Pengumuman/Seruan {MatKOMANdo HoMe}
----------------------------------------------------
Alternatif untuk melawat laman web Malaysiatoday di SINIatau gi ke IP Address nya http://202.75.62.114/2008/
----------------------------------------------------
Mariii....!!!!! Hargai Pengorbanan Raja Petra...!!!!!!!!!
----------------------------------------------------
Mariii Kita Bocorkan Tembok ISA dengan 16 Septemberr..!!!!
----------------------------------------------------
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yg Suci sertaSalam Merdekakan Malaysia. - Mat KOMANdo
----------------------------------------------------

Thursday, May 29, 2008

Kecualikan Pelajar Perempuan dari PLKN?

Parlimen, 29 Mei (SK) – ‘Adalah dicadangkan supaya pelajar perempuan dikecualikan dari menyertai PLKN’. Itulah cadangan yang dikemukakan Zuraida Kamarudin (KeADILan-Ampang)

Cadangan tersebut dikemukakan beliau ketika membahaskan pindaan ke atas Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2007) 2008 bagi peruntukkan tambahan untuk Kementerian Pertahanan.

Menurut Zuraida yang juga merupakan Ketua Wanita KeADILan, cadangan tersebut dibuat berikutan berlaku banyak kes dan masalah melibat pelatih wanita dalam program tersebut sejak diperkenalkan.

Antara kes yang dilaporkan termasuklah kes rogol, pencabulan kehormatan, kesihatan, keselamatan dan seumpamanya. Cadangan tersebut dilihat dapat mengelakkan ibu muda daripada menyertai program tersebut seperti beberapa kes sebelum ini.

Usul Kontroversi Tindakan Ganas di Bandar Mahkota Dikesampingkan

Parlimen, 29 Mei (SK) – Usul Teo Nie Ching (DAP-Serdang) berhubung isu kontroversi keganasan terhadap penduduk Bandar Mahkota Cheras ditolak dalam kamar oleh Speaker pagi tadi.

Meskipun usul tersebut ditolak, Nie Ching pagi ini sekali lagi mendesak agar isu tersebut dibahaskan memandangkan ianya perlu disegerakan kerana melibatkan kecederaan penduduk malam kemarin serta menjadi tajuk utama berita media arus perdana semalam.

Berdasarkan peraturan dewan 18 (3), sesuatu usul yang ditolak boleh diminta pertimbangan untuk dibahaskan dengan syarat mendapat sekurang-kurangnya 15 orang ahli yang menyokong.
Desakan tersebut mendapat bantahan ramai wakil BN yang membuat suara-suara sumbang di dewan. Speaker kemudiannya memutarbelikan fakta dengan mendakwa perkara tersebut telah dibawa di mahkamah.

Dakwaan itu dinafikan Nie Ching kerana perkara yang dikatakan dibawa mahkamah itu bukanlah isu penduduk dipukul tetapi berhubung Grand Saga dengan Narajaya.

Nie Ching kemudiannya menjelaskan bahawa usul beliau itu bagi membincangkan kemungkinan penyalahgunaan kuasa pihak polis kerana menurut laporan berita pihak polis turut berada di tempat kejadian. Difahamkan polis tidak mengambil sebarang tindakan terhadap kejadian itu.

Keenganan Speaker membenarkan isu tersebut dibahaskan menyebabkan perbalahan suara antara wakil Pakatan Rakyat, wakil BN dan Speaker berterusan selama 17 minit.

Usul kontroversi itu gagal dibawa ke dewan setelah speaker menggunakan peraturan 43 yang menegaskan bahawa segala keputusan Speaker adalah muktamat.

Who is the Mongolian consul for Malaysia

Who is the Mongolian consul for Malaysia, the man on the left of the photo above?

Gan Tack Guan And Abdul Razak Baginda are not the only ones suspicious about Mongolia’s Honorary Counsul for Malaysia (Bernama).

Gan is Peace Hill’s Malaysian Interpol Assistant Director (what a mouthful of words for a position) and the consul Syed Abdul Rahmah Al- Habshi is a glamour seeker in the Altantuya Shariibuu trial.

He often speaks for Altantuya’s dad, Stev Shariibuu, arranges his stay when the former comes for the trial, and watches over him like a hawk. Except for the last time, when Shariibuu managed to escape his watchful eyes and met with Opposition and supporters (outside the police force) like Raja Petra Kamaruddin.

........Yes, what is this man’s status in Mongolia as well as Malaysia? Bernama did not state why the lawyer for Abdul Razak Baginda questioned Gan about this man’s background?......
He gave Altantuya’s photos to Asia Sentinel. The series of photos show Altantuya posing in various places in Paris. What does he want these photos to show? That she was there - in the city where the signing of a certain deal took place?

Who is this man working for?......
read moree...........

Anwar reaction

Sebelum ini banyak tekaan mengenai kemungkinan Sdr Ezam menyertai Umno. Dan ada kalangan pengunjung yang memohon reaksi saya.

Kini setelah sah penyertaan beliau bersama Umno maka ingin saya tegaskan bahawa beliau telah lama meninggalkan perjuangan KeADILan - sabelum Kongres dan jelas sebelum PRU12 lalu.

Justeru itu keputusan tersebut adalah hasrat peribadi beliau.

PAS joint UMNO..????


  • Bila aku tulis tentang firasat Pak Nawi tentang kemungkinan Pas join Umno dalam BN, ada yang kata poorah! ada yang tak percaya.
  • Aku pun tak mau percaya, sebab Pak Nawi bukan ada PhD dalam sains politik macam Chandra Muzaffar. Pak Nawi tak baca buku Machiavelli, tapi aku respect kat Pak Nawi sebab dia baca kitab Tajul Muluk.
  • Hari ini ada tiga berita yang membuatkan aku seram sejuk. Mula-mula aku baca dalam Malaysiakini. tapi aku tak kisah sangat. Mungkin depa ni lulusan sains politik dari USM, anak murid Dr. Latif Kamaludin. Pensyarah rockers tu memang berfikiran songsang sikit. Jadi kalau anak murid dia berfikiran songsang pun, biasa la.
  • Lepas tu aku baca pulak tulisan Jeff Ooi. Jeff Ooi ni dulu cukup kamcing dengan Husam Musa. Call dan tanya saja kat Husam, tak kan itu pun tak boleh? Tapi bila Jeff tulis dalam blog dia, itu sudah serius.
  • Baru kejap tadi, aku terbaca pulak dalam blog Penarik Beca. Dia ni memang Pas pekat. Tapi bila dia siarkan surat dari member yang dia percaya bukan kaki auta, aku mula ketaq lutut.
  • Esok malam Jumaat. Aku nak bawak pulut kuning dengan rendang daging ayam piru, untuk dipersembahkan kepada Pak Nawi. Aku nak mintak Pak Nawi jampikan air penawar, dan mintak simpang malaikat empat puluh empat, supaya aku tak lemah lutut.

  • Dicatat oleh Mat Saman Kati di 20:46

Mat KOMANdo: Klo Mat saman kati sekali dh tuu lis.... berputau kpala korang pikir...
Kosmoonline








KUALA LUMPUR - Harapan untuk mendapat pulangan wang kira-kira RM800,000 berkecai apabila sepasang suami isteri terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM6,000 setelah terpedaya dengan janji seseorang yang mendakwa sebagai 'Master'.


Mengimbas kembali kejadian itu, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Nor, 36, yang bertugas sebagai setiausaha sebuah syarikat swasta berkata, beliau dan suaminya pada awalnya mendapati ada sehelai risalah di dalam peti surat mereka yang tertera gambar 'Master' berkenaan.


"Berniat nak cuba nasib, saya pun hantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada nombor yang terdapat di dalam risalah itu.


"Selepas itu, SMS saya dibalas dan saya telah diberikan kod nombor sebagai rujukan dan nombor telefon untuk berhubung secara terus dengan 'Master'," katanya yang ditemui di pejabat Kosmo! di sini semalam.


Menurut mangsa lagi, beliau dan suaminya kerap menghubungi 'Master' dan pada masa yang sama, 'Master' sentiasa meyakinkan mereka dengan cerita 'pelanggannya' yang telah menempa kekayaan.


Untuk meyakinkannya, 'Master' tersebut telah menghantar sebanyak lima set nombor ekor yang kononnya telah dibeli terlebih dahulu kepada Nor.


"'Master' kemudiannya meminta saya memeriksa nombor berkenaan dan dengan tidak membuang masa, saya meminta suami (pesara tentera) untuk memeriksa nombor berkenaan di mana-mana kedai nombor ekor.


"Masa dia bagi SMS tu kira-kira pukul 5 petang dan suami saya pun ajak kawan-kawan dia pergi periksa untuk tengok sama ada apa yang diberitahu oleh 'Master' betul ke tidak.


"Kira-kira pukul 7 petang, keputusan nombor itu dipaparkan dan empat daripada nombor yang diberi kepada kami menang dan lebih menarik, satu daripadanya memenangi hadiah kedua yang berjumlah RM800,000," katanya lagi. Lagggiii.......


Roboh penghadang jalan - MB

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor mahu penghadang jalan keluar-masuk Bandar Mahkota Cheras dirobohkan walaupun Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memberi kelulusan untuk membina tembok tersebut.
Ini kerana kerajaan negeri berpendapat, isu itu adalah perbalahan antara dua pihak iaitu pihak konsesi Lebuh Raya Cheras-Kajang, Grand Saga Sdn. Bhd. (Grand Saga) dan pemaju kawasan tersebut, Narajaya Sdn. Bhd. (Narajaya)..........
..........Tegas beliau, pertikaian antara kedua-dua pihak tidak ada mengena langsung dengan penduduk Bandar Mahkota Cheras sehingga berlaku kekecohan dan pertelingkahan yang mengancam keselamatan di kawasan itu.

"Pendirian kerajaan negeri ialah jalan itu mesti dibuka, tetapi ia juga perlu mendapat kebenaran Pusat kerana ia turut membabitkan jalan persekutuan.

"Menteri Kerja Raya (Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed) yang mempunyai kuasa untuk membuat keputusan dan cara tertib ialah meminta menteri membuka jalan ini," katanya yang juga meminta penduduk bersabar. Lagiiiii.........

Mat KOMANdo: Mereka kan wakil rakyattt.. klo nak ambik keputusa... mestilah apa yg rakyat persetujuii..... klo dh sampai tidak kurang 500 org bantah... maksudnya.. takder sokongan rakyat..!!! jd apa yg wakil rakyat buat nii... takkan susah sangat klo nak elesaikan... MB selangor dh ambik action.. PUSATTT... Bg lah respone... berkhidmatlah utk rakyat... susah sangat kee..??? klo susah takyah jd wakil rakyat laa... klo tengok action.. buka berkhidmat utk rakyat.. tp berkhidmat utk pokett..!! utk bangsat2....syarikat2 besar... pekejadah nii..???

Peruntukan RM17 juta untuk CYC dipertikai di Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Hrkh) - Dewan Rakyat hari ini menyaksikan kritikan dan pertikaian ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat terhadap tindakan kerajaan memberi peruntukan kepada penganjur Kejohanan Piala Juara Juara Belia (CYC) Ogos ini sejumlah RM17 juta. -->-->

Katanya ini membuktikan bahawa Kemneterian Belia dan Sukan tidak membuat perancangan rapi sedangkan jumlah yang diperuntukkan dianggap membebankan negara.

"Mungkin perjanjian telah dibuat oleh Menteri Belia dan Sukan dahulu tetapi kita nak tahu bagimana Menteri sekarang menangani isu kontroversi ini?" katanya

........"Saya tak tahulah sama ada yang menjadikan koordinasi FAM dan CYC tidak baik adakah disebabkan oleh kehadiran Timbalan Presiden FAM yang baru (Khairy)," katanya. ........

......."Permainan hanya 90 minit, 16 pasukan terlibat dan berusia 19 tahun ke bawah tetapi peruntukan sejumlah RM17 juta. ......

......."Ada laporan akhbar yang menyatakan bahawa Malaysia memang hebat daripada segi penganjuran kejohanan sukan tetapi gagal dalam melahirkan 'produk' sukan yang baik, dengan kata lain suka dengan menang sorak semata-mata," katanya.

Sebelum ini dilaporkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) juga tidak mengiktiraf penganjur Kejohanan Piala Juara Juara Belia (CYC) Ogos ini dan menyifatkan peruntukan RM17 juta untuk penganjur kejohanan itu sebagai merugikan. ....... lagi lanjutt.......

Mat KOMANdo: Rm17 JUTAAA tuuuu...... tah sape le yg rase duit tuu yerkk..... hape le diorang ni buat kerje....... dh mcm kes grend saga dh.....hehe...

Melayan Si Deris.....

Ditulis oleh Editor
Semua akhbar media perdana (online) berbahasa Melayu melaporkan Deris telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu. Namun sehingga malam ini tidak ada maklumat yang paling jelas berkenaan perletakan jawatan Deris.
Sebaliknya, Akhbar berbahasa Inggeris, NST Online dan The Star Online tidak menyiarkan langsung berita Deris meletakkan jawatan. Ada sesuatu yang disembunyikan oleh UMNO, Deris dan Mad Said tentang percaturan politik Terengganu.

Utusan Online adalah yang paling awal mengeluarkan berita tentang perletakkan jawatan Deris Jusoh pada jam 4.48 petang.Ia diikuti oleh Berita Harian Online (5.04 petang), namun sehingga tengah malam 28 Mei masih mengekalkan berita satu ‘para’ tentang perletakan jawatan Deris Jusoh.

mStar pula menambah kenyataan Setiausaha Badan Perhubungan Umno Terengganu yang memetik kata Rosol bahawa beliau (Rosol) juga melepaskan jawatannya itu bagi mengikut jejak langkah Idris.

"Saya dilantik oleh Datuk Seri Idris dan saya merasakan bahawa saya perlu mengikut apa yang dilakukan oleh beliau. Semua ini adalah untuk memastikan Umno Terengganu lebih kukuh dan kuat," kata Rosol Bernama melaporkan pada jam 5.51 petang menyatakan Deris Jusoh mengumumkan keputusannya dengan satu kenyataan ringkas melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar oleh Deris kepada agensi tersebut.
Deris berkata perkara itu telah dimaklumkan semasa beliau mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang juga Presiden Umno, di ibu negara, Rabu (mungkin kelmarin)."Saya telah memberitahu Perdana Menteri bahawa saya setuju meletak jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu dan beliau (Perdana Menteri) terima, saya akan hantar surat peletakan jawatan itu esok," katanya.
Bernama juga melaporkan bahawa Deris tidak menyatakan sebab-sebab beliau bersetuju untuk melepaskan jawatan itu.Walaubagaimana pun, maklumat berkenaan perjumpaan Deris dengan Pak Lah sebagaimana SMS yang diterima Bernama dari Deris, tidak dapat disahkan.
Sejak dari pagi sudah pasti para wartawan berkumpul di Parlimen mengikuti sidang yang sedang berlangsung, selain menunggu kemunculan Ezam yang dijadualkan bertemu Pak Lah.
Adalah mustahil tiada seorang pun yang dapat menghidu tentang pertemuan Deris dengan Pak Lah sebagaimana yang didakwa oleh Deris.
Manakala Pak Lah ketika membuat pengumuman menerima Ezam kembali masuk UMNO pada jam 4.10 petang tadi, tidak pula membuat sebarang ulasan tentang perletakan jawatan Deris sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu.
Adakah perletakan jawatan Deris hari ini adalah satu ‘drama politik’ yang telah ditulis skripnya ?? Dan mungkin ada kaitannya dengan misteri Utusan Online kelmarin ( 27 Mei) yang sengaja menyiarkan semula berita 26 April (sebulan lalu) bertajuk ‘Ahmad Said sedia dilantik Pengerusi UMNO Terengganu’ ???

Recent Posts


Vindicated - Dashboard Confessional