“Yang tak dak bulu la…yang dah proses. Yang ada bulu nak kena potong…kena buang bulu…sapa nak buat?”

“Mau ayam PKR ka…mau ayam BN?” Ah Hee tanya lagi.

“Cilaka hang..aku nak yang murah..Tak kira la…ayam BN ka…ayam PKR ka…ayam Pas ka…”

“Mau mulah punya…lu angkat ayam BN.” kata Ah Hee.

“Ayam hang ni…hang potong ka…hang katuk?” aku tanya kat Ah Hee.

“Haiya!..Gua mana atak potong punya. Itu Haji kasi potong punya. Gelenti olang Melayu boleh makan punya.”

“Aku tau la hang tak potong. OK..bagi aku lima ekor.” Yang tu saja aku mampu.

“Thieu na seng….lima ekoq mau kasi sapa makan? kita olang semayang hantu pun talak cukup punya. Angkat sepuluh ekoq la..”

“Aku ada tujuh puluh ringgit saja…cukup atau tidak.. itu saja bajet aku”

“Cincai la…lebih gua sponsor.” kata Ah Hee. Selamaaat!

“Mau post mortem ka?” Ah Hee tanya kat aku.

“Potong saja la..”

“Gua manyak syiok post mortem ini BN punya ayam.” kata Ah Hee.”Mula-mula buang dia punya kepala.” Cut! sekali tetak putus kepala ayam. ” Ini kepala tak boleh pakai punya…sudah rosak. ini ayam aaa….tatak akai punya. Lu kasi lepas sama dia aaa…dia tak tau cali makan punya. Hali-hali, dia tunggu olang kasi makan. Satu hali olang tatak kasi makan aaa… gelenti mati punya. Itu PKR punya ayam aaa… tiga hali talak kasi makan pun boleh hidup punya.

Ini ayam BN punya mulut aaa.. lagi tak boleh pakai. Itu ayam PKR aaa..pagi-pagi sudah bunyi…koo…koo.koo..koooooo! Tapi ini ayam BN, kali-kali cakap busuk punya. Lu talak caya…lu dengar apa dia cakap..cock…cock…cock…cock….cock.

“Kaki… lu mau ka tak mau?” tanya Ah Hee

“Aku nak buat apa dengan kaki? ” aku bagi tau Ah Hee.

“Lu manyak pandai!!! Ini kaki aaaa.. Cina pun tak mau ooo. OK…Sikalang kita belah dua.. lu tengok dia punya hati…manyak hitam. Ini tali perut aaa…juai pun talak laku pasai dia punya bau manyak busuk. Hali-hali makan pellet. Ini pedai aaa…lu kasi potong.
Ayam BN punya pedai….itu bulu ayam pun ada. Tapi itu PKR punya ayam…dalam itu pedai ada pasir. Itu pasai Cina punya olang manyak suka itu PKR punya ayam!”

“Hei! Ayam PKR ni ayam apa?” aku tanya Ah Hee.

“Niamah ka hai! itu kampong punya ayam la…. “

Anwar temui MP BN Sarawak bincang sertai Pakatan Rakyat

dari.... PerakExpress.com

Anwar temui MP BN Sarawak bincang sertai Pakatan Rakyat

PETALING JAYA: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan pertemuan dengan sekumpulan Ahli Parlimen dari Sarawak dipercayai antara lain membincangkan strategi mereka menyertai Pakatan Rakyat.

mStar Online difahamkan pertemuan itu diadakan di ibu negara lewat petang semalam.

Sumber memberitahu, dalam pertemuan tersebut memfokus beberapa langkah yang perlu diambil untuk menyertai Pakatan Rakyat.

“Ada sekumpulan wakil rakyat (BN) telah menemui beliau (Anwar), dalam lingkungan 10 orang… beberapa perkara dibincangkan,” kata beliau hari ini.

Sumber itu tidak menolak penyertaan ahli-ahli Parlimen BN ke dalam Pakatan Rakyat akan berlaku dalam waktu terdekat.

Pertemuan itu diadakan beberapa jam selepas ahli-ahli Parlimen BN Sabah dan Sarawak mengisytiharkan taat setia mereka akan bersama BN pada sidang media bangunan Parlimen.

Semalam Anwar, bekas Menteri Kewangan dan bekas Timbalan Presiden Umno mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat selepas memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh Selasa lalu.

Sumber: Mstar

Perakexpress.com

Confirm !!!! Sah !!!! Betul !!! Benar !!!! 34 MP Sabah & Sarawak Lompat

dari.. No2umnO

Confirm !!!! Sah !!!! Betul !!! Benar !!!! 34 MP Sabah & Sarawak Lompat

tranungkite Hanya seramai 20 Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak SAHAJA , yang hadhir dan mengadakan sidang akhbar bersama menyatakan pendirian mereka yang setia dengan Barisan Nasional di lobi Parlimen, semalam.

Kalau dikira betul – betul , jumlah Ahli Parlimen di Sabah ialah seramai 25 orang, 24 daripada BN dan 1 DAP , manakala di Sarawak seramai 31, iaitu 30 BN dan 1 DAP.

Yang mampu hadhir dalam sidang akhbar di Parlimen hanya lah 20 orang SAHAJA, jadi dimana lagi 34 orang Ahli Parlimen dari BN , tidak termasuk 2 dari DAP ?

Adakah benar 34 orang yang tidak hadhir itu adalah jumlah yang akan berhijrah ?

Sukar untuk BN menafikannya , kerana gambar atau foto boleh memberikan seribu makna.Jadi agak – agaknya betul lah seperti kata YB Sdr Azmin Ali , kita , maksudnya Pakatan Rakyat sudah mempunyai jumlah yang selesa , untuk membentuk kerajaan persekutuan yang baru.

Mat KOMANdo:-
hak ahhh..... kompom...!!!! 16 Sept kompom..!!!! haha... no more budi bicara lagi.
Malam tadi..... dalam berita bernama astro jam 2 pagi......
aku nengok MP sabah nak buat pengumuman tapi suara tak keluar...........
macam kena terkezut tak tapis. Hakhakhak......
itu alamat baik namanya tuuu..... huhu......

Belanjakawan atau belanjaanak 2009 ?

Dari... No2umnO

Belanjakawan atau belanjaanak 2009 ?

Berikut adalah Belanjakawan@belanjaanak 2009

  • Iskandar Malaysia - Peruntukan tambahan RM300 juta di bawah Dana Pelaburan Strategik disediakan bagi melaksanakan projek perkongsian sektor awam dan swasta, seperti pengangkutan, perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan industri kreatif.
  • Peruntukan RM5.4 bilion untuk tingkatkan keupayaan PDRM - RM4.8 bilion bagi belanja mengurus dan RM600 juta belanja pembangunan.
  • Kecekapan pengangkutan awam ditingkatkan melalui perbelanjaan RM35 bilion dari 2009 hingga 2014.
  • Pengurangan 50 peratus bayarn tol bagi semua bas, kecuali di pintu masuk sempadan iaitu Tambak Johor, Link Kedua dan Bukit Kayu Hitam untuk tempoh du atahun mulai 15 September 2008.
  • K'jaan sedia kemudahan pinjaman mudah melalui dana pengangkutan awam RM3 bilion di bawah Bank Pembangunan Malaysia Berhad untuk biayai perolehan aset bas dan rel

jumlah Belanjakawan@belanjaanak 2009 adalah

[RM300 juta + RM5.4b + RM4.8b + RM600 juta + RM35b + RM3b + 50%pengurangan tol = banyak nyeeeee !!!!!]

Mat KOMANdo:-

Kita nengok kan sejauh mana perlaksanaannya pulak. Sebab..... sblm ni pon bajet bukan main hebat gak.... tapi........ tak dak perubahan....... tapi..... kalau nak kompom ada perubahan..... kasik tukar ini goment. hakhakhak.

Mana Satu Aku Punya...???? - No2umnO

dari..... No2Umno.Blogspot.

Mana Satu Aku punya...????

Berikut adalah benda benda menarik di dalam Bajet 2009 yang di bentang oleh PM. Antara yang menarik pada mereka mereka yang mempunyai kepentingan .. tapi,

  • Isi rumah yang membayar bil elektrik RM20 dan ke bawah sebulan tidak perlu menbayar bil elektrik berkuatkuasa 1 Oktober 2008 sehingga akhir 2009. - Bill aku sejak setahun yang lepas RM280 purata sebulan.
  • Cukai jalan bagi kenderaan penumpang bersendirian berenjin diesel milik individu dan syarikat, dikurangkan mengikut kadar cukai jalan kenderaan berenjin petrol, mulai 1 September 2008. - Aku guna kereta kuasa minyak PETROL
  • Kelayakan pendapatan isirumah untuk mendapat subsidi yuran Taska bulanan RM180, dinaikkan dari RM2,000 kepada RM3,000 mulai 1 Januari 2009. - Anak aku dah besar besar
  • Iskandar Malaysia - Peruntukan tambahan RM300 juta di bawah Dana Pelaburan Strategik - Aku tak terlibat langsung
  • Peruntukan RM5.4 bilion untuk tingkatkan keupayaan PDRM - RM4.8 bilion bagi belanja mengurus dan RM600 juta belanja pembangunan. - Aku bukan polis
  • K'jaan sedia kemudahan pinjaman mudah melalui dana pengangkutan awam RM3 bilion di bawah Bank Pembangunan Malaysia Berhad untuk biayai perolehan aset bas dan rel - Aku bukan Lembaga Pengarah SCOMI

Semuanya tak der kaitan ngan aku? Cheeeeetttt !!!!

No2Umno.Blogspot

Mat KOMANdo:-

Apa bleh buat....... lagi-lagi kita kena temberang.

Tahukah Anda...?????

Gempaq..!!! Tahukah ANda...????

1 – Tahukah anda belanjawan SUKOM 1998 – masih lagi BELUM di audit. Sudah 10 tahun. Telah ada 3 Menteri Belia dan Sukan silih berganti TETAPI kenapa belanjawan SUKOM 98 masih belum di bentangkan ke Parlimen.

2 – Tahukah anda bahawa Senator Jins Shamsuddin telah 'klentong' kerajaan Perak dengan projek filem Pasir Salak?

3 – Tahukan anda hingga ke hari ini belum ada laporan polis yang lengakap tentang percubaan membunuh Sharifah Aini di hadapan Sri Pentas?

4 – Tahukah anda hingga ke hari ini masih belum di ketahui laporan tentang siapa yang membakar Dewan Tunku Chacelor Universiti Malaya pada tahun 2001. Keyvaas dan Azliana pada minggu kejadian mengakui memiliki bukti. Mana buktinya?

5 - Tahunkah anda siapa pembunuh Norita Shamsuddin ? Apa terjadi dengan kes ini?

6 – Tahukah anda apa terjadi dengan 6 BUAH KOTAK MAT EZAM?

7 – Tahukah anda syarikat mana yang membuat lebuhraya MRR2 yang runtuh rantah?

8 – Tahunkah anda apa terjadi dengan saman Edry KRU yang menuduh ‘gambar bogel’ Pemuda United Malays National Organisation ini adalah kerja ‘copy n paste’?Siapa yang 'copy n paste'?

9 – Tahukah anda dimana Samy Veloo dan Siti Hasmah membuat rambut palsu?

10- Tahukah anda siapa nama isteri Najib yang pertama?

Tukar Tiub.blogspot

Mat KOMANd0:-
Haaa...... yg tau tolong jawab... hakhakhak.

Malaysia Today Disekat Kerana Menghina Nabi...?????

Malaysia Today Disekat Kerana Menghina Nabi...?????

Jeng-jeng-jenggggg....!!!!!!!!

KUALA LUMPUR 29 Ogos �Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bertindak menyekat laman web Malaysia Today kerana artikel penulis blog itu dan tulisan-tulisan pembacanya yang didapati menghina Nabi Muhammad.

Ketua Pegawai Operasi SKMM, Mohamed Shahril Mohamed Tarmizi berkata, artikel tersebut didapati cuba membandingkan Nabi Muhammad dengan perlakuan bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein dan pemimpin Al Qaida, Osama Bin Laden.

Woit Malaysia Today bukan menghina nabilaaaa..... laman web ini buka cerita Najib, Rosmah dan Altantuya.

Bila pulak masanya Najib jadi Nabi.

Ada sesiapa pernah terbaca nabi yang bernama Nabi Rosmah...????
Kitab mana SKMM sudah baca...

Tikar Tiub.Blogspot

Mat KOMANdo:-
Hakhakhak...... dio baco kitab A B C kottttt........ tak pon kitab pokemon....

Anwar Mahu Sertai Umno Semula - Madir

Anwar Mahu Sertai Umno Semula - Madir

KLANG 29 Ogos - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yakin Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyimpan hasrat untuk menyertai semula UMNO.

Beliau berkata, Anwar berbuat demikian semata-mata mahu memenuhi impiannya untuk menjadi Perdana Menteri.

"Saya fikir dia hendak sertai UMNO semula tetapi sama ada UMNO hendak terima dia atau tidak, itu soal lain.

Gila lagi orang ni..... dah jatuh gila talak ke? Dia sendiri yang menginding nak masuk gerombolan United Malays National Organisation dia tuduh orang lain yang pula...... kalau nak masuk... masuklah.

Bagi fakta pun slah. Anwar bukan nak masuk gerembolan United Malays Organistion. Dari dulu lagi Anwar telah cerita yang dia nak musuk MIC. Kah kah kah ka........

TukarTiub.blogspot

Recent Posts


Vindicated - Dashboard Confessional