Pengumuman/Seruan {MatKOMANdo HoMe}
----------------------------------------------------
Alternatif untuk melawat laman web Malaysiatoday di SINIatau gi ke IP Address nya http://202.75.62.114/2008/
----------------------------------------------------
Mariii....!!!!! Hargai Pengorbanan Raja Petra...!!!!!!!!!
----------------------------------------------------
Mariii Kita Bocorkan Tembok ISA dengan 16 Septemberr..!!!!
----------------------------------------------------
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yg Suci sertaSalam Merdekakan Malaysia. - Mat KOMANdo
----------------------------------------------------

Thursday, May 29, 2008

Walaupun Idris dan Rosol letak jawatan - kemelut tidak selesai

Buleyinonline.net
Ditulis oleh CTKay's


Walaupun Idris dan Rosol meletakkan jawatan masing-masing namun kemelut dalam UMNO Terengganu dilihat tidak akan selesai.

Catatan dari sebuah blog peminat politik Terengganu, ctkay’s menyatakan bahawa sebenarnya Idris Jusoh dan Rosol Wahid terpaksa meletakkan jawatan masing-masing.
Idris Jusoh akan dipecat sekiranya tidak melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO kerana jawatan tersebut akan diserahkan kepada Menteri Besar, Ahmad Said.Bagi mengelak tragedi pemecatan itu berlaku, tidak boleh tidak Idris terpaksa meletakkan jawatan dengan cara terhormat .
Keadaan itu adalah kerana menjadi tradisi bagi UMNO, kebiasaannya Menteri Bresar sesuatu negeri adalah juga Pengerusi Perhubungan bagi negeri tersebut.Demikian jugalah nasib Rosol Wahid. Sekiranya beliau tidak melepasakan jawatannya sebagai Setiausaha Perhubungan, pasti beliau akan dipecat oleh Ahmad Said apabila Ahmad Said dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan kelak.
Walaupun Idris Jusoh berkata beliau perletakkan jawatan beliau adalah untuk memperkuatkan UMNO Terengganu, sedangkan sebenarnya khabar yang bertiup kencang di Kuala Terengganu menyatakan bahawa PM telah menjanjikan jawatan Pengerusi Mara kepada Idris Jusoh.

Penulis Blog berkenaan menambah, walaupun kedua-dua pihak Ahmad Said dan Idris Jusoh sebelum ini menafikan bahawa UMNO Terengganu berpecah, yang pastinya UMNO Terengganu ada Kem Ahmad Said, Abdul Rahman Bakar dan disatu pihak lagi Idris Jusoh dan Rosol Wahid.

Seperkara lagi yang ditunggu-tunggu oleh pemerhati politik di Terengganu adalah kedudukan Rosol didalam UMNO Bahagian Hulu Terengganu.Persolannya, adakah Speaker DUN Terengganu, Tengku Putera akan mengekalkan Rosol dan beliau sanggup kekal bersama Tengku Putera, atau mungkin beliau sudah berkira-kira untuk ‘membuka langkah pendekar’ dengan suatu pertarungan kalah mati menentang Tengku Putera bagi merebut jawatan Ketua Bahagian Hulu Terengganu.
- Blog ctkay’s adalah Penawarrinduku

Deris letak jawatan Pengerusi Umno Terengganu, Abdullah terima Ezam

Buletinonline
Ditulis oleh SM Noor



Pada 27 Mac yang lalu, setelah Pak Lah Perdana Menteri mengadap Tuanku Sultan Mizan, Mad Said dikekalkan sebagai Menteri Besar Terengganu, walaupun sebelumnya Pak Lah berkata pelantikan Mad Said adalah tidak mengikut perlembagaan.

Hari ini, setelah genap 2 bulan Deris Jusoh tewas dalam perebutan untuk jawatan Menteri Besar, Deris membuat pengumuman ‘tewas’ pula kepada Mad Said buat kali ke 4, sejak pilihanraya umum yang lalu.

Pengumuman Deris agak mengejutkan kerana baru hanya 4 hari, pada 24 Mei lalu, beliau berkeras tidak akan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu.

"Saya bukannya orang kalah. Saya menerajui parti dan memenangi pilihan raya dengan majoriti lebih dua pertiga. Pada asasnya, anggota UMNO masih bersatu, cuma sekarang ini ada kebuntuan daripada segi perasaan di kalangan anggota," kata Deris kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah Misi Puteri 2013 di Bangunan UMNO Perak.

Deris yang membuat pengumuman tersebut di Ipoh bagi mengulas kenyataan Ketua UMNO Kuala Nerus, Nasir Ibrahim Fikri Selasa lepas bahawa UMNO Terengganu kini berpecah dua dengan satu kumpulan menyokong Idris, manakala kumpulan yang lain menyokong Ahmad sehingga menimbulkan kekeliruan di negeri itu.

Akhirnya hari ini, belum pun sampai seminggu, Deris Jusoh mengaku kalah kepada Mad Said dan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu, berkuatkuasa esok. Dalam perkembangan lain, Abdullah Ahmad Badawi hari ini menerima permohonan bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Mohamad Ezam Mohd Nor kembali ke dalam UMNO.

Nampaknya ahli-ahli UMNO benar-benar sudah tidak rasional. Ezam yang kelihatan bersungguh-sungguh nak benteras rasuah, masuk UMNO untuk bersama Pak Lah yang jelas terlibat dalam penyelewengan dan rasuah.Deris yang bersungguh tak mahu letak jawtan, tiba-tiba secara mengejut meletakkan jawatan !

dipetik dri Buletinonline.net

Mat Ezan bukan pengkhianat

MalaysiaToday

Posted by Super Admin
Thursday, 29 May 2008




Fakta politik sedang menunjukkan bahawa dalam gerombolan United Malays National Organisation Mat Dolah sedang dalam proses hendak disingkirkan. Kita semua tahu Mat Najib sedang menyusun baris mengepung Mat Dolah.

DARI JELEBU

Saya cukup hairan dan marah apabila ada yang menuduh Mat Ezam sebagai seorang pengkhianat. Ini bukan kerana saya hendak bodek Mat Ezam. Saya hanya cuba menerangkan hal duduk perkara. Malah saya cukup hairan kenapa akhbar tabloid Le Fou Total terperanjat gadang apabila Mat Ezam masuk menjadi anggota gerombolan United Malays National Organisation.

Sesiapa yang hairan atau terperanjat mereka adalah ahli-ahli politik poyo. Ngok tak tahu membaca politik macam le chef de fou Zainuddin Maidin.

Saya tahu siapa Mat Ezam ini. Dua tahun saya berkongsi satu sel dengan dia. Ezam bukan Mat Ezam poyo. Dia bukan pengkhianat garis perjuangan. Mat Ezam sampai hari kiamat pun tidak akan mengkhianati garis perjuangan yang menjadi akidah hidupnya.

Cuba ingat betul-betul dan ingatkan apa yang selalu di ceramahkan oleh Mat Ezam. Bukankah Mat Ezam selalu berkata - dia akan melawan penindasan dan berjuang untuk kumpulan yang tertindas. Dia akan tampil ke hadapan untuk membantu kumpulan minoriti yang tertindas. Malah dia pernah berceramah sampai terpancut-pancut suaranya hendak meniru-niru bunyi suara Kamarad Karl Marx dengan kata-kata – contre l’ oppresion de l'homme par l'homme.

Memasuki gerombolan United Malays National Organisation adalah garis politik Mat Ezam yang tepat. Gerombolan United Malays National Organisation sesudah PRU ke 12 adalah gerombolan yang sedang tertindas. Menyokong dan sama-sama sebaris berjuang dengan gerombolan minoriti yang tertindas dan sesak nafas adalah tugas dan garis politik Mat Ezam.

Ini bukan khianat namanya. Ini garis politik yang tepat. Kita semua wajib belajar dari Mat Ezam. Kita patut bangun untuk sama-sama menyokong gulungan minoriti yang tertindas. Berjuang sebaris dengan mereka yang tertindas adalah sebahagian dari iman. Yang sebahagian lagi iman kita ialah berdoa untuk dapat projek. Ini bukan cakap saya ini. Saya pungut hadis sahih ini dari Ibnu Iwana al- Kontoli dari kitab Al-Fikarabun yang sama-sama saya baca dengan Mat Ezam semasa di Kamunting.

Menyokong sesiapa yang hendak rebah adalah garis yang tepat yang telah diambil oleh Mat Ezam. Apakah masih ada warga yang tidak menyedari dan tidak percaya bahawa gerombolan United Malays National Organisation sedang tertindas? Ada sesiapa yang masih jurang jelas? Kalau masih ada yang tidak faham, maka mengikut kitab Al-Fikarabun, kumpulan yang tidak faham ini tergulung kepada pengikut mazhab sesat lagi menyesatkan.

Bayangkan - tidak lama lagi gerombolan United Malays National Organisation akan tegak berseorangan. MCA, MIC dan Gerakan sedang merancang hendak memasuki Pakatan Rakyat. Mereka semua ini telah sanggup murtad untuk mengikut Tuan Syeikh baru mereka. Rakyat Sabah dan Serawak sedang berduyun-duyun lari membuat IC baru dan bercadang untuk meninggalkan Malaysia.

Syabas Mat Ezam – saudara jujur dengan garis perjuangan membantu yang lemah dan melawan yang gagah. Saudara cukup sedar bahawa Mat Dolah sekarang adalah pemimpin yang paling lemah dalam sejarah politik tanah air. Saudaralah pembantu setianya. Tupang pembawa rebahnya.

Fakta politik sedang menunjukkan bahawa dalam gerombolan United Malays National Organisation Mat Dolah sedang dalam proses hendak disingkirkan. Kita semua tahu Mat Najib sedang menyusun baris mengepung Mat Dolah. Dalam masa yang sama Muhyiddin juga sedang berura-ura untuk menibai Mat Dolah dari belakang. Ini semua adalah bentuk-bentuk penindasan yang sedang dihadapi oleh Mat Dolah. Inilah tugas suci Mat Ezam dengan rela hati datang membantu Mat Dolah yang sedang ditindas.

Di luar gerombolan ini ada pula Mahafiraun yang tidak henti-henti menyalak dan menggigit punggung Mat Dolah. Maka di sini satu lagi peranan agung Mat Ezam. Membantu yang lemah dan menolong yang tersepit dan yang sedang di salak Mahafiraun

Tentang Mahafiraun ini Mat Ezam cukup cemuh. Mat Ezam pernah menerangkan kepada saya – jika jumpa Mahafiraun dan jumpa Mat Dolah ketuk kepala Mukhriz dulu. Inilah kata-kata hikmat dari Mat Ezam yang sampai kiamat akan saya ingati.

Saya cukup marah apabila menerima sms yang cuba menghina Mat Ezam. Sms ini cuba menuduh Mat Ezam ini sama seperti Raja Katak. Ini tidak betul. Mat Ezam tidak melompat. Mat Ezam melutut. Ini juah bezanya. Melompat ke atas seperti katak. Melutut ke bawah seperti Mat Ezam. Jadi tolong jangan samakan Mat Ezam dengan Ibrahim Ali. Mat Ezam ada kelas.

Baca Lebih Lanjuttt......

Dua harga jual petrol, diesel

PERDANA Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan bekas Ketua Pemuda PKR Mohamad Ezam Mohd Nor ketika sidang media selepas menyerahkan borang keahlian ahli Umno di parlimen, semalam. - Gambar Rosdan Wahid

KUALA LUMPUR: Kerajaan mungkin melaksanakan sistem harga berperingkat bagi petrol dan diesel untuk kenderaan yang didaftarkan di negara ini serta negara asing, dalam usaha memastikan subsidi yang diberikan hanya dinikmati rakyat tempatan.

Melalui sistem harga berperingkat itu, semua pemilik kenderaan yang didaftarkan di luar negara perlu membeli petrol atau diesel mengikut harga pasaran dunia jika memasuki negara ini.

Isnin lalu, kerajaan memutuskan supaya semua stesen minyak yang terletak dalam lingkungan 50 kilometer (km) dari sempadan negara tidak lagi dibenarkan menjual petrol atau diesel kepada kenderaan yang didaftarkan di luar negara, mulai esok.

"Tunggulah Jumaat (esok) ini (untuk pengumuman)... jika penguatkuasaannya diumumkan, semua pihak perlu ikut peraturan baru itu," katanya yang enggan mengulas lanjut. Lagggiiii.......


Badrul : Saya akan pertahan parti jika Ezam serang keADILan

  • “Kalaulah harapan untuk melihat (Ezam) menjadi ikon untuk ‘menyerang’ balik keADILan, saya rasa dia telah melakukan satu kesilapan,” demikian tegas Badrul Hisham Shaharin rakan rapat Mohamad Ezam Mohd Noor.

  • Kata Badrul secara peribadi beliau akan mempertahankan keADILan sekiranya Ezam bertindak menyerang parti yang pernah disertainya itu.“Itu tidak menjadi masalah, sebagai ahli MPT (Majlis Pimpinan Tertinggi) saya bertanggungjawab mempertahankan parti,” jelasnya kepada Malaysia Today.Badrul ditemui selepas membentangkan kertas kerja bertajuk “Kepimpinan Anak Muda Masakini,” pada Konvensyen Angkatan Muda (AMK) KeADILan Pulau Pinang, di Pulau Pinang baru-baru ini.“Kalau benar dia masuk Umno saya ucap kepada Ezam, selamat jalan dan selamat masuk Umno.”
  • Badrul mengakui beliau tidak menjangka Ezam akan bertindak sejauh itu untuk menyertai Umno.Bagaimanapun, jelasnya tindakan Ezam tidak akan menjejaskan parti.Beliau merungkai contoh tindakan bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, iaitu Datuk Seri Ibrahim Saad yang bertanding di kerusi parlimen Permatang Pauh pada pilihan raya 1999. “Sejak awal orang paling rapat dengan Anwar Ibrahim di Pulau Pinang, Ibrahim Saad digunakan untuk menawan kerusi Permatang Pauh hancur, dan hari ini orang sudah tidak menyebut nama Ibrahim Saad lagi.”
  • Begitu juga jelas Badrul kegagalan Umno menggunakan ‘Kumpulan 12’ untuk menyerang keADILan.Kumpulan 12 dikaitkan dengan sekumpulan pemimpin pemuda keADILan yang menyertai Umno sebelum pilihanraya 2004. Tambahnya, ketika itu parti dalam keadaan lemah, namun parti masih mampu meneruskan perjuangan, sehingga ia mampu membina kekuatan sehingga kini.Menurut Badrul, selain faktor kebangkitan rakyat serangan melampau terhadap Anwar akan menjadikan rakyat semakin menyampah dengan Barisan Nasional (BN).
  • Badrul turut mengakui menemui Ezam baru-baru ini, berbincang pelbagai perkara termasuk soal peralihan kepimpinan GERAK. Menjawab soalan Ezam mempunyai strategi tertentu di dalam Umno nanti, Badrul berkata, “kalau dia masuk Umno, urusan strategi beliau sudah telah tidak penting kepada keADILan.” Lagipun katanya Ezam sudah lebih setahun tidak bersama keADILan.

Wednesday, May 28, 2008

Ezam tahu banyak perkara...

Agendadaily

“Saudara Ezam tahu banyak perkara…maknanya dia tahu waktu dia dalam PKR dan dia boleh terangkan kenapa dia tidak yakin lagi dengan perjuangan PKR,” itulah reaksi Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ketika mengulas mengenai kemasukkan semula bekas Ketua Pemuda PKR, Ezam Mohamad Nor ke dalam UMNO. Menurut Najib, penyertaan semula Ezam ke dalam UMNO membuktikan beliau telah hilang keyakinan terhadap PKR dan sekaligus menerima UMNO sebagai wadah perjuangannya. “Kita mengalu-alukan hasrat Saudara Ezam untuk masuk sebagai ahli UMNO. Jelas sekali Ezam yakin bahawa UMNO adalah wadah perjuangan yang sepatutnya dia sokong dan sekaligus bererti dia sudah hilang keyakinan dengan PKR. lagiiii.......
Mat KOMANdo: hekhekhek.....itu kata najib....klo tengok rupe dia beri ulasan cm gelabah jee
ambik kesempatan nak perli la tuu....

Bad Tak mau Ikot Ezam......

By - Malaysiakini

  • Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shaharin menegaskan bahawa beliau tidak berhasrat untuk menyertai Umno dan menolak sebarang kaitan dengan kemasukan semula bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd Noor ke dalam Umno.
  • Ezam telah menyerahkan borang keahlian untuk menyertai semula Umno, kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi petang tadi
  • "Saya juga menafikan bahawa Ezam ada memujuk saya memasuki Umno dan jauh lagi menawarkan habuan untuk saya memasuki Umno atau keluar PKR," katanya dalam satu kenyataan
  • Sebelum ini sebuah blog mendakwa "satu pertemuan sulit" berlangsung antaranya dengan Ezam beberapa minggu sebelum bekas setiausaha politik Datuk Seri Anwar Ibrahim itu dilaporkan akan menyertai Umno.......Lagiiii.........
  • ..............."Ezam juga menjanjikan jawatan besar kepada Badrul jika beliau setuju untuk masuk Umno," kata blog itu lagi...........lagiiiii..........

SPR: SuruhanJaya Putak Belit RaSHIT..

  • ............Setiap 10 tahun, persempadanan semula diadakan. Kali terakhir, tahun 2004, dan nak buat persempadanan lagi sekali untuk menghadapi PRU 13, tak boleh buat pada masa ini. Apa yang boleh dibuat ialah dengan memanipulasi daftar pemilih...........
  • ............Bila aku dikeluarkan dari skuad skodeng Gerakan, aku diberi tanggungjawab untuk memanipulasi daftar pemilih. Termasuk menukar alamat, memindahkan pengundi, dan pengundi hantu. Senang ka nak buat kalau tak ada kerjasama dari SPR? Pejabat SPR Penang kat Komtar tu macam pejabat aku. Keluar masuk bilik Timbalan Pengarah SPR negeri ni, macam Vincent Tan jumpa Mahathir. Tapi bukan free! Satu borang RM50.00, brader!.........
  • ..........Orang biasa, kena pergi pejabat Pos nak daftar tapi aku ambil borang direct dari pejabat SPR negeri, lepas isi hantar balik. Setiap tiga bulan, check daftar pemilih. Confirm nama yang dihantar tu ada dalam daftar pemilih, terus bayar cash........
  • ........Bagi orang Pas, aku tansfer pi kawasan majoriti Cina. Kawasan dimana Gerakan atau MCA lawan DAP. Gerenti depa tak mengundi punya..........
  • Dah puluh tahun kena tipu dek raSHIT, masih nak percaya kat dia jugak? Lagiii......

SuKan infO

Recent Posts


Vindicated - Dashboard Confessional