Monday, September 1, 2008
Buka Puasa diHotel - Mat Saman Kati
oleh:Matsamankati
Pagi tadi, awai-awai buta Bos dah bagi SMS. “Jumpa diIpoh kul 2. kita gi KL buka puasa”
fuh!! belum pernah aku buat kerja macam ni, jadi aku call Bos balik. “Nak buat apa?” aku tanya.
“Tolong bawa beg!” kata dia.
“Sejak bila aku jadi tukang bawak beg? ”
“Hang nak pi ka tak mau?” dia tanya aku.
“Pasai apa?” aku tanya.
“Hang berlagak saja sudah la… kalau tidak hang tak boleh masuk. Ada cerita best!”
Aku tak boleh nak cerita panjang sebab laptop pun aku pinjam. Aku baru lepas buka puasa dengan orang yang tak puasa.. Melayu bukan, Cina bukan, India pun bukan. … Dalam semua yang ada, aku cuma kenai sorang , Sng, selalu tengok muka dia masa kes Anwar tahun 98 dulu. Yang simpan tape Ummi Hafilda kat London.
Yang lain tu, aku tak kenai…semua dari Sarawak. Yang dari semenanjung tu, biasa la. Bila aku bisik-bisik sapa dia… member sebelah bagi tau. Tu pun tak boleh nak ingat semua. Yang aku ingat… Aron, Tiki, Jo, Sidi.
OK…nak pergi terawikh.. esok Anwar cerita. Pukul 11 pagi.
Lim Sokong Cuti Umum 16 Sept Untuk Lima Negeri Ditadbir Pakatan Rakyat
PULAU PINANG, 1 Sept (Bernama) -- Kerajaan Pulau Pinang akan menimbang cadangan penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya 16 Sept setiap tahun dijadikan cuti umum untuk lima negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat sebagai memperingati hari pembentukan Malaysia.
"Perkara ini akan dibincangkan dulu dengan exco kerajaan negeri kerana ia akan melibatkan operasi pihak industri di negeri ini," kata Ketua Menteri Lim Guan Eng kepada selepas pada ceramah umum mengenai 'Enzim Sisa Makanan Menyelamatkan Dunia Kita' di Pasar Awam Tanjung Bungah di sini hari ini.
Cadangan cuti umum untuk lima negeri Pakatan Rakyat iaitu Pulau Pinang, Perak, Kedah, Selangor dan Kelantan itu dibuat oleh Anwar pada majlis kesyukuran sempena kemenangan beliau pada pilihan raya kecil Permatang Pauh 26 Ogos lepas.
Kerajaan negeri Pulau Pinang telah memberikan cuti umum pada 26 Ogos lepas sempena pilihan raya kecil berkenaan.
"Kalau kita hendak ambil 16 Sept sebagai cuti umum mungkin pada tahun depan," kata Lim.
Beliau berkata kerajaan pusat sepatutnya menjadikan 16 Sept sebagai cuti umum.
Lim juga bersetuju dengan cadangan badan bukan kerajaan untuk melakukan eksperimen enzim sisa makanan di tapak pelupusan sampah di Pulau Burung.
Beliau berkata enzim sisa makanan itu berupaya membersihkan kawasan dan sungai tercemar akibat pembuangan sampah isi rumah, kilang dan premis perniagaan.
Enzim yang dihasilkan dari bahan terbuang seperti kulit buah-buahan mampu menyahtoksin kotoran yang terkandung dalam air.
"Ia mampu menjaga ekosistem dan sekaligus memelihara alam sekitar kerana enzim ini diperbuat dari sisa bahan organik," katanya.
Mat KOMANdo:-
Expired date dah announce........ quantity dah terpacul.......... Cuti dah arrenge.......... So,..... ready..
Sunday, August 31, 2008
TKT MAHATHIR MULA MERAPU
Oleh Marhaintua - 30 Ogos, 2008 -
Kemenangan DSAI di Permatang Pauh mula disebut oleh pemimpin Umno kununnya sudah dalam jangkaan mereka. Akan tetapi apabila kita membaca akhbar lama sepanjang kempen pilihan raya lalu, dengan jelas telah menunjukkan betapa angkuhnya mereka. Sehari sebelum pilihan raya akhbar dengan berani mengatakan yang sokongan pengundi telah kembali ke dakapan BN. Sekadar dua contoh;
- Rencana tanpa nama penulis: Berkubur di kubu sendiri
- Saingan bertukar rentak: Semakin ramai pengundi atas pagar memihak kepada BN
Sejurus DSAI dibebaskan dahulu ramai pemimpin Umno yang mengatakan kemunculan DSAI dalam politik tidak akan membawa banyak perubahan. Faktor Anwar dikatakan tidak penting pun dan kariernya dikatakan sudah berakhir. Tun Kepala Taik Mahathir sendiri pernah berkata yang Anwar sudah tumpul dan hilang pengaruhnya. Yang jelas di pandangan mata sekarang, TKT Mahathir dan Umnolah yang telah kehilangan pengaruh sehinggakan tidak ada persidangan antarabangsa yang sudi menjemput TKT berucap kecuali jika dia mengeluarkan derma DAN SUMBANGAN WANG KEPADA PENAJA. Manakala regim UmnoBn telah kehilangan lima negeri Pantai Barat Semenanjung termasuk Wilayah Persekutuan dalam Pilihan Raya Umum yang baru lalu.
Kemenangan Anwar ialah kemenangan pihak kebaikan ke atas kesyaitanan. Laksana kemenangan Hans Solo ke atas Darth Vader dalam Star Wars, kemenangan Hak ke atas yang bathil. Apakah kejahatan bertaraf syaitan itu? Ianya adalah pengamalan Kronisme, Kollusi, Nepotisme dan Korupsi (KKNK) yang amat berleluasa. Bukankah itu yang pernah bertakhta di Thailand dan Indonesia sedikit masa dahulu? Yang paling berbahaya antara kesemua itu ialah korupsi. seperti mana Dinasti Suharto, Dinasti Mahathir dan Dinasti PakLah sudah menyebabkan kehancuran ekonomi Malaysia. Di peringkat negeri pula, kita ada dinasti Wan Mokhtar, Taib Mahmud, Musa Aman, Rahim Tamby Tak Kechik dan banyak lagi.
Fenomena KKNK pernah melanda Filipina pada tahun 1970an di bawah regim Ferdinand Marcos. 40 tahun sudah pun berlalu akan tetapi kesannya masih terasa menggigit, sehinggakan rakyat Filipina terpaksa hidup merempat di seluruh dunia mencari rezeki.
Sejak berundur daripada persada politik sebagai PM, TKT Mahathir mahu berlagak laksana Menteri Mentor Singapura Lee Kuan Yew. Lee berjaya dalam tugasannya berbanding Mahathir kerana beliau meninggalkan sistem pentadbiran yang telus serta bebas daripada rasuah kepada penggantinya. Apabila PakLah mengambil alih jawatan Perdana Menteri, tugas utama yang dibuat ialah mencantas sama sekali pengaruh dinasti TKT dengan pelbagai pembatalan projek dan kontrak. Lalu bermulalah zaman dinasti baru di mana Kamaluddin dan Khairy Jamaludin (aka Khinzir Jantan) menjadi kaya raya hanya dengan modal air liur sahaja. Satu ketika Khairy digelar Penganggur Terkaya dalam Malaysia.
Secara kasar apa yang telah dibalun oleh Dinasti PakLah dalam tempoh lima tahun adalah hampir sama banyak dengan apa yang dibalun oleh Dinasti Mahathir selama 22 tahun. Ini adalah disebabkan oleh korupsi yang dilakukan PakLah melalui syarikat bapa mertuanya dan penyelewengan beliau membalun kontrak ‘oil for food programme’ tajaan PBB untuk Iraq.
Sepatutnya kes korupsi yang satu ini sudah layak mengnyahkan PakLah daripada tampuk kuasa.
TKT Mahathir amat meluat akan PakLah sekarang ini, mungkin ini juga merupakan satu balasan dosa terhadap Bapa Mirzan ini kerana terlalu kuat mendengar hasutan dan fitnah yang ditabur PakLah terhadap DSAI. Orang –orang Umno mungkin tidak tahu cerita besar kenapa DSAI tidak pernah menghadiri mesyuarat perhubungan negeri Umno Penang semasa PakLah menjadi ketuanya. Surat jemputan menghadiri mesyuarat dihantar pada tarikh selepas mesyuarat itu dijalankan. Orang Melayu Penang sudah pun sedar betapa pembangunan di tempat mereka bermula selepas DSAI menggantikan tempat PakLah sebagai Ketua Perhubungan Negeri.
Seorang penganalis yang mengkaji urutan peristiwa kemelut konspirasi liwat I ada berkata di penghujung dinastinya, Mahathir amat galak mengaibkan DSAI walaupun beliau sudah pun dipenjarakan. Besar kemungkinan fikiran TKT disuntik kotoran fitnah orang –orang yang mendampinginya ketika berada di luar negara. Siapakah mereka jika bukan PakLah, Rafidah Aziz dan Endon Mahmood!
Kenapakah TKT begitu yakin yang Anwar tidak mungkin jadi Perdana Menteri? Apakah disebabkan janji balas ganjaran wang yang begitu banyak oleh kepimpinan regim pemerintah? TKT sebenarnya mahu kita berfikir seperti yang diharapnya. Dia ingat setiap orang boleh dibeli dengan duit. Itu adalah tanggapan yang berdasarkan kepada pengamalannya semasa menjadi PM. Suatu ketika dahulu ia berbelanja sakan supaya Azalina menubuhkan Puteri Umno semata-mata mahu menampan pengaruh Rafidah Aziz. Dia tahu yang Azalina seorang lesbian. Sebahagian wang hadiah Mahathir telah dibelanjakan Azalina untuk membeli sebuah kereta Mercedes untuk penyedap ‘karipap’ nya yang merupakan isteri tuan punya Hard Rock CafĂ©. Apabila Azalina naik berkuasa dia berjaya mendapatkan konsesi balak di kawasan tadahan hujan di Perak. Lalu cengkaman kuasa politiknya semakin kukuh.
Sehari sebelum pembentangan bajet telah muncul desas-desus yang mengatakan PakLah akan melepaskan jawatannya sejurus selesai membentangkan Bajet 2009. Hebat sungguh berita itu. Ianya sengaja dicerna untuk kendurkan sensasi apa yang akan dilakukan oleh DSAI. Soalnya sekarang ia berundur sebagai apa? Jawatan PM ataupun Presiden UMno? Apakah agaknya alasan beliau? Apakah kemungkinan dia mengubah strategi dengan percepatkan tarikh pengundurannya?
Dalam waktu yang sama akan tersiar beberapa keping gambar Najib bersama Altantuya? Ini tentu akan memaksa Najib meletakkan jawatan sebab dia dah diperangkap Ezam dan Khinzir Jantan untuk bersumpah tidak mengenali langsung Altantuya di Masjid Guar Perahu walaupun telah bercerita kepada Razak Baginda yang dia telah membalun Altantuya dari depan sehingga ke lubang dubur!
Sebenarnya dalam percaturan politik Permatang Pauh, memang pemimpin Umno sudah pun tahu nasib calon mereka. Siapa juga yang bertanding pasti akan kecundang kerana Parlimen itu adalah kampung halaman Anwar Ibrahim. Malahan pemimpin seperti Adnan Yaacob serta Annuar Musa telah mencadangkan supaya Umno tidak bertanding melawan DSAI.
Jika begitu, kenapa mereka galak juga untuk bertanding? Alasannya tidak lain tidak bukan ialah pilihan raya kecil sebegitu adalah peluang untuk para malaun membalun wang belanja pilihan raya. Arif Shah telah dipujuk sebanyak enam kali sebelum bersetuju memalukan dirinya. Dato’ Jalil pula telah meminta haknya sebagai Ketua Bahagian untuk memegang wang peruntukan. Manakala para pemegang tugas seliaan serta kepala kontrak tersenyum girang membilang-bilang habuan. Antara yang kembung koceknya ialah Khairy, Ezam serta kepala Umno yang berkaitan.
Berlainan sungguh dengan perjalanan pilihan raya di pihak Pakatan Rakyat dengan kebanyakan mereka yang terlibat berkorban sendiri wang, tenaga dan masa. Nawaitu menjatuhkan sistem kesyaitanan ini menyatu-padukan rakyat berbilang kaum dan latar belakang. Jangan ditanya berapa dapat, yang pasti akan kehabisan wang. Namun ia satu kepuasan yang sukar digambarkan. Mungkin itu juga yang dirasai nenek moyang kita semasa berjaya menghumban keluar penjajah!
- marhaintua - (suntingan Dr. No) 30.08.2008
Anwar: “Jadual padat minggu depan, temui MP nak lompat”
Oleh G. MANIMARAN (MStar Online)
PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengulangi sasaran 16 September masih kekal sambil menegaskan, beliau mempunyai agenda ketat mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dalam tempoh beberapa hari akan datang bagi membincangkan soal menyertai Pakatan Rakyat.
Wakil-wakil rakyat berkenaan termasuk mereka dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak - antara lain laluan bagi membentuk kerajaan baru persekutuan.
mStar Online difahamkan kelmarin beliau telah mengadakan pertemuan dengan enam wakil rakyat BN dari Sarawak di ibu negara - beberapa jam selepas mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat.
Malah mStar Online, Anwar juga telah dijemput untuk menghadiri pertemuan khas dengan ahli-ahli Parlimen Sarawak di Kuching esok.
Bagaimanapun Anwar masih meneliti perkara itu kerana mempunyai jadual menemui pengundinya di Permatang Pauh.
Selepas mengangkat sumpah, desas-desus timbul mengatakan 40 hingga 50 wakil rakyat sudah menyatakan kesediaan untuk melompat parti.
Ketika ditemui wartawan di Permatang Pauh sempena majlis perhimpunan bersama rakyat dan terima kasih selepas kembali sebagai Ahli Parlimen bahagian itu hari ini, Anwar berkata, beliau akan memberi tumpuan sepenuhnya sepanjang beberapa hari akan datang untuk membuktikan sasaran 16 September akan dicapai.
Kata Anwar, tidak menjadi masalah bagi beliau jika ada pihak yang mempersendakannya dan sasaran 16 September untuk membentuk kerajaan.
“Pada awalnya mereka mendakwa jika saya menang di Permatang Pauh, saya hanya akan memperoleh majoriti lebih 1,000 undi sahaja.
“Mereka juga mengatakan bahawa tiada negeri yang akan jatuh kepada pembangkang dalam pilihan raya umum Mac lalu. Tetapi satu pun daripada tanggapan sedemikian menjadi,” katanya.
Pembangkang kini menguasai lima negeri - Kelantan, Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Selangor.
Mengulas lanjut mengenai soal melompat ke Pakatan Rakyat, Anwar berkata, pihaknya tidak akan menggunakan wang, tekanan ataupun ugutan bagi menarik wakil rakyat BN menyertai barisan pembangkang.
Kata beliau, tiada mana-mana wakil rakyat BN yang ditawarkan jawatan menteri setakat ini.
“Mengapa saya harus menjanjikan mereka ketika saya sendiri pun tidak pasti di mana kedudukan saya (dalam kerajaan Pakatan Rakyat),” kata beliau yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat.
Bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, pihaknya hanya menjanjikan keadilan dan kesaksamaan perwakilan kepada ahli-ahli Parlimen yang menyatakan kesediaan untuk melompat ke dalam Pakatan Rakyat.
Sumber-sumber terdekat PKR tidak menolak penyertaan ahli-ahli Parlimen BN ke dalam Pakatan Rakyat akan berlaku dalam waktu terdekat.
Kelmarin, beberapa ahli-ahli Parlimen BN Sabah dan Sarawak mengisytiharkan taat setia mereka akan bersama BN pada sidang media bangunan Parlimen.
Anwar mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat selepas memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh Selasa lalu.
Kemenangan itu dikatakan menambah spekulais bahawa beliau akan mempercepatkan strategi melompat parti.
Saturday, August 30, 2008
Sejarah Penderhakaan Umno Kepada Raja-Raja Melayu
Dari dppwp.wordpress
Oleh Nasir
Juga sekiranya ada kesilapan dalam fakta-fakta ini harap ada pihak tampil untuk membetulkannya.Dan kalau saudara-saudara sekelian ada penambahan,digalakan juga untuk menambah.Kita sebarkan agar generasi muda sekarang tahu akan siapa sebenarnya Umno ini. Saya susun mengikut negeri-negeri.
Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sebelum perlantikan baginda kejawatan Yang Di-Pertuan Agong juga telah dimalukan oleh Tun Mahathir dengan penyebaran berita bahawa baginda menyimpan minuman keras di istana beliau. Hal itu juga disebarkan oleh seluruh akhbar utama negara ketika krisis imuniti raja-raja melayu sedang berlaku.
Menteri Besar Selangor ketika itu Tan Sri Mohd Taib telah melukakan hati Almarhum Sultan Selangor iaitu Sultan Sallahuddin Abdul Aziz dengan “kisah” beliau dengan puteri Tuanku (Ku Yah).
Walaupun Tuanku diketahui ramai bahawa Tuanku adalah seorang penyokong kuat Umno dan BN akan tetapi sokongan itu tidak bermakna bagi Tun Mahathir ketika krisis imuniti raja-raja melayu kerana baginda juga tidak terlepas dari dimalukan oleh Tun Mahathir.
Tuanku Sultan Azlan Shah,sultan yang tercerdik dan terpintar yang lahir dikalangan sultan-sultan yang sezaman dengan baginda.Baginda adalah bekas hakim dan diangkat menjadi sultan setelah kemangkatan sultan Perak Raja Idris Syah dan Raja Muda Perak yang tarikh kemangkatan kedua-duanya adalah hampir jaraknya.
Baginda juga menerima nasib yang sama seperti Tuanku Sultan Pahang iaitu seorang yang kuat menyokong Umno.Akan tetapi amat malang sekali kerana baginda juga termasuk dalam senarai sultan yang dimalukan Mahathir.
Almarhum Tuanku Sultan Mahmud al-Muktafi Billah Syah telah diugut oleh Mahathir untuk diturunkan dari tahta dengan menggunakan Tengku Ali.Tengku Ali telah mengemukakan tuntutan di mahkamah agar dikembalikan kuasa sultan kepadanya yang mana didalam dakwaannya pemecatan beliau sebagai sultan pada zaman pemerintahan Jepun adalah tidak sah.Sehingga beberapa sesi perbicaraan berjalan,kes itu kemudiannya digugurkan oleh mahkamah.
Mat KOMANdo:-
Buang BN kali ni buang benar-benar buang...!!!!!!
Saya bukan berkempen - Ramlang
Kontroversi bermula dari peristiwa sumpah menyumpah....
Kontroversi yg mana beliau berada ditempat dan saksi Sah fool bersumpah, kemudian...
Diselidik peribadinya hanya kerna hal tersebut, kemudian...
Berdiri dipentas PKR untuk menyatakan hal sebenar, kemudian...
Dituduh pula berkempen untuk PKR kerana mengadu hal sebenar, kini.....
Beliau masih teguh dan utuh membela dirinya dan pendiriannya mempertahankan hujah dan tindakan yg beliau percayai benar tanpa was-was.
MStar"Saya bukan berkempen. Saya hanya mahu beri penjelasan sebenar. Satu patah perkataan pun saya tak sebut mengenai kempen.Let's get more signatures! Do it now!
Let’s get at least 50,000 signatures, more than that if we can. Surely at least 10% of you 1.5 million Malaysia Today readers can do that. That should come to 150,000 signatures, not a mere and pathetic 19,113.Malaysia Today
Let's get more signatures! Do it now!
Hey guys and gals. I hear you. You are talking about standing behind Malaysia Today in fighting against oppression, injustice, racism, wastage of public funds, abuse of power, corruption, manipulation of the judicial process, and much more. But only 19,113 of you appear interested in supporting the petition to our Agong.
Show that you really care and are not just a load of hot air. Please sign this petition to the Agong. Go here to sign it (Petisyen Kepada KeBawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong berkenaan pemulihan Badan Kehakiman). Do it now and spread the word to all and sundry.
Let’s get at least 50,000 signatures, more than that if we can. Surely at least 10% of you 1.5 million Malaysia Today readers can do that. That should come to 150,000 signatures, not a mere and pathetic 19,113. Come on. Show that you really care and are not fakes who talk only but refuse to act.
Jangan Bohong Hal Merdeka - Hishamuddin Rais
Jangan Bohong Hal Merdeka
Setiap tahun - pada bulan Ogos - rakyat negara ini telah di tipu dan di bohongi oleh United Malays National Organisation tentang MERDEKA. Melalui media yang mereka miliki mereka telah memekik melolong menjaja fakta bohong tentang apa yang mereka panggil sebagai merdeka.Malaysia ditubuhkan BUKAN pada 31 Ogos. Jangan bohong. Pada 31 Ogos 1957 ialah hari British lari setelah di perangi oleh rakyat Persekutuan Tanah Melayu. 31 Ogos TIDAK ada sangkut paut dengan projek Malaysia.
Malaysia di tubuhkan pada 16 September 1963. Malaysia ialah projek British.
British menjajah Tanah Melayu ( termasuk Singapura ). Rakyat telah bangun melawan dengan mengangkat senjata. Adalah bohong apabila di tulis dalam buku sejarah dimana Untied Malays National Organisation telah mengatakan kita Merdeka tanpa tumpah darah.
Ini bohong besar. Ribuan nasionalis telah mati berjuang melawan British.
Rakyat Tanah Melayu telah melancarkan Perang Rakyat melawan British semenjak Jun 1948. Penjajah British memanggilnya Darurat. Ini bukan darurat. Tidak ada sesiapa pun dalam darurat. Rakyat tidak darurat sakit perut. Yang dalam darurat ialah British kerana mereka sedang di serang.
Kesatuan Melayu Muda ( KMM), Parti Komunis Malaya (PKM), Persatuan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angakatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS ), Hisbul Muslimin adalah badan-badan politik yang lebih awal bagun berjuang untuk memerdekkan Persekutuan Tanah Melayu.
Ini sejarah bukan kelentong.
Di mana United Malays National Organisation waktu itu? Taraaak lagi.
Pada tahun 1941 ketika badan dan parti-parti politik ini bangun bergerila menentang Jepun , United Malays National Organisation belum wujud. Gerakan nasionalis ini telah mula menyususn gerakan untuk menghalau British sebelum Jepun sampai. Apabila Jepun datang ke Tanah Melayu pada tahun 1941 mereka berlajar bergerila dengan bergerila. Mereka belajar perang melaui perang menentang Jepun.
Ini sejarah bukan kelentong.
Dimana United Malays National waktu itu? Taraaaaak lagi.
Badan politik yang PERTAMA menuntut merdeka ialah KESATUAN MELAYU MUDA (KMM) yang di pimpin oleh Ibrahim Yacoob. Slogan parti yang ditubuhkan pada tahun 1938 ini ialah MERDEKA!
Apa slogan United Malays National Organisation …. Ciiis nak cakap pun malu. Parti hampeh ini di wujudkan oleh British pada tahun 1946 sesudah semua parti Nasionalis lain diharamkan atau pemimpin merek di penjara atau dibunuh. Slogan nya ….Hidup Melayu !
Ini sejarah bukan kelentong.
Apabila parti nasionalis lain angkat senjata bergerila, United Malays National Organisation pergi berunding dengan British. Hampeh ! Ini lah pembelotan namanya.
British kalah teruk. Untuk memastikan harta kekayaan British - lombong bijeh dan ladang getah - di jaga dengan baik British telah mengangkat United Malays National Organisation untuk ‘ jadi budak suruhan’.
Ini sejarah bukan kelentong.
Sesudah British lari dari Tanah Melayu timbul pula gerakan nasionalis di Borneo. Rakyat Sabah, Serawak dan Berunai ingin Merdeka. Mereka memanggil negara mereka Kalimanta Utara dengan gerakan gerila bernama – PARAKU – Pasokan Rakyat Kalimantan Utara.
British melihat ini bahaya. Harta mereka di Tanah Melayu telah dapat di selamatkan kerana ada barua mereka di sini. Lalu projek Malaysia di telurkan. Malaysia ialah sebuah projek British untuk memastikan harta kekayaan mereka dapat dijaga terutama minyak di Berunai.
Dalam masa yang sama Parti Rakyat Berunai yang anti British di bawah pimpinan Al Zahari menang dalam pilihanraya. Parti Rakyat di haramkan. Al Zahari di tangkap. Anak raja yang berumur 9 tahun ketika itu di nobatkan. Tentera British dan Ghurkha menjaga Berunai. Sultan Tua yang bersimpati terhadap nasionalis di ketepikan. Berunai menjadi tanah jajahan syarikat minyak Shell/BP. Berunai tidak masuk dalam gagasan Malaysia.
Singapura yang semenjak beribu-ribu tahun ialah sebahagian dari Tanah Melayu keluar dari Malaysia pada tahun 1964. Ini juga projek British berjangka panjang. Singapura diperlukan untuk memainkan peranan seperti Isreal dalam dunia Arab. Singapura kini adalah ‘Israel’ dalam dunia Melayu.
Dunia Melayu – Indonesia/Tanah Melayu/Selatan Siam - adalah sebahagian dari konsep Melayu Raya yang di bawa oleh KMM pada tahun 1938.
Ini sejarah bukan kelentong.
Jadi apa kena mengena 31 Ogos dengan Malaysia. Taraaaaaakkkkk!!
Ini kelentong. Rakyat Sabah dan Serawak di paksa masuk Malaysia oleh British. Kerana itu hingga ke hari ini majoriti rakyat Sabah dan Serawak ingin merdeka dan berkerajaan sendiri. Mereka tidak ambil pot tentang 31 Ogos.
Apabila United Malays National Organisation bungkus nanti – kita wajib menulis kembali sejarah perjuangan kaum agama, kaum nasionalis, kaum kiri, kaum buruh, kaum tani dan kaum komunis yang telah berjuang dan berkorban mati untuk memerdeka kan Persekutuan Tanah Melayu termasuk Singapura.
Esok 31 Ogos tidurlaaaa sampai meninggi hari. Tidak ada apa-apa yang hendak di sambut. 31 Ogos BUKAN hari Malaysia. Itu pesta kelentong United Malays National Organisation.
( Cuba fikirkan sejenak kenapa nama parti ini United Malays National Organisation - Ini nama Mat Salleh kan? Period.)
Kisah tiga Mamat - Mat Ezam, Mat Segaran dan Mat Kurapan
Serangan TB kali pertama terhadap Mat Ezam sampai pada awal March. Serangan TB ini cukup hebat. Semput Mat Ezam terutama apabila keputusan piliharaya memperlihatkan banyak kerusi telah di menangi olih PKR.DARI JELEBU - Malaysia Today
Hishamuddin Rais
Recent Posts


